Bismillahirrahmaanirrahim...
Benar. sejak akhir-akhir ini aku keliru sekali. benarkah cinta itu seperti jeli kelapa? sekali sudah habis atau hilang, mahu lagi? seperti aku yang memang selalu tak akan beli satu sahaja jeli kelapa. bahkan boleh sehingga tiga untuk dihabiskan dalam masa sehari. oh. terima kasih kepada kakak yang menjualnya, sedap dan murah :)
mudah dan murah sebegitukah cinta?
bagaimana hanya tiga bulan sahaja atau kurang setelah putus cinta yang dibina bertahun-tahun, hampir 6 tahun lamanya, boleh ada pasangan yang baharu pula? arghh pening. bagaimana membina cinta yang baharu jika cinta yang lama masih belum boleh dilupakan? atau memang benar-benar sudah lupa? argh parah benar.
atau sebenarnya diri aku yang terlalu setia.
atau diri aku yang sebenarnya telah memohon kepada Allah supaya hanya dijatuhkan cinta kepada jodoh aku yang sebenarnya sahaja lalu Allah perkenankan.
atau diri aku yang tiada membuka hati untuk perasaan ingin bercinta lagi
atau..
atau...
bermacam-macam kemungkinan lagi mengapa aku memilih untuk sendiri.
aku tidak serik untuk bercinta, kerana tika ini juga aku sedang bercinta. bercinta dengan orang-orang di sekelilingku. bercinta dengan yang Maha Pencipta, Allah.
lalu tiada apa lagi yang perlu aku risau. tiada lagi rasa bimbang jika dikecewakan kerana aku tahu, pasti diri aku sentiasa bahagia, tiada kata kecewa. :)
cukuplah setahun masa yang diambil untuk membiarkan segala memori meluput agar diriku tenang menjalani kehidupan.
semoga aku tidak silap memilih jalan kehidupan dunia ini :)
2 tahun lagi aku bakal tamat belajar tetapi sudah ada yang setia menunggu untuk bermenantukan aku.
senyum sahajalah. ada jodoh bersatulah kami mengikut perancangan-Nya.
jika tiada, aku masih tenang di posisi sekarang.
tiada apa perlu dirisaukan, perlu dipercepatkan dan sebagainya.
jalanilah kehidupan seadanya, dengan penuh kesyukuran, dengan penuh rasa kecintaan kepada-Nya. jalanilah kehidupan sebagai hamba yang taat, mencegah yang mungkar, melaksanakan perintah-Nya. insyaAllah, hidup aman sejahtera bahagia sentiasa :)
No comments:
Post a Comment