Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum.
woah~ tercungap-cungap. sebermulanya sem baru, maka bermula jugalah kesibukan diri ini. dengan matapelajaran yang bertambah, maka bertambah jualah usaha yang harus dicurahkan. Alhamdulillah.. usaha pada semester lalu telah membuahkan hasil yang memberansangkan. siapa kata masuk maktab senang untuk skor? ya. saya memang tahu sangat jarang berlaku pelajar maktab dapat pointer kurang dari 3.o tapi ternyata kesenangan tersebut bukan seperti yang kita gambarkan. mari saya bawa anda menilai sendiri.
penilaian di maktab berdasarkan tugasan dan peperiksaan bertulis. sebagai contoh, subjek Matematik 2 yang saya duduki, 50 peratus markah berada pada tugasan dan 50 peratus lagi untuk peperiksaan bertulis. untuk mendapat lulus, mungkin mudah sahaja tetapi untuk mendapat A, atau suka saya katakan A gemuk, agak sukar di situ. untuk mendapat A gemuk, pelajar di maktab perguruan perlu skor markah sebanyak 90 dan ke atas. agak sukar kan? dan baru-baru ini, saya telah mendapat gred A untuk Matematik 2 saya. itu pun setelah skor 50/50 dalam peperiksaan bertulis. kalau tidak, memang tiada harapan untuk saya gengam A gemuk itu. walaupun ia gemuk, tapi tetap di idam-idamkan oleh para penuntut sekalian. tak kira di mana jua kita semua berada. bukan senang tetapi saya tidak kata ia mustahil. cuma sememangnya ia menuntut usaha yang amat besar.
pada permulaan semester pada kali ini, saya berasa agak ragu-ragu sedikit tentang keupayaan saya untuk skor seperti semester yang lepas. subjek probabiliti yang diajar membuatkan diri saya terumbang-ambing. kalau waktu persekolahan dulu, tajuk ini tidak membawa apa-apa masalah kepada saya. mungkin sekarang saya perlu buat revisi semula tentang topik ini. semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya. usaha perlu digandakan. pada semester kali ini juga saya bakal mengikuti permainan bowling. tak sabar rasanya mahu mula beraksi. cewah. oh latihan hari yang sudah menggunakan bola tenis pun sudah membuatkan pinggang ini rasa sakit. hohoho.. dan saya juga bakal mengikuti kelas pendidikan jasmani. kami bakal berlari sejauh 2.4km dengan catatan masa yang harus kurang dari 16 minit untuk mendapatkan skor lima. yang pasti, saya bakal dapat 1 markah. atau kosong=_=".
subjek pendidikan jasmani membuatkan diri saya cuak. iyalah. dengan kondisi diri yang bila-bila masa boleh jatuh sakit, ia agak membimbangkan. sungguh saya rindu zaman kanak-kanak dahulu. berlari riang tanpa kenal erti letih dan lesu dan malam mula kerah keringat untuk siapkan kerja sekolah. rasa bangga pula dalam hati bila waktu dapat buku rekod yang terisi dengan '5A' bagi setiap peperiksaan dalam darjah satu. usai sahaja ummi solat maka cepat-cepatlah saya suakan buku rekod tersebut untuk ditandatangani. rasa puas di situ. rasa gembira sebab mampu buat yang terbaik untuk ummi lihat hasilnya. sebab tu sejak dari darjah satu lagi saya berazam untuk jadi cikgu. semata-mata hanya kerana ingin merasai bagaimana perasaan seorang guru tersebut apabila mendidik anak-anak muridnya. pasti indah kan? tapi saya tidak menolak pasti wujud juga perasaan yang tidak senang dalam hati kala pelajar mendapat markah yang rendah dan sebagainya. namun, sebagai seorang guru, saya mestilah usaha yang terbaik untuk mendidik anak-anak murid saya nanti. never give up afiah! oh ya. perihal pendidikan jasmani kan? tersasul melalut ke tempat lain dah. ada satu hari tu rasa sedih. sedih bila ingat tentang diri. airmata pun mengalir laju je. tapi cuba juga dipujuk diri ini supaya tabah dengan segalanya. Allah telah menjanjikan ganjaran kepada mereka yang sabar, maka haruslah kita semua mendidik diri kita dengan sifat sabar. mungkin kalau dari aspek kesukanan, saya tak mampu buat yang terbaik tapi dari segi sudut kepimpinan, insyaAllah, saya akan cuba buat yang terbaik. mungkin itu satu kelebihan yang Allah kurniakan bilamana Dia tarik nikmat yang lain. Segalanya sudah berada dalam ketetapan yang terbaik bukan? *grin.
rasanya sudah sampai masanya untuk saya berhenti bermonolog. sebenarnya rasa agak bosan tulis entri dalam bentuk skema macam ni. tapi kadang-kadang syok jugak. lain kali kalau ada lain masa, saya nak mulakan dengan gaya penulisan yang lama la. baru siok orang sabah kata. lagipun entri-entri di sini adalah bertujuan untuk sekadar saya meluahkan segalanya. akhir kalam, assalamu'alaikum.
Doa Memohon Ampun Kepada Allah
2 years ago
No comments:
Post a Comment