Bismillahirrahmaanirrahim.
Minggu lepas beria aku
nak buat puding sebab aku ni salah satu hantu puding. Kalau orang lain macam
tak pandang agar-agar sirap yang ada, aku boleh habiskan dalam kuantiti yang
banyak dalam masa yang sekejap sahaja. Dah dua hingga tiga kali juga menyuruh
adik lelaki belikan serbuk agar-agar tapi tidak juga dia menolong kita beli.
Semalam aku umpan dia suruh belikan aiskrim Malaysia perisa asam masin atau
kami panggil aiskrim masin-masin sambil-sambil tu suruh belikan juga serbuk
agar-agar. Bajet sahaja aku suruh belikan dua paket kalau murah dan beli satu
sahaja kalau mahal. Aku beri duit RM1 sahaja sebab dalam anggaran aku, serbuk
agar-agar tu harga RM0.20 sahaja. Paling mahal pun cecah RM0.50. hehehehe.
Balik sahaja dari kedai, dia bagitau harga RM2.00. Mak aihhhhhhh. Tudiaaaaa…
Jadi tak berhasillah misi aku membuat agar-agar.
Hari ini kebetulan umi
nak ke pasaraya, aku suruh belikan serbuk agar-agar. Umi pun dah bertanya dalam
nada sindiran bila nak buat puding, kata minggu lepas. hehehehehe.
Jadi, setelah mendapat
bahan utamanya, maka terus aku sediakan puding Milo. Pada mulanya nak buat
puding caramel tanpa telur tetapi pada kali ini buat yang ringkas sahaja dulu.
Eh yang itu pun ringkas dan senang cuma yang ini nak test power. Hehehehe.
Sukat itu ini, masuk itu
ini, maka siaplah pudingnya. Dah siap masuk dalam bekas, biar sejuk, tunggu
mengeras. Dalam 2 jam macam tu, aku usya tengok puding, aikkkkk pasai apa tak
mengeras layer bawah ni? Yang atas ok. Alang-alang dah sejuk ni, masukkan dalam
peti la. Mengeras sambil dalam peti cepat sikit kot. Dah malam, buka peti,
aikkkkkkkkk? Tak mengeras juga??? Dahhhhh pasaipa ni…. Apa yang tak kena
pulakkkkk… Aku tanya umi kenapa tak keras? Umi kata mungkin letak banyak air.
Aik??? Air dah ikut sukatan, semua dah betul la. Apa pula yang tak betulnya ni.
Lalu gigih aku google dalam Internet.
“agar-agar cair”
dahhh dia keluar cerita
agar-agar yang cair tak keras sangat pula. cerita agar-agar yang menjadi. just
nice.
tukar keywordlah.
"agar-agar tak
keras"
Haaa. ini baru betul.
Cerita tentang agar-agar yang tak menjadi. Hehehehe.
Barulah aku tahu
rupa-rupanya punca agar-agar aku yang tidak menjadi adalah disebabkan serbuk
agar-agar yang aku gunakan. Dalam dua blog yang aku baca, dua-dua guna serbuk
agar-agar cap Nona dan dua-dua tak menjadi. Adoiii.
Ini sumber blognya
: http://nicemamaforever.blogspot.com/2012/06/puding-coklat-sos-kastard.html
Dalam komen entri tersebut juga ada bagitau tentang serbuk agar-agar cap Nona.
Lain kali tak guna dah serbuk agar-agar cap Nona.
Aku nak ubahsuai dan gunakan semula yang aku buat tadi. Hehehehe. Aku harap
kali ini menjadi. Oh ya, ini resipi puding Milo yang aku buat tadi.
Puding Milo
Bahan-bahan:
1/2 cawan Milo
4 cawan air
10g serbuk agar-agar
1/2 sb esen vanila
2 setengah sudu besar
mentega
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar tepung
jagung
Cara-cara:
1) Masukkan air dan
serbuk agar-agar. Masak atas api sehingga serbuk agar-agar larut.
2) Campurkan kesemua
bahan di atas kecuali mentega ke dalam air dan kacau tanpa henti sehingga
mendidih.
3) Tutup api dan masukkan
mentega. Kacau sehingga sebati.
4) Tuang dalam acuan dan
biar mengeras. Masukkan ke dalam peti sejuk untuk kepuasan yang lebih.
Tips Ubahsuai:
1) Milo boleh digantikan
dengan sebarang serbuk seperti serbuk koko, horlicks,
2) Susu tepung boleh
digantikan dengan susu pekat manis atau susu cair. Cuma nanti kuantiti gula
boleh dikurangkan atau ditiadakan. Bimbang terlebih manis.
3) Gula boleh dikurangkan kuantitinya. Rasa dahulu sebelum masukkan ke dalam
acuan.
4) Tepung jagung boleh digantikan dengan tepung kastard.
Selamat mencuba! esok
boleh la rasanya mereka merasa puding milo ini. insyaAllah...
No comments:
Post a Comment