CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Monday, October 28, 2013

Tips Menghadapi Peperiksaan


Bismillaahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah, beberapa hari lagi tibalah masa untuk daku menduduki peperiksaan akhir semester yang akan bermula pada 


30 Oktober - Pendidikan Jasmani
1 November - Pendidikan Moral
7 November - Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
9 November - Perancangan dan Pengajaran Matematik
10 November - Kalkulus Asas

woah. tinggal esok, dan peperiksaan akan bermula. woha! insyaAllah.

jadi, bila mengenangkan peperiksaan minggu peperiksaan ni, terkenang pula saat-saat di sekolah dahulu. bukan kemain kalau nak tempuh peperiksaan. usaha dari segi fizikal (membaca dan menelaah pelajaran) ada, tapi usaha dari segi rohani juga tidak dilupakan. siap-siaplah dengan solat hajat, baca surah Yasin, sediakan air Yasin, kismis dan sebagainya. bila dah dewasa, masuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi, perkara tersebut seakan-akan dilupa. persiapan menduduki peperiksaan hanya bermula semasa minggu ulangkaji sahaja. tiada lagi rasa semangat dan keterujaan untuk menduduki peperiksaan. yang tinggal hanyalah rasa lemah dan lesu kerana memikirkan banyaknya silibus yang perlu dihabiskan. jadi jangan lengahkan lagi masa, mari kita semak sedikit sebanyak tips-tips mengapai kejayaan, insyaAllah.

Tips 1: Amalkan pemakanan sunnah (kismis, madu, kurma) pada setiap hari. Madu boleh diambil pada waktu pagi sebelum makan dan sebelum tidur.

Tips 2: Minum air sekurang-kurangnya 1.5L sehari. kalau lebih lagi baik untuk membekalkan oksigen yang cukup kepada otak kita.

Tips 3: Pakai wangi-wangian dan berada di tempat yang selesa untuk belajar. Wangian akan meransang otak dan deria kita.

Tips 4: Betulkan niat, tuntut ilmu kerana Allah Taala, bukan mengejar pujian dunia.

Tips 5: Belajar di tempat yang mempunyai cahaya yang mencukupi.

Tips 6: Disiplinkan diri membaca Al-Quran 1 muka sebelum mula belajar

Tips 7: Utamakan dahulu solat fardhu di awal waktu daripada mengulangkaji.

Tips 8: Belajar dalam keadaan berwudhu'

Tips 9: Lakukan solat-solat sunat (solat sunat hajat, solat sunat dhuha, solat sunat taubat)

Tips 10: Berdoa kepada Allah, dan bertawakal setelah berusaha.

Tips 11: Sentiasa dekat dengan Allah setiap masa; sebelum dan selepas peperiksaan.

Tips 12: Istighfar atas segala dosa dan kesilapan yang dilakukan.

Sesiapa yang menjaga hubungan dengan Allah, Allah akan pelihara seluruh kehidupan mereka.

Semakin dekat kita dengan Allah, semakin dekat kita dengan kejayaan. insyaAllah.

selamat menempuh peperiksaan semuanya. semoga beroleh kejayaan! insyaAllah. Ameen.

No comments: