CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Monday, March 29, 2010

Salam yang tak wajib dijawab


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamu’alaikum. Apa khabar sahabat d sana?? Moga d kala ini hati merasa tenang tanpa rasa gundah gulana. Aminn… sekalipun punya banyak masalah, cuba2lah tenangkan diri. Setiap masalah itu pasti ada jalan keluar. insyaAllah. Apa yang aku mau bicara kali ini?? insyaAllah, kali ni aku ingin berbicara berkenaan salam. Tapi aku hanya menyentuh 1 aspek sahaja kerna sapalah aku untuk berbicara. Ilmu yang ada juga terhad tapi yang penting, kita tidak pernah putus asa dalam mencari ilmu itu. insyaAllah, usaha kita akan d redhaiNya… tapi janganlah menuntut ilmu yang salah pula ya.

Aku pasti, teman-teman sudah mengetahui hukum memberi salam dan menjawab salam. Kalau aku berada di depan sahabat saat ini, boleh jawabkah?? Hehe=). insyaAllah boleh kan?? Oh sebelum itu, lagaknya tulisan aku pelik kali ini. Abaikan saja ya=). insyaAllah aku akan menyentuh pasal hukum salam yang x wajib d jawab. Sebelum itu juga, aku mohon maaf di atas kekurangan atau kesilapan yang aku lakukan dalam entri kali ini. Aku harapkan tunjuk ajar kalian dalam perkongsian ini.

Ada 4 keadaan d mana salam itu x wajib d jawab,

1) ucapan salam imam semasa d rakaat terakhir ketika kita solat berjemaah
kita sebagai makmum tidak d wajibkan menjawab salam tersebut kerana salam tersebut bukan d tujukan kepada kita. Sekiranya kita berkeras mahu menjawab salam tersebut, maka terbatallah solat kita… aku kira semuanya faham. Dan semoga tidak ada d antara kita yang masih begitu.

2) ucapan salam orang bukan Islam
ha… dah jelas kan?? Kita x perlu jawab salam orang bukan Islam. Jadi.. dia x boleh la nak terasa dengan kita kalo kita x jawab salam yang d hulurkan. Sebaiknya, kita juga terangkan kepada dia tentang hukum menjawab salam yang d sampaikan oleh orang bukan Islam. Semoga hatinya terbuka menerima penjelasan dari kita dan mudah-mudahan, hati dia juga turut terbuka menerima Islam. Semoga dia mendapat hidayahNya.

3) ucapan salam yang main2

masalah masyarakat kita sekarang ni… memang terkenal dengan masalah salam main2. contohnya?? Si kacak nak memikat si cantik. Tabiat berkirim salam menjadi titik permulaan perkenalan mereka. Sekiranya si cantik menjawab salam, maka si kacak tidur pun tak lena. Muahaha… dah-dah. berbalik pada persoalan ni, jadi kita tidak diwajibkan menjawab salam yang disampaikan. Tapi ada juga yang memberi salam dengan tujuan memikat tapi beserta syarat “tak jawab berdosa”. Jadi, kita dah tau kan sebab dia main-main, kita tak wajib jawab=). Muahaha… Pernah aku terbaca atau dengar tapi aku lupa pula di mana, sekiranya kita hendak mengirimkan salam kepada seseorang melalui orang tengah, maka kiriman salam itu harus dilengkapi dengan ucapan salam itu sendiri, contohnya… “ abu, kau kirim salam dekat ali dengan ucapan Assalamu’alaikum..” lebih kurang begitulah caranya tapi masyarakat sekarang sudah memahami istilah salam itu bagaimana. Jadi, ucapan salamnya hanya berbunyi, “ abu, jangan lupa kirim salam kat ali ye nanti” . jadi, pasal ni.. aku xleh komen.

4) ucapan salam di akhir ucapan

erk… terasa. Huhu~ aku paling suka buat kesalahan ni. Kesian aku. Aku doakan orang, orang tak doakan aku. tu la… pasai apa hang pi ucap salam kat akhir kalam, akhir bicara… kalau cakap di telefon pun, salam aku mesti di hujung bicara sebelum tamatkan perbualan. Kalau mesej pun sama. Huhu… dulu, tak biasa bagi salam kat permulaan mesej. Masa mula-mula letak, rasa kekok tapi setelah sekian lama, Alhamdulillah… aku dapat terima. Tapi kalo ckp fon, kadang-kadang tersasul jugak terus hello. Huhu~ aku nak komen sikit pasal ejaan salam yang biasa kita letak d pangkal permulaan mesej. Meskipun dieja dengan perkataan ‘salam’, seeloknya kita baca dengan ucapan yang sebenarnya ‘assalamu’alaikum’. Sama juga dengan ‘wassalam’. semoga kita sama2 dapat berubah supaya ada insan yang turut mendoakan kita… insyaAllah! =)

Bersama kita bersatu di bawah 1 pegangan agama iaitu Islam. insyaAllah, penyatuan kita bakal mencetuskan fenomena di akhir zaman ini. insyaAllah. Sama-sama kita doakan.

No comments: