CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Friday, February 11, 2011

Cabaran Semester Dua

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Di kala rakan-rakan sebilik nyenyak tidur, saya pula berada di meja tulis, ditemani lappy kesayangan yang banyak berjasa ini. Pelbagai perkara terlintas di kepala, lantas sudut ruangan blog ini di buka bagi menukilkan luahan perasaan di sini.

Kalau semester satu dahulu saya sentiasa mendahului di kelas dan aktif dalam menjawab soalan, semester dua kali ini saya menjadi sedikit pasif dan boleh juga dikatakan kurang cekap. kalau dulu balik bilik memang tak pernah nak study tapi sekarang balik bilik study pun macam itu juga la. cuma pemahaman lebih jelas. tak kira la bagi subjek Matematik 1 mahupun Matematik 2. tetapi yang ketaranya, bagi subjek Matematik 1. MashaAllah.. apa nak jadi dengan diri saya ni.. soalan yang senang pun boleh salah. memang sangat mudah. entah apa la yang saya fikirkan. mungkin juga kerana saya dah biasa jawab soalan yang susah-susah, yang memang memerlukan saya fikir lebih mendalam. bagi topik Matematik 1 kali pada semester ini, saya belajar tentang sudut, yang diajar semasa saya berada di Tingkatan 2 dan 3. apa nak jadi ni afiah... soalan budak sekolah menengah pun kau jawab salah... apa kes ni bai??? soalan yang mudah saya komplekskan. memang la jadi pening macam tu. saya kena mula belajar menyusun maklumat yang betul dalam minda saya. bukan bermakna susunan tu salah, tapi pengelasan minda saya terhadap sesuatu subjek tu yang penting. kalau dah set minda yang satu-satu subjek tu susah, maka agak sukar untuk menerima pelajaran tersebut.

pagi tadi dah menangis sebab tertekan jawab soalan salah. soalan mudah pergi hentam kromo. dah la cuai lagi. bila pemikiran terkedepan dari penulisan, maka penulisan jadi salah. seterusnya jawapan jadi salah. baca soalan salah la... macam2. saya buat 7 soalan yang cikgu beri masa dalam kelas dalam masa 45minit sedangkan orang lain dah mula hantar dari masa 30 minit kertas diberi. saya yang paling lambat hantar. ishk3.. sedih3. disebabkan tidak puas hati dengan pencapaian diri, saya buat soalan tu sekali lagi di bilik, ambil masa kurang dari 30 minit. dari situ la saya baru perasan kecuaian dan kesilapan saya semasa menjawab soalan tadi. dari 14 markah, saya mungkin hanya skor 6-8 markah sahaja. itu merupakan satu kegagalan bagi saya. rasa macam diri ni 'loser'. malas cakap dengan orang sebab rasa tertekan.

saya nak mula susun jadual secara teratur agar ada waktu tetap untuk saya belajar. semoga semester ni saya dapat mencipta kejayaan seadanya. doakan saya ya. semoga kita semua dalam pengharapanNya. insyaAllah.

afiah akan terus bangkit, mula mengatur langkah, mencorak kejayaan kembali~
insyaAllah.. Allahu Allah.... Amin....

Assalamu'alaikum.

No comments: