CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Sunday, February 6, 2011

"dah ada yang punya??"

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

malam ni baru tiba di IPIS setelah menginap di rumah kak long selama 2 hari 1 malam. lepas kemas-kemas barang sikit, mula la usha facebook. bila ada dua akaun ni, agak pening kepala sikit tapi semuanya ditanggung beres. sistem pengurusan kedua-dua akaun tu berjalan dengan lancar. ceh macam pegawai pengurusan sudah.. biasa la kalau di facebook, dah memang takde keje sangat, mula la usha-usha profile orang. maklumlah, bukan semua kawan facebook kita, kita kenal. jadi masa yang ada ni digunakan untuk mengenali mereka. tak payah susah-susah buka senarai rakan di facebook, tengok sahaja dekat dia punya 'home'. nah! terpampang semuanya. sibuk-sibuk meng'usha' tu.. ada la terpandang kiri kanan depan belakang tentang warga IPG KPI ni. bukan nak cerita hal buruk, tapi saja tengok macamana kehidupan mereka di luar sana. dan yang saya nak 'highlight'kan di sini, soal berpacaran. ceh~ ada yang dah mula pasang niat nak kearah gerbang perkahwinan dan sebagainya. bagi yang memang serius dan sudah ada perancangan, saya tumpang gembira :D

masa cuti hari raya cina selama seminggu hari tu saya pergi rumah mak cik kawan saya. kami berempat semuanya. dari hari isnin sampai hari sabtu berada di sana. nenek dia tinggal sama kat situ. masa kat sana, rasa terkesan juga bila dipanggil 'anak dara'. bukan apa, maknanya kami perlu lakukan tanggungjawab seadanya. maknanya kena berperwatakan seperti yang disebut la. pernah cikgu cakap jangan tidur selepas Subuh, maka saya dengan senang hati tanya, "Cikgu kalau tak tidur lepas Subuh tapi tidur pukul 9 ke 10 boleh?" lantas cikgu jawab, "haa... yang perempuan memang tak boleh tidur langsung lepas Subuh" =_=". kalau di asrama kadang-kadang bantai tidur hari minggu kalau malam tidur lewat. rasanya kat mana-mana asrama pun macam tu. kalau dulu balik rumah hujung minggu ummi tak marah sangat kalau tidur kejap lepas Subuh untuk hari pertama, tapi kalau hari seterusnya, tak boleh la. yela.. dah namanya perempuan, mesti la ada kerja yang perlu dibuat. nanti nak jadi mak orang macamana kalau tidur lepas Subuh. kesian suami dan anak-anak nak sarapan. dan bagi saya yang bakal bergelar guru, memang perlu tampil cergas di pagi hari. sepanjang saya bersekolah, tak pernah pula saya tengok cikgu menguap dalam kelas walaupun kelas tu bermula jam 0745. awak pernah nampak cikgu mengantuk dalam kelas? ummi selalu tidur jam 2200. mungkin saya sepatutnya tidur awal juga. supaya esoknya badan punya stamina yang tinggi untuk mengajar. kalau dah memang takde keje, tidur jela kan? apa susah... tapi dengan syarat sebelum tidur dah kemas dapur. ini sangat penting! untuk mereka yang bergelar perempuan.. lepas ni, pi check dapur dulu sebelum tidur. kalau gelas pinggan tunggang langgang sana sini meja makan melekit, haa... jangan tidur lagi naa... kemas dulu dapur tu :D

semasa saya di sana, ada la kawan nenek dia datang, seorang ustazah. disebabkan mula-mula masuk tu kita akan jumpa dapur dulu, maka dia berkata, "haa... nak tau anak dara mana yang rajin kena la tengok sape yang ada kat dapur" =_=" teka saya ada di mana?? ada di ruang tamu menelaah buku pelajaran~ oh tidak~~~~ tak layak jadi menantu~~~ bukan takmau masuk dapur sekali tapi ruang yang terhad menyebabkan eloklah hanya 3 orang di dapur. lagipun tugas yang perlu dilaksanakan hanyalah buang kulit udang dan bersihkan ayam. last-last sekali baru saya menyelitkan diri sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk masak. oh ya, ustazah tadi masuk, terus menuju ke ruang tamu, tempat saya berada. buku mula ditutup, tanda menerima tetamu dan bersedia untuk meraikannya. mula la perbualan kami. soal itu dan ini. dan.... saya menerima soalan cepu emas darinya,

" ni dah ada pakwe belum?"

"erk.. erk... malas nak fikir pasal tu"

"apa pulak malas fikir, kalau dah ada xpela. pegang la dulu. nati dah habis belajar boleh la kawen"

"erk.. erk... xpela dulu, tak berminat"

"kalau pegang x salah.."

"erk.. erk..." =_="

taktau la muka saya macamana waktu tu. rasa segan. haizzz... lalu perbualan kami kembali seperti biasa :). hmm... asyik-asyik kalau kat kampung pun macam tu. jiran-jiran pun asyik tanya je dah berpunya belum. biasanya kalau kat kampung, jawab je dah ada, orang kelantan jugak. nanti takde la dieorang nak tanya macam-macam :D. muahaha... bagus jugak buat tipu helah camgitu. hati pun senang :D xde susah-susah putar belit nak jawab soalan dieorang. sekarang ni, hiduplah seadanya. bergembiralah dengan mereka yang hadir di sekeliling kita. kalau dah jodoh, tak kemana :). pasti bertemu jua, mungkin hanya berbeza tempat.


jangan kau risaukan soal hati, kelak pasti merana diri. cewah~ iyo je ekau.


credict to iluvislam.com. tertarik pada gambar ni masa kali pertama tengok :D


time to stop writing.~~~

till i write again.

Assalamu'alaikum.

No comments: