CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Sunday, January 3, 2010

Kalau, Kalau dan Kalau

bismillahirrahmanirrahim.
assalamu'alaikum.


Kalaulah Allah lihatkan amalan kita, berapa banyak dosa dan berapa banyak pahala agaknya??

Kalaulah dosa itu macam batu, berapa berat yang perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagaikan duit, berapa banyak yang boleh kita simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri...
Adakah kita akan terus berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa..)

Kalaulah Muhammad hidup bersama kita,
adakah kita akan layan Baginda selayaknya sebagai seorang nabi??
Malu berbuat dosa depan mata yang banyaknya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita bersaudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Padahal sedia maklum harta berlambak sedunia x akan d bawa kemana-mana!!
Padahal dah tahu pegangan kita sama!!
Padahal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!

Kalaulah kita nampak syurga dan neraka,
tempat dan rupanya bagaimana?
Apa ada dalam syurga? Apa isi dalam neraka?
Dan setiap Ahmad,Abdullah dan ar-rijal dicop dia munafiq, kufur, islam atau beriman...
Masihkah aku dan kau lari dari tanggungan amalan..
Masihkah kita berdalih dan beralasan??

Kalaulah Allah menampak kan wajahNya pada kita masihkah kita sanggup syirikkan dia? Agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia!!

Berkalau-kalau tu amalan syaitan.. tapi "kalau" ini bertujuan untuk menyuruh kita sama2 fikir agar kita sentiasa peka dan menginsafi diri dengan dosa2 yang telah kita lakukan. sama2 kita istighfar sebanyak yang mungkin atas dosa2 yang pernah kita lakukan, samada dalam keadaan sedar mahupun tidak. semoga kita sentiasa berada dalam lindunganNya dan bersama rahmatNya selalu. InsyaAllah.

No comments: