CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Saturday, May 23, 2015

RTJ 124days left: Baju Nikah

Bismillahirrahmaanirrahim.

Fuh... Dua hari lepas sempat sembang-sembang dengan Kak Alia, nak pastikan sama ada sempat atau tidak dia jahit baju kawen kita :D

Jadi....

Keputusannya.... buat masa sekarang Kak Alia rasa tak sempat. Sekarang dia tengah touch up baju yang nak kahwin bulan 5 dan 6. Untuk yang tempah bulan 9 pula Kak Alia dah siap jahit, tinggal nak touch up juga nanti.

Kak Alia tengah mengandung. Jadi selepas raya dia bimbang dah tak boleh menjahit sebab dah sarat. Oleh kerana aku memikirkan beberapa risiko, maka inshaaAllah aku akan teruskan tempahan dengan Kak Iman :)

Aku dah tanya Kak Iman bila paling akhir tempah kalau nak pakai bulan 9, katanya bulan 7 sebab dah ada dua orang yang lain tempah untuk bulan 9 :) Oklah. Takpelah kan. Jadi aku tengah fikir-fikir nak pakai warna apa. Nak kekalkan lace warna emas ke tidak.

Untuk Kak Alia, aku ada tanya kot-kot boleh teruskan tempahan baju untuk majlis bertandang ;)

InshaaAllah, rezeki kenal dengan tuannya, tidak pernah tersilap tarikh, tempat dan masa :)

Wednesday, May 20, 2015

RTJ 127days left: Merealisasikan Perkahwinan Kos Bawah 10K

Bismillahirrahmaanirrahim.

Masih ingat aku pernah menulis tentang Angan Tak Sudah iaitu ingin mengadakan perkahwinan dengan kos bawah RM10k? Haaa mari kita buat catatan sedikit jumlah perbelanjaan setakat ini. Adakah aku sudah melebihi bajet atau sebaliknya ;)

Mini Pelamin : 250
Mekap : 200 (anggaran)
Baju Bertandang : 269
Kek : 110
Buku Set Hadiah Dari Syurga, Mudahnya Berpantang dan Mudahnya Bersalin : 195
Baju Harash Collection : 95
Set Baju Nikah dan Sanding(Veil, shawl, baju): 280
Kad Kahwin : 180
Inai : 26
Homestay pihak lelaki : 320
Jurugambar : 330

Total : RM2255

Errr banyak~~~~ Korek-korek duit. Haha... Ada yang aku dah setelkan bayaran dan ada juga belum. Dannnn masih ada lagi yang tak masuk senarai lagi. Pengsan~~~ Mampu ke tak mampu?

Pheww~~~

RTJ 127days left: Baju Nikah

Bismillahirrahmaanirrahim.

Masa ada lebih kurang 4 bulan lagi sebelum majlis berlangsung. Aku dah risik-risik kak Alia, pemilik Aliana Style Collections untuk baju nikah. Aku dah bagi semua details pasal baju. Aku dah letak bajet berapa untuk satu set halfmoon, veil dan baju. Cuma masih belum dapat pengesahan daripada Kak Alia adakah tempahan aku diterima. Hari-hari aku cek baca mesej aku dengan Kak Alia, cek FB Kak Alia iaitu Ukhty Aleya Muslimah untuk tengok komen-komen pada baju, usha baju. Haha nampak sangat aku takde kerja lain. Nampak tak betapa aku obsesssssnya nak baju nikah aku dijahit oleh Kak Alia~~~~~~

Disebabkan kerisauan aku, sebab tempahan Kak Alia ni dah sampai akhir tahun sebenarnya, aku cuma sedia plan B sahaja. Aku usha-usha FB anak didik Kak Alia, iaitu FB Musafir Iman Ilahi untuk tempahan baju. Aku dah tanya siap-siap quotation harga 1 set pengantin dan Alhamdulillah harga yang diberikan juga berpatutan ^_^. Jika(aku harap taklah kan) Kak Alia tak dapat terima tempahan aku, aku akan meneruskan tempahan dengan Kak Iman pula.... Tapi aku harap perkara ni tak perlu terjadi :D

Doakan aku :)

RTJ 127days left: Ujian Darah

Bismillahirrahmaanirrahim.

Aku belum buat ujian darah. Tunang aku dah. Alhamdulillah dia negatif untuk HIV dan Thalasemia.

Ujian Thalasemia tu aku yang paksa dia cek juga. Aku siap cakap kalau kita dua-dua carrier, kita tak payah kahwin lah. Hehe boleh gitu? :D

Jadi dia ada maklumkan pada aku apa yang doktor tu bagitau. Doktor tu kata kalau dua-dua carrier, takde masalah. Cuma anak tu akan pucat sikit laaa... Itu sahaja.

Jadi giliran aku bulan 6 ni untuk buat ujian darah pula...

RTJ 127days left: Official Photographer

Bismillahirrahmaanirrahim.

Mulanya aku rancang taknak tempah jurugambar, tapi disebabkan agak-agak macam tiada siapa yang boleh diharap untuk ambil gambar(semua ada anak kecil yang usia kurang daripada setahun), aku terpaksalah tempah jurugambar atas nasihat kak long :)

Jadi pencarian bermula.. Matlamat utama aku nak tempah yang kos bawah RM200 tapi bila tinjau-tinjau dalam Internet, memang tak ada la kan. Hewhew. Berangan. Aku kecilkan skop pencarian aku pada jurugambar di Tanah Merah, Kelantan. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga yang paling murah habis :D

RM380 untuk shoot and burn akad nikah, sanding dan outdoor dalam hari yang sama.

Disebabkan aku yang pemalu(?) dan bakal suami yang awal-awal dah bagitau kalau nak outdoor, setakat pegang tangan je. Peluk-peluk semua tak boleh. Privasi katanya. Jadi aku buat keputusan tak ambil pakej sekali dengan outdoor. Jadi harga baru;

RM330 untuk shoot and burn akad nikah dan sanding pada hari yang sama.

Aku tengok portfolio dia pun cantik. Ada gaya. Memang sangat disyorkan. Eh macam la majlis aku dah sudah kan? Hehe..

Tengoklah dia punya hasil kerja sendiri. Aku cakap banyak pun tak guna :D

Alamat: http://pakejfotografiperkahwinanmurah.blogspot.com/

Dia berpusat di Pasir Puteh, Kelantan. Boleh hubungi dia melalui Whatsapp.

Serius bagi bakal pengantin di Kelantan yang bajet ciput macam aku ni, ini paling murah aku jumpa :)

Aku masih berkira-kira nak pakai duit mana bayar ni? Hahahahaha. InshaaAllah kalau aku dapat cover, guna duit sendiri. Kalau tak, terpaksa minta belas ihsan ayah :D



Monday, May 18, 2015

RTJ 130days left: The Checklist

Bismillahirrahmaanirrahim.

Disebabkan beberapa kekangan berlaku, maka tarikh perkahwinan aku telah diubah~~~ So inilah senarai semaknya.

  • Tentukan tarikh & hari perkahwinan –
Bride's side 26 September 2015 (Saturday)

Groom's side28 November 2015 (Saturday)
Bride's place – Bride's Home, Tanah Merah, Kelantan


Groom's place - Groom's Home, Seremban, Negeri Sembilan
Solemnization theme – White

Family theme for bride side – Green/Purple
  • Listdown barang hantaran for both side - 
Bride's side - buku, baju, kek (completed)
Grroom's side -  buku, baju, kek, set wangian, makanan sunnah, kasut, set pencuci muka

  • Set Baju Bride

Nikah dan Sanding : Ukhty Aleya Muslimah (In progress)
Bertandang: MasyaAllah House (Setel)
  • Kad Jemputan 
 Confirmed design - FB Kad Kahwin Terlajak Murah
 4" x 6" . 500pcs. RM170 include postage.
  • Kek
Booked - FB Hasnita Abdul Kadir.
Kek Blueberry Oreo Cheesecake with Fresh Fruits. 
RM110 include kotak.
  •  Mekap
Ex-schoolmate - FB Safia Arsyad
  •  Pelamin
 Booked - FB Safia Arsyad
Mini pelamin. RM250.
  •  Inai 
 Booked. RM26 include postage. Mila blogspot.
  • Penginapan Keluarga Lelaki 
 Booked 2 hari (25-27) - Homestay Hati Cekal (Belakang rumah)
3 Bilik. RM160/hari.
  • Tak setel lagi
  1. Ujian darah
  2. Kasut nikah  
  3. Doorgift 
  4. Borang-borang