CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Saturday, December 31, 2011

hanya kerana Dia cinta...

Bismillah..

Alhamdulillah.. dah masuk 31 Disember 2011 dan masih diberi kesempatan menghela nafas dengan rahmat-Mu Tuhan. Allah...

Bilamana diberi nikmat kehidupan begini, masih boleh meneruskan kehidupan, dan masih diberi kesempatan untuk terus mengumpul amalan untuk dibawa ke sana, serta masih boleh berusaha sedaya mampu memohon keampunan daripada-Nya, lalu nikmat Tuhan yang mana yang ingin aku dustakan? Allah..

sudah begitu penghidupannya, ada pasang surut tahap iman di dada. bilamana persekitaran jauh daripada tarbiyah, maka diri sendiri pula yang harus mendisiplinkan diri.

tahun 2011.. pada tahun inilah aku mula faham erti istilah 'bercinta dengan Allah'. sebelum ini, hanya menyapa di telinga sahaja. cuba memahami dengan menggunakan konsep sendiri. ah, apalah sangat yang aku faham. akhirnya, dengan izin Allah, dalam suatu majlis, bertempat di IPG Kampus Pendidikan Islam, dengan bantuan Pn. Mahawa Pilus, aku mula tahu bagaimana cara bercinta dengan Allah.. mulai saat itu, aku rasakan pengharapan aku diletakkan semua kepada-Nya. ya Allah... betapa bahagianya aku kerana aku tahu Kau sentiasa ada untuk aku.. benar.. bercinta dengan-Mu tidak pernah merugikan, tidak pernah mengecewakan, bahkan hari-hari menjadi semakin indah, bahagia, malah, aku makin merindui-Mu setiap masa, setiap saat. manisnya bercinta dengan Allah! Subhanallah!

dalam setiap doaku, aku selalu memohon, moga Allah balas terus apa jua kejahatan yang aku lakukan di dunia ini. apalah sangat dengan balasan di dunia dengan balasan di akhirat yang ternyata lebih pedih dan azab sekali. aku juga memohon, semoga Allah sentiasa beri petunjuk kepada aku..

pada suatu hari, pada tidur malamku, aku telah bermimpi.. dalam mimpi tersebut, aku bersama-sama beberapa orang rakan ditawarkan untuk bersiar-siar, dalam erti kata lain berseronok. kalau tak silap aku, kenderaan yang kami naiki adalah teksi. dalam kereta tersebut, kami sangat bising;bergelak ketawa. aku ternampak cahaya keluar daripada sebuah pintu. lalu aku tanyakan ke mana kami akan dibawa.. lelaki tersebut berkata : pintu taubat sudah nak tertutup. Allah.. waktu tu, hanya Allah sahaja yang tahu. kami berada dalam keadaan ketakutan. waktu tu la nak berdoa semoga Allah beri kesempatan kepada kami bertaubat. semoga dimatikan dalam keimanan. memang menangis la waktu tu...  aku tersedar dari tidur, dan terus berfikir. Allah nak tunjukkan sesuatu ni.. aku termenung agak lama berfikir. berfikir. dan berfikir. hanya Allah sahaja yang tahu perasaan waktu tu.. kalau tak silap aku, 2-3 kali juga aku bermimpi pasal hari kiamat..

melihatkan pula keadaan sekarang yang banyak benar tandanya, maka aku lebih yakin bahawa, hari kiamat sudah hampir.

Kanak-kanak Mengimamkan Solat

lalu, aku ingin berseru kepada saudaraku sekalian, harapnya kita tidak tertipu dengan dunia yang fana ini. teruskanlah berseru kepada kebenaran, dan sampaikanlah pesanan ini kepada semua.. ubatilah hati kita dengan membaca perkara-perkara indah tentang syurga dan berilah peringatan kepada diri kita dengan membaca perihal azab neraka Allah yang sangat pedih. aku syorkan baca buku Solusi isu ke-38 dengan fokus ' Syurga Itu Benar' dan carilah hadis-hadis sohih yang lain untuk memotivasikan serta memberi peringatan kepada kita. jangan lupa untuk tadabbur kalam Allah, yakni Al-Quran Al Karim... insyaAllah..

sehingga ke penulisan seterusnya dengan izin Allah, Assalamu'alaikum. :)

*bro, sis, hidup tak lama. kalau ditunggu-tunggu, entah bila la kan kita nak betul-betul mengamalkan ajaran-Nya, serta menjalani hidup mengikut syariah-Nya. usah bertangguh. mula dari sekarang! sayang kamu semua.. sentiasa... insyaAllah <3<3<3

No comments: