CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Monday, March 29, 2010

Pantun Muammalat

Assalamualaikum pembuka bicara,
Hamba datang membawa peringatan,
Maaf andai terkasar bahasa,
Cuma untuk memberi pengajaran.

Pergi ke kedai game beli pokemon pearl,
Cadangnya nak wi-fi dengan Dolah,
Apa yang best sangat tentang couple,
Selain seronok menambah fitnah.

Perang Salib Kristian kalah,
Walaupun kalah terus mencuba,
Tak cukup lagi ka menambah fitnah,
Ataupun korang tak tau yang fitnah tu penambah dosa.

Makan tengah hari bersambalkan belacan dan lada sulah,
Konpem pedas toksah kata la,
Kononnya couple supaya dapat luahkan masalah,
Hei, syeikh...Allah kan ADA.

Kemerdekaan disambut di Dataran Merdeka,
Punyalah meriah bagai nak rak,
Sanggup habis duit demi si dia yang tercinta,
Tapi, bila tabung masjid menjengah muka, senyum ja yang dia letak.

Bunga lavender warnanya purple,
Baunya harum sesuai buat sabun mandi,
Banyak termenung dan tersenyum memang adat bercouple,
Tapi...kan lebih baik ingat MATI.

Al-Quran ada 114 surah,
Untuk dibaca bukan selak semata-mata,
Sanggup menepati masa dan janji sebab takut couple marah,
Tapi kalau solat fardhu lewat tak takut pula.

Patut ka...Entah la...Tepuk dada tanyalah jiwa.

No comments: