CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Monday, January 4, 2010

say no to L C K!!

azam taon baru: no more L C K!!!
oyeah!!!
yoishhhh!!!
jangan tanya apa itu L C K. Private n confidential. bimbang d gelakkan korang. hahahah. biah kami untuk tahon baru. semoga istikhomah lin!!! maju untuk kaum hawa!! yoish!!!

Sunday, January 3, 2010

mood hilang kena curi dek dia.

bismillahirrahmanirrahim...

assalamu'alaikum..



sebenarnya nak berkongsi sesuatu tapi d sebabkan tiada mood untuk mengarang, tertangguh lagi. haiz. sesungguhnya aku memerlukan suasana yang sunyi untuk mengarang. harus tumpukan perhatian 100%. bila tumpuan lari, maka idea terus berterabur. penulisan x lancar. entri yang bakal d keluarkan nanti bertajuk "dengki sampai mati" dan puasa:1 keajaiban. hampir separuh je yang aku karangkan sebab xde mood. adeh. bukan ape. seronok berkongsi sumthng yang beneficial dengan orang lain. mengharapkan korang dapat gak manfaat membaca blog ni. bukan sekadar bacaan kosong. d harapkan begitulah.... insyaAllah.. sama2 kita cari redhaNya.



ku bahagia bila kau bahagia~






p/s: tolong jangan panggil aku sayang!! gediks tol r dak tu. alasan kenapa panggil sayang: salah ke nak sayang sesama Islam?? pliz la. meluat kot.

Kalau, Kalau dan Kalau

bismillahirrahmanirrahim.
assalamu'alaikum.


Kalaulah Allah lihatkan amalan kita, berapa banyak dosa dan berapa banyak pahala agaknya??

Kalaulah dosa itu macam batu, berapa berat yang perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagaikan duit, berapa banyak yang boleh kita simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri...
Adakah kita akan terus berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa..)

Kalaulah Muhammad hidup bersama kita,
adakah kita akan layan Baginda selayaknya sebagai seorang nabi??
Malu berbuat dosa depan mata yang banyaknya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita bersaudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Padahal sedia maklum harta berlambak sedunia x akan d bawa kemana-mana!!
Padahal dah tahu pegangan kita sama!!
Padahal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!

Kalaulah kita nampak syurga dan neraka,
tempat dan rupanya bagaimana?
Apa ada dalam syurga? Apa isi dalam neraka?
Dan setiap Ahmad,Abdullah dan ar-rijal dicop dia munafiq, kufur, islam atau beriman...
Masihkah aku dan kau lari dari tanggungan amalan..
Masihkah kita berdalih dan beralasan??

Kalaulah Allah menampak kan wajahNya pada kita masihkah kita sanggup syirikkan dia? Agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia!!

Berkalau-kalau tu amalan syaitan.. tapi "kalau" ini bertujuan untuk menyuruh kita sama2 fikir agar kita sentiasa peka dan menginsafi diri dengan dosa2 yang telah kita lakukan. sama2 kita istighfar sebanyak yang mungkin atas dosa2 yang pernah kita lakukan, samada dalam keadaan sedar mahupun tidak. semoga kita sentiasa berada dalam lindunganNya dan bersama rahmatNya selalu. InsyaAllah.

Saturday, January 2, 2010

mine is open 2 public.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamu'alaikum.


okeh. satu jiwa telah secara personal meminta blogku d buka untuk semua. yeah3. ade reason yang masuk akal d kemukakan oleh beliau. so dengan ini saya isytiharkan blog ini untuk semua. cehh... poyo saje aku ni~ terima kasih kepada dia, dia dan dia yang menyokong.=)

petang tadi kol adik sebab rindu die sangat2. x dapat nak tanggung lagi tapi malangnya dia x jawab.. tido barangkali. 2 kali cuba dah putus asa. adeh. apa la afiah ni. gambar dia aku jadikan penghias screen hp aku. budak kecik itu comel sangat2. sayang adik!! lepas isya' tadi, aku terima mesej dari die. "ado gapo kak yah call ore xdi.ore tdo td." tekaan aku betol. aku ckp jela aku saje2 kol die. lantas ku tanyakan pasal sesi persekolahan yang bakal bermula esok."ya.esk ore koloh ptg dl slm smngg,lps t br pg sbb nk knl dl kwsn koloh. g pkl 1 habs pkl 6." dia masuk skolah yang sama aku masuk dulu. na, memori kita berputar kembali!! aku tanya la ade x kawan die yang skolah skali dengan dia, jawapannya "ad.tp xskls la. tu pn mereka dpt 4a je.ad jgk skls tp kls 6d and srg laki2". comel kan cara die jawab? skema habis kot. hahaha... andai die depan mata, pasti dah ku peluk erat. tapi jelas dari jawapannya, ternyata dia masih kecewa sebab x dpt tawaran belajar kat sekolah berasrama penuh. sabar jela adik. insyaAllah kalo ada rezeki adik, ade la=)

mine is private.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamu'alaikum.

this blog's going 2 be private soon. tq.

2.0.1.0

bismillahirrahmanirrahim
assalamu'alaikum.

2009 baru je aku tinggalkan. 2010 menjelmakan diri. ape azam tahun baru?? erk.. ade azam tahun baru ke?? hoho... malangnya tiada. tapi aku patut berbangga kerana tiada azam baru. kenapa??? sebab... azam2 tahun baru yang dah lama tu... belum lagi tercapai.. ha... baik la x payah berazam. biar yang lama tercapai, baru la simpan azam baru semula. tapi semangat kena baru! alhamdulillah.. pagi tadi bangun dengan hati yang bahagia, senyuman terpamer d wajah. semangat 2010 menguasai diri kerana saya dah tua!! adeh.. ada apa pada no?? hoho.. no tu la melambangkan kematangan diri yang d perlukan. melambangkan tanggungjawab yang bakal terpikul nanti. no bukan sebarang no. no membawa makna.

pagi tadi mesej adik. bertanyakan sekolah mane yang die dapat. jawapannya berbunyi hampa.
" x dapat skoloh mano2. ore buat rayuan."
aku cuba memujuk, "xpola. skoloh mano2 pun xpo asalkan adik rajin=)".
" tapi ummi nak ore skoloh jauh2. sene nk gi masjid. ummi xse ore skoloh cni".
aku bertindak sebagai kakak, " hmm... adik smaye hajat la. Mitok ngan Allah. InsyaAllah dpt. kalu adk dok asrma xleh la k.yah main ngan adk time ct nt. huhu.."(berbaur keanak-anakan mesej ini. tett...)
adik x makan pujuk. "ye la tu. luqman dpt faris petra. sumo saing ore hok 5a dapat. ore sore jah xleh."
"rzki msg2 adk. jgn sedih. ade la 2 hkmahnya bakpo adk xleh. kita kena redha..."
"ok. k la. nok make nasik. tgh tngok cito hantu rayo nih"
"k. yah jugok hok xleh tngk tv. adk start skoloh bilo? rjin2 la wt solt hajat, bc al-quran. smaye jgn lmbt2. krm salam ko ummi nga ayah dgn ucapan assalamu'alaikum"
"ok"

kenapa rasa susah sangat nak comfort adik?? kenapa susah sangat nak berinteraksi dengan adik?? faham ke dia apa itu redha?? faham ke dia konsep rezeki? Ya Allah, permudahkanlah untuk aku memahamkan die. die faham ke tazkirah yang abang ih selalu sampaikan?(aku lak x join dgr. nk tolong huraikan pn xleh. adeh.) sesungguhnya baru aku terasa betapa sukarnya menasihati keluarga sendiri. mendorong keluarga sendiri. aku mengharapkan pertolongan dariNya untuk jaga adik. semoga kami semua dalam lindunganNya. dalam rahmatNya. InsyaAllah.

semoga segala pekerjaan berjalan lancar pada tahun ni. semoga rahmat Allah d cc kita selalu. semoga aku menjadi aku yang lebih baik dari segenap segi. sesungguhnya pada tahun ni aku berusaha untuk jadi matang. bersikap matang. percaya atau tidak tapi fakta bahawa orang melihat aku sebagai seorang yang matang. sedara2 sume ingat aku kakak kepada kak nurul. alohai~ tapi pada hakikatnya, aku masih terpengaruh dengan adik. hoho... xpe2. akan ku usahakan nnti! insyaAllah.

selamat berusaha dengan lebih gigih afiah! gambatte-ne afiah! cayo2!!!

monolog.

terasakah dia?? tapi pelik. kenapa perlu terasa? mungkin betol apa yang lin cakap. hmm... maaf la kalo terasa. i've my own reason why i'm doing dat thing. sori kalo ko terasa. harap dapat menerima ye cuma aku x berkesempatan untuk menerangkan dengan lebih jelas kat ko. xpe afiah. anda benar dan bukan melakukan perkara yang sia2 malah sedikit perubahan itu insyaAllah menyumbang kepada perubahan yang lebih besar. InsyaAllah.




mata ke hati. semalam dapat ku rasakan dia melihat aku. mencuri pandang d celah2 kepadatan kawan. dan aku?? gugup. ada sesuatu dalam pandangannya yang membuatkan aku resah. kehadiran aku salahkah d c2? pandangannya penuh tanda tanyakah? ah. biarkan afiah. usah d fikirkan. tapi yang pasti, bukan kerana apa yang tidak membaluti kakiku. entah kenapa terasa x sempurna bila ada yang aku abaikan. Alhamdulillah dengan perubahan perasaan ni.




umur dah naik ke angka 20 tapi perangai masih macam kanak2. haila2~ afiah, anda dah dewasa. cuba untuk bersikap lebih matured. (tapi bagaimana??? demam pon nangis~ adeh. ) kepada anda semua, secara jujurnya, aku x ske orang ambik berat pasal aku sebab aku tends to nak menangis kerana anda care pasal saya. lain la kalo family saya. siyes. aku xske menyusahkan orang sebab tu saya perlu kuat!! afiah, dalam kekuatan yang ada, pasti terselit rasa sedih. ketabahan hati itu perlu!! Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar, hanya pada Engkaulah aku mengadu.. hanya pada Engkaulah aku pinta pertolongan. dan hanya pada Engkaulah jua nanti aku kembali. Astaghfirullah.. mati. mati. mati. bila sebut mati, kadang2 rasa termotivate. kadang2 takut. macam2 rase. tapi aku bersyukur sebab dengan keadaan aku sekarang ni, Allah dah bagi peringatan berterusan. macamana kalo mati sekarang ni?? dengan diri yang x lepas dari melakukan dosa, antara sedar dan tidak. kalo d timbang dosa2 aku, ntah berapa la bacaannya. aku nak jaga ummi dengan ayah. entah sempat ke x. entah2 aku yang pergi dulu. kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan. kita hanya mencuba sedaya upaya tapi Allah jualah yang mengizinkan semuanya berlaku.




pengembaraan bermula. d mulakan dengan exercise yang membantu menyihatkan badan. insyaAllah. hanya Dia yang tahu apa yang tersirat d sebalik exrcise 2. berjalan2 melihat alam. kepenatan. ku lihat wajah dia. dan mereka. dalam hati terselit sesuatu. ku abaikan. lebih merenung kepada diri sendiri. aku x sama macam dieorang. aku adalah aku. x mampu nak jadi orang lain. aku tengok orang senyum tapi aku, senyum dalam kepahitan. senyum kepura-puraan. adakah??? persoalan yang selalu timbul. yang banyak membuatkan air mata menitis. aku x mampu jadi macam mereka. tapi aku x kesal. aku kesal ke?? aku x redha ke?? tidak. aku menerima dengan hati yang terbuka malah bersyukur dengan takdirNya. tapi aku kesiankan wajah2 itu. walaupun tenang sahaja, aku tahu. aku yang buatkan mereka risau. ummi, ayah, yah x pinta semua ni. tapi kita terimanya saje kan?? alhamdulillah.. yah punya ummi ngan ayah=). alhamdulillah jua dengan kurniaanNya. akan ku berjuang sehingga ke tarikh kematianku yang telah d tetapkan.




kenapa diri ini banyak terleka?? leka dengan keduniaan. leka dengan perkara2 lagha. mengikut sahaja nafsu yang x pernah puas. kenapa asyik fikirkan pasal tu?? yes. sebab umur kami pada tahap tu. adeh. entahlah. aku dah cuba abaikan seboleh mungkin. alhamdulillah berjaya atasi tapi kadang2 terfikir gak. sudah nyata wanita tertarik pada lelaki dan begitulah jua sebaliknya. pandangan sebaiknya d jaga. hati sebaiknya d jaga. malah tutur bicara dan garisan senyuman juga d jaga. semuanya perlu d jaga afiah. bukan kerana sesiapa tapi kerana Allah. cukuplah hanya Allah bagiku. aku x perlukan seorang imam untuk membimbing aku kerana aku bakal melukai hati kecilnya. biarlah aku jadi makmum abang ih saje. menumpang kasih seorang abang. yes. dia bakal punya tanggungjawab lain tapi aku pasti. (bagaimana harus sebegitu yakin afiah??) kadang2 bagus untuk berasa yakin dan pada saat ni, aku kena yakin yang Allah itu Maha Adil. Hakku yakin. ku mohon teman sekeliling untuk mengingatkan aku. buat thahar dan ejat, terima kasih kerana memahami aku dan kadang2 memberi harapan palsu pada aku. adeh. jahat tol korang neh!!=). saya gembira dengan kehadiran anda=). d sebalik ujianNya, ada nikmatNya. Alhamdulillah...=)




semak blog ni dan aku banyak terkesan. terkena tempiasnya. mat yang ku kenal, kini bukan calang2 tulisannya. Alhamdulillah. dia dah berubah. walaupun banyak yang mengkritik dia, esp dak pompuan, aku tetap suka dengan cara dia. asalkan benar d cc agama. begitu juga cara "FARID" kamil. ketegasan mereka membuka mataku. andai aku juga mampu setegas itu... hari ni, keluar tanpa "benda" tu. gaya selamba tapi aku sedar. sentiasa waspada bimbang ternampak oleh kaum muslimin. dalam perjalanan pulang, ku lihat seorang muslimah. cantik dengan durinya tapi aku?? ke mana hilangnya duri yang tajam?? kadang2 sahaja berduri. kadang2 d abaikan sahaja. aku terfikir. merenung jauh. saya nak jadi seperti dia. dan sedang terarah ke c2. istikomah la anda afiah. istikomah itu penting. jangan sekadar mencuba sahaja. tapi, aku x dapat lagi mengubah cara aku. walaupun kadang2 nampak innocent, aku ni brutal gak.. xtau la mcmna nak buang perangai aku yang ske buat muka kalo bosan. haila2~ dah la nanti nampak kelakar yang ntah pape. semoga Allah tunjuk jalan yang benar. beri panduan. InsyaAllah.InsyaAllah. InsyaAllah.