Bismillahirrahmaanirrahim.
Alhamdulillah :).
Subhaanallah. Segala puji-pujian kembali pada-Nya yang Maha Esa.
Alkisahnya kami bakal bernikah dalam keadaan aku masih belajar, dan dia akan menamatkan praktikal pada bulan Mac. Tak pasti lagilah sudah ada kerja tetap saat kami dinikahkan itu. Apapun, kami tetap bersyukur dengan apa adanya.
Kekangan utama untuk bernikah saat masih belajar sudah pasti masalah kewangan. Bukan sedikit belanja yang diperlukan walaupun untuk mengadakan majlis yang ringkas. Apabila kita kemukakan cadangan begini, ibu ayah pula tidak setuju. Jadi percanggahan yang berlaku menyebabkan niat untuk melangsungkan pernikahan kadang-kadang terbantut.
Alhamdulillah, kedua-dua keluarga kami sudah bersetuju untuk melangsungkan pernikahan kami pada tahun hadapan.
Aku ada beberapa kali membatalkan perancangan untuk melangsungkan pernikahan kerana percanggahan itu. Sebagai seorang pelajar yang tidak mempunyai pendapatan tetap, hanya wang simpanan sahaja, sudah tentu tak mampu menanggung majlis yang besar-besaran. Tambahan pula jumlah wang hantaran pula adalah sifar, maka semuanya bergantung kepada aku. Aku tidak mahu membebankan dia dengan jumlah hantaran yang tinggi. Cukuplah dengan persediaan yang dia lakukan untuk melunaskan mas kahwin dan membuat persediaan untuk kehidupan sebelum dan selepas pernikahan. Dia ada beberapa kali bertegas mahu membantu tetapi aku berkeras juga mengatakan tidak perlu. Pada aku, jika aku tidak mampu tanggung, maka kita tunda sahaja majlisnya.
Aku rasa segan juga dengan keluarga. Mahu berhutang dengan keluarga, memang prinsip aku tidak mahu berhutang untuk majlis ini. Maka eloklah ditunda pernikahannya daripada berhutang kan? Nanti rasa ada yang tak lepas pula..
Apabila disuarakan kepada umi tentang jumlah tetamu yang hadir, akhirnya umi nyatakan bahawa kos jamuan akan ditanggung sepenuhnya oleh beliau dan ayah.
Apabila disuarakan kepada umi tentang baju pernikahan, akhirnya umi nyatakan bahawa umi akan menanggung kos baju kahwin lelaki dan perempuan termasuklah membeli kain dan menempah baju. Errr tiba-tiba rasa macam baik sewalah begini kan? Huuuuu T_T Walaupun nikah dan sanding pada hari yang sama, maka aku bertegas juga pada mulanya mahu ada dua baju. Tetapi akhirnya bila fikir semula, aku menerima sahaja cadangan umi dengan niat tidak mahu membebankan beliau walaupun sebenarnya baju sanding itu aku mahu beli sendiri.
Antara tips yang ada dalam buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta oleh Tuan SK ialah menghantar surat memohon sumbangan daripada orang lain untuk majlis yang akan diadakan serta mengirimkan sekali senarai barang yang diperlukan bersama-sama dengan kad undangan majlis kesyukuran. Oleh itu, aku mengambil inisiatif menghantar kiriman whatsapp kepada adik-beradik sekiranya mereka ingin membantu dari sudut kewangan. Subhaanallah... aku sangat terharu apabila ada seorang daripada adik-beradik aku yang ingin memberi sumbangan antara RM500-RM1000 untuk kelangsungan majlis aku. MashaaAllah, aku sangat malu dengan Allah dan aku terfikir-fikir asbab Allah mengurniakan rezeki sedemikian rupa. Alhamdulillah.
Ada beberapa perkara yang aku lakukan seperti yang disarankan oleh Ustaz Fathuri dalam page Facebook Mudahnya Menjemput Rezeki;
1) Memberi makan kucing yang lapar
2) Membaca Al-Quran selama 10minit setiap kali selepas solat
3) Membaca surah Al-Balad setiap kali selepas solat Subuh
MashaaAllah.. Apabila mengenangkan dosa-dosa yang aku lakukan, ada kalanya melambatkan solat, aku berasa malu dengan Allah kerana Dia tetap memberi rezeki atas apa yang kita kerjakan T_T. Astaghfirullah..
Itulah yang dinamakan rezeki kenal tuannya. Subhaanallah!
InshaaAllah, aku sangat galakkan sahabat-sahabat semua butang like pada page tersebut dan set notification supaya sentiasa tahu apa entri terkini pada page tersebut. InshaaAllah, pelbagai manfaat akan diperolehi oleh kita apabila kita jaga hubungan dengan Allah. InshaaAllah. Selamat mengubah kehidupan dengan amalan bersedekah! :)
InshaaAllah, aku sarankan juga sahabat semua memiliki buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta oleh Tuan Shamsuddin Kadir untuk pengurusan majlis pernikahan dan juga pengurusan kewangan rumahtangga selepas bernikah. InshaaAllah.
Apapun, doakan kami ya! :)
Ops. Antara tips murah rezeki adalah mendoakan orang lain juga. Aku mendoakan semoga Allah memudahkan urusan sahabat-sahabat semua. InshaaAllah. Ameen.
No comments:
Post a Comment