CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Wednesday, September 15, 2010

Ape Cite Kau?

Bismillahirrahmanirrahim.

Oh saya kemalasan amat. Tiada mood untuk berkata-kata. Kesian kau diari. Eh tidak. Bagus untuk aku. Simbol kepada kurangnya masa untuk memikirkan perkara-perkara yang aneh lagi pelik. *iyeke?

Disebabkan banyak perkara yang sedang semak dalam fikiran aku, akhirnya aku membuat keputusan untuk memuntahkannya di sini. *x minta kau baca pon

Semua orang sibuk dengan hari raya, tapi raya aku tahun ni biase2 je, mungkin rasa rindu pada ramadhan masih ada. Rindu pada ketenangan yang kutemu di dalamnya. Indahnya ramadhan. Tahun ni aku dah jadi makcik. Makcik yang selalu bertugas jaga anak sedara kalo ibunya ada apa2. Oh nuha, cik yah x kisah jaga nuha sebab nuha budak baik. Budak bijak. Anak dara comey. Hehe. Tahun ni, raya bagi aku hanyalah raya pertama. Dan saat ini, aku bagaikan tidak menghitung hari ini raya ke berapa sudah. Ke 5 barangkali? Pantasnya masa berjalan.

Hari ni, ada majlis akikah nuha dan juga majlis pertunangan kak nurul. Majlis ni memang meriah. Ramai orang. Raya katakan. Tahun depan majlis lagi. Baru je bulan 6 majlis kawen abang ngoh. Penat ummi. Tapi tenang barangkali hati beliau sebab tengok anak2 semua dah besar dan berumahtangga. Tahun depan giliran kak nurul menukarkan status diri. Anak ke-3. Antara kami tiada lagi yang langkah bendul. Kalo nak ikutkan giliran, aku yang ke-6. Lagi 2 abang untuk aku tunggu. Aduhai. Calon pon xde lagi. X payah fikir2. Walaupun hari ni hari bersejarah dalam hidup kat nurul, aku x berminat pon nak sibuk2. Mungkin disebabkan faktor2 tertentu yang lebih menyentuh kepada hal peribadi. Tapi aku gembira je sebab kak nurul dah jadi tunangan orang. Dan seterusnya bakal jadi isteri orang. Makcik2 semua sibuk suruh aku cari orang Kelantan je. Xnak dah orang Terengganu sebabnya, termasuk kak nurul, rumah kami dah punya 2 orang menantu Terengganu. Haha.. aku cakap abang ih dah bawa wakil dari Kelantan. Abang ipar aku dari perak. Abang din plak calon dari kedah maka dapatlah aku simpulkan di sini, menantu dan calon menantu mengikut susunan adalah seperti berikut : Perak, Terengganu, Terengganu, kedah, Kelantan. Hehe.. dan aku? Aku.. entahlah. Malas nak fikir. Baru masuk 20 je kot aku. Haha..

Bilamasa memikirkan soal jodoh ni, hati aku belum terbuka untuk berbicara secara serius. Masih banyak yang perlu di fikirkan selain hal tersebut. Urusan dunia ni, kalo di fikirkan, memang x habis. Seeloknya salurkanlah apa jua masalah kepadaNya. Ya. Memang aku dah sedia untuk tunggu seseorang tetapi.. rasanya masih jauh lagi perjalanan kami. Dan entah kenapa, aku x rasa aku boleh bertahan dengan dia. Mungkin Allah dah tunjukkan jalan bahawa dia bukanlah jodoh terbaik untuk aku. Bukan kesempurnaan yang aku kejar tapi agama dan akhlaknya menjadi pilihan. Dan bagi zaman moden ini, mungkin aku dikatakan kolot jika masih mahu mengejar cinta selepas kahwin. Mungkin aku di katakan x sporting kerana mahu menjaga batas2 pergaulan sebaiknya? *walaupon masih ada kekurangan pada diri ini. Apa yang cuba aku hindari adalah dari melakukan maksiat. Maksiat melalui mata, telinga, percakapan dan sebagainya. Dan sungguh, janji Allah itu benar. Janji Allah memang benar. Dan janganlah kau cuba menduga tahap ketebalan iman aku. Jangalah kau cuba goyahkan prinsip yang aku pegang. Tundukkanlah pandanganmu. Tundukkanlah pandanganmu. Agar kelak, kau bisa mendapat yang terbaik pada pandangan matamu. Dan aku, hanyalah fitnah kepadamu semata-mata. Telah ku serahkan cintaku padaNya, jadi bersabarlah kalian semua. Jika ditakdirkan aku dan kau, maka bersatulah kita.

*aku faham isi hati kau dan sesungguhnya luahan kau mungkin agak drastik padaku namun penuh bermakna. Punya satu tujuan. Mungkin kau tidak sedar yang aku lebih tua dari kau. Cara kau sudah menggambarkan isi hati kau. Aku sedikit mengagumi apa yang ada pada kau cuma.. kau orang Terengganu! Hehe.. juz kidding. Walaupon kau adik aku, aku x kisah pon sebab abng ih pon pernah kata ‘ muda dari kau xleh jadi suami ke?’ *muda 2 tahun seh=_=”… biarlah masa bantu kau dan aku buat keputusan yang terbaik.

p/s : kau memang tegas.

*kau. Aku kesian sebenarnya pada kau. Tapi entah macamana harus aku luahkan. Ya. Aku tau kau x berharap tapi aku memang tau jugak kau letakkan harapan di situ. Maafkan aku andai aku ketemu yang terbaik.

*tolong la jangan duga aku. Ces. Kau kalau sekadar main-main, baik x payah.

“Ya Allah, lindungilah aku dari segala cabaran dan dugaan yang melibatkan hati dan perasaan. Engkau tutuplah pintu hati lelaki-lelaki yang selain dari jodohku dari menyimpan perasaan terhadap diriku. Engkau temukan aku dan jodohku dalam keadaan yang terbaik dan satukanlah kami di bawah lembayung agamaMu. Engkau adalah sebaik-baik penentu kepada setiap perkara.” Amin.

2 comments:

aimisyazana said...

=) situasi lebih kurang sama. tapi lain sikit ;P

piah, rileks. orang putih kata, one step at a time. study dulu, bangga kan parent dan finally,, settle down :)

A.F.I.A.H said...

hehe:)

yup2. sebab tu x fikirkan sangat hal ni dan saya memang agak cerewet soal hati. inginkan yang terbaik supaya rumahtangga yang di bina tidak berunsurkan maksiat semata. biarlah di bina dari asas Islam yang kukuh. insyaAllah. namun hati sering di duga dengan kehadiran sang jejaka-jejaka yang x pernah henti memberi signal.

semua diam oke. haha.. penat dapat signal.

ingat nak sambung master. jadi tumpuan memang pada study. tambahan pula saya ingin menjadi sang murabbi. membentuk diri menjadi pendidik yang berkualiti dan serba boleh. insyaAllah. amin.

*grin*grin*grin