CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Wednesday, December 25, 2013

Kewangan dalam Kehidupan: Keperluan atau Kehendak?


Bismillahirrahmaanirrahim.

Kebelakangan ini aku suka 'friend' dengan orang dewasa di Facebook. Mereka yang banyak berkongsi tentang menjalani kehidupan yang lebih matang, antaranya Tuan Shamsuddin Kadir. Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta juga merupakan buku yang telah dihasilkan oleh beliau bersama isteri. Beliau boleh ditemui di Facebook dengan carian nama Shamsuddin Kadir. Berikut merupakan sedikit peringatan atau perkongsian yang beliau kongsikan di laman Facebook beliau mengenai perancangan kewangan.

Bismillah. Berdasarkan pengalaman kami menjayakan kursus dan mendapat maklum balas dari pembaca buku, facebook dan sebagainya.

Kami dapati, majoriti keluarga membazirkan lebih dari 30% perbelanjaan mereka. Jangan terkejut, mereka tidak merasakan ianya membazir, kerana tidak memiliki ilmu di dalam isu itu. 

Masih mengeluh kerana duit tidak cukup, sebaliknya tidak mahu berubah. Ini isu yang paling banyak berlaku di dalam masyarakat kita. Apabila saya berjumpa dengan seseorang, melalui bahasa yang digunakan, kita kadang kala dapat melihat tabiat hidupnya yang membazir.

Macam mana hendak hidup dengan relak, apabila banyak pembaziran berlaku dalam setiap punca-punca perbelanjaan.

1. Pemilhan kereta yang ingin dibeli

2. Perancangan sebelum keluar rumah untuk ke mana

3. Pengunaan air di rumah, termasuk sewaktu mandi, ataupun sewaktu anak-anak di bilik air.

4. Perayaan-perayaan yang di luar amalan Nabi

5. Menyambut hari-hari jadi mengikut bulan Masihi - sedangkan umur itu tidak mengambarkan umur di dalam Islam. didik anak solat sewaktu umur 7 tahun mengikut tahun Masihi ataupun Hijrah ?

6. Perhiasaan yang sebenarnya adalah manipulasi penjual dan pencipta produk

7. Produk-produk kecantikan yang melebihi tatasusila seorang beragama dan juga seorang yang cerdik yang tahu bagaimana teknik marketing barat mengubah persepsi.

8. Tidak membaca buku secara konsisten, yang dibaca majoriti adalah suratkhabar

9. Kedatangan tahun baru, tiada perubahan yang ingin dibuat dalam cara hidup.

10. Bil telefon - bercakap untuk apa

11. Membeli secara online itu dan ini, yang tidak ditapis dahulu

12. Beli-beli dan beli lagi ketika pasaraya membina perangkap 'Promosi Jualan'

13. Tidak mengamalkan doa tolak masalah dan hutang.

14. Suka makan di luar.

15. Fasih dengan gajet-gajet terkini, tetapi ketinggalan dalam perlaburan-perlaburan terkini.

16. Suka ikut apa orang lain buat.

17. Banyak membazir sewaktu menghantar anak-anak ke Tadika, yang kosnya tinggi.

18. Membeli kasut dan beg baru untuk persekolahan baru. Walaupun anak tidak menunjukkan perubahan sikap kepada yang lebih baik. Kasut dan beg termasuk pakaian sekolah tahun lepas, yang masih digunakan.

Insyaa Allah anak-anak saya, yang bersekolah, menggunakan beg tahun lepas. Untuk kasut sekiranya masih muat, saya hanya tambah kasut baru 1 pasang, untuk memberi motivasi sahaja. Ini kerana kaki-kaki anak saya cepat membesar. Saya suka membeli pakaian yang lebih besar supaya ianya boleh dipakai antara 1 -3 tahun.

Ulangan |
Kami dapati, majoriti keluarga membazirkan lebih dari 30% perbelanjaan mereka. Jangan terkejut, mereka tidak merasakan ianya membazir, kerana tidak memiliki ilmu di dalam isu itu.

Astaghfirullah. Wallahu A'lam.

Lain sekolah, lain ajarannya. Hormati perbezaan.

Saturday, December 21, 2013

Anak Kecil, Anak Sudah Besar.

Malam ini isi ceramah Nuha adalah "Berani mengaku kesilapan dan kesalahan yang kita buat".

Sedang santai-santai bersama Auni, adik, kakak dan Nuha, aku lihat Nuha bermain-main dengan tisu yang digumpal-gumpal. Kebetulan dia sedang dinasihati tentang menyatakan perkataan yang tidak elok(hasil pembelajaran di tempat pengasuh) dan kesannya adalah pahala yang berkurang lalu ganjaran untuk membuang tisu ke dalam tong sampah adalah pahala bertambah menggantikan pahala yang berkurang tadi. Bergegas dia bangun sehingga hampir-hampir terlanggar dan terkena Auni(bayi meniarap). Di pertengahan jalan, dia pusing badan, "Maaf Auni nak terlanggar". :)

Setelah kembalinya Nuha, tiba-tiba datang seorang kakak bertanyakan siapa yang panaskan api untuk masak telur di dapur. Masing-masing kata tidak tahu. Pada masa itu aku tidak faham apakah maksud di sebalik pertanyaan tersebut.

Sesi ceramah Nuha bersambung lagi apabila dia menyebut perkataan yang tidak elok kedua semasa bermain dengan adik.

Aku ambil tempat di kerusi, panggil dia ke hadapan. Bersemuka.

"Kakak sebut perkataan tak elok lagi. Cik yah cakap kena apa kalau sebut perkataan tak elok lagi?"

... diam.

tadi sudah aku beritahu kesan fizikal atau denda yang dia akan dapat jika sebut perkataan yang tidak elok; cubit pipi. Adik Nuha, Nafis masih belum boleh bercakap. Membebel panjang sahaja dia. Denda Nafis setakat ini adalah pukulan di tapak tangan. Macam biasa, sebelum denda atau hukuman dijalankan, mereka akan diberitahu terlebih dahulu salah mereka.

"Tadi kakak sebut perkataan tidak elok. Kakak tahu kesalahan yang kakak buat. Jadi kakak kena denda."

dia berjalan meninggalkan aku.

aku panggil semula.

"Mari sini."
"Kita kena berani mengaku kesilapan kita."

Datang juga dia.

"Cik Yah nak denda kakak ni. Boleh cik yah denda?"

geleng-geleng kepala.

"Kakak dah lakukan kesalahan. Jadi Cik Yah tetap kena denda kakak."

Diam.

Maka aku melaksanakan denda tersebut. Setelah denda dilaksanakan, proses akur janji pula dengan dibantu oleh aku sendiri.

Pengakhirannya, ceramah berlangsung lagi tentang syurga, neraka, pahala, dosa dan yang menariknya kali ini, aku minta Nuha sampaikan pembelajaran hari ini kepada orang di sekeliling : Allah wujud memerhatikan apa yang kita buat dan apa yang kita tak buat.

Ceramah tamat apabila rancangan Maharaja Lawak Mega bermula.

Tamat sahaja rancangan tersebut, aku dengar umi sebut pasal kuali panas tak tutup api. Ohh nampaknya macam bersangkut paut dengan apa yang kakak aku tanya tadi. Aku bertanya hal yang sebenar. Rupa-rupanya ada orang yang memanaskan minyak untuk menggoreng telur tetapi terbiar begitu sahaja. Telur tidak digoreng, api tidak ditutup. Aku ada bertanyakan pada adik tetapi dia kata dia tidak tahu dan lupa sama ada dia yang melakukan kesalahan tersebut. Sudah pasti bukan aku juga. Suspek yang tinggal adalah kakak aku yang seorang lagi.

Teringatkan isi ceramah utama Nuha tadi iaitu berani mengaku kesalahan, aku nekad hendak tanyakan pada adik dan kakak aku semula dan sudah pasti isi utama ceramah tadi digunakan. :D

Kadang-kadang kita terlupa, perkara yang nampak mudah pada kita, tetapi tidak sesuai sebenarnya untuk anak-anak kita. Sebabnya perkataan tidak elok yang Nuha sebutkan bukanlah perkataan yang teruk bagi orang dewasa. Ia merupakan perkataan yang norma tetapi untuk kanak-kanak, ia tidak sesuai untuk disebut. Dengan kanak-kanak, kita bersikap tegas tetapi kenapa tidak dengan orang dewasa juga kan?

Sungguh, aku terkesan sekali dengan apa yang aku ucapkan kepada Nuha malam ini. Hal ini cukup membawa erti bahawa orang dewasa juga boleh menjadi kanak-kanak semula.

Menjadi suci :)

Allah itu Maha Pengampun.

Wednesday, December 18, 2013

Resepi: Lempeng

Bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah, hari ini cuaca baik dan mendamaikan walaupun ada juga bunyi hujan seketika. Hujan seakan tidak jadi mahu turun. Mungkin jadi macam semalam, hujan di malam hari. Jadi untuk mengisi waktu petang ini, marilah kita membuat lempeng.

Lempeng selalunya dimakan waktu sarapan semasa zaman sekolah dulu. Sekarang susah benar dah nak makan lempeng yang dibuat oleh umi. Kan dah besar boleh buat sendiri dah. Hehehe.

Resepi ini sangat senang, tak perlu resepi pun tak apa tapi mana tahu kan ada yang tak pernah tahu keenakan lempeng ni. Hehehe.



Lempeng

Bahan-Bahan:
Tepung gandum
Air
Butter/Marjerin/Minyak Sapi
Sedikit Minyak masak
Sedikit
Garam
1 biji telur(optional)

Cara-cara:
1) Gaul sebati tepung gandum, air, butter dan garam. Pastikan kepekatan dan kelikatan adunan tersebut lebih cair daripada adunan untuk membuat jemput-jemput tetapi jangan terlalu cair.
2) Panaskan minyak dalam jumlah yang paling minima, iaitu tidak sampai bertakung. Ratakan di kuali.
3) Masukkan adunan dan biarkan sekejap hingga adunan dibawah itu mengeras sedikit. Selepas itu dengan menggunakan senduk, bentukkan menjadi bulatan besar sedikit.
4) Masak sehingga garing atau mengikut citarasa masing-masing.
5) Angkat dan boleh dihidang bersama susu, gula, sambal ikan bilis dan lain-lain.

Tips:
1) Walaupun masih ada sedikit ketulan butter, itu tidak mengapa kerana ia akan cair juga semasa dimasak
2) Pastikan minyak memang paling minima kerana butter itu juga sudah akan menjadi minyak. Kalau susah menyukatnya, hanya letakkan sesudu minyak sahaja.
3) Semasa meletakkan adunan ke dalam kuali, pastikan ia tidak terlalu tebal.
4) Butter tu tak banyak. Untuk 100-200g pakai dalam sebesar ibu jari je kot. Pendek kata memang tak banyak.
5) Saiz lempeng bergantung kepada anda. Saiz sebesar tangan tapak atau lebih besar daripada itu.
6) Jika tidak memasukkan butter pun boleh juga cuma rasanya tidak begitu lemak.
7) Bentuk bulatan boleh juga dihasilkan dengan menuang adunan sambil membuat bentuk bulatan.




Saturday, December 7, 2013

Resepi: Pisang Goreng Rangup


Bismillahirrahmaanirrahim.

Sewaktu di maktab, rajinlah Cik Ani, orang gaji warden menyaji kami dengan pisang goreng pada waktu petang memandangkan bilik kami berdekatan dengan rumah warden. Kebetulan pula hanya dua bilik sahaja yang dihuni berdekatan dengan rumah warden tersebut :)


Yang paling bestnya, pisang goreng yang Cik Ani buat rangup! Memang lain dengan pisang goreng yang biasa dibeli di Kelantan mahupun di kedai-kedai yang berdekatan dengan maktab. Oh ya, awas dan berhati-hati ya jika beli pisang goreng atau ayam goreng di gerai-gerai atau kedai-kedai makan yang terdapat di Malaysia mahupun Indonesia kerana berkemungkinan penjual memasukkan straw atau plastik dalam minyak masak untuk menghasilkan ayam atau pisang goreng yang rangup. Kena berhati-hati terutamanya makan di kedai yang mempunyai tukang masak dari Indonesia atau kedai itu sendiri milik orang Indonesia. Sekali lagi saya tekankan, peniaga Malaysia pun sama sahaja. Menambah sedikit lagi, orang kata, jika ke kedai makan, tengok tandasnya dahulu. Jika tandas bersih, bersihlah kedai tersebut. Kalau dah tandas kotor tak terpelihara, tak pasti lagi kan di dapurnya macamana.

Berbalik kepada pisang goreng rangup, saya tertanya-tanya juga macamana sebenarnya atau apa yang menyebabkan pisang goreng tersebut rangup. Sahabat sebilik saya yang kebetulan pergi berbual-bual dengan Cik Ani pulang bersama sebuah cerita dan sepinggan kecil pisang goreng rangup :)

"Saya sudah tahu macamana nak buat pisang goreng jadi rangup. Setelah kita buat bancuhan, masukkan minyak masak yang betul-betul panas dalam bancuhan. Gaul sebati, baru mula goreng."

"begitu sahaja? mudahnya."

"ya, itu sahaja :)"

wahhhhh senang kan?

Jadi di bawah ini saya sertakan resepi pisang goreng rangup :)

Pisang Goreng Rangup

Bahan-bahan:
Pisang (apa-apa jenis pisang)
2 cawan gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu gula
4 sudu besar minyak panas(betul-betul panas)
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1) Panaskan minyak untuk menggoreng.
2) Campurkan tepung gandum, gula dan garam.
3) Masukkan air secukupnya dan gaul biar sebati. Biar adunan pekat.
4) Masukkan minyak panas dan gaul sebati bersama adunan.
5) Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga keperangan atau garing.
6) Angkat dan sedia untuk dihidang.

Haaa... senang kan? Maksudnya di sini, bukan bahan-bahan yang menjadi rahsia, tetapi teknik menggoreng yang menjadikan pisang goreng tersebut istimewa :)

Saya ada juga membuat carian di Internet resepi pisang goreng dari chef-chef yang berkhidmat di hotel. Jadi berikut merupakan satu resepi yang dijumpai :) Yang ini baru betul, bahan-bahan pun sudah berlainan dan banyak. Hehehehe.

Pisang Goreng Rangup Hotel

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (optional)
1 Biji Telur & Air secukupnya
2 sudu besar marjerin yang dicairkan
Garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil atau lebih)

Cara-Cara:
1) Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil. Setelah marjerin cair letakkan periuk di tepi agar ia sejuk sendiri. Semasa mencairkan marjerin, pastikan anda menjaganya. Ia cair sekejap sahaja.

2) Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali marjerin cair dan air. Bahan-bahan tersebut ialah tepung beras, tepung gandum, telur, santan pekat, baking powder, serbuk kunyit dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan tangan. 


Lebih mudah dan lebih baik hasilnya dengan mengaul menggunakan tangan. Sebab utamanya ada bahan baking powder di dalamnya. Ramas dengan tangan sehingga semuanya sebati dan pekat. Jika cair, tambahkan lagi tepung beras atau tepung gandum. Batter perlu pekat ya. Lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak yang pekat tu. 

3) Setelah batter benar-benar pekat, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Kacau menggunakan tangan sehingga sebati.

Resepi tersebut dirujuk di blog ini.

Kalau tadi kita guna teknik minyak panas, ada satu lagi resepi yang akan saya sertakan di mana guna teknik sejuk beku pula untuk menghasilkan pisang goreng rangup. Lihat resepinya di bawah.

Pisang Goreng Rangup

Bahan-bahan:
Pisang secukupnya
1 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk
sedikit garam
1 sudu makan gula
sedikit serbuk kunyit(optional)
sedikit baking powder(optional)
4 sudu besar kelapa parut (optional)

Cara-cara:
1) Campurkan gandum, baking powder, gula, kelapa parut dan serbuk kunyit.
2) Masukkan air sejuk dan gaul hingga sebati.
3) Masukkan pisang ke dalam adunan dan sejukkan terlebih dahulu selama 10 minit.
4) Panakan minyak untuk menggoreng.
5) Goreng pisang hingga bertukar warna keperangan atau keemasan.

*Campuran kelapa parut akan merangupkan dan menyedapkan lagi rasa pisang.

Resepi di atas dirujuk di sini.

Wahh rupa-rupanya banyak kan resepi menghasilkan pisang goreng rangup ini. Saya rasa yang paling senang adalah resepi pertama, yang menggunakan teknik minyak panas. Hehe. Memandangkan itu yang paling ringkas, cepat dan mudah!

Selamat mencuba!

Tuesday, December 3, 2013

Resepi: Puding Milo Tak Jadi

Bismillahirrahmaanirrahim.

Minggu lepas beria aku nak buat puding sebab aku ni salah satu hantu puding. Kalau orang lain macam tak pandang agar-agar sirap yang ada, aku boleh habiskan dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang sekejap sahaja. Dah dua hingga tiga kali juga menyuruh adik lelaki belikan serbuk agar-agar tapi tidak juga dia menolong kita beli. Semalam aku umpan dia suruh belikan aiskrim Malaysia perisa asam masin atau kami panggil aiskrim masin-masin sambil-sambil tu suruh belikan juga serbuk agar-agar. Bajet sahaja aku suruh belikan dua paket kalau murah dan beli satu sahaja kalau mahal. Aku beri duit RM1 sahaja sebab dalam anggaran aku, serbuk agar-agar tu harga RM0.20 sahaja. Paling mahal pun cecah RM0.50. hehehehe. Balik sahaja dari kedai, dia bagitau harga RM2.00. Mak aihhhhhhh. Tudiaaaaa… Jadi tak berhasillah misi aku membuat agar-agar.

Hari ini kebetulan umi nak ke pasaraya, aku suruh belikan serbuk agar-agar. Umi pun dah bertanya dalam nada sindiran bila nak buat puding, kata minggu lepas. hehehehehe.

Jadi, setelah mendapat bahan utamanya, maka terus aku sediakan puding Milo. Pada mulanya nak buat puding caramel tanpa telur tetapi pada kali ini buat yang ringkas sahaja dulu. Eh yang itu pun ringkas dan senang cuma yang ini nak test power. Hehehehe.

Sukat itu ini, masuk itu ini, maka siaplah pudingnya. Dah siap masuk dalam bekas, biar sejuk, tunggu mengeras. Dalam 2 jam macam tu, aku usya tengok puding, aikkkkk pasai apa tak mengeras layer bawah ni? Yang atas ok. Alang-alang dah sejuk ni, masukkan dalam peti la. Mengeras sambil dalam peti cepat sikit kot. Dah malam, buka peti, aikkkkkkkkk? Tak mengeras juga??? Dahhhhh pasaipa ni…. Apa yang tak kena pulakkkkk… Aku tanya umi kenapa tak keras? Umi kata mungkin letak banyak air. Aik??? Air dah ikut sukatan, semua dah betul la. Apa pula yang tak betulnya ni. Lalu gigih aku google dalam Internet.

“agar-agar cair”

dahhh dia keluar cerita agar-agar yang cair tak keras sangat pula. cerita agar-agar yang menjadi. just nice.

tukar keywordlah.

"agar-agar tak keras"

Haaa. ini baru betul. Cerita tentang agar-agar yang tak menjadi. Hehehehe.

Barulah aku tahu rupa-rupanya punca agar-agar aku yang tidak menjadi adalah disebabkan serbuk agar-agar yang aku gunakan. Dalam dua blog yang aku baca, dua-dua guna serbuk agar-agar cap Nona dan dua-dua tak menjadi. Adoiii. 



Dalam komen entri tersebut juga ada bagitau tentang serbuk agar-agar cap Nona. Lain kali tak guna dah serbuk agar-agar cap Nona.



Aku nak ubahsuai dan gunakan semula yang aku buat tadi. Hehehehe. Aku harap kali ini menjadi. Oh ya, ini resipi puding Milo yang aku buat tadi.



Puding Milo


Bahan-bahan:

1/2 cawan Milo
4 cawan air
10g serbuk agar-agar
1/2 sb esen vanila
2 setengah sudu besar mentega
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:

1) Masukkan air dan serbuk agar-agar. Masak atas api sehingga serbuk agar-agar larut.
2) Campurkan kesemua bahan di atas kecuali mentega ke dalam air dan kacau tanpa henti sehingga mendidih.
3) Tutup api dan masukkan mentega. Kacau sehingga sebati.
4) Tuang dalam acuan dan biar mengeras. Masukkan ke dalam peti sejuk untuk kepuasan yang lebih.



Tips Ubahsuai:

1) Milo boleh digantikan dengan sebarang serbuk seperti serbuk koko, horlicks, 
2) Susu tepung boleh digantikan dengan susu pekat manis atau susu cair. Cuma nanti kuantiti gula boleh dikurangkan atau ditiadakan. Bimbang terlebih manis.

3) Gula boleh dikurangkan kuantitinya. Rasa dahulu sebelum masukkan ke dalam acuan. 
4) Tepung jagung boleh digantikan dengan tepung kastard.


Selamat mencuba! esok boleh la rasanya mereka merasa puding milo ini. insyaAllah...





Saturday, November 30, 2013

Ulasan Novel : Saya Tunggu Awak oleh Bonda Nor

Bismillahirrahmaanirrahim.


Tujuan entri dikarang pada kali ini adalah untuk memenuhi syarat pertandingan menulis ulasan novel 'Saya Tunggu Awak' yang ditulis oleh Bonda Nor :)

Siapa Bonda Nor

Sebelum saya menulis ulasan saya mengenai novel tersebut dengan lebih lanjut, elok sekiranya terlebih dahulu saya ceritakan bagaimana saya terjebak mengenali Bonda Nor. Perkenalan mudah hanya bermula di laman sosial Facebook. Saya tidak mengenali Bonda Nor secara peribadi mahupun berkenalan di dunia nyata tetapi ada sesuatu yang menarik tentang beliau yang membuatkan saya menekan butang "Add Friend" pada laman sosial Facebook beliau. Penulisan dan perkongsian beliau di Facebook banyak memberi input kepada saya sebagai seorang anak, bakal guru, bakal  isteri, bakal ibu dan sudah pasti sebagai seorang hamba Allah yang masih bertatih mengharungi kehidupan di dunia ini. Setelah lama 'berkawan' dengan beliau di Facebook, tahulah saya bahawa Bonda Nor juga merupakan pengasas dan penulis buku Belajar Membaca Kaedah Ekspres-i :)


Maklumat Tentang Novel

Judul : Saya Tunggu Awak
Penulis : Bonda Nor
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
Harga : RM24
Jumlah M/S : 640


Apa Yang Menarik Perhatian Saya Untuk Beli Novel Saya Tunggu Awak

Sejujurnya, terdapat dua perkara atau elemen yang membuatkan hati saya membuak-buak ingin mendapatkan novel ini.

1) Ustazah Isfadiah dan Puan Intan Zarina Mohd Yasin(editor) beberapa kali menitiskan airmata membaca novel ini bahkan penulis sendiri menangis teresak-esak tatkala menaip beberapa bab dalam novel ini. Teruja kan?

2) Petikan-petikan daripada novel yang dipaparkan di Facebook Bonda Nor untuk tujuan promosi yang begitu menggamit hati untuk mendapatkan novel tersebut bagi mengetahui keseluruhan cerita.

Nah, sangat mengujakan! Tambahan pula Bonda Nor membuat promosi iaitu beli dua buah novel dengan harga RM50 sahaja terus daripada beliau beserta dengan kad comel yang mendapat tempat di mata kasar mahupun mata hati saya.

Terus saya war-warkan di semua "Group" atau "Page" IPG Kampus Pendidikan Islam serta sibuk bertanyakan kepada rakan-rakan IPG melalui SMS sekiranya mereka mahu turut sama membeli novel tersebut. Akhirnya, bukan seorang sahaja yang ingin membelinya, bahkan sehingga tiga orang yang mahu berkongsi membeli bersama saya! Alhamdulillah.

Sekiranya ada sahabat yang bertanya apa yang best tentang novel tersebut, saya akan katakan dengan penuh teruja dan mahu beliau juga merasakan keterujaan itu, "editor dan Ustazah Isfadiah menangis bila baca novel tersebut. Bonda Nor, penulis buku pun ada menangis semasa mengarang novel"

Bila Dah Dapat Novel

Saya sangat sayang akan kesemua buku yang saya beli hasil daripada duit saya sendiri. Kesemuanya akan saya balut terlebih dahulu sebelum membacanya. Biarpun tiada kesempatan untuk menelaah buku, saya pasti akan membalutnya terlebih dahulu.

Saya terima novel Saya Tunggu Awak semasa minggu ulangkaji untuk peperiksaan akhir semester. Saya masih ingat lagi semasa saya respon kepada Bonda Nor, saya mahu mula membacanya selepas peperiksaan berakhir. Apa yang jadi?

Sebaik sahaja saya dapat sahaja, mula saya buka untuk membaca. Eh, kemana janjinya? Hehehe. Tidak boleh tunggu lagi. Novel dah ada di tangan, takkan mahu tunggu kan? Saya membuat keputusan dengan meneliti kesediaan saya untuk menghadapi peperiksaan. Akhirnya, saya rasa pembacaan novel ini tidak menjejaskan persediaan saya kerana saya membahagikan masa untuk membaca novel ini kira-kira 1-2jam sahaja sehari :) Akhirnya dalam masa tiga hari sahaja, saya sudah selesai membacanya :)

Mahu tahu keterujaan saya lagi? Saya baca novel ini tanpa membalutnya terlebih dahulu! Setelah selesai membacanya, saya promosikan pula kepada rakan-rakan yang lain. Saya yang beria mahu mereka membacanya. Ada beberapa rakan Facebook IPG yang ingin membeli novel daripada saya; mereka baru perasan post  saya tentang novel ini. Saya menyarankan mereka sama ada beli secara dalam talian atau dapatkan di kedai buku. Bahkan saya juga menawarkan perkhidmatan pinjaman kepada mereka! Saya begitu teruja! Oh perkhidmatan pinjaman tersebut percuma ya :).

Setelah pulang ke kampung barulah saya membalutnya dengan kemas ^_^

Biar sudah komot dan comot tetapi saya tetap puas hati sebab ramai yang dapat 'sesuatu' daripada novel tersebut. Wah, gembiranya saya!

Jadi mari dengar pula apa ulasan saya setelah membaca Novel Saya Tunggu Awak ini :)

Ulasan Novel

Bismillahirrahmaanirrahim.

Alhamdulillah,  Saya telah selesai membaca novel Saya Tunggu Awak setebal 640 mukasurat. Mudah sebenarnya bagi seseorang yang suka membaca novel menghabiskan novel setebal itu tetapi lain pula dengannya novel Saya Tunggu Awak. Novel ini dibaca secara berperingkat: baca, hadam dan muhasabah; lalu disambung baca lagi. Novel tarbiah ini benar-benar menyentuh jiwa perempuan saya. Watak Ustazah Hanna menjadi tunjang kepada keseluruhan besar penceritaan novel ini. Saya pasti Ustazah Hanna bukan sahaja berjaya membuatkan saya kagum dengan peribadi beliau, malah memberi inspirasi kepada kami para wanita di dunia realiti untuk sama-sama mencontohi akhlak beliau.

Kebiasaan novel-novel menghidangkan jalan cerita yang membuat para pembaca terbuai-buai dengan kebahagiaan pasangan yang berkahwin, namun lain pula dengan kisah rumahtangga Ustazah Hanna. Novel ini memaparkan realiti sebenar yang mungkin berlaku dan sedang berlaku dalam rumahtangga pasangan yang sudah berkahwin. Keadaan di mana suami lepas tangan membantu isteri menguruskan rumahtangga, soal pengurusan kewangan dan bagaimana menyantuni isteri atau suami dengan sebaik mungkin. Pendidikan atau tarbiah mengendalikan sebuah rumahtangga yang dibina ada diselitkan dalam novel ini.

Salah satu aspek yang menarik perhatian saya mengenai novel Saya Tunggu Awak adalah pada setiap akhir bab, penulis meletakkan potongan maksud ayat Al-Quran, hadis-hadis serta kata-kata motivasi yang membina dan mampu membuatkan pembaca berhenti sejenak untuk merenung ke dalam diri sebelum meneruskan pembacaan bab-bab yang lain. Syabas buat penulis!

Di akhir pembacaan, saya sudah berazam untuk menjadi sebaik Ustazah Hanna malah menjadi lebih baik, insyaAllah. Airmata yang tumpah tatkala membaca novel ini saya kira tidak sia-sia. Membacanya apatah lagi bukanlah perkara yang sia-sia. Akhir kalam, semoga ramai yang mendapat manfaat daripada pembacaan novel Saya Tunggu Awak dan bagi yang masih belum mendapatkannya, apa tunggu lagi. Dapatkannya sekarang!
Allahu’alam.




Wednesday, November 27, 2013

Solat Wanita Sakit Hendak Bersalin

Bismillahirrahmaanirrahim.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah kerana diizinkan sekali lagi untuk berkongsi bersama-sama sahabat-sahabat sekalian.


Tajuk entri kali ini sesuai dengan perkongsiannya yang aku ambil daripada sebuah laman web iaitu sayangislam.com milik. Puan Wan Nor Ainon Wan Abdullah. Beliau merupakan seorang penulis buku. Adalah penting bagi kita sekiranya ingin berkongsi sesuatu yang diambil milik orang lain untuk meminta izin daripada pemiliknya walaupun ia bertujuan untuk menyebarkan kebaikan. paling tidak pun, kita letakkan juga pautan asal ke entri tersebut. *penangan penulisan rujukan dalam assignment :D

Untuk perkongsian ini, Puan Ainon sudah memberikan keizinan telus untuk mana-mana pihak berkongsi tetapi perlu dinyatakan bersama-sama dengan pautan asal untuk tujuan rujukan dan sebagainya.

Subjek perbincangan ini merupakan satu subjek perbincangan yang penting kerana tuntutan menunaikan kewajipan solat adalah wajib sama sekali malah pelbagai rukhsah diadakan untuk memastikan kewajipan ini tetap dilaksanakan. Oleh itu, mari kita lihat sedikit perbincangan mengenai solat wanita yang sakit bersalin yang dikongsikan oleh Puan Ainon. InsyaAllah.

Semoga bermanfaat.

Assalamu’alaikum semua,
Lazimnya apabila saya fokus menulis buku, masa saya begitu suntuk untuk meng-update blog.  Saya sedang mengedit buku Fikah Perubatan setebal 264 halaman.  Buku ini ditulis oleh 4 penulis.  2 pakar perubatan dan 2 pakar Fiqh dan Usul Fiqh.  Saya diminta menyiapkan suntingan buku akhir November 2009.  Bukan mudah mengedit tulisan orang lain yang berbagai ragam.  Di bawah ini, merupakan sebahagian tulisan saya dari buku tersebut.  Mungkin akan ada perubahan lagi dalam edisi cetakan.  Insya Allah, saya akan mewar-warkan buku ini setelah siap sepenuhnya.  Tolong doakan agar Allah memudahkan urusan saya.  Jazakumullah.
Ummu Abbas
11.50am
18 Zul Qi’dah 1430H

Kaedah Solat Wanita yang Sakit Hendak Bersalin.
Saya membuat rumusan berkenaan solat wanita yang sakit hendak bersalin ini berdasarkan pengalaman sendiri.  Sebagai muslim yang sedar akan tanggungjawab menunaikan solat, sudah tentu saya dan anda mahu menunaikan solat yang terbaik dan mengikut waktunya.  Namun di sana, terdapat situasi yang kita belum pernah alami dalam menunaikan solat.  Melalui pengalaman, ilmu digali dan penyelesaian dicari.  Hasilnya inilah yang dapat saya kongsi bersama kaum wanita khususnya.  Kaum lelaki juga perlu perihatin terhadap solat wanita yang hampir dengan mereka seperti isteri.  Beri bantuan dan sokongan kepada mereka untuk menunaikan kewajipan yang satu dan asas ini.
Memang terdapat wanita yang menemui ajal di saat melahirkan anak, maka menunaikan solat dalam waktunya hendaklah dititik beratkan  meskipun sakit tidak terperi.  Selagi akal waras dan lidah masih mampu membaca al-Quran, maka wajarlah kita bersyukur dengan fokus pada menunaikan ibadah fardu setakat terdaya.
Insya Allah, kehidupan kita akan senantiasa ceria dan bahagia di sisi Allah.
Saya nukilkan dalam bentuk cerita agar lebih praktikal dan mudah difahami.  Jika terdapat sebarang kesilapan dalam memberi pendapat ini, sebarang teguran amat dialu-alukan. Jazakumullah.
***************
Pada pukul 12 tengahari, Aminah merasa sakit tanda hendak bersalin. Dilation (bukaan serviks) Aminah pada waktu itu 5cm. Aminah berkejar ke hospital dan segera dimasukkan ke bilik bersalin. Sakit Aminah semakin kerap menandakan bukaan serviks semakin luas. Bayi dalam perjalanan keluar dari alam rahim. Darah juga mula membasahi kain dan katil.
Dalam menahan sakit itu, azan Zohor berkumandang. Aminah teringin menunaikan solat namun doktor tidak mengizinkan Aminah bangun kerana bimbangkan keselamatan Aminah dan bayi.
Dalam keadaan begini, bagaimana Aminah mahu berwuduk? Sekitar tempat Aminah berbaring dikotori darah dan air kencing. Selain tempat yang kotor, Aminah juga perlu membersihkan diri dan pakaiannya terlebih dahulu. Namun Aminah sudah tidak mampu untuk bangun melakukan semua itu sendiri. Tiada pula orang yang akan membantu Aminah. Sakit bersalin hanya Allah yang tahu. Tiada kata yang dapat menggambarkan kesakitan itu. Seluruh tenaga dikerah dan seluruh urat saraf ditarik-tarik bagi sebuah nyawa yang amat berharga.
Allah maha pengasih, apa yang dialami Aminah dikira situasi darurah yang mengharuskan perkara yang dilarang. Aminah harus solat secara baring tanpa membersihkan diri, tempat dan berwuduk. Aminah juga tidak harus menangguhkan waktu solat kerana Aminah memang akan bersalin bila-bila masa. Darah yang mengiringi anak nanti dikira darah wiladah atau nifas. Nifas atau wiladah merupakan hadas besar bagi wanita. Justeru Aminah haram menunaikan solat sepanjang tempoh nifas.
Allah tidak membebani hamba-hambaNya kecuali apa yang termampu dilakukan. Ayat 286 dari surah al-Baqarah menjadi hujjah keharusan tersebut,

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا‌ؕ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ‌ؕ

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Walaubagaimanapun, Aminah harus berusaha terlebih dahulu memenuhi tuntutan syarak yang asal untuk menunaikan solat.  Sebagai contoh: Sekiranya Aminah mampu mengelap darah dengan tisu atau kain bersih daripada badannya di tempat dia berbaring, maka Aminah perlu lakukan itu.  Jika Aminah mampu membuang alas yang kotor itu, maka Aminah juga perlu lakukannya walaupun tidak dapat mencari alas yang bersih sebagai ganti. Lebih baik Aminah solat di atas katil tanpa alas dan kotor sedikit dibandingkan bersolat di atas alas yang sememangnya digunakan untuk menadah kotoran secara langsung.
Solat Baring
Contoh solat secara berbaring. Jika boleh baring mengiring, baring mengiring di atas rusuk kanan.
Kemudian, Aminah harus menggunakan air untuk berwuduk.  Mintalah segelas atau sebotol air kecil dan basuh atau ratakan air pada anggota wuduk yang wajib yakni muka, tangan hingga ke siku, sebahagian kepala dan kaki. Basuhan atau sapuan itu dilakukan sekali sahaja yakni bilangan wajib. 
Bagi menutup auratnya, memadai Aminah berselimut yang menutupi seluruh badannya hingga ke kaki dan bertudung lengkap atau meletakkan kain yang dililit menutupi rambut.  Kemudian Aminah boleh bersolat dalam keadaan baring.

Friday, November 15, 2013

Review Buku : Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta

Bismillahirrahmaanirrahim

Alhamdulillah, mula-mula cuti ni terus sahaja aku setelkan perihal buku: balut buku. :)

heeee. kebetulan haritu masa sebelum cuti, ketika masih di maktab, aku ada tengok post di laman muka buku tuan Shamsuddin Kadir, penulis buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta. Dalam post beliau, beliau meletakkan beberapa testimoni serta sedikit kupasan mengenai buku tersebut. Apabila membaca komen-komen pada post tersebut, makin teruja untuk aku mula menelaah buku tersebut biarpun sudah lama membeli. Memandangkan aku sangat gemar membeli buku, sudah pasti ada buku yang belum ditelaah lagi biarpun sudah lama dibeli tetapi apa yang aku akan pastikan ialah buku tersebut harus dibalut sebaik sahaja dibeli untuk memastikan ia sentiasa terpelihara.

Sebenarnya aku belum lagi memulakan pembacaan semasa menulis buku ini. Aku sekadar belek-belek sahaja. 

*wahhhh belum baca kemain nak tulis review. gitewwww. 

hehehehe. sebab rasa teruja sangat untuk berkongsi maka kena menulis dahulu sebelum baca. mungkin akan buat post baru untuk review semula. keh3 ;)

jadi, apa yang aku nak tulis di sini adalah kandungan buku tersebut.

buku ini terdiri daripada 4 fasa yang berbeza bermula dengan fasa permulaan, fasa persediaan untuk berkahwin, fasa kahwin dan fasa selepas kahwin. dalam setiap fasa tersebut disenaraikan beberapa tajuk yang mengupas fasa-fasa dengan lebih terperinci.

Kandungan

Prakata

Fasa Permulaan

Bab 1   Hukum Berkahwin
Bab 2   Syarat Sah Nikah Itu Mudah
Bab 3   Tanggungjawab Ayah
Bab 4   Duit Bulanan untuk Ibu Bapa
Bab 5   Rancang Bilangan Anak
Bab 6   Dua Jiwa 1001 Perbezaan
Bab 7   Persiapan Melangkah ke Alam Perkahwinan
Bab 8   Cari Rumah Sebelum Tangga
Bab 9   Dari 24 Jam, Menjadi Beberapa Jam
Bab 10 Belanja Kahwin, Mimpi Ngeri Lelaki
Bab 11 Kahwin Muda, Atasi Masalah Zina
Bab 12 Kahwin Semasa atau Selepas Tamat Belajar
Bab 13 Berkahwin dengan Pasangan dari Negeri Lain
Bab 14 Perayaan Ganjaran
Bab 15 Kursus Perkahwinan

Fasa Persediaan Untuk Berkahwin

Bab 16 Bercerai Sebelum Berkahwin
Bab 17 Raja Sehari ataupun Raja Sepanjang Hayat
Bab 18 Ilmu Kewangan untuk Bakal Pengantin
Bab 19 Cara Mudah Mengumpul Duit
Bab 20 Kurangkan Kos Perkahwinan
Bab 21 Perkahwinan Mewah dan Kaya
Bab 22 Belanja Kahwin yang Dapat Dielakkan
Bab 23 Belanja Hangus
Bab 24 Sekiranya Semua Orang Buta
Bab 25 Wang Hantaran Ideal
Bab 26 Bilangan Jemputan Kahwin
Bab 27 Kad Jemputan Majlis Perkahwinan atau Kenduri Kesyukuran
Bab 28 Buat Duit dengan Kad Kahwin
Bab 29 Kad Kenduri Kahwin Makan Percuma
Bab 30 Saiz Kad Kahwin
Bab 31 Kah Kahwin Elektronik
Bab 32 'Kad Kahwin Bertol'
Bab 33 Kad Kahwin Selepas Kahwin
Bab 34 Perancang Perkahwinan
Bab 35 Senarai Hadiah Barangan
Bab 36 Senarai Bajet Pengantin Lelaki
Bab 37 Senarai Bajet Pengantin Perempuan
Bab 38 Membina Peta 'Raja Sepanjang Hayat'

Fasa Kahwin

Bab 39 Perkahwinan yang Bahagia
Bab 40 Kalendar Perkahwinan
Bab 41 Majlis Merisik dan Pertunangan
Bab 42 Nikah Gantung
Bab 43 Membiayai Perkahwinan dengan Pinjaman
Bab 44 Gantikan Hantaran dengan Masa Hadapan
Bab 45 Hantaran: Hubungan Mentua Bertambah Erat
Bab 46 Majlis Perkahwinan di Hotel
Bab 47 Majlis Perkahwinan di Dewan Orang Ramai
Bab 48 Majlis Perkahwinan di Rumah
Bab 49 Majlis Perkahwinan di Masjid
Bab 50 Kenduri Kahwin yang Ringkas, tetapi Bahagia
Bab 51 Melangkah ke Alam Rumah Tangga dengan Halal

Fasa Selepas Kahwin

Bab 52 Kenduri: Pengantin Perempuan Muflis
Bab 53 Bincang, Bincang, Bincang
Bab 54 Berbulan Madu Tidak Menjamin Kita Bahagia
Bab 55 Bulan Madu Murah, Tetapi Berkualiti Tinggi
Bab 56 Akal ataupun Emosi
Bab 57 Anai-anai dalam Rumah Tangga
Bab 58 Ekonomi Teguh, Rumah Tangga Kukuh
Bab 59 Dasar Ekonomi Keluarga yang Selamat
Bab 60 Sistem Sampul Surat
Bab 61 Bermula dengan Penuh ataupun Setengah Berisi
Bab 62 Mengapa Berjimat? Tidak Perlu Membazir Duit?
Bab 63 Suami Isteri Bekerja
Bab 64 Kahwin Grand, Bercerai Juga Grand
Bab 65 Tahun Pertama Selepas Kahwin
Bab 66 Ilmu yang Mencuri Duit daripada Dompet
Bab 67 Hiasan Dingin
Bab 68 Jiran Penentu Nilai Diri Kita
Bab 69 Kajian Kes

Biodata Penulis

Alhamdulillah, selesai juga nyatakan isi-isi buku tersebut di sini. bagaimana? rasa tertarik untuk memiliki buku ini? atau boleh juga nak pinjam :)

buku ini sangat sesuai untuk dihadiahkan sebagai hadiah kepada mereka yang merancang untuk mendirikan rumah tangga. Alangkah bagus juga jika kita menghadiahkan buku ini kepada bakal pasangan kita supaya dia juga faham. Kita highlightkan perkara penting dalam buku, lakukan apa-apa catitan jika perlu dan serahkan kepada pasangan. Semoga dia juga faham mengenai niat kita untuk mendirikan rumah tangga yang mawaddah dengan menelusuri jalan yang dirahmati dan diberkati Allah serta jauh daripada pembaziran :)

mudah itu murah. mudah itu menyenangkan. senyum. :)
 

Tuesday, November 5, 2013

Puisi Perkahwinan

Bismillahirrahmaanirrahim.

Alhamdulillah. Salam Maal Hijrah semua :) Alhamdulillah, dah masuk tahun baru Islam. insyaAllah semuanya akan menjadi lebih baik daripada tahun yang sebelumnya, insyaAllah. dan banyak perkara yang menarik dan hebat akan berlaku dalam kehidupan kita yang mendatang :) Ameen!

Jalan-jalan di FB, terlihat ada satu post tentang perkahwinan yang bertajuk "Marriage: A Good Advice" daripada blog Dr Halina. memandangkan tak lama lagi pun aku akan memasuki alam perkahwinan, alam rumahtangga, jika panjang umur insyaAllah, maka terdetik untuk aku kongsikan di sini sebuah puisi yang dikirmkan kepada Dr Halina oleh sahabat beliau. mari sama-sama kita hayati :)

Marriage is a school where you get the certificate before you start. 
A school where you will never graduate. 
A school without a break or a free period. 
A school where no one is allowed to drop out. 
A school which you will have to attend every day of your life. 
A school where there is no sick leave or holidays. 
A school founded by the Almighty:
1. On the foundation of love, 
2. The walls made of trust,
3. The door made of acceptance, 
4. The windows made of understanding. 
5. The furniture made of blessings. 
6. The roof made of faith. 
Before you forget, you are just a student not the principal. The Almighty is the principal.
Even at times of a storm, don’t be unwise and run outside.
Remember this school is the safest place to be. 
Never go to sleep before completing your assignments for the day. 
Never forget the C-word, communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal.
If you find something in your classmate (spouse) that you do not appreciate, remember your classmate is also just a student not a graduate. The Almighty is not finished with him/her yet, so take it as a challenge and work on it together. 
Do not forget to study, study, study the Noble Book (the main textbook in this school). 
Start each day with a sacred assembly and end it the same way.
Sometimes you will feel like not attending class, yet you have to.
When tempted to quit find the courage and continue. 
Some tests and exams may be tough but remember the Principal knows how much you can bear. 
Still, it is one of the best schools on earth; joy, peace and happiness accompany each lesson of the day. 
Different subjects are offered in this school, yet love is the major subject. 
After all the years of being theoretical about it, now you have a chance to practice it. 
To be loved is a good thing, but to love is the greatest privilege of them all. 
Marriage is a place of love, so love your spouse but remember: “This class doesn’t involve a person who is not permitted into it”! If you invite your mother or father or your friends to this class,   or anyone who is not allowed to be there, you will fail the exam. 
It is you who should attend and it is you who will pass. 
Its your choice today:” build it or break it”. 


Semoga perkahwinan yang bakal dibina kelak penuh dengan rahmah dan mawaddah. suka aku jadikan pasangan Kak Nisa dan Ustaz Muhammed sebagai pasangan contoh. banyak nasihat yang boleh dibaca dan diamalkan melalui penulisan status Ustaz Muhammed.

Antara perkongsian yang aku suka adalah

"Bismillahirahmanirahim | CERITA K e m a r i n , ana dan zaujah ke Aman Jaya Mall , ada show car BMW di bahagian middle mall , pegi banyak kali pun ana still tak berani step up ke circle stage yang mereka selalu letak 2 biji BM , selalu if pergi that mall , ana just tgk dari jauh.....but kemarin tengah tengok dari jauh , zaujah tiba2 step in stage bmw tu untuk view that car. 

dalam hati masyaallah , how can dia boleh langkah naik stage tu untuk view that car more closer, and than sales man layan baik sangat , they talk about this brand new bmw coupe M Sport car ,payment , insurance roadtax n etc , feel teruja coz lihat zaujah langkah naik stage dengan kaki kanan , dan Allah actually yang let her step in,sebelum ni tak pernah dia macam tu pun.

Inshaallah , mungkin Allah plan sesuatu, jika Allah izin , mana tahu 2 3 tahun lagi inshaallah.... ana tegur zaujah ana , dan ana ingin kongsikan nasihat ini pada kamu semua :

"Jika kita hendak Allah rahmati kita dengan REZEKI yang melimpah ruah di dalam perkahwinan,kamu perlaku baiklah pada ISTERI , dan si isteri pun perlaku baiklah pada suami kamu, jaga amanah Allah baik2, bersyukur dgn yg sedikit , pasti Allah akan melipat gandakan sesuatu yg besar kelak , cari lah ahkirat lebih pada dunia, nescaya dunia akan datang pada kamu, dan jika kamu mencari dunia lebih , maka dunia akan lari dari kamu"

tak kisah apa isteri hendak, janji mahu beriman dan mesti berhubungan baik dengan Allah , isteri jika menghormati suami, maka bila si suami tu REDHA,ia berarti ALLAH juga redha! dan bilamana si suami tu berdoa pada Allah minta sesuatu,pasti Allah mahkbulkan.......Inshaallah!"



kak nisa boleh design jubah cantik-cantik. bolehlah kalau siapa-siapa nak tempah jubah pada beliau :)

mereka berdua design sama-sama. :)

Hopefully untuk majlis kesyukuran nanti, nak buat sesuatu yang berbeza sedikit. suami pakai jubah dan aku pakai jubah juga. nak tempah daripada Masyaallah House, insyaAllah. mudah-mudahan dipermudahkan dan dikabulkan niat nan satu ini. insyaAllah.

untuk buah tangan buat tetamu, aku sudah berniat untuk berikan buku mini MMR. semoga ada rezeki lebih untuk tetamu. Ameen.

insyaAllah, semoga dapat persetujuan daripada pihak bakal suami. biar ringkas tetapi berkat. insyaAllah :)

*ehhh entah siapa-siapa suaminya, Afiah. 

tak mengapa. pasang impian terlebih dahulu. mudah-mudahan Allah tunaikan.

ah mari koreksi diri dan bina peribadi muslimah sebaiknya. Ameen. :)

Berikut merupakan beberapa link yang boleh dikunjungi:

Dr Halina's Web

FB Ustaz Muhammed

FB Kak Nisa

Masyaallah House FB Page

Mudahnya Menjemput Rezeki FB Page