CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Saturday, February 26, 2011

"IF I HAD MY CHILDREN TO RAISE OVER AGAIN" by Diane Loomans

bismilllahirrahmanirrahim. 

Assalamu'alaikum.

i had once searching for articles about child abuse which i want to include them in my english's assignment and this is a part of what i've found. i love this poem so im eager to share it with u all. read through the poem okeh :D


If I had my children to raise over again,
I'd finger paint more, and point the finger less.
I'd do less correcting, and more connecting.
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less, and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields, and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more.
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power,
And more about the power of love.

Saturday, February 19, 2011

I love her. muahx3x!

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamu'alaikum.

lalala~ pertama kalinya, saya nak ucapkan selamat datang kepada kak long sebab sudi jadi 'follower' kepada blog ni. hoho~ mungkin isi kandungannya perlu ditapis kelak. penceritaan soal hati dan perasaan perlu diketepikan. haha.. ala, kak long pun tak kisah.. itu normal la kan? hehe... maaf ya kak long sebab banyak entri merepek di sini. hohoho...

waktu baru lahir. tok mi yang riba Nuha. comey3~ rambut lebat adik ni...

"apa ibu buat kat adik ni.... kena pakai skarf la ibu.. baru tak nampak rambut...."
puteri lilin tidur ^_^
I miss Nuha Amani alot!!!!! 
suka bebenor makan epal. muka pun dah macam epal :D
geramnya tengok gambar nii.....




Rambut dah panjang!!!! yey! saya suka!! comey anak tino sore ni... muah3!

Gundah Gulana

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

i think i'm drowning. oh please help me~~~~~~~


heyhoo~ banyak tumpukan perhatian pada perkara-perkara yang lain dari belajar untuk semester ini. oh tidak~~~~

Thursday, February 17, 2011

HUKUM BERCINTA KASIH

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamu'alaikum.


since i've posted nothing here for a week perhaps, i would like to share an article which i think interesting to be read. have a good time reading the article and remember, whenever we learn something, dont forget to share the words among all the muslim. oh ya, credict to Biro Dakwah JPP 2011/2012 session for this valuable article. have a nice day. see yeah~


Pada asalnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan 'istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA

Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”, ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :


“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**

(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya.
Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak
harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)


KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Friday, February 11, 2011

Cabaran Semester Dua

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Di kala rakan-rakan sebilik nyenyak tidur, saya pula berada di meja tulis, ditemani lappy kesayangan yang banyak berjasa ini. Pelbagai perkara terlintas di kepala, lantas sudut ruangan blog ini di buka bagi menukilkan luahan perasaan di sini.

Kalau semester satu dahulu saya sentiasa mendahului di kelas dan aktif dalam menjawab soalan, semester dua kali ini saya menjadi sedikit pasif dan boleh juga dikatakan kurang cekap. kalau dulu balik bilik memang tak pernah nak study tapi sekarang balik bilik study pun macam itu juga la. cuma pemahaman lebih jelas. tak kira la bagi subjek Matematik 1 mahupun Matematik 2. tetapi yang ketaranya, bagi subjek Matematik 1. MashaAllah.. apa nak jadi dengan diri saya ni.. soalan yang senang pun boleh salah. memang sangat mudah. entah apa la yang saya fikirkan. mungkin juga kerana saya dah biasa jawab soalan yang susah-susah, yang memang memerlukan saya fikir lebih mendalam. bagi topik Matematik 1 kali pada semester ini, saya belajar tentang sudut, yang diajar semasa saya berada di Tingkatan 2 dan 3. apa nak jadi ni afiah... soalan budak sekolah menengah pun kau jawab salah... apa kes ni bai??? soalan yang mudah saya komplekskan. memang la jadi pening macam tu. saya kena mula belajar menyusun maklumat yang betul dalam minda saya. bukan bermakna susunan tu salah, tapi pengelasan minda saya terhadap sesuatu subjek tu yang penting. kalau dah set minda yang satu-satu subjek tu susah, maka agak sukar untuk menerima pelajaran tersebut.

pagi tadi dah menangis sebab tertekan jawab soalan salah. soalan mudah pergi hentam kromo. dah la cuai lagi. bila pemikiran terkedepan dari penulisan, maka penulisan jadi salah. seterusnya jawapan jadi salah. baca soalan salah la... macam2. saya buat 7 soalan yang cikgu beri masa dalam kelas dalam masa 45minit sedangkan orang lain dah mula hantar dari masa 30 minit kertas diberi. saya yang paling lambat hantar. ishk3.. sedih3. disebabkan tidak puas hati dengan pencapaian diri, saya buat soalan tu sekali lagi di bilik, ambil masa kurang dari 30 minit. dari situ la saya baru perasan kecuaian dan kesilapan saya semasa menjawab soalan tadi. dari 14 markah, saya mungkin hanya skor 6-8 markah sahaja. itu merupakan satu kegagalan bagi saya. rasa macam diri ni 'loser'. malas cakap dengan orang sebab rasa tertekan.

saya nak mula susun jadual secara teratur agar ada waktu tetap untuk saya belajar. semoga semester ni saya dapat mencipta kejayaan seadanya. doakan saya ya. semoga kita semua dalam pengharapanNya. insyaAllah.

afiah akan terus bangkit, mula mengatur langkah, mencorak kejayaan kembali~
insyaAllah.. Allahu Allah.... Amin....

Assalamu'alaikum.

Thursday, February 10, 2011

Hadiah Hari jadi



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum

.

lalala~ sempat lagi update blog sebelum pergi latihan kompang perkomperi sempena sabutan maulidur rasul nanti. hari ni beli buku bumi cinta karangan habiburrahman. tetiba juga la waktu-waktu camni teringat barang kegemaran: Buku. dan tetiba juga nak jadikan idea, untuk setiap harijadi, nak minta kak nurul belikan sebuah buku, atau novel karangan hilal asyraf, fatimah syarha, habiburrahman ataupun karangan penulis-penulis lain.



macam la kak nurul nak bagi~ saya pun dah mula terapkan nilai suka membaca pada adik. padahal kami semua memang suka membaca cuma sekarang nak dedahkan adik kepada bagaimana sebenarnya untuk menjalani kehidupan sebagai seorang yang bergelar Islam. tambahan dia mula meningkat remaja, maka perlulah sentuh pasal cinta. cewah~ saya yang dah tua ni, tak berminat lagi untuk berbicara soal cinta. lambat atau dekat, muncul juga akhirnya yang ditunggu-tunggu. oh ya, perihal ni pulak, saya nak cari ayah untuk anak-anak saya :). misi pencarian dimulakan. cewah~

notakaki: hari ni saya banyak guna perkataan 'camgini' sebab terpengaruh dengan sorang mamat ni. haiizzzzzzzz.... apakah afiah???????

masa untuk berhenti :) suara saya diperlukan untuk sesi selawat. *suara base. ceh. poyo je. ok2. terpaksa berhenti sekarang juga. Assalamu'alaikum.

Sunday, February 6, 2011

"dah ada yang punya??"

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

malam ni baru tiba di IPIS setelah menginap di rumah kak long selama 2 hari 1 malam. lepas kemas-kemas barang sikit, mula la usha facebook. bila ada dua akaun ni, agak pening kepala sikit tapi semuanya ditanggung beres. sistem pengurusan kedua-dua akaun tu berjalan dengan lancar. ceh macam pegawai pengurusan sudah.. biasa la kalau di facebook, dah memang takde keje sangat, mula la usha-usha profile orang. maklumlah, bukan semua kawan facebook kita, kita kenal. jadi masa yang ada ni digunakan untuk mengenali mereka. tak payah susah-susah buka senarai rakan di facebook, tengok sahaja dekat dia punya 'home'. nah! terpampang semuanya. sibuk-sibuk meng'usha' tu.. ada la terpandang kiri kanan depan belakang tentang warga IPG KPI ni. bukan nak cerita hal buruk, tapi saja tengok macamana kehidupan mereka di luar sana. dan yang saya nak 'highlight'kan di sini, soal berpacaran. ceh~ ada yang dah mula pasang niat nak kearah gerbang perkahwinan dan sebagainya. bagi yang memang serius dan sudah ada perancangan, saya tumpang gembira :D

masa cuti hari raya cina selama seminggu hari tu saya pergi rumah mak cik kawan saya. kami berempat semuanya. dari hari isnin sampai hari sabtu berada di sana. nenek dia tinggal sama kat situ. masa kat sana, rasa terkesan juga bila dipanggil 'anak dara'. bukan apa, maknanya kami perlu lakukan tanggungjawab seadanya. maknanya kena berperwatakan seperti yang disebut la. pernah cikgu cakap jangan tidur selepas Subuh, maka saya dengan senang hati tanya, "Cikgu kalau tak tidur lepas Subuh tapi tidur pukul 9 ke 10 boleh?" lantas cikgu jawab, "haa... yang perempuan memang tak boleh tidur langsung lepas Subuh" =_=". kalau di asrama kadang-kadang bantai tidur hari minggu kalau malam tidur lewat. rasanya kat mana-mana asrama pun macam tu. kalau dulu balik rumah hujung minggu ummi tak marah sangat kalau tidur kejap lepas Subuh untuk hari pertama, tapi kalau hari seterusnya, tak boleh la. yela.. dah namanya perempuan, mesti la ada kerja yang perlu dibuat. nanti nak jadi mak orang macamana kalau tidur lepas Subuh. kesian suami dan anak-anak nak sarapan. dan bagi saya yang bakal bergelar guru, memang perlu tampil cergas di pagi hari. sepanjang saya bersekolah, tak pernah pula saya tengok cikgu menguap dalam kelas walaupun kelas tu bermula jam 0745. awak pernah nampak cikgu mengantuk dalam kelas? ummi selalu tidur jam 2200. mungkin saya sepatutnya tidur awal juga. supaya esoknya badan punya stamina yang tinggi untuk mengajar. kalau dah memang takde keje, tidur jela kan? apa susah... tapi dengan syarat sebelum tidur dah kemas dapur. ini sangat penting! untuk mereka yang bergelar perempuan.. lepas ni, pi check dapur dulu sebelum tidur. kalau gelas pinggan tunggang langgang sana sini meja makan melekit, haa... jangan tidur lagi naa... kemas dulu dapur tu :D

semasa saya di sana, ada la kawan nenek dia datang, seorang ustazah. disebabkan mula-mula masuk tu kita akan jumpa dapur dulu, maka dia berkata, "haa... nak tau anak dara mana yang rajin kena la tengok sape yang ada kat dapur" =_=" teka saya ada di mana?? ada di ruang tamu menelaah buku pelajaran~ oh tidak~~~~ tak layak jadi menantu~~~ bukan takmau masuk dapur sekali tapi ruang yang terhad menyebabkan eloklah hanya 3 orang di dapur. lagipun tugas yang perlu dilaksanakan hanyalah buang kulit udang dan bersihkan ayam. last-last sekali baru saya menyelitkan diri sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk masak. oh ya, ustazah tadi masuk, terus menuju ke ruang tamu, tempat saya berada. buku mula ditutup, tanda menerima tetamu dan bersedia untuk meraikannya. mula la perbualan kami. soal itu dan ini. dan.... saya menerima soalan cepu emas darinya,

" ni dah ada pakwe belum?"

"erk.. erk... malas nak fikir pasal tu"

"apa pulak malas fikir, kalau dah ada xpela. pegang la dulu. nati dah habis belajar boleh la kawen"

"erk.. erk... xpela dulu, tak berminat"

"kalau pegang x salah.."

"erk.. erk..." =_="

taktau la muka saya macamana waktu tu. rasa segan. haizzz... lalu perbualan kami kembali seperti biasa :). hmm... asyik-asyik kalau kat kampung pun macam tu. jiran-jiran pun asyik tanya je dah berpunya belum. biasanya kalau kat kampung, jawab je dah ada, orang kelantan jugak. nanti takde la dieorang nak tanya macam-macam :D. muahaha... bagus jugak buat tipu helah camgitu. hati pun senang :D xde susah-susah putar belit nak jawab soalan dieorang. sekarang ni, hiduplah seadanya. bergembiralah dengan mereka yang hadir di sekeliling kita. kalau dah jodoh, tak kemana :). pasti bertemu jua, mungkin hanya berbeza tempat.


jangan kau risaukan soal hati, kelak pasti merana diri. cewah~ iyo je ekau.


credict to iluvislam.com. tertarik pada gambar ni masa kali pertama tengok :D


time to stop writing.~~~

till i write again.

Assalamu'alaikum.

Saturday, February 5, 2011

&^%%$$###(*&^%$#@@ ( bahasa kalut)

"Apakah.... apakah yang sedang aku lakukan ini... kenapa mesej itu berantai.... oh tidak.... rasa segan pulak. haizz... apakah... "-luahan isi hati

woah~ (lepaskan lelah)




erk.. erk.. segan nak tulis sini sebab nanti korang baca tapi ni la tempatnya untuk aku bercerita. cerita pada kau? bukanlah~! cerita pada diri aku sendiri la.. nanti karang aku baca aku gelak sorang2. macam kelakar la pulak aku ni. ceh. perasan. poyo dowh.

erk.. sebenarnya.. sebenarnya.. aku ada mesej dengan mak sorang mamat ni.. mesej dengan mak dia memang xde niat apa2 pun. alkisahnya begini.. hari tu entah pasal apa aku nak reply komen mak dia kat facebook tapi aku tak kawan dengan mak dia jadi terpaksa la aku gunakan medium mesej untuk berhubung dengan mak dia. lepas satu, satu mesej kami. berantai~ hohoho.. mak dia sporting je, aku lagilah.. memang sempoi dan cool. ceh~ poyo habis kau.

tetapi tiba-tiba pulak aku rasa macam segan nak borak dengan mak dia. maklumlah.. nati dia fikir aku nak ngorat anak dia ke apa tapi pakai medium mak. tarik hati mak, dapat anak :D. eh3 aku tak pakai ya teori tu. seronok sebenarnya sembang dengan orang yang lebih tua. maksud aku, bukan setahun dua tua dari aku, tapi orang yang dah berpengalaman banyak dalam hidup. aku suka borak-borak dengan nenek aku cerita pasal keluarga. hohoho.. ngan mak dia pun lebih kurang sama la isunya. orang-orang tua ni berpengalaman. aku suka kalau majlis-majlis kat kampung kalau orang-orang tua berkumpul aku tumpang sekaki duduk kat situ dengar apa yang dieorang bualkan. seronok cari pengalaman dengan orang-orang tua ni. tak rugi. dari kau melepak tak tentu hala baik la kau pi dengar nenek kau cerita macam-macam. petua penuh dalam dada. cewah~ pantang larang pun tak kurang banyaknya. bertuah dapat borak-borak dengan orang banyak pengalaman. oh ya. perihal borak dengan mak dia ni, aku rasa macam nak minta pandangan la. kau rasa elok tak perbuatan aku? *macam la aku buat jahat* aku segan dowh. tapi nampaknya mesej kami macam tak berhenti je. walaupun 2-3 hari dia tak balas, nanti2 dia balas la mesej tu. setahu aku la, mamat tu ada cakap mak dia jarang buka facebook. adakah aku telah menyebabkan mak dia selalu buka facebook semata-mata nak balas mesej aku? oh tidakkk~~~~ apa yang telah aku lakukan ni... xpe2. stay cool afiah. nt kau pi check out dengan mamat tu kalau2 mak dia ada gtau pape pasal kau kat mamat tu. ne tau mak dia tak suka aku ke apa kan macam " budak ni tak reti ke nak berhenti mesej aku aku dah penat layan mesej dia" fuhh.... husnuzhon. mak dia baik. ada jugak cite pasal mamat tu walaupun aku tak tanya. tapi aku tak kisah sangat pun. aku dengan mamat tu bukan ada apa2 pun jadi sebarang maklumat tentang diri dia, hanyalah bagai angin lalu menyapa telingaku ini. cewah~

oh banyaknya merepek. inilah yang terjadi bila afiah dah kalut. time to say gudnite :).

jaga diri, jaga peribadi. tingkatkan ketakwaan kepadaNya selalu okeh :)

maaf aku banyak merepek.

Assalamu'alaikum.

Pesanan Penaja :D

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Apa khabar kalian? sihat walafiat? semoga saya dan anda, semua umat Islam amnya berada dalam lindungan kasih dan rahmat Allah S.W.T. semoga kita tidak pernah putus dari kasihNya. InsyaAllah.

saya menulis di sini adalah kerana di sini merupakan tempat saya meluahkan segalanya. samaada perasaan tidak puas hati, gembira dan sebagainya. semuanya berdasarkan pengalaman dan keadaaan di sekeliling saya. ya. dalam tulisan saya, mana ada saya selitkan dalil-dalil dari Al-Quran mahupun hadis maka terpulang kepada anda para pembaca untuk samaada menidakkan atau menerima apa-apa yang saya kongsikan di sini. oh harap anda mendapat manfaat dengan meneruskan pembacaan di sini. kalau anda rasa tindakan anda setia menanti entri-entri baru dari saya yang merupakan bebelan kosong tidak membawa apa-apa manfaat, maka saya nasihatkan anda berhenti membaca penulisan saya di sini. banyak lagi perkara yang bermanfaat boleh anda lakukan :). dan banyak lagi artikel-artikel menarik yang boleh anda baca di sini.

selamat menempuh hari-hari yang mendatang dengan limpah rahmat dan berkat dariNya ^_^

semoga terus thabat dalam memperjuang agama Islam di samping memperkukuh iman di dada :)

salam ukhwah salam perpaduan di bawah satu naungan : Islam

Assalamu'alaikum(n_n)

Tuesday, February 1, 2011

Jangan Takut!

nenong3~

fobia jalan raya perlu dirawat segera~

tak tahu la macamana nati nak bawa anak-anak lintas jalanraya kalau ibunya sendiri pun rasa takut nak lintas jalan. hohoho~

ayahnya jugak la perlu ambil peranan.

p/s: anak-anak tu umum ya. anak-anak murid. 'ayah' pula, mengikut tafsiran anda. hohoho~