bismillahirrahmanirrahim...
assalamua'alaikum..
apa khabar sahabat2 sekalian?? d harap dalam keadaan yang sejahtera dan ceria.. alhamdulillah... berbalik kepada tajuk entri ni, sejak kebelakangan ni, aku suka gile mengadap buku tulis 80 muka yang d staple sampai dah jadi macam 240 muka.. jadi rujukan untuk jawab tutor. lalala~ signifikan dengan exam yang bakal kunjung tiba nanti, alhamdulillah, saya dah mula bersedia. mula kuatkan tekad dan semangat. yang paling penting, sem ni adalah sem yang terakhir!! lepas ni ke manalah aku membawa diri. yang pasti, semoga aku sentiasa berada dalam lindunganNya dan Dia jualah yang memberi sebaik2 ketetapan. insyaAllah, ade rezeki saya dalam bidang perguruan, maka tetaplah saya d maktab. kalo x, d UIA lah tempat kita bertemu semula. *saya xnak jumpa Ali. plez!*
makin nak exam, makin banyk jugak buku yang xde kaitan dengan exam yang aku baca macam...
you're creative, story of the sleepers dan beberapa buah buku motivasi yang lain. seronok baca buku.. dapat banyak ilmu... dapat tenangkan minda... ummi cakap, aku ni ulat buku=). hehe... thanks ummi. pujian dari seorang ibu. kalo kat skolah dulu, port yang paling aku suke time rehat adalah library. masa rehat d habiskan dengan cari buku untuk d pinjam. aku x ske novel cintan-cintun. hanya novel fiksyen je aku layan. n of koz, english novel is a priority. makan ngan buku, tido ngan buku. pendek kata, buku jadi teman setia. kat uia lak, aku mula kumpul buku sendiri. kebiasaannya buku2 motivasi.. insyaAllah, kalo d beri kesempatan, aku nak sambung pengajian dalam bidang psikologi... insyaAllah.. manusia hanya merancang, tapi Allah yang tentukan=).
saya berniat untuk wujudkan perpustakaan mini d rumah sendiri beserta bilik solat seperti yang dah sedia ada d rumah kami sekarang ni. saya sayang keluarga saya!!! ayah, ummi, terima kasih untuk didikan yang ummi dan ayah beri. alhamdulillah... alhamdulillah... semoga keluarga kita sentiasa bersatu dalam mencari redhaNya... insyaAllah..
baru sekejap tadi luangkan masa dengan dayah. sembang motivasi. insyaAllah, walaupun aku x jadi motivator yang sah, biarlah aku menjadi tempat teman2 mengadu. menangislah d bahuku... menangislah sekiranya ia mampu membuatkan kau lega. sedikit x banyak, semoga kehadiran aku memberi ketenangan kepadamu sahabatku=). sayang korang semua!!! fillah... semoga kita sentiasa perbaiki diri masing2 agar d permudahkan jalan menuju kebahagian hakiki...
salam bahagia. salam ceria. salam ketenangan. assalamu'alaikum=)
Doa Memohon Ampun Kepada Allah
2 years ago
No comments:
Post a Comment