CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Monday, March 29, 2010

Wasiat Imam Syafi'e

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,
beliau sempat berwasiat kepada para muridnya
dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang
ingin meninggalkan dunia dalam keadaan
selamat maka hendaklah ia mengamalkan
sepuluh perkara."

1: HAK KEPADA DIRI. Iaitu:
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan percakapan dan berpada-pada
dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan
kewajipan-kewajipan yang tertinggal,
mendapatkan kemaafan dari orang yang kita
zalimi, membuat persediaan untuk mati dan
merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR iaitu : Membuang tabiat suka
menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata,
memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu
orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta,
berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat
menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN
AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan
kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan
amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG
MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat,
bersikap warak, suka membantu orang beriman
dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis
lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa,bersedekah secara terang-terangan serta
sembunyi dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha'
Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas
nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW Iaitu :
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan
syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith),
menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam
mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke
arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran,
menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sudahkah anda menunaikan SOLAT?

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu
ayat..."

No comments: