CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Tuesday, June 23, 2009

sekadar satu renungan..

"Gunakanlah waktu hidup di dunia ini untuk terus bekerja dan berusaha meningkatkan amalan...buatlah sebanyak2 kebaikan,lakukanlah apa sahaja yang di perintahkan. Jangan bermalas2an semata2 ingin menggunakan sedikit waktu untuk berehat..apabila mendengar azan..segerakan bersolat,apabila orang meminta pertolongan jangan bertangguh memberi khidmat..kerana bila kita lalai,semata2 untuk berehat dan bersenang2 di dunia..ingatlah..mungkin waktu rehat kita itu akan Allah gantikan dengan siksaan di dalam kubur. Jadi mengapa kita berkejar2 waktu rehat di dunia untuk mendapatkan waktu hidup di barzakh yang menyiksakan..bukankah lebih baik kita mengejar waktu rehat di barzakh itu dengan menyempurnakan amalan kita di dunia.”

“ Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, dan di akhirat kelak balasan kamu akan disempurnakan, barangsiapa yang diselamatkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah berjaya. Sesungguhnya tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya”

“ Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.

“ Masa kita untuk bersusah payah, beramal, tunduk taat kepada ALLAH, hanya sebentar sahaja di dunia ini. Itulah dia semasa kita berada di alam kehidupan sebagai manusia. Kemudian kita akan mati, dan melalui alam barzakh. Kehidupan di alam barzakh sudah bergantung kepada amal kita di dunia. Panjang alam barzakh tidak kita ketahui. Seterusnya Israfil akan meniupkan sangkakala kedua ketika hari kebangkitan, dan kita akan berada di hari perhitungan. Hari itu, amal kita di dunia akan diperhitungkan dengan hitungan seketat-ketatnya. Lamanya hari itu, tidak kita ketahui. Amalan kita di dunia lah yang akan menentukan sama ada kita melepasi sirat atau tidak. Jika kita melepasi titian sirat, maka kita akan ke syurga. Jika kita tidak melepasi sirat, maka kita akan ke neraka. Semuanya ketika itu adalah bergantung kepada amal kita di dunia.”

No comments: