Alhamdulillah, hari ini cuaca baik dan mendamaikan walaupun ada juga bunyi hujan seketika. Hujan seakan tidak jadi mahu turun. Mungkin jadi macam semalam, hujan di malam hari. Jadi untuk mengisi waktu petang ini, marilah kita membuat lempeng.
Lempeng selalunya dimakan waktu sarapan semasa zaman sekolah dulu. Sekarang susah benar dah nak makan lempeng yang dibuat oleh umi. Kan dah besar boleh buat sendiri dah. Hehehe.
Resepi ini sangat senang, tak perlu resepi pun tak apa tapi mana tahu kan ada yang tak pernah tahu keenakan lempeng ni. Hehehe.
Lempeng
Bahan-Bahan:
Tepung gandum
Air
Butter/Marjerin/Minyak Sapi
Sedikit Minyak masak
Sedikit
Garam
1 biji telur(optional)
Cara-cara:
1) Gaul sebati tepung gandum, air, butter dan garam. Pastikan kepekatan dan kelikatan adunan tersebut lebih cair daripada adunan untuk membuat jemput-jemput tetapi jangan terlalu cair.
2) Panaskan minyak dalam jumlah yang paling minima, iaitu tidak sampai bertakung. Ratakan di kuali.
3) Masukkan adunan dan biarkan sekejap hingga adunan dibawah itu mengeras sedikit. Selepas itu dengan menggunakan senduk, bentukkan menjadi bulatan besar sedikit.
4) Masak sehingga garing atau mengikut citarasa masing-masing.
5) Angkat dan boleh dihidang bersama susu, gula, sambal ikan bilis dan lain-lain.
Tips:
1) Walaupun masih ada sedikit ketulan butter, itu tidak mengapa kerana ia akan cair juga semasa dimasak
2) Pastikan minyak memang paling minima kerana butter itu juga sudah akan menjadi minyak. Kalau susah menyukatnya, hanya letakkan sesudu minyak sahaja.
3) Semasa meletakkan adunan ke dalam kuali, pastikan ia tidak terlalu tebal.
4) Butter tu tak banyak. Untuk 100-200g pakai dalam sebesar ibu jari je kot. Pendek kata memang tak banyak.
5) Saiz lempeng bergantung kepada anda. Saiz sebesar tangan tapak atau lebih besar daripada itu.
6) Jika tidak memasukkan butter pun boleh juga cuma rasanya tidak begitu lemak.
7) Bentuk bulatan boleh juga dihasilkan dengan menuang adunan sambil membuat bentuk bulatan.
No comments:
Post a Comment