Bismillahirrahmaanirrahim.
Sewaktu di maktab, rajinlah Cik Ani, orang gaji warden menyaji kami dengan pisang goreng pada waktu petang memandangkan bilik kami berdekatan dengan rumah warden. Kebetulan pula hanya dua bilik sahaja yang dihuni berdekatan dengan rumah warden tersebut :)
Yang paling bestnya, pisang goreng yang Cik Ani buat rangup! Memang lain dengan pisang goreng yang biasa dibeli di Kelantan mahupun di kedai-kedai yang berdekatan dengan maktab. Oh ya, awas dan berhati-hati ya jika beli pisang goreng atau ayam goreng di gerai-gerai atau kedai-kedai makan yang terdapat di Malaysia mahupun Indonesia kerana berkemungkinan penjual memasukkan straw atau plastik dalam minyak masak untuk menghasilkan ayam atau pisang goreng yang rangup. Kena berhati-hati terutamanya makan di kedai yang mempunyai tukang masak dari Indonesia atau kedai itu sendiri milik orang Indonesia. Sekali lagi saya tekankan, peniaga Malaysia pun sama sahaja. Menambah sedikit lagi, orang kata, jika ke kedai makan, tengok tandasnya dahulu. Jika tandas bersih, bersihlah kedai tersebut. Kalau dah tandas kotor tak terpelihara, tak pasti lagi kan di dapurnya macamana.
Berbalik kepada pisang goreng rangup, saya tertanya-tanya juga macamana sebenarnya atau apa yang menyebabkan pisang goreng tersebut rangup. Sahabat sebilik saya yang kebetulan pergi berbual-bual dengan Cik Ani pulang bersama sebuah cerita dan sepinggan kecil pisang goreng rangup :)
"Saya sudah tahu macamana nak buat pisang goreng jadi rangup. Setelah kita buat bancuhan, masukkan minyak masak yang betul-betul panas dalam bancuhan. Gaul sebati, baru mula goreng."
"begitu sahaja? mudahnya."
"begitu sahaja? mudahnya."
"ya, itu sahaja :)"
wahhhhh senang kan?
Jadi di bawah ini saya sertakan resepi pisang goreng rangup :)
Pisang Goreng Rangup
Bahan-bahan:
Pisang (apa-apa jenis pisang)
2 cawan gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu gula
4 sudu besar minyak panas(betul-betul panas)
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1) Panaskan minyak untuk menggoreng.
2) Campurkan tepung gandum, gula dan garam.
3) Masukkan air secukupnya dan gaul biar sebati. Biar adunan pekat.
4) Masukkan minyak panas dan gaul sebati bersama adunan.
5) Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga keperangan atau garing.
6) Angkat dan sedia untuk dihidang.
Haaa... senang kan? Maksudnya di sini, bukan bahan-bahan yang menjadi rahsia, tetapi teknik menggoreng yang menjadikan pisang goreng tersebut istimewa :)
Saya ada juga membuat carian di Internet resepi pisang goreng dari chef-chef yang berkhidmat di hotel. Jadi berikut merupakan satu resepi yang dijumpai :) Yang ini baru betul, bahan-bahan pun sudah berlainan dan banyak. Hehehehe.
Pisang Goreng Rangup Hotel
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (optional)
1 Biji Telur & Air secukupnya
2 sudu besar marjerin yang dicairkan
Garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil atau lebih)
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (optional)
1 Biji Telur & Air secukupnya
2 sudu besar marjerin yang dicairkan
Garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil atau lebih)
Cara-Cara:
1) Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil. Setelah marjerin cair letakkan periuk di tepi agar ia sejuk sendiri. Semasa mencairkan marjerin, pastikan anda menjaganya. Ia cair sekejap sahaja.
2) Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali marjerin cair dan air. Bahan-bahan tersebut ialah tepung beras, tepung gandum, telur, santan pekat, baking powder, serbuk kunyit dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan tangan.
Lebih mudah dan lebih baik hasilnya dengan mengaul menggunakan tangan. Sebab utamanya ada bahan baking powder di dalamnya. Ramas dengan tangan sehingga semuanya sebati dan pekat. Jika cair, tambahkan lagi tepung beras atau tepung gandum. Batter perlu pekat ya. Lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak yang pekat tu.
3) Setelah batter benar-benar pekat, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Kacau menggunakan tangan sehingga sebati.
Resepi tersebut dirujuk di blog ini.
Kalau tadi kita guna teknik minyak panas, ada satu lagi resepi yang akan saya sertakan di mana guna teknik sejuk beku pula untuk menghasilkan pisang goreng rangup. Lihat resepinya di bawah.
Pisang Goreng Rangup
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
Pisang secukupnya
1 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk
sedikit garam
1 sudu makan gula
sedikit serbuk kunyit(optional)
sedikit baking powder(optional)
4 sudu besar kelapa parut (optional)
Cara-cara:
1) Campurkan gandum, baking powder, gula, kelapa parut dan serbuk kunyit.
2) Masukkan air sejuk dan gaul hingga sebati.
3) Masukkan pisang ke dalam adunan dan sejukkan terlebih dahulu selama 10 minit.
4) Panakan minyak untuk menggoreng.
5) Goreng pisang hingga bertukar warna keperangan atau keemasan.
*Campuran kelapa parut akan merangupkan dan menyedapkan lagi rasa pisang.
Resepi di atas dirujuk di sini.
Wahh rupa-rupanya banyak kan resepi menghasilkan pisang goreng rangup ini. Saya rasa yang paling senang adalah resepi pertama, yang menggunakan teknik minyak panas. Hehe. Memandangkan itu yang paling ringkas, cepat dan mudah!
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment