CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Wednesday, December 25, 2013

Kewangan dalam Kehidupan: Keperluan atau Kehendak?


Bismillahirrahmaanirrahim.

Kebelakangan ini aku suka 'friend' dengan orang dewasa di Facebook. Mereka yang banyak berkongsi tentang menjalani kehidupan yang lebih matang, antaranya Tuan Shamsuddin Kadir. Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta juga merupakan buku yang telah dihasilkan oleh beliau bersama isteri. Beliau boleh ditemui di Facebook dengan carian nama Shamsuddin Kadir. Berikut merupakan sedikit peringatan atau perkongsian yang beliau kongsikan di laman Facebook beliau mengenai perancangan kewangan.

Bismillah. Berdasarkan pengalaman kami menjayakan kursus dan mendapat maklum balas dari pembaca buku, facebook dan sebagainya.

Kami dapati, majoriti keluarga membazirkan lebih dari 30% perbelanjaan mereka. Jangan terkejut, mereka tidak merasakan ianya membazir, kerana tidak memiliki ilmu di dalam isu itu. 

Masih mengeluh kerana duit tidak cukup, sebaliknya tidak mahu berubah. Ini isu yang paling banyak berlaku di dalam masyarakat kita. Apabila saya berjumpa dengan seseorang, melalui bahasa yang digunakan, kita kadang kala dapat melihat tabiat hidupnya yang membazir.

Macam mana hendak hidup dengan relak, apabila banyak pembaziran berlaku dalam setiap punca-punca perbelanjaan.

1. Pemilhan kereta yang ingin dibeli

2. Perancangan sebelum keluar rumah untuk ke mana

3. Pengunaan air di rumah, termasuk sewaktu mandi, ataupun sewaktu anak-anak di bilik air.

4. Perayaan-perayaan yang di luar amalan Nabi

5. Menyambut hari-hari jadi mengikut bulan Masihi - sedangkan umur itu tidak mengambarkan umur di dalam Islam. didik anak solat sewaktu umur 7 tahun mengikut tahun Masihi ataupun Hijrah ?

6. Perhiasaan yang sebenarnya adalah manipulasi penjual dan pencipta produk

7. Produk-produk kecantikan yang melebihi tatasusila seorang beragama dan juga seorang yang cerdik yang tahu bagaimana teknik marketing barat mengubah persepsi.

8. Tidak membaca buku secara konsisten, yang dibaca majoriti adalah suratkhabar

9. Kedatangan tahun baru, tiada perubahan yang ingin dibuat dalam cara hidup.

10. Bil telefon - bercakap untuk apa

11. Membeli secara online itu dan ini, yang tidak ditapis dahulu

12. Beli-beli dan beli lagi ketika pasaraya membina perangkap 'Promosi Jualan'

13. Tidak mengamalkan doa tolak masalah dan hutang.

14. Suka makan di luar.

15. Fasih dengan gajet-gajet terkini, tetapi ketinggalan dalam perlaburan-perlaburan terkini.

16. Suka ikut apa orang lain buat.

17. Banyak membazir sewaktu menghantar anak-anak ke Tadika, yang kosnya tinggi.

18. Membeli kasut dan beg baru untuk persekolahan baru. Walaupun anak tidak menunjukkan perubahan sikap kepada yang lebih baik. Kasut dan beg termasuk pakaian sekolah tahun lepas, yang masih digunakan.

Insyaa Allah anak-anak saya, yang bersekolah, menggunakan beg tahun lepas. Untuk kasut sekiranya masih muat, saya hanya tambah kasut baru 1 pasang, untuk memberi motivasi sahaja. Ini kerana kaki-kaki anak saya cepat membesar. Saya suka membeli pakaian yang lebih besar supaya ianya boleh dipakai antara 1 -3 tahun.

Ulangan |
Kami dapati, majoriti keluarga membazirkan lebih dari 30% perbelanjaan mereka. Jangan terkejut, mereka tidak merasakan ianya membazir, kerana tidak memiliki ilmu di dalam isu itu.

Astaghfirullah. Wallahu A'lam.

Lain sekolah, lain ajarannya. Hormati perbezaan.

Saturday, December 21, 2013

Anak Kecil, Anak Sudah Besar.

Malam ini isi ceramah Nuha adalah "Berani mengaku kesilapan dan kesalahan yang kita buat".

Sedang santai-santai bersama Auni, adik, kakak dan Nuha, aku lihat Nuha bermain-main dengan tisu yang digumpal-gumpal. Kebetulan dia sedang dinasihati tentang menyatakan perkataan yang tidak elok(hasil pembelajaran di tempat pengasuh) dan kesannya adalah pahala yang berkurang lalu ganjaran untuk membuang tisu ke dalam tong sampah adalah pahala bertambah menggantikan pahala yang berkurang tadi. Bergegas dia bangun sehingga hampir-hampir terlanggar dan terkena Auni(bayi meniarap). Di pertengahan jalan, dia pusing badan, "Maaf Auni nak terlanggar". :)

Setelah kembalinya Nuha, tiba-tiba datang seorang kakak bertanyakan siapa yang panaskan api untuk masak telur di dapur. Masing-masing kata tidak tahu. Pada masa itu aku tidak faham apakah maksud di sebalik pertanyaan tersebut.

Sesi ceramah Nuha bersambung lagi apabila dia menyebut perkataan yang tidak elok kedua semasa bermain dengan adik.

Aku ambil tempat di kerusi, panggil dia ke hadapan. Bersemuka.

"Kakak sebut perkataan tak elok lagi. Cik yah cakap kena apa kalau sebut perkataan tak elok lagi?"

... diam.

tadi sudah aku beritahu kesan fizikal atau denda yang dia akan dapat jika sebut perkataan yang tidak elok; cubit pipi. Adik Nuha, Nafis masih belum boleh bercakap. Membebel panjang sahaja dia. Denda Nafis setakat ini adalah pukulan di tapak tangan. Macam biasa, sebelum denda atau hukuman dijalankan, mereka akan diberitahu terlebih dahulu salah mereka.

"Tadi kakak sebut perkataan tidak elok. Kakak tahu kesalahan yang kakak buat. Jadi kakak kena denda."

dia berjalan meninggalkan aku.

aku panggil semula.

"Mari sini."
"Kita kena berani mengaku kesilapan kita."

Datang juga dia.

"Cik Yah nak denda kakak ni. Boleh cik yah denda?"

geleng-geleng kepala.

"Kakak dah lakukan kesalahan. Jadi Cik Yah tetap kena denda kakak."

Diam.

Maka aku melaksanakan denda tersebut. Setelah denda dilaksanakan, proses akur janji pula dengan dibantu oleh aku sendiri.

Pengakhirannya, ceramah berlangsung lagi tentang syurga, neraka, pahala, dosa dan yang menariknya kali ini, aku minta Nuha sampaikan pembelajaran hari ini kepada orang di sekeliling : Allah wujud memerhatikan apa yang kita buat dan apa yang kita tak buat.

Ceramah tamat apabila rancangan Maharaja Lawak Mega bermula.

Tamat sahaja rancangan tersebut, aku dengar umi sebut pasal kuali panas tak tutup api. Ohh nampaknya macam bersangkut paut dengan apa yang kakak aku tanya tadi. Aku bertanya hal yang sebenar. Rupa-rupanya ada orang yang memanaskan minyak untuk menggoreng telur tetapi terbiar begitu sahaja. Telur tidak digoreng, api tidak ditutup. Aku ada bertanyakan pada adik tetapi dia kata dia tidak tahu dan lupa sama ada dia yang melakukan kesalahan tersebut. Sudah pasti bukan aku juga. Suspek yang tinggal adalah kakak aku yang seorang lagi.

Teringatkan isi ceramah utama Nuha tadi iaitu berani mengaku kesalahan, aku nekad hendak tanyakan pada adik dan kakak aku semula dan sudah pasti isi utama ceramah tadi digunakan. :D

Kadang-kadang kita terlupa, perkara yang nampak mudah pada kita, tetapi tidak sesuai sebenarnya untuk anak-anak kita. Sebabnya perkataan tidak elok yang Nuha sebutkan bukanlah perkataan yang teruk bagi orang dewasa. Ia merupakan perkataan yang norma tetapi untuk kanak-kanak, ia tidak sesuai untuk disebut. Dengan kanak-kanak, kita bersikap tegas tetapi kenapa tidak dengan orang dewasa juga kan?

Sungguh, aku terkesan sekali dengan apa yang aku ucapkan kepada Nuha malam ini. Hal ini cukup membawa erti bahawa orang dewasa juga boleh menjadi kanak-kanak semula.

Menjadi suci :)

Allah itu Maha Pengampun.

Wednesday, December 18, 2013

Resepi: Lempeng

Bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah, hari ini cuaca baik dan mendamaikan walaupun ada juga bunyi hujan seketika. Hujan seakan tidak jadi mahu turun. Mungkin jadi macam semalam, hujan di malam hari. Jadi untuk mengisi waktu petang ini, marilah kita membuat lempeng.

Lempeng selalunya dimakan waktu sarapan semasa zaman sekolah dulu. Sekarang susah benar dah nak makan lempeng yang dibuat oleh umi. Kan dah besar boleh buat sendiri dah. Hehehe.

Resepi ini sangat senang, tak perlu resepi pun tak apa tapi mana tahu kan ada yang tak pernah tahu keenakan lempeng ni. Hehehe.



Lempeng

Bahan-Bahan:
Tepung gandum
Air
Butter/Marjerin/Minyak Sapi
Sedikit Minyak masak
Sedikit
Garam
1 biji telur(optional)

Cara-cara:
1) Gaul sebati tepung gandum, air, butter dan garam. Pastikan kepekatan dan kelikatan adunan tersebut lebih cair daripada adunan untuk membuat jemput-jemput tetapi jangan terlalu cair.
2) Panaskan minyak dalam jumlah yang paling minima, iaitu tidak sampai bertakung. Ratakan di kuali.
3) Masukkan adunan dan biarkan sekejap hingga adunan dibawah itu mengeras sedikit. Selepas itu dengan menggunakan senduk, bentukkan menjadi bulatan besar sedikit.
4) Masak sehingga garing atau mengikut citarasa masing-masing.
5) Angkat dan boleh dihidang bersama susu, gula, sambal ikan bilis dan lain-lain.

Tips:
1) Walaupun masih ada sedikit ketulan butter, itu tidak mengapa kerana ia akan cair juga semasa dimasak
2) Pastikan minyak memang paling minima kerana butter itu juga sudah akan menjadi minyak. Kalau susah menyukatnya, hanya letakkan sesudu minyak sahaja.
3) Semasa meletakkan adunan ke dalam kuali, pastikan ia tidak terlalu tebal.
4) Butter tu tak banyak. Untuk 100-200g pakai dalam sebesar ibu jari je kot. Pendek kata memang tak banyak.
5) Saiz lempeng bergantung kepada anda. Saiz sebesar tangan tapak atau lebih besar daripada itu.
6) Jika tidak memasukkan butter pun boleh juga cuma rasanya tidak begitu lemak.
7) Bentuk bulatan boleh juga dihasilkan dengan menuang adunan sambil membuat bentuk bulatan.




Saturday, December 7, 2013

Resepi: Pisang Goreng Rangup


Bismillahirrahmaanirrahim.

Sewaktu di maktab, rajinlah Cik Ani, orang gaji warden menyaji kami dengan pisang goreng pada waktu petang memandangkan bilik kami berdekatan dengan rumah warden. Kebetulan pula hanya dua bilik sahaja yang dihuni berdekatan dengan rumah warden tersebut :)


Yang paling bestnya, pisang goreng yang Cik Ani buat rangup! Memang lain dengan pisang goreng yang biasa dibeli di Kelantan mahupun di kedai-kedai yang berdekatan dengan maktab. Oh ya, awas dan berhati-hati ya jika beli pisang goreng atau ayam goreng di gerai-gerai atau kedai-kedai makan yang terdapat di Malaysia mahupun Indonesia kerana berkemungkinan penjual memasukkan straw atau plastik dalam minyak masak untuk menghasilkan ayam atau pisang goreng yang rangup. Kena berhati-hati terutamanya makan di kedai yang mempunyai tukang masak dari Indonesia atau kedai itu sendiri milik orang Indonesia. Sekali lagi saya tekankan, peniaga Malaysia pun sama sahaja. Menambah sedikit lagi, orang kata, jika ke kedai makan, tengok tandasnya dahulu. Jika tandas bersih, bersihlah kedai tersebut. Kalau dah tandas kotor tak terpelihara, tak pasti lagi kan di dapurnya macamana.

Berbalik kepada pisang goreng rangup, saya tertanya-tanya juga macamana sebenarnya atau apa yang menyebabkan pisang goreng tersebut rangup. Sahabat sebilik saya yang kebetulan pergi berbual-bual dengan Cik Ani pulang bersama sebuah cerita dan sepinggan kecil pisang goreng rangup :)

"Saya sudah tahu macamana nak buat pisang goreng jadi rangup. Setelah kita buat bancuhan, masukkan minyak masak yang betul-betul panas dalam bancuhan. Gaul sebati, baru mula goreng."

"begitu sahaja? mudahnya."

"ya, itu sahaja :)"

wahhhhh senang kan?

Jadi di bawah ini saya sertakan resepi pisang goreng rangup :)

Pisang Goreng Rangup

Bahan-bahan:
Pisang (apa-apa jenis pisang)
2 cawan gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu gula
4 sudu besar minyak panas(betul-betul panas)
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1) Panaskan minyak untuk menggoreng.
2) Campurkan tepung gandum, gula dan garam.
3) Masukkan air secukupnya dan gaul biar sebati. Biar adunan pekat.
4) Masukkan minyak panas dan gaul sebati bersama adunan.
5) Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga keperangan atau garing.
6) Angkat dan sedia untuk dihidang.

Haaa... senang kan? Maksudnya di sini, bukan bahan-bahan yang menjadi rahsia, tetapi teknik menggoreng yang menjadikan pisang goreng tersebut istimewa :)

Saya ada juga membuat carian di Internet resepi pisang goreng dari chef-chef yang berkhidmat di hotel. Jadi berikut merupakan satu resepi yang dijumpai :) Yang ini baru betul, bahan-bahan pun sudah berlainan dan banyak. Hehehehe.

Pisang Goreng Rangup Hotel

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (optional)
1 Biji Telur & Air secukupnya
2 sudu besar marjerin yang dicairkan
Garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil atau lebih)

Cara-Cara:
1) Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil. Setelah marjerin cair letakkan periuk di tepi agar ia sejuk sendiri. Semasa mencairkan marjerin, pastikan anda menjaganya. Ia cair sekejap sahaja.

2) Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali marjerin cair dan air. Bahan-bahan tersebut ialah tepung beras, tepung gandum, telur, santan pekat, baking powder, serbuk kunyit dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan tangan. 


Lebih mudah dan lebih baik hasilnya dengan mengaul menggunakan tangan. Sebab utamanya ada bahan baking powder di dalamnya. Ramas dengan tangan sehingga semuanya sebati dan pekat. Jika cair, tambahkan lagi tepung beras atau tepung gandum. Batter perlu pekat ya. Lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak yang pekat tu. 

3) Setelah batter benar-benar pekat, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Kacau menggunakan tangan sehingga sebati.

Resepi tersebut dirujuk di blog ini.

Kalau tadi kita guna teknik minyak panas, ada satu lagi resepi yang akan saya sertakan di mana guna teknik sejuk beku pula untuk menghasilkan pisang goreng rangup. Lihat resepinya di bawah.

Pisang Goreng Rangup

Bahan-bahan:
Pisang secukupnya
1 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk
sedikit garam
1 sudu makan gula
sedikit serbuk kunyit(optional)
sedikit baking powder(optional)
4 sudu besar kelapa parut (optional)

Cara-cara:
1) Campurkan gandum, baking powder, gula, kelapa parut dan serbuk kunyit.
2) Masukkan air sejuk dan gaul hingga sebati.
3) Masukkan pisang ke dalam adunan dan sejukkan terlebih dahulu selama 10 minit.
4) Panakan minyak untuk menggoreng.
5) Goreng pisang hingga bertukar warna keperangan atau keemasan.

*Campuran kelapa parut akan merangupkan dan menyedapkan lagi rasa pisang.

Resepi di atas dirujuk di sini.

Wahh rupa-rupanya banyak kan resepi menghasilkan pisang goreng rangup ini. Saya rasa yang paling senang adalah resepi pertama, yang menggunakan teknik minyak panas. Hehe. Memandangkan itu yang paling ringkas, cepat dan mudah!

Selamat mencuba!

Tuesday, December 3, 2013

Resepi: Puding Milo Tak Jadi

Bismillahirrahmaanirrahim.

Minggu lepas beria aku nak buat puding sebab aku ni salah satu hantu puding. Kalau orang lain macam tak pandang agar-agar sirap yang ada, aku boleh habiskan dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang sekejap sahaja. Dah dua hingga tiga kali juga menyuruh adik lelaki belikan serbuk agar-agar tapi tidak juga dia menolong kita beli. Semalam aku umpan dia suruh belikan aiskrim Malaysia perisa asam masin atau kami panggil aiskrim masin-masin sambil-sambil tu suruh belikan juga serbuk agar-agar. Bajet sahaja aku suruh belikan dua paket kalau murah dan beli satu sahaja kalau mahal. Aku beri duit RM1 sahaja sebab dalam anggaran aku, serbuk agar-agar tu harga RM0.20 sahaja. Paling mahal pun cecah RM0.50. hehehehe. Balik sahaja dari kedai, dia bagitau harga RM2.00. Mak aihhhhhhh. Tudiaaaaa… Jadi tak berhasillah misi aku membuat agar-agar.

Hari ini kebetulan umi nak ke pasaraya, aku suruh belikan serbuk agar-agar. Umi pun dah bertanya dalam nada sindiran bila nak buat puding, kata minggu lepas. hehehehehe.

Jadi, setelah mendapat bahan utamanya, maka terus aku sediakan puding Milo. Pada mulanya nak buat puding caramel tanpa telur tetapi pada kali ini buat yang ringkas sahaja dulu. Eh yang itu pun ringkas dan senang cuma yang ini nak test power. Hehehehe.

Sukat itu ini, masuk itu ini, maka siaplah pudingnya. Dah siap masuk dalam bekas, biar sejuk, tunggu mengeras. Dalam 2 jam macam tu, aku usya tengok puding, aikkkkk pasai apa tak mengeras layer bawah ni? Yang atas ok. Alang-alang dah sejuk ni, masukkan dalam peti la. Mengeras sambil dalam peti cepat sikit kot. Dah malam, buka peti, aikkkkkkkkk? Tak mengeras juga??? Dahhhhh pasaipa ni…. Apa yang tak kena pulakkkkk… Aku tanya umi kenapa tak keras? Umi kata mungkin letak banyak air. Aik??? Air dah ikut sukatan, semua dah betul la. Apa pula yang tak betulnya ni. Lalu gigih aku google dalam Internet.

“agar-agar cair”

dahhh dia keluar cerita agar-agar yang cair tak keras sangat pula. cerita agar-agar yang menjadi. just nice.

tukar keywordlah.

"agar-agar tak keras"

Haaa. ini baru betul. Cerita tentang agar-agar yang tak menjadi. Hehehehe.

Barulah aku tahu rupa-rupanya punca agar-agar aku yang tidak menjadi adalah disebabkan serbuk agar-agar yang aku gunakan. Dalam dua blog yang aku baca, dua-dua guna serbuk agar-agar cap Nona dan dua-dua tak menjadi. Adoiii. 



Dalam komen entri tersebut juga ada bagitau tentang serbuk agar-agar cap Nona. Lain kali tak guna dah serbuk agar-agar cap Nona.



Aku nak ubahsuai dan gunakan semula yang aku buat tadi. Hehehehe. Aku harap kali ini menjadi. Oh ya, ini resipi puding Milo yang aku buat tadi.



Puding Milo


Bahan-bahan:

1/2 cawan Milo
4 cawan air
10g serbuk agar-agar
1/2 sb esen vanila
2 setengah sudu besar mentega
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:

1) Masukkan air dan serbuk agar-agar. Masak atas api sehingga serbuk agar-agar larut.
2) Campurkan kesemua bahan di atas kecuali mentega ke dalam air dan kacau tanpa henti sehingga mendidih.
3) Tutup api dan masukkan mentega. Kacau sehingga sebati.
4) Tuang dalam acuan dan biar mengeras. Masukkan ke dalam peti sejuk untuk kepuasan yang lebih.



Tips Ubahsuai:

1) Milo boleh digantikan dengan sebarang serbuk seperti serbuk koko, horlicks, 
2) Susu tepung boleh digantikan dengan susu pekat manis atau susu cair. Cuma nanti kuantiti gula boleh dikurangkan atau ditiadakan. Bimbang terlebih manis.

3) Gula boleh dikurangkan kuantitinya. Rasa dahulu sebelum masukkan ke dalam acuan. 
4) Tepung jagung boleh digantikan dengan tepung kastard.


Selamat mencuba! esok boleh la rasanya mereka merasa puding milo ini. insyaAllah...