CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Saturday, December 31, 2011

hanya kerana Dia cinta...

Bismillah..

Alhamdulillah.. dah masuk 31 Disember 2011 dan masih diberi kesempatan menghela nafas dengan rahmat-Mu Tuhan. Allah...

Bilamana diberi nikmat kehidupan begini, masih boleh meneruskan kehidupan, dan masih diberi kesempatan untuk terus mengumpul amalan untuk dibawa ke sana, serta masih boleh berusaha sedaya mampu memohon keampunan daripada-Nya, lalu nikmat Tuhan yang mana yang ingin aku dustakan? Allah..

sudah begitu penghidupannya, ada pasang surut tahap iman di dada. bilamana persekitaran jauh daripada tarbiyah, maka diri sendiri pula yang harus mendisiplinkan diri.

tahun 2011.. pada tahun inilah aku mula faham erti istilah 'bercinta dengan Allah'. sebelum ini, hanya menyapa di telinga sahaja. cuba memahami dengan menggunakan konsep sendiri. ah, apalah sangat yang aku faham. akhirnya, dengan izin Allah, dalam suatu majlis, bertempat di IPG Kampus Pendidikan Islam, dengan bantuan Pn. Mahawa Pilus, aku mula tahu bagaimana cara bercinta dengan Allah.. mulai saat itu, aku rasakan pengharapan aku diletakkan semua kepada-Nya. ya Allah... betapa bahagianya aku kerana aku tahu Kau sentiasa ada untuk aku.. benar.. bercinta dengan-Mu tidak pernah merugikan, tidak pernah mengecewakan, bahkan hari-hari menjadi semakin indah, bahagia, malah, aku makin merindui-Mu setiap masa, setiap saat. manisnya bercinta dengan Allah! Subhanallah!

dalam setiap doaku, aku selalu memohon, moga Allah balas terus apa jua kejahatan yang aku lakukan di dunia ini. apalah sangat dengan balasan di dunia dengan balasan di akhirat yang ternyata lebih pedih dan azab sekali. aku juga memohon, semoga Allah sentiasa beri petunjuk kepada aku..

pada suatu hari, pada tidur malamku, aku telah bermimpi.. dalam mimpi tersebut, aku bersama-sama beberapa orang rakan ditawarkan untuk bersiar-siar, dalam erti kata lain berseronok. kalau tak silap aku, kenderaan yang kami naiki adalah teksi. dalam kereta tersebut, kami sangat bising;bergelak ketawa. aku ternampak cahaya keluar daripada sebuah pintu. lalu aku tanyakan ke mana kami akan dibawa.. lelaki tersebut berkata : pintu taubat sudah nak tertutup. Allah.. waktu tu, hanya Allah sahaja yang tahu. kami berada dalam keadaan ketakutan. waktu tu la nak berdoa semoga Allah beri kesempatan kepada kami bertaubat. semoga dimatikan dalam keimanan. memang menangis la waktu tu...  aku tersedar dari tidur, dan terus berfikir. Allah nak tunjukkan sesuatu ni.. aku termenung agak lama berfikir. berfikir. dan berfikir. hanya Allah sahaja yang tahu perasaan waktu tu.. kalau tak silap aku, 2-3 kali juga aku bermimpi pasal hari kiamat..

melihatkan pula keadaan sekarang yang banyak benar tandanya, maka aku lebih yakin bahawa, hari kiamat sudah hampir.

Kanak-kanak Mengimamkan Solat

lalu, aku ingin berseru kepada saudaraku sekalian, harapnya kita tidak tertipu dengan dunia yang fana ini. teruskanlah berseru kepada kebenaran, dan sampaikanlah pesanan ini kepada semua.. ubatilah hati kita dengan membaca perkara-perkara indah tentang syurga dan berilah peringatan kepada diri kita dengan membaca perihal azab neraka Allah yang sangat pedih. aku syorkan baca buku Solusi isu ke-38 dengan fokus ' Syurga Itu Benar' dan carilah hadis-hadis sohih yang lain untuk memotivasikan serta memberi peringatan kepada kita. jangan lupa untuk tadabbur kalam Allah, yakni Al-Quran Al Karim... insyaAllah..

sehingga ke penulisan seterusnya dengan izin Allah, Assalamu'alaikum. :)

*bro, sis, hidup tak lama. kalau ditunggu-tunggu, entah bila la kan kita nak betul-betul mengamalkan ajaran-Nya, serta menjalani hidup mengikut syariah-Nya. usah bertangguh. mula dari sekarang! sayang kamu semua.. sentiasa... insyaAllah <3<3<3

Monday, December 19, 2011

Tak Pernah Jemu!

comey kan kak nani :) anak 7 okey.
Bismillah...

saya sudah lupa bagaimana saya boleh ketemu dengan blog kak Nani Rostam. mungkin dari blog Hanis Zalikha kot. memang sangat awesome baca blog tu. macam-macam info, dan resepi! banyak juga belajar pasal kehidupan dekat blog tu. secara jujurnya, saya tak pernah jemu baca blog kak nani. walaupun baru mula baca, entri-entri lama dikorek semula! kak Nani adalah role model bagi bakal ibu-ibu muda di luar sana. saya sangat sukakan gaya penataan rumah kak nani. memang superb! :) bagi anda yang rasa nak belajar sesuatu, bolehlah ke blog kak Nani^^.

Penyakit Rohani

Bismillah..

Apa khabar? *sambil bulatkan mata senyum ceria
hari ni jejak lagi ke sini :D

semalam semak-semak 'news feed' di laman facebook, lalu, terjumpalah 'status update' dari laman Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah berkenaan sakit rohani. jom usha apa sebenarnya intipati status tersebut... 


untuk memudahkan lagi anda, saya dah keluarkan siap-siap dari status tu.

tadaaaaa *effect bunyi



dalam status tersebut, Dr ada meneyebutkan perihal petanda kita menghidapi penyakit rohani. antara tanda-tandanya adalah seperti yang berikut :





1.
Malas beribadat
2. Malas bekerja
3. Tumpul daya fikiran
4. Kurang peka tentang kesusahan orang lain
5. Gelisah dan risau
6. Liar terhadap kebenaran
7. Sering bersangka buruk
8. Suka mengadu domba
9. Suka isteri atau tunang orang
10. Malas atau lupa berdoa
11. Tak rasa bersalah bila buat dosa
12. Sukar untuk buat kebaikan.

ok sekarang cek sama ada kita ada penyakit rohani atau tidak. Dr ada selitkan juga bahawa semua masalah di dunia bermula dari penyakit rohani. jadi... apa perlu kita buat?? pada status seterusnya, Dr berkongsi pula cara merawat penyakit rohani ini.. check it out~

1.Jaga solat 5 waktu 
2. Solat taubat dan istighfar 70X sehari 
3.Qada' solat yang tertinggal 
4.Baca Quran 
5.Maafkan orang dan mohon maaf 
6.Cari ilmu berterusan dan cari guru yang mursyid 
7. Berkawan dengan orang-orang yang psoitif
8. Sedekah kepada yang memerlukan 
9.Beri binatang makan 
10. Beri khidmat kepada yang perlu bantuan 
11. Cuci pinggan, tandas, dsbnya 
12.Kekalkan wudu' 
13. Puasa sunat 
14. Sentiasa ingat mati 
15. Hidupkan sunnah harian 
16. Seru orang ke arah kebaikan 
17. Tunaikan haji dan umrah.

ok sekarang kita dah tahu cara untuk merawat penyakit rohani.. maka, selalulah muhasabah diri, periksa sama ada kita ada penyakit rohani atau tidak, dan seterusnya merawat penyakit tersebut dengan cara-cara yang telah dicadangkan oleh Dr..

sekian sahaja perkongsian untuk hari ini.. ceria-ceria selalu!


fi amaanillah, Assalamu'alaikum :)

I’ve Been Proposed And I’m Engaged! OMG!


hohoi~ glad to let the world know about this.

Ok ini hampeh. Tadak mengena dengan aku pun. Tapi.. tapi.. still. Aku nak kupas sikit pengajaran yang dapat daripada video ni menurut pandangan aku.

eh sebelum tu kamu semua dah tengok ke belum video yang sedang popular dan berjaya membuatkan ramai menitiskan airmata neh? Kalau belum, sila klik sini. Enjoiceeeeeee :D

pengajaran dari kacamata Afiah :

1. Setiap orang adalah berbeza dan tidak sama.
[ sape tengok video ni dan rasa video ni tak sweet langsung dan memang dia tak harap perkara yang sama berlaku pada dia?

Loading…
loading…
loading…

Ok fine. Nampaknya aku sorang la ni yang berharap lebih.. individu itu jelas berbeza, kita tak boleh harapkan perkara yang sama berlaku kepada kita kerana kita bukanlah perempuan tersebut. *eh?
Senang cerita, rezeki masing-masing.]


2. Lelaki Baik Untuk Perempuan Baik
[ini yang paling penting. Definisi baik bukanlah bergantung hanya kepada cara pemakain kita sahaja, ok aku tak nafikan juga, tetapi lebih dari itu. Tengok tadi, di sebalik kecomelan, kecantikan si gadis, ada satu sifat yang berjaya mencuri hati si jejaka, iaitu gadis tersebut seorang yang taat pada Allah, Rasul dan kedua ibu bapanya. * curi hati takpe dengan niat nak menikah :D Oley!

jadi definisi baik jadi lebih luas.]

3. Cara Yang Betul Lebih Barakah 
[aku tak nafikan, pelbagai cara ‘islamik’ muncul dalam gaya bercinta. Memang la tak ber’couple’, tapi masih lagi salah caranya kalau asyik bermesej tanpa motif. Ok motifnya hanya rindu. Kononnya mengambil berat. Sehinggakan, bila tak jawab panggilan telefon pada waktu pagi, panggilan itu akan berdering tanpa henti. *ok penat tulis dan baca.* Kononnya, nak pastikan sudah bangun ataupun tidak. Walaupun hubungan tersebut sudah diketahui oleh keluarga dan memang ada niat untuk lebih serius, jangan jadikan alasan tersebut untuk berhubungan sesuka hati. Memang ramai yang tak berani nak jumpa wali gadis pilihan hati mereka, tapi sekurang-kurangnya, pilihlah jalan yang terbaik. Gunakan orang tengah dan sebagainya. Pilih cara yang diredhai-Nya. 

*words speak louder than action. cakap senang, buat memang susah. kalau sendiri yang kena, baru la tahu. ini memang tuju pada kau Afiah.]

4. Jadilah Diri Sendiri
[kita tidak boleh berpura-pura menjadi seseorang yang lain. Kita tak boleh berubah hanya semata-mata untuk memuaskan hati sesama makhluk. Melalui pemerhatian aku, orang yang ‘awesome’ adalah orang yang menjadi diri mereka sendiri! Itu yang buat aku kagum dengan mereka. Segala puji bagi Allah yang Menciptakan Sekelian Makhluk. Hati kita pun senang kan kalau jadi diri sendiri dan kita hendaklah berupaya dan berusaha sedaya upaya mematuhi segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Berusaha jadi muslim yang sejati.]

Itulah sebahagian daripada pengajaran yang dapat diambil daripada video tersebut. Sungguh. Video itu sangat sweet. Kalau aku jadi muslimah yang terpilih tu pun aku akan menangis terharu, dan panjatkan rasa syukur tak terhingga kepada-Nya. Oh terharu. <3<3<3

*nak jawab apa dan bagaimana kalau ada yang propose. Heh. Ok berangan. Babai.

fi amaanillah… Assalamu’alaikum^^

Wednesday, December 7, 2011

kalau dah namanya cuti..

ohoi~ kalau dah namanya cuti.. entri banyak la beratur dalam laci simpanan tu. hadoi~~ sebenar-benarnya cuti la nampaknya kali ni.

*apsal la sampai bertanggung setakat tulis satu entri tu je punnnnnn

awak.. satu entri tu pun saya tulis lebih kurang 1 jam. nak mengarang je 1 jam. ok mungkin sebab saya banyak merepek :D heee

maka dengan itu, banyaklah entri yang terbengkalai.. banyak gila buat note di desktop, hp segala bagai untuk ingatkan siapkan segala entri yang masih rabak tak berkesudahan.

*elehhh senang je menulis.. karang jela.. macam la cuti sibuk sangat~

awak... nak mengarang pun kena ada mood jugak. dan kadang-kadang, bila ada mood, badan pulak penat. mata mengantuk. kebiasaannya, kalau saya ada mood nak mengarang dan memang tadak buat apa-apa, tapi waktu tu laptop tadak depan mata, saya karang je dalam hp dulu :) noted main point segala bagai, nanti boleh la karang di laptop semula. kembangkan isi :) ces~ macam menulis karangan sekolah la pulakkkk :D

*ahhh tak kira nak cakap jugakk yang senang je mengarang tu, ambil masa singkat dan bila-bila boleh karang

awak niii... walaupun saya boleh karang bila-bila masa, mood ada, semua la boleh tadak halangan, tapi tetap juga akan ada halangan.

*halangannya??

halangannya... fokus! tak setiap masa kita boleh memberi tumpuan sepenuh masa untuk menulis. kadang-kadang mak panggil, kena berkejar-kejar pergi angkat telefon yang baling entah ke mana dengar bunyi je dan banyak lagi halangan yang lain, yang banyak menghalang diri kita daripada fokus.

dan saya rasa sebab terakhir saya banyak bertangguh dalam entri-entri saya adalah saya bercerita hanya kepada diri saya dan mungkin ada sesiapa yang sudi singgah ke blog saya ini dan sudi membaca coretan karut dari saya. lepas ni rajin-rajinlah request saya menulis. muehehehehe..

banyak. banyak lagi entri. tapi tak siap lagi. semua dalam draft. ok babai.

awak, jaga diri tau. fi amaanillah. doakan perjalanan saya esok selamat. awak bahagia, saya pun bahagia :) salam sayang, Assalamu'alaikum :)

*tinggalkan Pretty girl di Putrajaya sebab nak jumpa Handsome Boy di Terengganu :O




Pretty girl
Handsome Boy