CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Friday, July 11, 2014

Telefon Hospital : Kenapa Tidak Dijawab

Bismillahirrahmaanirrahim.

Senyum.

Alhamdulillah, hari yang bahagia kan? Alhamdulillah sebab kita masih dikurniakan masa lapang sehinggakan sempat lagi menjenguk ke blog ini, membaca apa yang rasa boleh memberi manfaat inshaaAllah.

Jumaat, 11 Julai 2014. Setelah hampir tiga kali menelefon Unit Kardiologi pada dua hari sebelumnya sehingga kehabisan kredit RM1 pada setiap kali panggilan, akhirnya aku nekad untuk ke unit kardiologi sendiri bagi menguruskan tarikh temujanji yang baharu untuk bertemu dengan doktor. Setiap panggilan yang dibuat mengambil masa sehingga lima minit deringan telefon tetapi tiada siapa di penghujungnya yang menjawab. Aku ada Google mengenai hal ini. Bekas pekerja di bahagian itu kata hari Selasa dan Khamis adalah hari yang kurang sibuk di unit tersebut. Kadang-kadang staff tiada di meja untuk jawab panggilan dan ternyata berlaku kekangan dalam jumlah staff di setiap unit.

Sebagai seorang yang mampu berfikiran rasional, janganlah kita memaki hamun pekerja mahupun pihak hospital. Biasalah tu, namapun hospital kerajaan. Orangnya ramai. Bersyukurlah juga kerana kita boleh mendapatkan rawatan (walaupun lambat) dengan jumlah bayaran yang paling minima.

Pernah tak dalam kita sedang duduk tunggu nak jumpa doktor, kita fikir doktor dah makan tengahari ke belum?

Pernah tak dalam kita sedang duduk tunggu nak jumpa doktor, kita fikir doktor ada masa rehat ke?

Pengalaman aku ke Hospital Serdang di bahagian unit kecemasan memang memeritkan terutamanya bila kita datang pada waktu malam. Alamatnya pukul 4 pagi baru boleh pulang ke rumah. Walaupun penat menunggu, bila sudah berjumpa dengan doktor, kesian pula melihat keadaan beliau yang sarat mengandung pada waktu pagi begitu. Baru-baru ini pun kesian tengok doktor berbekalkan dengan roti gardenier 2 keping dan sekotak air milo. Aku jeling jam, sudah menghampiri pukul 1 tengahari. Allah... besar sungguh pengorbanan mereka. Hanya mereka yang berjiwa besar dapat menjadi seorang doktor yang baik.

Oh ya perihal telefon hospital tadi.

Telefon hari-hari, deringan telefon sahaja menemani. Tunggu pula dalam masa lebih kurang 5 minit. Hal belum tentu dapat setel dan disampaikan dengan baik kepada staff di sana.

Pergi hospital, terus ke kaunter dan tanyakan soalan. InshaaAllah pegawai akan suruh kita rujuk mana-mana yang berkenaan. Tak sampai 30minit, dah setel. Alhamdulillah.

Jadi aku nak nasihatkan kepada yang ada masa dan nak selesaikan sebarang masalah keraguan dengan cepat, terus sahaja ke hospital. InshaaAllah urusan anda akan dipermudahkan.

Doakan aku dapat tarikh yang baik untuk pembedahan dalam bulan 10 atau 11. Doakan. Doakan. Ameen.

No comments: