CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Sunday, February 7, 2010

perihal Dajjal

KEPANTASAN DAJJAL, KENDARAAN DAJJAL DI DARAT, DI LAUT DAN DI UDARA


Tatkala Nabi s.a.w. ditanya, bagaimanakah kecepatan perjalanan Dajjal, beliau menjawab: “Kecepatan Dajjal adalah seperti awan ditiup angin”. Pada waktu Nabi s.a.w. mengucapkan kata-kata ini, nampaknya seperti dongeng sahaja, atau ucapan yang berlebih lebihan. Akan tetapi pada masa kini telah terbukti kelajuan kapal terbang telah melebihi kecepatan angin.


Selanjutnya Nabi s.a.w. bersabda: “Bumi akan digulung ntuknya”. Ini beretu Dajjal akan bergerak begitu cepat seolah-olah bumi yang luas ini kelihatan kecil sahaja. Pergerakan Dajjal melalui udara dikatakan sebagai berikut: “Ia akan menggenggam awan di tangan kanannya”. Ertinya ia akan terbang meloncat-loncat di antara bumi dan langit”. Semua ini mengisyaratkan perjalanan Dajjal melalui udara. Lebih lanjut lagi diterangkan bahawa Dajjal akan bergerak begitu cepat hingga ia:


”Mendahului matahari di tempat terbenamnya”


Pada dewasa ini kapal Bombay atau dari Lahore ke Karachi, hanya memakan waktu beberapa jam sahaja. Siapa tahu manusia akan terbang lebih cepat lagi daripada keadaan sekarang pada masa akan datang. Selanjutnya diterangkan bahawa ”lautan hanya sedalam mata-kaki Dajjal”. Keadaan ini benar-benar terjadi dengan gerakan kapal selam di bawah permukaan laut.


Kenderaan Dajjal disebut keldai, kerana keldai digunakan untuk mengangkut manusia ke sana sini, begitu juga ia digunakan untuk mengangkut muatan bagi manusia. Akan tetapi, keldai Dajjal bukanlah keldai sebenar, kerana keldai ini digambarkan mempunyai telinga yang jaraknya tuju puluh yard dan warnanya putih mengilat. Gambaran ini sebnarnya untuk menggambarkan kereta-api.


Adapun hadis yang menerangkan satu langkah Dajjal akan mencapai jarak perjalanan sehari semalam, ini bererti bahawa jarak yang ditempuh sehari semalam itu, hanyalah satu langkah sahaja bagi Dajjal. Hendaklah diingat bahawa gambaran tentang kemampuan Dajjal menundukkan alam tidaklah sekali-kali dimaksudkan untuk mengutuk perbuatan Dajjal, tetapi untuk menunujukkan bahawa Dajjal mempunyai tanggapan sebagai orang yang paling berkuasa, dan begitu juga kedudukannya sebagai hamba Allah yang hina. Jadi yang dikutuk ialah pengakuan Dajjal bahawa ia mempunyai kekuasaan ketuhanan.


DAJJAL MENGELUARKAN KEKAYAAN BUMI


Dalam hadis ada menerangkan bahawa kekayaan bumi akan mengikuti Dajjal. Ini mengisyaratkan penemuan orang-orang Eropah akan kekayaan bumi yang terpendam. Di mana ada kekayaan bumi yang terpendam, baik yang berupa emas, perak, besi, batubara, minyak dan bahan-bahan mineral, pasti diketemukan orang-orang Eropah.


Semua kekayaan itu, baik di Barat mahupun di Timur, diusahakan oleh orang-orang Eropah. Seteleh dikeluarkan daripada perut bumi, bahan-bahan itu dibuat barang-barang oleh bangsa Eropah yang digunakan untuk menjajah bangsa-bangsa lain di dunia. Selain itu, mereka mengusahakan daerah padang pasir yang tandus dijadikan daerah yang subur dengan memberinya saluran air.


Pendek kata, semua kekayaan bumi yang berupa mineral mahupun hasil tanaman, dikuasai oleh bangsa-bangsa eropah. Semua kekayaan mengikuti Dajjal, dan keuntungan bangsa-bangsa Eropah semakin bertambah, sedangkan bangsa-bangsa lain hanya dijadikan buruh mereka untuk menghasilkan bahan-bahan mentah yang digunakan untuk kepentingan indutri mereka.


Sejumlah besar emas, minyak dan kekayaan dunia baik di India, di Afrika, Arab Saudi, Iraq dan negara-negara timur yang lain, semuanya dikeluarkan habis untuk kegunaan di Eropah dan Amerika. Alangkah hebatnya ru’yah nabi Muhammad tiga belas abad yang lampau tentang yang kita alami sekarang ini. Alangkah baiknya jikalau ru’yah itu diberitahukan oleh orang-orang yang disesatkan oleh kekayaan, kemewahan dan keuasaan bangsa-bangsa Eropah, hingga bertekuk lutut di hadaan mereka. Sepatutnya mereka sentiasa memerhatikan ketajaman penglihatan rohani Nabi s.a.w. yang beberapa ratus tahun sebelumnya, di mana Nabi s.a.w. dapat melihat gambaran dunia sekarang ini dengan terperinci sehingga beliau mampu memberi gambaran yang jelas kepada bangsa Arab ketika itu.


KAWAN-KAWAN DAJJAL HIDUP SENANG DAN MUSUH-MUSUH DAJJAL HIDUP SENGSARA



Sudah terang bahawa memeluk agama Dajjal adalah cara yang sebaik-baiknya untuk menghormati dan bersahabat dengan Dajjal. Hadis yang menerangkan bahawa pengikut-pengikut Dajjal akan senang hidupnya, ini berlaku pula bagi orang-orang yang bersumpah setia kepadanya. Ambillah misalnya keadaan di India. Orang-orang yang sebelum masuk golongan Kristian termasuk golongan rakyat yang hidup sengsara, kini mereka menjadi orang-orang kaya dan berkedudukan tinggi.


Kekayaan yang diambil dari segala penjuru dunia dan ditumpukan di Eropah dan Amerika; jika ia diambil sedikit untuk negara-negara lain di dunia; maka pertama-tama, bahagian itu diberikan kepada negara-negara timur yang memeluk agama Dajjal dengan memberikan kepada mereka gaji-gaji yang lumayan. Maka benarlah gambaran hadis tentang hal ini.


”Ia (Dajjal) akan membawa gunung-roti, semua orang menderita kesukaran, keauali orang-orang yang mengikutnya”.


Maka benarlah bahawa jaminan yang terbaik bagi keamanan ekonomi sekarang

ini ialah memeluk agam Kristian. Orang-orang yang tidak mahu mengambil jalan ini dan tidak mahu hidup bergantung dengan mereka, pasti akan mengalami kehidupan yang sukar dan sengasara. Betapa benarnya gambaran yang diberikan oleh Nabi s.a.w.:

”Barangsiapa mengikuti Dajjaal, ia akan diberi makan, akan tetapi ia dijadikan kafir”


Sstelah orang-orang yang sepenuhnya menganut agama Dajjal, ada pula orang yang bermain-mata dan bermuka-muka dengan Dajjal, hanya kerana mengejar kebendaan semata-mata. Inilah golongan yang dituju oleh hadis berikut yang bermaksud:


”Kami bersahabat dengan Dajjal, sekalipun kami tahu bahawa ia kafir. Kami bersahabat dengan Dajjal agar kami dapat makan dari Persediannya”


Inilah hamba-hamba perut yang menari-nari mengikut irama Dajjal. Mereka mengerjakan hal-hal yang bertentangan dengan agama, bangsa dan negara, hanya kerana sesuap nasi. Tujuan Dajjal memberti maan orang-orang ini ialah agar mereka menjadi orang yang tidak beragama, sekalipun Dajjal tidak berhasil memasukkan mereka dalam agamanya; setidak-tidaknya Dajjal berhasil menjadikan mereka acuh tidak acuh terhadap agama merea sendiri. Sebenarnya sistem pendidikan yang diberikan kepada anak-anak kita, itu hanya bertujuan untuk memisahkan kita daripada agama dan Allah. Dan apakah yang dijadikan daya penarik pendidikan ini? Tiada lain hanyalah diberinya mereka hak untuk mendapatkan pekerjaan, jadi berbalik semula kepada peroalan perut dan roti.


DAJJAL DAN ANAK-ANAK YANG TIDAK SAH


Hubngan bebas yang tidak sah melebihi batas antara lelaki dan wanita, menyebabkan kerosakan, dan menyebabkan bertambahnya anak-anak yang tidak sah (anak-anak zina), dan ini adalah ciri-ciri khas kota-kota besar di Eropah dan Amerika. Dalam ru’yah Nabi s.a.w. melihat hubungan seks yang tidak sah yang berpaksikan materialisme:


”Awas! Sebahagian besar kawan dan pengikut Dajjal adalah kaum Yahudi dan anak-anak yang tidak sah”


Sejumlah besar anak-anak zina ini dilindungi oleh undang-undang yang mengesahkan anak itu. Misalnya, seorang wanita mengandung kerana hubungan yang tidak sah, akan tetapi sebelum bayi lahir, mereka melangsungkan pernikahan, maka bayi itu dianggap sah. Sehinggakan apabila lelaki dan wanita yang berbuat sumbang melangsungkan perkahwinan pada bila-bila masa pun, maka anak-anak yang dilahurkan sebelum perkahwinan, semuanya dianggap sah.


Dengan sebab itulah di kota-kota Eropah dan Amerika, masih terdapat banyak anak-anak yang tidak sah, bahkan anak-anak yang lahir dalam keadaan perang, diberi jolokkan sebagai ”anak pahlawan”. Jika orang mahu memerhatikan betapa bermaharajalelanya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan di Eropah dan Amerika, maka kita dapt meramalkan bahawa tidak lama lagi penduduk daerah ini akan berpaling dari jalan benar dan kembali kepada kehidupan biadap bagaikan binatang.


KAUM LELAKI MENYERUPAI WANITA, KAUM WANITA MENYERUPAI LELAKI


Tanda-tanda Dajjal yang lain dihuraikan dalam hadis ialah bahawa wanita akan menyerupai seperti lelaki, dan lelaki akan menyerupai seperit wanita. Seperempat abad yang lalu, hal ini masih sukar difahami. Akan tetapi pada masa ini, ramalan tersebut telah menjadi kenyataan, iaitu wanita memakai cara-cara kaum lelaki, misalnya memotong rambut, memakai celana dan sebagainya, sedangkan kamu lelaki memakai cara-cara kaum wanita, misalnya berambut panjang, memakai bedak, kalung, gelang dan sebagainya. Perubahan dalam hal kelakuan dan kebiasaan ini begitu jauh, hingga kadang-kadang sukar dibezakan antara wanita dan lelaki. Sabda Nabi s.a.w. yang maksudnya:


”Wanita akan nampak sepeti lelaki, dan lelaki akan nampak seperti wanita, dan ianya benar-benar terjadi”


PENYEMBUHAN AJAIB


Disamping meramalkan keburukan, Nabi s.a.w. mermalkan juga kebaikan Dajjal. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang meneragkan bahawa bangsa Dajjal memeproleh kemajuan besar dalam bidang perusahaan dan bidang industri, dan membuat muka bumi nampak indah dan di sudut yang lain pula, ada sebuah hadis yang menerangkan bahawa bangsa Dajjal akan menyembuhkan penyakit secara ajaib:


”Ia (Dajjal) akan menyembhkan orang buta, orang sakit lepra dan menghidupkan orang mati”


Disini yang dimaksudkan dengan ”menghidupkan orang mati” ialah menyembuhkan penyakit yang idak dapat disembuhkan, seakan-akan Dajjal dapat menghidupkan orang mati. Maka benarlah bahawa dalam bidang perubatan, bangsa Dajjal memperlihatkan keluarbiasaannya, dan ini adalah hasil yang patut dipuji. Akan tetapi, menurut hadis, hal ini adalah salah satu finah Dajjal, seperti halnya kecepatan dan kendaraan Dajjal, di darat, di laut dan udara. Kerana dengan kemajuan yang luar biasa ini, bangsa Dajjal merasakan bahawa mereaka lebih unggul daripada bangsa-bangsa yang lain di dunia; pengakuan mereka memilik kekuatan yang luar biasa ini, hampir tiada bezanya dengan pengakuan sebagai tuhan. Selain itu, kemajun-kemajuan mereka di dalam aspek kebendaan, menyesatkan manusia dari segi kehidupan rohani.


USLUB NABI UNTUK MENGALAHKAN DAJJAL DENGAN DALIL


Jika hadis ini kita baca dengan teliti, pasti akan bertambah jelas dengan apa yang dimaksudkan dengan membunuh Dajjal, hadis tersebut berbunyi:


”Apabila ia (Dajjal) muncul, dan aku ada di tengah-tangah kamu, maka aku akan mengalahkannya dengan dalil, dan jika ia muncul setelah aku tiada, maka setiap orang menjadi penolong bagi dirinya sendiri”


Hadis tersebut menjelaskan seterang-terangnya kepada kita bahawa apabila Dajjal muncul di zaman Nabi s.a.w., beliau akan mengalahkanyya dengan dalil. Ini menunjukkan bahawa membunuh Dajjal adalah membanteras kejahatan Dajjal; oleh kerana Dajjal menyesatkan manusia dengan tipu muslihatnya yang halus dan dengan menimbulkan keragu-raguan dalam hati manusia, maka kejahatan Dajjal hanya dapat dibanteras dengan dalil. Maka dari itu, Nabi s.a.w. bersabda bahawa beliau akan mengalahkan Dajjal dengan dalil.


Denikian juga terbunuhnya Dajjal oleh al-Masih, perkara ini perlu ditafsirkan bahawa dikalahkan Dajjal oleh al-Masih adalah dengan dalil juga. Dengan kata lain, al-Masih juga akan mengalahkan Dajjal dengan dalil atau menyelamatkan manusia dari fitnah Dajjal dengan jalan dakwah.


Jadi yang dimaksudkan dengan membunuh Dajjal oleh Masih Mau’ud ialah, bahawa propaganda dan pengaruh Dajjal akan ditolak, dan manusia akan diselamatkan dari fitnahnya.


BISIKAN JAHAT DAJJAL


Dari keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa Dajjal tidak akanmenyesatkan manusia dengan cara paksa, melainkan dengan memujuk mereka agar mereka terpikat oleh tipu daya dunia dan kesenangan yang melimpah ruah, demikian juga dengan mempengaruhi manusia melalui hasil kekayaan alam dan ilmu pengetahuan yang luar biasa. Akan tetapi dalam hadis, Nabi s.a.w. menjelaskan perkara ini dengan maksudnya:


”Barangsiapa mendengar perihal Dajjal, hendaklah menjauhkan diri daripadanya. Demi Allah, manusia akan datang kepadanya dan akan menyangka bahawa ia adalah mukmin, namun ia mengikuti dia (Dajjal) kerana keragu-raguan yang ditimbulkan oleh dia (Dajjal) dalam hatinya”


Jika manusia menyelidiki persoalan ini, maka jelaslah bahawa tipu muslihat yang digunakan oleh bangsa-bangsa Barat tiada tandingannya dalam sejarah dunia. Dengan cara-cara yang halus, mereka meniupkan bisikan jahat ke dalam batin manusia, sehingga fikiran menjadi ragu-ragu kerananya.


Ambillah contoh dalam masalah pendidikan. Pendidikan adalah satu proses yang dapat menjadikan jiwa manusia sama ada lurus atau tidak. Akan tetapi bangsa-bangsa barat merancang bentuk pendidikannya dengan begitu halus, sehinggakan mereka dapat membuatkan jiwa pelajar tidak mentaati agama dan kebudayaan mereka sendiri, sekalipun alasan yang digunakan untuk tujuan itu bertentangan dengan agama Nasrani.


Mereka (bangsa barat), dapat membawa proses ini dengan sebegitu rupa, sehingga kepercayaan akan adanya Allah, merka usaha sedaya upaya supaya timbul keragu-raguan dalam diri para pelajar tentang adanya Allah. Mereka sendiri percaya akan adanya wahyu, Nabi, Hari Qiamat, namun mereka berusaha sekeras-kerasnya agar jiwa para pelajar tidak percaya kepada itu semua.


Kesimpulan yang dapat dibuat daripada penerangan di atas adalah bahawasanya Dajjal menyesatkan manusia dari jalan kebenaran dengan bisikan jahat dan bukannya dengan cara paksa, dan inilah ciri khas bangsa-bangsa eropah sekarang ini.

No comments: