CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Wednesday, June 8, 2011

Soal Hati @_@

Bismillahirrahmanirrahim.


Selamat bertemu kembali! yosh! nak lepaskan satu keluhan berat di sini. haih. 


pada 2/6/2011, termeterailah ikatan dua jiwa, iaitu kak nurul dan abang keri sebagai pasangan suami isteri yang sah. alhamdulillah... segalanya berjalan dengan lancar. alhamdulillah. selesai segalanya termasuklah soal hantar menantu dan kemas rumah. haaa... kemas rumah la yang paling penting! penat ummi kemas barang-barang semuanya. saya pula sibuk di bahagian mesin cuci baju :). 


sudah adat di majlis perkahwinan, pasti ada yang bertanya soal kahwin kepada yang belum bernikah. Alhamdulillah, pada kesempatan majlis kali ni, saya terlepas daripada soalan tersebut^^. ingatkan bila tak ditanya sewaktu majlis di rumah, maka saya dalam zon selesa! nampaknya tidak semudah itu... selagi saya masih berada dalam kalangan makcik-makcik, soalan itu pasti tidak terlepas untuk ditanya kepada saya+_+




oh ya. semasa majlis di rumah, saya ada terdengar perbualan antara seseorang dan ummi. mungkin kak long barangkali yang bertanyakan giliran siapa seterusnya selepas ini. kemungkinannya adalah antara saya dan abang din. OMG. terkejut saya mendengarnya. ya! saya termasuk dalam senarai menunggu tersebut! fuhhh... tarik nafas dalam-dalam, hembuss.... 



alkisahnya, sewaktu ummi berbual-bual dengan kawan beliau, beliau mengatakan saya hanya ada 2 tahun sahaja lagi sebelum menamatkan pengajian. fuhhh... ummi nii... 4 tahun lagi la ummi!! mungkin disebabkan ummi fikir dalam masa 2 tahun lagi saya bakal menamatkan pengajian, maka layaknya saya untuk berada dalam senarai tersebut, tetapi malangnya tidak ummi....


semasa di Terengganu, sewaktu bersantai di pelabuhan, makcik saya dan ummi sibuk berbicara soal anak makcik saya yang belum bernikah walaupun seusia dengan kakak saya yang baru bernikah, mereka berusia 25tahun. saya hanya menjadi pendengar setia. itu dan ini dibicarakan, terkadang saya menyelit memberikan pendapat, mengutarakan pengalaman orang lain yang pernah saya dengar dan saya tahu perihal hubungan serius, yakni perkahwinan.


tiba-tiba, terkeluarlah soalan cepu emas itu!


Makcik : kamu dah ada ke?
Afiah     : belum.
Makcik : kena cari awal-awal la..
Afiah     : .....
Ummi    : .... ( yang memang sekadar mendengar perbualan kami)


teringat pula perbualan saya dan kakak ipar sewaktu dia melawat saya di ipg tempoh hari


Kak Faizah : Afiah ada dah ke?
Afiah           : Xde lagi..
Kak Faizah : waktu belajar ni la kena cari. lepas ni susah dah nak jumpa. tambahan pula nak cari lelaki baik

Afiah           : xpe la dulu.


T_T terkadang saya memikirkan adakah betul prinsip yang saya pegang. adakah saya terlalu tegas tidak mahu membuka peluang kepada mereka? secara terus-terangnya, saya tidak berminat untuk memulakan sesuatu hubungan itu melainkan hala tuju yang ingin dituju ialah ke arah gerbang perkahwinan. walaupun sebelum ini saya pernah bercinta, tetapi cinta saya adalah bermatlamat ke arah itu, cuma dia bukan jodoh yang Allah tentukan buat saya. saya tidak kisah kalau sahabat-sahabat yang lain mendirikan rumahtangga terlebih dahulu dan saya merupakan orang yang tertinggal di belakang kerana saya tahu, setiap apa jua perkara yang berlaku, pasti ada hikmahnya dan itulah yang terbaik yang ditetapkan untuk saya. seandainya saya ditakdirkan menikah, saya berdoa semoga si dia menjadi pelengkap diri saya dan seterusnya kami menjalani kehidupan di dunia yang bahagia menuju kehidupan yang abadi di sana. semoga Allah memelihara dirimu dan urusanmu duhai jodohku. kepada Allah jua ku sandarkan semuanya.


Okeh! istighfar ya lepas selesai baca entri ni. cukup-cukuplah tu.... nanti terlebih 'feeling-feeling' pulak. itu sekadar coretan rasa, tak lebih dari itu. sekarang masa untuk kita fikirkan soal diri kita pula, bagaimana mahu menghadapi hari kematian. sudah cukupkah bekalan yang ingin dibawa ke sana? jangan terlalu leka. kita sudah berada di akhir zaman. sama-sama kita ingatkan antara diri masing-masing. saya pun masih terleka juga dengan dunia, masih tidak lepas dari bisikan syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan kita. pohon doa semoga Allah lindungi kita, semoga Allah tetapkan hati kita dalam Islam dan seterusnya istikomahlah dalam melakukan amalan kebaikan dan ibadah kepada-Nya. semoga segala apa yang kita lakukan adalah kerana-Nya semata-mata, demi mendapat redha-Nya. 'asif kalau coretan-coretan di ruangan blog saya ini melalaikan anda. tergur-tergurlah saya seandainya ada coretan di sini yang melampau dan sebagainya. sama-sama kita ingatkan diri masing-masing, perbaiki diri masing-masing. sehingga bertemu dalam penulisan yang lain, assalamu'alaikum.


wassalam.

2 comments:

Ernewaty AR said...

bulih cuba2 cari doh slow2..tp xsoh rushing2 nk pilih..slow n steady..kalu dh terlambat nnt kena grab jer mana hok ada

A.F.I.A.H said...

T_T

grab mana yang ada. haish.xpe.. soal ni lambat lagi^^