CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Monday, October 28, 2013

Tips Menghadapi Peperiksaan


Bismillaahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah, beberapa hari lagi tibalah masa untuk daku menduduki peperiksaan akhir semester yang akan bermula pada 


30 Oktober - Pendidikan Jasmani
1 November - Pendidikan Moral
7 November - Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
9 November - Perancangan dan Pengajaran Matematik
10 November - Kalkulus Asas

woah. tinggal esok, dan peperiksaan akan bermula. woha! insyaAllah.

jadi, bila mengenangkan peperiksaan minggu peperiksaan ni, terkenang pula saat-saat di sekolah dahulu. bukan kemain kalau nak tempuh peperiksaan. usaha dari segi fizikal (membaca dan menelaah pelajaran) ada, tapi usaha dari segi rohani juga tidak dilupakan. siap-siaplah dengan solat hajat, baca surah Yasin, sediakan air Yasin, kismis dan sebagainya. bila dah dewasa, masuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi, perkara tersebut seakan-akan dilupa. persiapan menduduki peperiksaan hanya bermula semasa minggu ulangkaji sahaja. tiada lagi rasa semangat dan keterujaan untuk menduduki peperiksaan. yang tinggal hanyalah rasa lemah dan lesu kerana memikirkan banyaknya silibus yang perlu dihabiskan. jadi jangan lengahkan lagi masa, mari kita semak sedikit sebanyak tips-tips mengapai kejayaan, insyaAllah.

Tips 1: Amalkan pemakanan sunnah (kismis, madu, kurma) pada setiap hari. Madu boleh diambil pada waktu pagi sebelum makan dan sebelum tidur.

Tips 2: Minum air sekurang-kurangnya 1.5L sehari. kalau lebih lagi baik untuk membekalkan oksigen yang cukup kepada otak kita.

Tips 3: Pakai wangi-wangian dan berada di tempat yang selesa untuk belajar. Wangian akan meransang otak dan deria kita.

Tips 4: Betulkan niat, tuntut ilmu kerana Allah Taala, bukan mengejar pujian dunia.

Tips 5: Belajar di tempat yang mempunyai cahaya yang mencukupi.

Tips 6: Disiplinkan diri membaca Al-Quran 1 muka sebelum mula belajar

Tips 7: Utamakan dahulu solat fardhu di awal waktu daripada mengulangkaji.

Tips 8: Belajar dalam keadaan berwudhu'

Tips 9: Lakukan solat-solat sunat (solat sunat hajat, solat sunat dhuha, solat sunat taubat)

Tips 10: Berdoa kepada Allah, dan bertawakal setelah berusaha.

Tips 11: Sentiasa dekat dengan Allah setiap masa; sebelum dan selepas peperiksaan.

Tips 12: Istighfar atas segala dosa dan kesilapan yang dilakukan.

Sesiapa yang menjaga hubungan dengan Allah, Allah akan pelihara seluruh kehidupan mereka.

Semakin dekat kita dengan Allah, semakin dekat kita dengan kejayaan. insyaAllah.

selamat menempuh peperiksaan semuanya. semoga beroleh kejayaan! insyaAllah. Ameen.

Reminder: Soalan Cepumas!


Bismillahirrahmaanirrahim...

pagi ini aku selesaikan soalan esei kalkulus untuk set soalan yang terakhir. rakan-rakan lain sibuk dengan subjek lain, tetapi aku pilih untuk dahulukan subjek kalkulus. sekurang-kurangnya jika aku tidak tahu, boleh juga aku sediakan soalannya untuk ditanyakan pada pensyarah. jam 11 pagi, ada kelas bersama En. Arba, pensyarah subjek Pendidikan Moral. apa lagi kan kalau kelas ulangkaji sebegini? pasti ada tajuk-tajuk yang ditekankan kepada kami supaya dibaca. Alhamdulillah, selesai kelas En. Arba, memang aku berniat untuk ke Jabatan Matematik bertanyakan soalan kepada pensyarah.

*tok tok

"Assalamu'alaikum"

ada Dr Ros dan Pn Fazi. Dr Ros sibuk menaip di laptop peribadi beliau.

"ah, mahu tuju kemana? pada Pn Fazi lah. Dr Ros macam sibuk", detik hatiku lalu menapak ke meja Pn Fazi.

"saya ada tanya awak soalan kan?"

"ha? soalan"

"saya tanya soalan cepumas"

"oh ya ya. ada."

"saya belum habis tanya lagi soalannya ni"

"ha?" (alamak!) err Pn..... 

"cari Pn Wan ke?"

" Pn Za.... eh Pn Azi ada?"

"Pn Azi tak ada. dia mesyuarat di luar. kenapa? nak tanya apa? kami bertiga esok hingga khamis pergi kursus."

"ohh saya nak tanya soalan. boleh saya tanya puan"

"soalan apa? mari saya cuba bantu"

"soalan kalkulus"

"oh yang tu bukan bidang saya. kena cuba tanya Dr Ros"

menapaklah daku ke meja Dr Ros. lalu ditanyakanlah soalannya.
yang kelakarnya, soalan itu sebenarnya soalan yang aku jawab dengan cuai. bukan tak boleh jawab. aduhai...

bila keluar daripada jabatan, aku tergelak sorang-sorang. Perancangan Allah hari ini untuk aku bertemu dengan Pn Fazi lalu diingatkan pula tentang perkara yang lalu. Allahuakbar.

asbab aku ke jabatan adalah nak tanya soalan, tapi susun atur Allah agar aku dipertemukan dengan Pn Fazi.

tergagap sampai lupa dah apa nak cakap bila Pn Fazi ingatkan pasal perkara tersebut. aduhai. berat untuk difikirkan. soal hubungan bukan sesuatu yang mudah. tambahan pula orang dewasa jadi orang tengahnya. huk3.

Ya Allah, jika dia ditakdirkan sebagai jodohku, maka Engkau dekatkanlah kami dan satukan kami dalam ikatan perkahwinan. dan jika bukan dia jodohku, maka peliharalah kami kedua-duanya sebaiknya supaya menjadi hamba yang taat kepada-Mu, Ya Allah.

semoga kami beroleh bahagia.

Cinta seperti Jeli Kelapa?


Bismillahirrahmaanirrahim...

Benar. sejak akhir-akhir ini aku keliru sekali. benarkah cinta itu seperti jeli kelapa? sekali sudah habis atau hilang, mahu lagi? seperti aku yang memang selalu tak akan beli satu sahaja jeli kelapa. bahkan boleh sehingga tiga untuk dihabiskan dalam masa sehari. oh. terima kasih kepada kakak yang menjualnya, sedap dan murah :)

mudah dan murah sebegitukah cinta?


bagaimana hanya tiga bulan sahaja atau kurang setelah putus cinta yang dibina bertahun-tahun, hampir 6 tahun lamanya, boleh ada pasangan yang baharu pula? arghh pening. bagaimana membina cinta yang baharu jika cinta yang lama masih belum boleh dilupakan? atau memang benar-benar sudah lupa? argh parah benar.

atau sebenarnya diri aku yang terlalu setia.

atau diri aku yang sebenarnya telah memohon kepada Allah supaya hanya dijatuhkan cinta kepada jodoh aku yang sebenarnya sahaja lalu Allah perkenankan.

atau diri aku yang tiada membuka hati untuk perasaan ingin bercinta lagi

atau..

atau...

bermacam-macam kemungkinan lagi mengapa aku memilih untuk sendiri.

aku tidak serik untuk bercinta, kerana tika ini juga aku sedang bercinta. bercinta dengan orang-orang di sekelilingku. bercinta dengan yang Maha Pencipta, Allah.

lalu tiada apa lagi yang perlu aku risau. tiada lagi rasa bimbang jika dikecewakan kerana aku tahu, pasti diri aku sentiasa bahagia, tiada kata kecewa. :)

cukuplah setahun masa yang diambil untuk membiarkan segala memori meluput agar diriku tenang menjalani kehidupan.

semoga aku tidak silap memilih jalan kehidupan dunia ini :)

2 tahun lagi aku bakal tamat belajar tetapi sudah ada yang setia menunggu untuk bermenantukan aku.

senyum sahajalah. ada jodoh bersatulah kami mengikut perancangan-Nya.

jika tiada, aku masih tenang di posisi sekarang.

tiada apa perlu dirisaukan, perlu dipercepatkan dan sebagainya.

jalanilah kehidupan seadanya, dengan penuh kesyukuran, dengan penuh rasa kecintaan kepada-Nya. jalanilah kehidupan sebagai hamba yang taat, mencegah yang mungkar, melaksanakan perintah-Nya. insyaAllah, hidup aman sejahtera bahagia sentiasa :)


Saturday, October 5, 2013

Rumate Kahwin Dulu Nampaknya :p

Bismillahirrahmaanirrahim...

Hehehehehe.

Ehem-ehem. nampaknya rumate daku bakal menikah dulu neh ^_^

umur 21 tahun sekararang.

semoga dimudahkan segalanya untuk beliau :)

sebelum ni ada orang takdim big boss. tapi bila tau big boss tak ikut usrah, terus tak jadi. huk3. tapi daku tahu big boss macamana orangnya.

insyaAllah, siapa yang dapat beliau, bahagia dunia akhirat, insyaAllah ^_^

daku dengan big boss? nehi3. kami kawan baik. selamanya tetap kawan, insyaAllah :)

weeee~~~~~~ *eh aku pulak lebih-lebih. hehehehhe <3 p="">

Pertandingan Sajak Bahasa Inggeris


Bismillahirrahmaanirrahim.

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera ;)

Alhamdulillah, sekali lagi berpeluang menikmati pagi yang indah penuh mendamaikan. baru lepas hujan ^_^

bunyi-bunyian burung berkicau menambah seri pagi ini.

Sebenarnya tidak merancang untuk menulis, tetapi memandangkan Facebook tak boleh buka (gara-gara lupa kata laluan), maka di sinilah daku tersadai. Terpaksa tunggu lagi 13 jam baru boleh log masuk Facebook. Ingat lagi tak perkara yang dipost pada entri lepas? tentang apabila buka blog ni terus didirectkan kepada web lain? haaa atas sebab itulah daku telah menukar kata laluan yang kononnya STRONG tetapi tak boleh ingat. hahahahaha. haish. semua kata laluan ditukar; Facebook, Yahoo, Google. heeee :D

minggu lepas merupakan Minggu Bahasa Inggeris bagi IPG Kampus Pendidikan Islam. macam-macam pertandingan ada seperti Choral Speaking, Talentime, Spell-It-Right, Poetry Slam, Story Telling dan ada lagi beberapa pertandingan yang dipertandingkan. Sebagai seseorang yang menyukai Bahasa Inggeris, maka daku telah meringankan diri untuk memasuki dua pertandingan iaitu Spell-It-Right dan Poetry Slam.

Untuk pertandingan  Spell-It-Right, saya kalah di pusingan ke-3, iaitu satu pusingan sebelum melangkah ke pusingan akhir apabila terpaksa mengeja perkataan bludgeon. Daku telah mengeja perkataan tersebut dengan ejaan bludgent. hahahaha. Tiada rezeki. Untuk memenangi pertandingan ini, ia sebenarnya bergantung kepada rezeki peserta tersebut kerana ada ketika peserta hanya perlu mengeja perkataan yang mudah sahaja. Antara mereka yang layak ke pusingan akhir diberi perkataan opressor dan dua perkataan mudah yang lain.

bagi pertandingan bersajak pula, keputusan masih belum diumumkan. keputusan akan diumumkan pada hari Selasa, semasa perhimpunan mingguan. wahhhhh sangat berdebar rasanya. hahaha. tak tahulah ada peluang menang atau tidak. yang penting, saya sudah menang kerana mendapat pengalaman pertama memasuki pertandingan bersajak dalam Bahasa Inggeris. Sajak yang bertajuk My Diet mendapat respon yang baik dalam kalangan penonton kerana sajak tersebut mempunyai unsur kelakar. Sajak yang ditulis oleh Lillian Kohann tersebut digabungkan dengan sebuah sajak pendek yang lain tetapi masih serasi apabila dibacakan sebagai satu sajak.

Semasa pertandingan, saya mendapat giliran yang ke-enam. Sementara menunggu giliran, sempat jugalah saya memikirkan gaya yang akan saya persembahkan semasa mendeklamasikan sajak tersebut. Alhamdulillah, Allah jua yang memberi ilham. Mana tidaknya, pertandingan mula 11.15pagi, pukul 10 pagi baru terhegeh-hegeh mencari sajak yang sesuai. Terdapat banyak tema yang boleh dipilih namun tema tersebut adalah tema-tema yang biasa. Jadi, saya mencari kelainan dengan menggunakan tema makanan. Hehehehe.

Jadi, terimalah. Sajak yang bertajuk My Diet ditulis oleh Lillian Kohann tetapi diubahsuai mengikut kesesuaian oleh saya sendiri.


MY DIET

My friends want to know why
when I’m on a diet I feel so fulfilled and great
So here I am revealing my secret what I do when I want to lose weight
I absolutely refused to be like others who failed before
One diet is not good enough for me
I’ve got to do better and more
I go on sweet diet at the same time
And I eaten together like that
one high in calcium
second high in protein,
and the third one
high in fat!

They say one must believe to succeed
but if it’s true, how is it that
I didn’t believe I would gain weight
but I succeeded – I’m fat!


Big boss bagitau permulaan sajak pun dah kelakar, apa tidaknya orang ketawa :)
saya sendiri pun merasakan sajak ini agak kelakar, ditambah dengan persembahan saya yang memang entah apa-apa, wajarlah memang ia melucukan amat. Hehehe.

Alhamdulillah, saya sudah membina keyakinan saya untuk bersajak dalam Bahasa Inggeris, anda bila lagi?
mari sahut cabaran dan cabar diri anda untuk melakukan perkara yang anda rasa tidak mungkin dapat melakukannya tetapi insyaAllah anda sebenarnya boleh!

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Heeeee sejak kebelakangan ini lirik lagu ni sentiasa bermain di fikiran memandangkan minggu peperiksaan akan tiba kurang daripada sebulan sahaja lagi. Haruslah saya membayangkan saat-saat indah saya menjawab peperiksaan kerana saya ada terbaca; kejayaan bermula dengan angan-angan. Maka berangan-anganlah dahulu kita menjawab peperiksaan dengan tenang, keluar dewan peperiksaan dengan senyuman supaya minda kita telah dididik dan bersedia untuk menghadapi saat tersebut. Semoga Allah permudahkan, Ameen.

Sehingga bertemu semula di lain masa, Assalamu'alaikum.