CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Wednesday, November 19, 2014

ROAD TO JANNAH 4: The Journey Has Stopped

Bismillahirrahmaanirrahim.

Rasa tak tenang hati selagi tidak menulis, meluahkan apa yang terbuku di hati.

Kekangan demi kekangan sebelum ini berjaya ditempuhi, kini tiba juga pada pengakhirannya.

:) Banyak hikmah yang Allah tunjukkan. InshaaAllah, aku jadi lebih tabah, lebih dewasa. Pengalaman ini amat mematangkan.

Alhamdulillah.

Biarpun ada sedikit rasa sedih, tidak mengapalah,

Ini ketentuan Allah. Sudah semestinya ketentuan-Nya adalah yang terbaik :)

Alhamdulillah.

Bawa diri memujuk hati. *Amboi

InshaaAllah, aku redha :)

Saturday, November 8, 2014

Road To Jannah 3: Sponsored

Bismillahirrahmaanirrahim.
Alhamdulillah :).

Subhaanallah. Segala puji-pujian kembali pada-Nya yang Maha Esa.

Alkisahnya kami bakal bernikah dalam keadaan aku masih belajar, dan dia akan menamatkan praktikal pada bulan Mac. Tak pasti lagilah sudah ada kerja tetap saat kami dinikahkan itu. Apapun, kami tetap bersyukur dengan apa adanya.

Kekangan utama untuk bernikah saat masih belajar sudah pasti masalah kewangan. Bukan sedikit belanja yang diperlukan walaupun untuk mengadakan majlis yang ringkas. Apabila kita kemukakan cadangan begini, ibu ayah pula tidak setuju. Jadi percanggahan yang berlaku menyebabkan niat untuk melangsungkan pernikahan kadang-kadang terbantut.

Alhamdulillah, kedua-dua keluarga kami sudah bersetuju untuk melangsungkan pernikahan kami pada tahun hadapan.

Aku ada beberapa kali membatalkan perancangan untuk melangsungkan pernikahan kerana percanggahan itu. Sebagai seorang pelajar yang tidak mempunyai pendapatan tetap, hanya wang simpanan sahaja, sudah tentu tak mampu menanggung majlis yang besar-besaran. Tambahan pula jumlah wang hantaran pula adalah sifar, maka semuanya bergantung kepada aku. Aku tidak mahu membebankan dia dengan jumlah hantaran yang tinggi. Cukuplah dengan persediaan yang dia lakukan untuk melunaskan mas kahwin dan membuat persediaan untuk kehidupan sebelum dan selepas pernikahan. Dia ada beberapa kali bertegas mahu membantu tetapi aku berkeras juga mengatakan tidak perlu. Pada aku, jika aku tidak mampu tanggung, maka kita tunda sahaja majlisnya.

Aku rasa segan juga dengan keluarga. Mahu berhutang dengan keluarga, memang prinsip aku tidak mahu berhutang untuk majlis ini. Maka eloklah ditunda pernikahannya daripada berhutang kan? Nanti rasa ada yang tak lepas pula..

Apabila disuarakan kepada umi tentang jumlah tetamu yang hadir, akhirnya umi nyatakan bahawa kos jamuan akan ditanggung sepenuhnya oleh beliau dan ayah.

Apabila disuarakan kepada umi tentang baju pernikahan, akhirnya umi nyatakan bahawa umi akan menanggung kos baju kahwin lelaki dan perempuan termasuklah membeli kain dan menempah baju. Errr tiba-tiba rasa macam baik sewalah begini kan? Huuuuu T_T Walaupun nikah dan sanding pada hari yang sama, maka aku bertegas juga pada mulanya mahu ada dua baju. Tetapi akhirnya bila fikir semula, aku menerima sahaja cadangan umi dengan niat tidak mahu membebankan beliau walaupun sebenarnya baju sanding itu aku mahu beli sendiri.

Antara tips yang ada dalam buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta oleh Tuan SK ialah menghantar surat memohon sumbangan daripada orang lain untuk majlis yang akan diadakan serta mengirimkan sekali senarai barang yang diperlukan bersama-sama dengan kad undangan majlis kesyukuran. Oleh itu, aku mengambil inisiatif menghantar kiriman whatsapp kepada adik-beradik sekiranya mereka ingin membantu dari sudut kewangan. Subhaanallah... aku sangat terharu apabila ada seorang daripada adik-beradik aku yang ingin memberi sumbangan antara RM500-RM1000 untuk kelangsungan majlis aku. MashaaAllah, aku sangat malu dengan Allah dan aku terfikir-fikir asbab Allah mengurniakan rezeki sedemikian rupa. Alhamdulillah.

Ada beberapa perkara yang aku lakukan seperti yang disarankan oleh Ustaz Fathuri dalam page Facebook Mudahnya Menjemput Rezeki;

1) Memberi makan kucing yang lapar
2) Membaca Al-Quran selama 10minit setiap kali selepas solat
3) Membaca surah Al-Balad setiap kali selepas solat Subuh

MashaaAllah.. Apabila mengenangkan dosa-dosa yang aku lakukan, ada kalanya melambatkan solat, aku berasa malu dengan Allah kerana Dia tetap memberi rezeki atas apa yang kita kerjakan T_T. Astaghfirullah..

Itulah yang dinamakan rezeki kenal tuannya. Subhaanallah!

InshaaAllah, aku sangat galakkan sahabat-sahabat semua butang like pada page tersebut dan set notification supaya sentiasa tahu apa entri terkini pada page tersebut. InshaaAllah, pelbagai manfaat akan diperolehi oleh kita apabila kita jaga hubungan dengan Allah. InshaaAllah. Selamat mengubah kehidupan dengan amalan bersedekah! :)

InshaaAllah, aku sarankan juga sahabat semua memiliki buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta oleh Tuan Shamsuddin Kadir untuk pengurusan majlis pernikahan dan juga pengurusan kewangan rumahtangga selepas bernikah. InshaaAllah.

Apapun, doakan kami ya! :)

Ops. Antara tips murah rezeki adalah mendoakan orang lain juga. Aku mendoakan semoga Allah memudahkan urusan sahabat-sahabat semua. InshaaAllah. Ameen.

Road To Jannah 2: 220 days left

Bismillahirrahmaanirrahim.

Ceh. 220 hari yang tinggal. Macam lama lagi tapi tak lama dah sebab lepas ni aku akan super duper sibuk.

Bulan 11/14
- Exam 18
- Exam 20

Bulan 12/14
- Date Dr 2
- Date Dr 22
- Bakal FIL visit - NYD
- Cousin wed : bertandang 12
- Cousin wed : nikah 9

Bulan 1/15
- Date Dr 27
- Mula sem baru

Bulan 2-4/15
- Praktikum 3bulan

Bulan 5/15
-exam

Bulan 6/15
- Nikah 6
- Sanding 6

Bilaaaa nak mencelah ni..... =_="...

InshaaAllah dipermudahkan.... Ameen!

Doakan ya ;)




Road To Jannah

Bsimillahirrahmaanirrahim.

InshaaAllah dalam dua tiga menjak ni, entri-entri di sini banyak terisi dengan perancangan mengadakan majlis pernikahan di rumah nanti.

Walaupun rancangnya pertengahan tahun hadapan, pada bulan Jun, aku tetap rasa dah tak lama dan tak punya banyak masa.

Kenapa?

Sebab nanti sibuk dengan praktikum akhir. Jadi alhamdulillah segala perancangan sudah disusun dengan baiknya. Tunggu perjalanan perancangan sahaja bagaimana. Jadi, secara asasnya, mahu bercerita pasal apa ya?

Hmmph.

Pada pandangan aku, bila nak kahwin, ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan.

1) Tarikh Nikah, Sanding, Bertandang
Pemilihan tarikh inilah yang paling penting sebab tanpa rancangan tarikh, kita tak tahu mana hala tuju kita nanti. Susah juga untuk membuat sebarang perancangan yang lain.

2) Bajet
Yang ini juga paling utama. Berapa bajet yang ada untuk kahwin? Paling-paling kurang di sebelah pihak perempuan, kosnya akan mencecah jumlah minima RM8000. Bila dah buat semasa cuti sekolah, harga barang pun naik.

3) Wang hantaran dan mas kahwin
Perihal ini, kena bincang awal-awal. Pada aku, aku lebih suka tak menyusahkan beliau. Prinsip kami, tidak berhutang. Lainlah kalau ada yang nak sponsor kan ;) Jadi berpadalah mahu meletakkan wang hantaran. Jika dia mampu beri tanpa berhutang, apa salahnya terima :). Kalau dia tak mampu sehingga perlu berhutang, sanggup ke kita hidup lepas tu dengan hutang kahwin yang masih belum langsai. Apapun, lain orang lain caranya. Aku tak dapat menolak juga apabila bakal pengantin mahu ringkas, keluarga pula mahu buat besar-besaran. Nasihat aku, buat perancangan kita dan sesuaikan dengan permintaan keluarga ^_^.

4) Warna Tema
Arghhhh peningnya nak pilih warna! Huuuuu.. Aku sendiri pun mengalami masalah yang sama. Penyelesaiannya, kita ingat semula warna apa yang kita pakai dan kawan cakap cantik dari hari yang lain walaupun sebenarnya kita masih lagi pakai baju yang berulang kali kita pakai. Mesti ada satu warna yang menyerlahkan kita :) Seterusnya fikir gabungan warna apa yang menarik. Pemilihan warna juga dipengaruhi oleh warna kulit. Kalau kulit putih atau cerah, warna apapun ditanggung beres. Kalau kulit sawo matang atau gelap macam aku, alamatnya kena pandai pilih warna. Wuwuwuwu. Hitam itu menawan. Eceh.

Setakat itu sahaja pada aku yang paling utama yang perlu difikirkan terlebih dahulu sebelum mahu merancang lebih mendalam :)

InshaaAllah.. aku akan update dalam entri-entri yang seterusnya. Doakan ya ;)


Saturday, November 1, 2014

Angan Tak Sudah 2: Beli Kereta dan Rumah Cash!

Bismillahirrahmaanirrahim.

Kaaching! $$$

Alhamdulillah, dah nak menuju ke alam rumahtangga, jadi kita kena ada sedikit perancangan.

Secara asasnya, sebab kami dua-dua Alhamdulillah cukup makan, perancangannya mahu beli rumah dan kereta. Perancangan ni bukan sekaligus dalam setahun nak kena setel, tapi inshaaAllah, dari semasa ke semasa.

Jadi di sini kami sertakan rujukan daripada Tuan Saiful Nang ;) Cilok dari FB beliau :)

CARA BELI KERETA TUNAI - AWAS : BANK SANGAT TIDAK SUKA ARTIKEL INI
Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64
Kita nak buat begini
Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO
Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).
Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya.
Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera
Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.
Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.
TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru...gatal jer nak gi shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)
RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k
Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira
Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan
Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.
Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the money work for you.
Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.
Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.
Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.
Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.
Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah). Ini bukan isu beli liabiliti dengan tunai satu tindakan kurang bijak...tetapi pada saya, ini cuma satu usaha untuk tidak commit kepada riba termasuk "Riba' Islamic".
Selamat mencuba.
Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.
SAIFUL NANG
Street Learner
* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan idea merancang kewangan sahaja dan tak perlu tiru, ubahsuai mengikut situasi masing-masing. Harap tiada yang mempersoalkan matematiknya 
** Untuk tips beli rumah tunai, itu tunggulah...nanti saya sembang lain kali. Boleh sebenarnya kalau nak.

harapnya bermanfaat dan boleh dijadikan rujukan untuk anda juga :)

Angan Tak Sudah 1: Majlis Kahwin Bawah 10k!

Bismillahirrahmaanirrahim :)

Alhamdulillah, telah selesai beberapa fasa dalam kehidupan :)

Tahun hadapan tahun akhir.
Tahun sibuk.
Dengan kajian tindakan, pembentangan kajian tindakan, temuduga SPP.
Tahun berikutnya, tinggal tahun penempatan di sekolah.

Perihal penempatan, inshaaAllah aku bakal memilih Negeri Sembilan(berdasarkan EG Tukar 2014, permintaan masuk ramai, permintaan keluar sedikit), Perak dan Pahang. InshaaAllah.. meskipun dapat negeri yang tiada dalam senarai nanti, aku yakin itulah ketentuan daripada Allah yang terbaik untuk aku :) inshaaAllah.

fasa seterusnya juga mula menjengah. fasa menjadi seorang isteri. sebelum nak jadi isteri, kena lalui fasa pernikahan dahulu. fasa perkahwinan.

Sebagai seorang wanita, sudah pasti aku juga ada impian tersendiri. Jika sebelum ini menulisnya di awangan, maka kali ini sudah ada tapak yang sedikit pasti :)

Prinsip pernikahan pada kali ini masih sama; bebas hutang. Jadi aku dah jalan sana sini tengok pasal perkahwinan, maka aku sudah mendapat sedikit idea tentang majlis yang akan aku laksanakan nanti. Pokoknya, bagaimana mahu melaksanakan majlis dengan bajet bawah RM10k.

Untuk majlis merisik, kami tak keluar bajet. Yang keluarnya, pihak lelaki sebab kami pi risik dia :D. Tapi dia yang beri cincin :D

Jadi bila dia datang rumah nanti barulah kami pula yang keluarkan bajet... Kiranya macam jalan-jalan sahajalah.

Secara rawaknya, dalam perancangan(sebelah perempuan):

Menu utama - Nasi Ayam, Bubur
Doorgift - Buku Mini MMR
Baju Nikah - Kurung Moden
Baju Sanding - Jubah MashaaAllah House
Baju Bertandang - Kurung moden
Cincin Lelaki
Kek SR
Kasut Kahwin
Kad Jemputan Kahwin

Kami rancang tak mahu ada barang hantaran tetapi terpulang kepada individu nak bagi sebagai hadiah persendirian. Lagipun semua benda tu lepas kahwin boleh beli sama-sama. :)

Masih memikirkan tentang jurutangkap foto. Sebenarnya aku sendiri suka tangkap gambar orang. Hehehe... Boleh ke pengantin pegi sana sini nak tangkap gambar tetamu? macam pelik la kan :D

Majlis abang sebelum ni sewa satu khemah je untuk lelaki.Yang perempuan boleh makan kat ruang dalam rumah atas di kawasan beranda. Ada juga satu meja lagi yang diletakkan di kawasan parking kereta ada awning.

Ada beberapa perkara yang perlu aku teliti terlebih dahulu. Senarai tetamu bagi pihak aku dah siap :D Amboi laju la kannnn kahwinnya tak pasti lagi bila :P

Wish me the best inshaaAllah!

Barakah wedding ceremony in progress! :)