CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Tuesday, August 18, 2009

a little word for roses

bismillahirrahmanirrahim...
terasa lama tidak berblogging. huhu.. kepada yang menyokong, syukran jazilan. isu apa ye ingin ku bicarakan d cni?? sbnrnye banyak benda tapi simpan pnye simpan, entah ke mana dah semuanya.. hehe.. dah lama aku post bnda2 yang merepek, so kali ni, kite bukak sudut ilmu lak. berkongsi=). ku lebih tumpukan kepada kaum2 hawa sekalian ye. maaf kpd kaum adam. lain kali aku berkongsi sesuatu yang boleh d terima pakai oleh semua=).

d sebalik aset bernama wanita
bismillaahirrahmaanirrahim
" katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan(terhadap wanita) atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita"
surah an-Nur : ayat 24
telah d jelaskan d dalam al-Quran tentang batas2 aurat perempuan tapi kenapa masih ada yang melanggar perintahNya?? bukan menunding kepada sesiapa, peringatan d beri untuk diri sndri juga.
antara sebab2 berlakunya pelanggaran batas2 aurat ialah
1) belum mengetahui batas2 aurat
kalau budak kecik, kite boleh la cakap xtau kan. tapi, kalo dah besar pnjg, mcm aku, umo dah 19, xkan xtau lagi?? jgn terkejut kalo umo dah bnyk tp xtau batas2 aurat lagi.. peranan ibu bapa dalam menerapkan akhlak2 islamiyyah ni penting dr zaman kanak2 lagi. cuba kite tengok d sekeliling kite. ade ibu bapa yang masih x sedar pasal bnda ni. dieorang pakaikan anak-anak kecil mereka dengan pakaian yang seksi2. x cukup kain katakan.. anak kecil x mengerti apa2. kita yang dewasa la yang kena didik, ckp elok2, ajr pakai tudung dr kecik lagi supaya bile besar nnti, jadi muslimah sejati. insyaALLAH.. tapi aku bukan salahkan ibu bapa je. kadang2 persekitaran yang membuatkan anak2 terpesong. sebab tu la ibu bapa kena tau dengan sape anak kite berkawan.. dan ape yang dieorang buat bile kite xde depan mata. ceh.. aku bercakap mcm orang dewasa. huhu.. xpe2.. ni untuk perkongsiaan jd ibubapa cemerlang untuk bina keluarga cemerlang dunia dan akhirat.. insyaALLAH...
2) sudah mengetahui namun belum memahami
ha... ni satu lagi. dah tau tapi x fhm. kat cni, peranan orang2 yang berilmu penting. pelaksanaan amar maaruf nahi mungkar. dan bagi aku, motivasi secara berterusan mampu mendorong mereka untuk berubah. "ala.. mesti dieorng bnci aku lepas ni. x ske kwn dgn aku." cik2 sekalian... jangan sesekali bersangka begitu.. sesungguhNya Allah itu ada bersama orang yang melakukan kebaikan. kita bagi nasihat sikit2 tapi secara berterusan. insyaAllah, hati die mesti lama2 jadi terikut dengan nasihat korang. aku ambik cntoh mcm batu la. kalo lama2 korang titiskan air tanpa henti, berpuluh2 tahun ke.. msti batu tu akan terhakis gak akhirnya. biar sikit tapi ade hasilnya. dan kite lak, kalo dah tau x fhm, cba la pegi tnye orang lain. aku selitkan contoh d cni. ok. hr ni dlm kelas, ckgu korang ajar pasal magnetic field and induction( aku yg belajar. ekekeke) . al maklumlah, tajuk ni, mase muda2 dlu dah belajar, jadi korang tau la pasal ape, mcmna, tapi de satu part tu korang x fhm. mesti korang g tnye cikgu atau sape2 yang tau kan? konpem korg xkan berdiam diri sbb nnti, time exam nak jwb cmne?? ha.. lebih kurang r. kalo korg tau pasal aurat, tapi x fhm batas2 die, cmne nak pass msuk syurga Allah?? fikir2kanlah...
3) sudah mengetahui, memahami tapi tidak amalkan
ha.. ni masalah besar ni. dh tau tp xmo amalkan. haiz. yang ni, kena la pandai2 fikir sendiri ye..
"syurgalah yang menjadi imbuhan bagi wanita mukminah yang bertakwa, kerana ia rela menerima cubaan yang menimpa dalam hidupnya di dunia yang fana. iman dan ketakwaan d balas dengan syurga, sesuatu yang menguntungkan. bagaimanapun, wanita ini memandang rendah dirinya hanya kerana auratnya terbuka dan manusia melihat apa yang tidak patut bagi wanita muslimah yang bertakwa. bagaimana pula dengan wanita yang memakai pakaian yang mendedahkan wajah dan tubuh mereka lalu berlumba membuang rasa malu dan maruah mereka??"
" jalan menuju kebahagiaan terbentang d hadapan anda. dapatkanlah ia dalam lautan ilmu, amal soleh dan akhlak yang mulia. bersikap objektiflah dalam setiap hal, nescaya anda akan bahagia=)"
" ada 2 buku yang cantik covernya dan bagus isinya, satu d balut dengan kemas dan rapi tapi satu lagi x d balut. at last, yang x d balut tu koyak rabak covernya dan x menarik untk d baca lagi. tapi yang d balut dgn kemas tu masih nampak elok dan jika d tukar pembalut, nampak baru=). anda nak jadi yang mane satu?? fikir2kanlah.."
" gula2 yang berbalut lebih d pilih berbanding gula2 yang dah terbuka pembalutnya"
akhir kata, lu fikir la sndri=) wassalam.

No comments: