CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Sunday, June 29, 2014

HARI MENUJU RAMADAN 1435H PENUH KEJUTAN : Cadangan Pembedahan

Bismillahirrahmaanirrahim..

Alhamdulillah.. aku masih berpeluang menulis di sini. Entah sampai bila aku akan punya peluang seperti ini lagi.

Pada 25 Jun 2014 aku berpeluang untuk mengikuti temujanji di Hospital Serdang Unit Kardiologi bagi memeriksa keadaan jantung beserta injapnya. Seawal jam 7.30++ kak long sudah menghantar aku ke perkarangan hospital. Walaupun masih awal, barisan beratur mendapatkan nombor sudah panjang. Kira-kira ada 80 lagi nombor yang perlu aku tunggu sebelum sampai kepada giliran aku dan ia mengambil masa selama 45 minit. Sesudah itu, aku bergerak ke aras 3, Bilik 7 iaitu bilik yang menempatkan unit kardiologi. selepas mendapatkan nombor, aku hanya menunggu sahaja. boleh dibilang dengan jari berapa bilangan orang muda di situ; tidak sampai 5 orang termasuk aku. ada yang datang bersama suami dan anak, dan ada yang mengandung dan datang dengan 2 orang kawan. ada juga pasangan muda yang datang bersama isteri. aku sendirian sahaja. tidak perlu berteman dan belum punya teman sebenarnya. hahaha. tak mengapa. jauh lagi perjalanan :)

nama aku dipanggil untuk masuk ke bilik nombor 5 untuk dilakukan ECG iaitu mendapatkan bacaan jantung. misi tersebut memanggil aku dengan panggilan puan dan aku mengiakan sahaja. selepas itu beliau bertanyakan kepada aku samaada aku ini puan atau cik, lalu aku katakan cik. cepat-cepat dia minta maaf. aku macam biasa, "PLEASE, DONT BOTHER". hahaha. ok aku cuma cakap "tak apa" sambil menunjukkan muka paling manis ;)

selesai ECG, masa untuk ECHO~~~

masa tu giliran aku ke-20. jadi misi minta aku pergi makan dahulu memandangkan aku belum lagi makan. aku turun ke kafe dan menikmati makanan sendirian. sambil makan, aku tidak henti-henti berfikir macam-macam perkara. al-maklumlah berada di hospital. fikir pasal ECHO pun ada. fikir pasal kenapa air murah. fikir makanan hospital murah lagi daripada makanan maktab. fikir kenapa kari sotong ini sotongnya tidak berasa apa-apa. fikir pukul berapa nak balik. adoi macam-macam dalam kepala dok fikir.

dah siap makan, aku naik ke semula ke bilik 7. nampaknya nama aku masih belum dipanggil. rasa mengantuk aku dibuatnya kerana menunggu terlalu lama. tambahan pula dengan bilik yang berhawa dingin macam tu, memang lali lah jadinya. setelah menunggu lebih kurang 20minit, akhirnya nama aku dipanggil.

aku malu sebenarnya sebab pegawai tersebut adalah lelaki. aduhai. memang tiada pegawai perempuan nampaknya jadi terpaksalah. yang bestnya di sini, kami disediakan baju hospital untuk ditukar. maka aku dengan jakunnya menukar baju kepada baju hospital. tudung di kepala tidak aku tanggalkan. seingat aku pernah menjalani ECHO di HUSM Kubang Kerian, kami hanya perlu buka baju keseluruhannya dan begitu sahaja. aduhai. paling kurang, baju hospital ini dapatlah menutup apa yang patut. aku malu sebenarnya tetapi demi jantung yang berkhidmat untuk jasad aku, aku relakan juga. pegawai tersebut menggunakan alat sepertimana yang digunakan untuk memeriksa kandungan orang mengandung. sakit juga apabila ditekan di bahagian jantung. aku tak berapa nampak skrinnya yang memaparkan keadaan jantung. setelah diperiksa, aku tunggu keputusan dalam 10-15minit.

Setelah semua urusan selesai, maka tibalah masa aku menunggu giliran dipanggil ke bilik doktor. Doktor bertugas adalah doktor lelaki. menurut beliau, keadaan aku sekarang memerlukan pembedahan dibuat. dia menerangkan kepada aku bahawa injap yang bocor adalah injap aorthic atau aortha. kalau tak silap aku, aortha adalah injap yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan. Allah... kesian jasad aku. kesian jantung aku. doktor kata jantung dah mula membengkak sedikit. alololo.... lagi kesian kat dia. jadi pembedahan perlu dibuat juga. aku meminta masa setahun lagi dengan doktor kerana aku bakal menamatkan pengajian pada November 2015. doktor mengatakan bahawa tekanan darah aku juga rendah. jadi beliau tidak memberikan sebarang ubatan kerana dikhuatiri akan menyebabkan tekanan darah aku menjadi semakin rendah. pertemuan diakhiri dengan persetujuan untuk temujanji seterusnya.

aku dengan gigihnya Google beberapa perkara berkenaan pembedahan ini.

sekiranya pembedahan dijalankan di IJN, kemungkinan kos perubatan adalah sehingga RM40, 000. aku akan diberi pilihan untuk menggunakan injap mekanikal atau injap haiwan yang terdiri daripada pilihan lembu dan babi. Kedua-dua injap ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Injap mekanikal
- tidak perlu ditukar lagi
- perlu minum ubat mencairkan darah seumur hidup, selagi roh dikandung jasad
- jika terlupa makan ubat, dikhuatiri berlaku strok
- risiko tumpah darah yang serius semasa melahirkan anak

Injap Haiwan
- injap paling lama bertahan selama 15tahun, bergantung kepada antibodi diri pesakit
- tidak perlu makan ubat, paling kurang painkiller
- jika rosak, perlu ditukar lagi selepas 15tahun

aku ada bincang dengan kak long. dan kami sama-sama bersetuju untuk menggunakan injap haiwan. tak mengapalah kalau perlu kena bedah lagi, yang penting tidak perlu makan ubat sebegitu kerana ia sememangnya bahaya. aku pernah makan ubat mencairkan darah sebelum ini semasa berada di hospital. mungkin darah pekat sangat waktu itu. semasa doktor ambil darah aku dapat lihat kepekatan darah yang berada dalam tiub darah tersebut.

jadinya, sekarang aku mengharapkan keajaiban berlaku bersempena dengan bulan Ramadan ini. aku mengharapkan doa daripada kalian untuk kesembuhan aku. semoga Allah makbulkan doa kalian semua. Ameen. 

Aku perlu memikirkan beberapa perkara termasuklah pengajian aku ini yang utamanya. umi masih tidak berputus harap mencari alternatif lain. aku bukanlah seorang yang mudah berputus asa tetapi aku kesiankan jasad ini. risiko pembedahan adalah 50% tetapi jika pembedahan tidak dibuat, aku berdepan dengan risiko kematian pula.

Allahuakbar. Allah Maha Mengetahui. Semoga aku diberi petunjuk untuk membuat pilihan mana yang terbaik : Menangguhkan Pembedahan atau Menangguhkan Pengajian.

Allah sentiasa bersama aku :)

Ramadan Kareem, sahabat :)


Thursday, June 19, 2014

Urusan Nikah Sahabat Yang Mudah

kisah sahabat saya.

dia asyik kata kalau nak kawen tunggu dulu dalam 3-4tahun lagi. even pada bulan April yang lalu. dok ulang benda sama je. Tengok-tengok, dah nak kawen selepas raya ni.

alkisahnya, ada seorang muslimah yang nak kenal dengan dia. dalam masa sebulan kenal, dia pergi jumpa mak ayah muslimah tu, bincang tentang urusan nikah.

muslimah tu menyatakan hasratnya bersuamikan sahabat saya melalui orang tengah. Setelah istikharah dalam sebulan lebih, akhirnya dia bersetuju untuk menikah dengan muslimah tersebut.
Semasa orang tengah khabarkan yang ada muslimah yang nak kenal, tidak disangka-sangka bahawa yang nak kenal dengan dia tu adalah orang yang dia dok stalk FB sejak bulan Disember tahun lepas. muslimah itupun rupanya stalk FB dia jugak.

dia kata tak ada duit untuk menikah ini. ayah muslimah tersebut ada menetapkan sedikit wang hantaran. saya yakin Allah akan memudahkan urusan beliau. bila ditanya majlisnya bila? katanya menikah dahulu, majlis itu di kemudian hari.

walaupun dia biasa-biasa sahaja, saya boleh kata dia antara sahabat terbaik yang pernah saya kenal. beruntunglah dia mendapat bakal isteri solehah dan beruntunglah bakal isteri beliau yang mendapat bakal suami seperti sahabat saya : pandai memasak, menghormati orang tua, sentiasa mengutamakan keluarga terutamanya ibu dalam apa jua urusan kehidupan beliau, baik hati, sentiasa mengambil peluang untuk berdakwah mengikut caranya yang termampu, bertanggungjawab dan yang paling penting menghormati kaum hawa selayaknya mereka. hadoi banyak pula nak describe  :P


jadi, saya rasa tidak perlulah kita menyusahkan urusan nikah. mantapkan diri dengan keimanan kepada Allah. berdoalah memohon kepada-Nya. nak menikah pun kena minta dengan Allah juga. jaga akhlak kita dengan orang lain. jaga keduanya; hubungan dengan Allah, hubungan dengan makhluk. di samping itu kita juga perlu berusaha menngukuhkan kedudukan kewangan kita. semoga Allah merahmati.

Selamat bernikah, geng!

*sudah diminta izin daripada tuan empunya untuk berkongsi kisah beliau 


sekali lagi. post di atas disalin semula daripada FB ke dalam blog ini sekadar untuk tatapan semua bagi dijadikan inspirasi. yang ini juga saya kongsikan dalam group Kami Nak Nikah Awal ;)

Jejaka Soleh Budiman : Siapa Mahu Kahwin?

baiklah. tajuk itu tiada kena mengena :P

Bismillahirrahmaanirrahim.

Assalamu'alaikum :)!
Uhuk3. teringat waktu praktikum bila mereka beri salam yang terakhir. *tears.

Saya sihat. awak sihat? saya sedang dalam proses menurunkan berat badan untuk mencapai berat badan seimbang. wahahaha. maaflah tak perlu beritahu pun.

okei dalam entri ini sebenarnya sahaja ingin menulis tentang beberapa perkara perihal perkahwinan.

sepertimana kawan saya yang sedang mencari calon isteri, saya pun sedang mencari calon suami. woot~ woot~ tidak tidak tidak. saya tidak sibuk mencari lagi ;)

memandangkan abang kedua atau anak keempat sudah bernikah dan bakal menimang cahaya mata inshaaAllah dalam masa yang terdekat, maka tibalah giliran anak yang seterusnya. anak kelima ialah abang kepada saya. nampak gayanya seperti beliau mahu memberi laluan kepada saya dahulu jadi mari kita berfeeling-feeling merancang majlis perkahwinan dengan umi ;) feeling aje, calon belum ada.

pada aku, ringkas adalah yang terbaik. bila bincang dengan umi, umi tetapkan wang hantaran RM5000 ke bawah. tapi.. sebolehnya aku nak kekalkan RM7000. ikut macam dua orang kakak aku yang lepas. itupun kalau tak membebankan bakal suami. yang mudah dan murah itu kan yang paling baik untuk kami berdua? *kaching!

aku ada juga merepek pasal hantaran. aku berpendapat bahawa tidak perlulah ada beg, kasut segala bagai. cukuplah yang penting sahaja. tapi yang utama mesti ada kek. wahaha. aku suka makan kek. nanti boleh makan sama-sama dengan sanak-saudara masa upacara membuka hadiah.*hamboi berangan lagi. 
kek Secret Recipe kan mudah cair, jadi aku cadangkan pada umi keknya letak dalam peti ais, letak kotak sahaja atas hantaran. hahahahaha. kan praktikal gitew ;) kek pun tak cair. sedap dimakan :D nyumeh!

ops. baru perasan dah tercampur aduk aku saya dalam entri ini. tak mengapalah sebab yang saya tu fefeeling baik. muehehe.

pasal pelamin, aku ada fikir juga. aku ingat nak beli buaian, hias dan jadikan ala-ala pelamin. boleh tolak-tolak pakai kaki kasi gerak. hahaha. ok merepek. tapi setakat ini itulah perancangan aku. atau beli karpet putih deko dengan bunga ke, apa-apa ke, bagi macam tempat comel kita boleh ambil gambar ;) ok yang ni entah-entah sama ada end up tak ada pelamin atau pelamin tempah sahaja. umi ada bagitau pelamin ada yang harga bawah RM2000 sekali dengan mekap dan baju. tengoklah macamana nanti. sekali lagi, calon pun belum ada lagi.

untuk baju, aku rasa macam taknak sewa. sebab nanti raya boleh pakai lagi. aku plan nak tempah jubah dengan MashaaAllah House. kamu boleh tengok page dia di FB. jubah lelaki cantik sangat RM260 sekali dengan pos. untuk jubah wanita ada macam-macam jenis. setakat ni harga paling murah RM180/190. paling mahal pun bawah RM300. tak ingat dah quotation harga dia beri. see? dah tanya harga siap-siap :P wahahaha. tak apa nanti senang kalau jadi kan? tak perlu pening banyak-banyak. untuk akad nikah beli kain buat baju kurung moden sahajalah. yang mana murah :D . sebab nak spare untuk baju sanding kan? :P hehe. memandai je decide seorang. maklumlah orang tak nak kahwin lagi memang begini. berangan sorang-sorang.

untuk majlis di rumah, aku cadangkan pada umi buat nasi ayam. lain daripada yang lain. sebab selalu orang makan kenduri makan daging kan? jadi aku harap kelainan ini boleh dilaksanakan masa hari kejadian. dan aku pesan siap-siap dekat umi taknak benda-benda macam udang ke atas meja pengantin. pengantin tak makan sangat, yang menghabiskannya orang selepas itu. pengantin malu-malu taw nak makan. biarpun dalam hati nak makan sangat. hmmm. akulah tu salah seorang tukang mentekedarah makanan pengantin :D

yang penting, aku memang mengharapkan kesederhanaan. takmau membazir. kalau boleh taknak berhutang baik aku sendiri mahupun calon suami aku. tak mengapalah kalau terpaksa cut down apa-apa asalkan majlis yang diraikan tidak berhutang. *dah minta hantaran RM7000 macamana tak berhutang? nangis. kena marah. T_T

tak apa. apapun kita bincang ye dok? may the best be with us. cewah~

dah boleh berhenti merepek agaknya. harini hari terakhir di rumah. esok gerak ke Bangi untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar untuk 1 tahun setengah lagi :)

Allahuyusahhilna.

Tingkatkan iman, tingkatkan prestasi, Ramadhan menanti. Assalamu'alaikum.


Muslimah Comel : Siapa Mahu Kahwin?

Bismillahirrahmaanirrahim.

Berkenaan dengan tajuk entri di atas, sebenarnya saya ingin mewarwarkan(maaf tak pasti ejaan) kepada wanita-wanita gadis ayu cantik molek lagi solehah tentang seorang rakan FB saya yang sedang mencari jodoh. nak kata dia bagi syarat, tiadalah pula. tetapi si gadis muslimah pilihan mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh beliau.... alah nanti boleh la kawtim jugak dengan dia kan lepas ni? jadi, syaratnya....

Jika saya ingin bernikah,masih ada x yg inginkan seperti ini?:-
5 dulang hantaran:-
1)peralatan solat
2)sepersalinan jubah
3)senaskah al-quran
4)sebentuk cincin
5)kelengkapan peribadi(alat solek,mekap,dll)
Wang hantaran rm3000
Majlis sekadarnya...


Agak2 sahabat,ade ke?kalau ada add saya ye..perancangan hujung tahun depan..insyaAllah

begitulah syarat yang ditetapkan. eh lupa pula nak letak link dia. Ini dia. sila klik sini. oh maaf ye saya memang tiada kaitan dengan beliau dan saya tidak mengenali beliau. sekadar teman satu group iaitu Kami Nak Nikah Awal. ops. malu ambo. hehe.

sebenarnya pada pendapat saya ini adalah yang terbaik ^_^. tunggu apa lagi, addlah dia :D

Wednesday, June 18, 2014

Pengalaman Terbalik Kayak

Bismillahirrahmaanirrahim.

Assalamu'alaikum :). Sebenarnya entri ini adalah cerita yang dikarang pada status Facebook. Memandangkan ceritanya terlalu panjang, maka eloklah dipindah ke sini. Hehehehe.

[TIDAK DIKETAHUI APA YANG DIHADAPAN]

sambil duduk-duduk semak DSP dan RPT Matematik, boleh pula fikiran mengelamun memikirkan perihal perkara yang kita tak ketahui akan terjadi pada masa bukan sekarang, tetapi selepas daripada masa yang kita lalui sekarang.

Bersahaja sembang-sembang tentang kos hidup, maka aku bercanda dengan gurauan mahu posting mengajar di negeri Sabah. boleh kumpul duit dahulu, kataku. Kak long menegah, katanya payah kalau sakit tak ada siapa boleh tengokkan. benar juga kata beliau, tetapi aku ada Allah, bisik hati kecilku.

tiga negeri yang menjadi pilihan umi adalah Pahang, Perak, Terengganu. semua yang paling hampir dengan negeri Kelantan. mana tahukan kalau berjodoh dengan orang Kelantan yang bekerja di negeri Kelantan juga. cewah~

renung-renung kembali, sebenarnya kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada diri kita. teringat saat program berkayak dahulu, terpaksa kami beramai-ramai melintang arus air sungai yang deras memandangkan di situ tempat memproses pasir kalau tak silap aku. kayak aku dan rakan datang daripada kiri, manakala ada kayak rakan daripada sebelah kanan tiba kerana dia sudah terlanjur ke kawasan lain dan berpatah balik. maka kayak kami berada bersebelahan. alamak tak boleh nak dayung la pulak. padahal waktu ini kami baru sahaja melintang arus. masing-masing angkat pendayung(paddle). sempat senyum kepada mereka dan bushhhhhh!

aku tenggelam. jatuh ke dalam sungai. bila buka sahaja mata, tunggul kayu berada betul-betul di hadapan mata aku. Allah.. aku ingat pesanan instructor, bilang 1,2,3 supaya kita jadi tenang. mula-mula memang aku rasa terkejut tetapi berjaya bertenang selepas itu. aku perasan aku ada berpegang pada satu tali. lagi bertambah perasaan bertenang aku. hahaha.

bila timbul, aku nampak rakan aku, Arif. dia suruh aku naik kayak. dengan arus yang menolak kami, aku cuba. tetapi tak berjaya. 2-3 kali percubaan barulah berjaya. Alhamdulillah. Arif pula tidak dapat naik kerana kakinya kejang. Allah.. aku sungguh-sungguh berterima kasih kepada beliau kerana tanpa desakan beliau, aku rasa aku tak boleh harungi waktu getir itu. bila aku kata tak boleh, dia kata, "Boleh Afi. kau boleh. cuba lagi". Diulangnya berkali-kali. Alhamdulillah. bila dah naik, aku disuruhnya dayung supaya mengurangkan tolakan arus. tapi sehingga ke akhirnya Arif tetap tak dapat naik dan kami ditolak sehingga ke kawasan tong-tong besar. Rupa-rupanya kayak di sebelah kami juga terbalik dan mereka terlebih dahulu ditolak arus. Allah.. Arif melepaskan kayak dan pergi dibawa arus dengan melalui bawah tong. rakan kayak yang tinggal membantu aku naik ke atas tong kerana bimbang kayak ditekan arus dan menyebabkan ia terbalik. Kayak dilalukan di bawah tong-tong itu.

Pasukan bot bomba yang mengiringi kami tidak dapat masuk ke kawasan itu kerana ia berpasir. Sebelum itu pun kami sudah beberapa kali turun dan menolak kayak masing-masing. Ada penduduk tempatan yang berkerja di kawasan itu membantu kami. Kami dibawa menaiki bot ke tempat rakan-rakan berkumpul beserta kayak kami. Pensyarah memberi masa rehat 10-15minit sebelum kami meneruskan perjalanan dengan jayanya semula 



pengalaman hebat dalam kehidupan. terbalik kayak sehingga 2kali. sekali lagi itu waktu duduk dalam satu baris panjang. kayak kami berada di tepi sekali. dan apabila ingin membetulkan barisan kami diminta mendayung. masa itu kami di sebelah kanan. entah bagaimana boleh pula terbalik sekali lagi. kata instructor, mungkin sebab ada arus deras di hadapan. ya. memang ada. lepas kami terbalik, instructor suruh berpecah semua. perasaan jatuh buat kali kedua, tiada lagi rasa takut. aku cuma berasa geram dengan diri sendiri kenapa boleh terbalik lagi. haha. Alhamdulillah kali ini aku berjaya naik kayak orang lain dengan mudah memandangkan tiada arus deras dan ada dua buah kayak yang masih tinggal untuk membantu kami.

Panjang bersembang. hahaha. nampak dak, biarpun baru je lepas saling balas-membalas senyum, macam tak ada apa-apa, dua-dua dah terbalik dan kami tak tahu nasib antara satu sama lain. Allah.. kalau bawa kereta, tak diketahui juga perjalanan kita selamat atau tidak. sebab itulah kita perlu sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan. yang paling utama, kita tak tahu bila dan bagaimana cara kita akan meninggal, jadi sentiasalah bersedia. Yang kita pasti adalah kita akan mati juga diakhirnya....

Tamat. 



*bertenang semasa situasi tenggelam amat penting pada aku. kitakan sudah berpenat menolak kayak, mendayung dan sebagainya, jadi aku perlu mengelakkan pernafasan yang tidak normal menambahkan penat lagi baby comel itu. konpem lepas ni tak boleh join aktiviti ekstrem lagi, ye dak? hehehe. jomlah berbasikal pulokkkk. berbasikal naik bukit di Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam. nak? riadah bersama pasangan memang best kat sini 

Keputusan Peperiksaan

Bismillahirrahmaanirrahim.

Semester lepas aku selamat menduduki peperiksaan akhir semester 5 dan pulang bercuti di rumah lebih kurang selama sebulan. lama kan ;) hehe. Pada awalnya, keputusan peperiksaan akan diumumkan pada 9 Jun tetapi nampaknya terpaksa ditangguhkan kepada 25 Jun. Alahai kami sudah biasa dengan janji-janji manis ini. Hehehe. Tapi betul juga, tidak boleh kita memaksa pihak IPG untuk keluarkan keputusan awal sekiranya markah masih belum habis diproses. Pasti sukar buat pensyarah menyelesaikan banyak tugas semasa kami bercuti termasuklah menanda kertas peperiksaan. "Awak tak apalah bercuti, sebab itu awak nak tahu cepat keputusan". hmmph. mari bertoleransi ya, jangan marah-marah. kesian mereka yang sedang bertungkus-lumus mahu mengeluarkan keputusan peperiksaan kita semua. Chill, ok. *tak takut pula keputusan amal yang akan dipaparkan nanti. yang itu tak payah tunggu, memang kalau boleh kita pun taknak ditayangkan kan? haaa apa lagi. beramallah!

aku tak pernah beritahu kawan-kawan tentang keputusan peperiksaan aku. aku diamkan sahaja. kecuali pada keluarga aku, aku ada juga beritahu. kepada pensyarah yang bertanya kalau ada. biasanya ada 2-3 orang pensyarah yang akan tanya. Tabiat aku sebelum ini adalah bertanya kepada cikgu tentang gred subjek sebelum keputusan peperiksaan keluar. Untuk subjek Matematik sahajalah memandangkan aku berasa cuak dan ingin tahu. Alhamdulillah, setakat ini aku tidak pernah gagal untuk mendapatkan gred A tak kiralah A- ke, A atau A+. Asalkan A ;).

Kenapa aku tak mahu beritahu keputusan peperiksaan kepada kawan-kawan?

sebab utama ialah aku tidak mahu berasa sedih jika keputusan aku rendah daripada mereka dan aku tidak mahu berasa besar atau bangga diri jika keputusan aku lebih baik daripada mereka. bila aku sahaja tahu keputusan peperiksaan aku, aku akan gembira sendirian tidak kira rendah atau tinggi :) jika rendah, aku akan redha dan bersyukur. jika tinggi, aku redha dan bersyukur juga. sekurang-kurangnya tiada siapa tahu aku rendah atau tinggi dan tiada tekanan yang aku rasakan. aku hanya bertanding dengan diri aku sendiri. hati pun tenang ye dak??

kat dalam kelas aku memang berkira nak beritahu orang lain keputusan peperiksaan masing-masing. syarat dia, kau beritahu aku dulu, baru aku beritahu aku punya. hahaha memandangkan aku tidak memberitahu keputusan peperiksaan aku kepada orang lain, maka aku tidak ambil kisah keputusan peperiksaan orang lain. mereka pun tidak beritahu aku. hehe. begitulah keadaan dalam kelas kami. kelas orang lain siap sorang boleh tahu keputusan semua orang. alahai. tak mengapalah tak tahu pun kan. yang utama adalah HATI TENANG. macam yang aku cakapkan di atas :)

kalau nak tahu tinggi rendah pun, melalui majlis Anugerah Jabatan Matematik. masa tu tahu la siapa tinggi siapa rendah, siapa pointer paling tinggi. Hehehe. Setakat ini aku tak pernah dapat pegang anugerah pointer paling tinggi, tapi anugerah A subjek tu ada la :) agak-agak berapa keputusan peperiksaan aku pada kali ini?

pada kali ini, aku tak berniat untuk menyemak keputusan peperiksaan. aku nak biarkan ia jadi satu kejutan buat diri aku juga. Aku hanya akan tahu melalui majlis anugerah Matematik yang diadakan sahaja. sekiranya aku dapat apa-apa anugerah, maka aku tahulah keputusan peperiksaan aku OK. kalau tak, faham-fahamlah. apapun aku akan semak keputusan selepas hari Anugerah Jabatan Matematik. itupun kalau ada lah. hehe mana tau kan tak buat ke apa. kalau tak buat, tak apalah kita semak jelah keputusan nanti-nanti.

jadi, awak bagitau ke keputusan peperiksaan pada orang lain? hehe.

Saturday, June 14, 2014

Urusan Laporan Kehilangan Pasport di Jabatan Imigresen Putrajaya

Bismillahirrahmaanirrahim.

Sudah lama entri ini tertunda disebabkan peperiksaan akhir semester 5 dan juga diri ini yang tidak mempunyai mood untuk menulis. Hehe.

Urusan pembaharuan pasport sebenarnya tidak begitu penting buat aku pada waktu ini tetapi amat penting ia dilaporkan supaya kita dapat membuat pasport baru di kemudian hari. Bukan senang-senang sahaja mahu buat pasport baharu jika pasport lama hilang; haruslah ke unit siasatan terlebih dahulu.

Memandangkan Jabatan Imigresen di Putrajaya merupakan yang utama di Malaysia, mashaaAllah nombor tak berhenti berdenting sepanjang aku berada di sana! Ada 24kaunter(kalau tak silap) dengan sekurang-kurangnya 16 kaunter yang menguruskan perihal membuat pasport. Terbaik! Memang sesiapa yang pergi ke sini untuk membuat pasport urusannya inshaaAllah mudah dan cepat. Oh ye pesanan yang tidak ditaja: sesiapa yang ingin membuat pasport untuk anak kecil (2-4tahun), silalah bawa gambar mereka bersama kerana dikhuatiri anak kita tidak senang duduk di hadapan kamera. Percayalah. Saya tahu anda tidak mahu menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mendapatkan gambar pasport anak kecil anda.

Laporan kehilangan pasport sebenarnya boleh dibuat di mana-mana pejabat Imigresen berhampiran dengan anda. Ada individu yang ingin membuat laporan kehilangan pasport datang jauh daripada Nilai tetapi urusannya tergendala kerana dia tidak membawa salinan laporan polis yang asal. Pegawai imigresen bahkan menasihatkan beliau supaya buat sahaja di mana-mana pejabat Imigresen berdekatan dengan tempat kerja beliau supaya tidak perlulah beliau mengambil cuti lagi. Sama seperti aku, pegawai tersebut bertanya mahu buat laporan di Putrajaya atau buat sahaja di Kajang. Eh dah saya dah datang sini :P

Kes kehilangan pasport merupakan kes yang serius kerana aku difahamkan pasport Malaysia sangat laris sehingga boleh dijual dengan harga RM80, 000 di pasaran gelap. Atas faktor itulah kawalan ketat diberikan atas pengeluaran pasport baru setelah kehilangan pasport yang lama. Ada dua unit yang berbeza yang menguruskan kes kehilangan pasport iaitu unit dalam negara dan unit luar negara. Sudah pastilah kes aku dirujuk kepada pegawai yang mengendalikan kes luar negara iaitu Pn Linda dan En Somebody. Hik3 tak ingat nama. En. Saiful mungkin.

Kes kehilangan pasport akan dikendalikan di bawah unit Siasatan: Kaunter 5. Untuk pengeluaran pasport baru, sekiranya hujah kehilangan pasport meyakinkan, kebenaran membuat pasport baru akan diberikan oleh Pengarah Jabatan Imigresen sendiri. Bukan sewenang-wenangnya dilakukan oleh individu yang lain. Apa yang perlu dibuat di Jabatan Imigresen tersebut?

1) Ambil nombor. Cakap hilang pasport.
2) Tunggu giliran.
3) Cerita sikit pasal kehilangan pasport dan serahkan dokumen. Tak payah cerita panjang-panjang, nanti ada 2 borang nak kena isi.
4) Pergi kepada Pegawai Suruhanjaya Sumpah untuk tandatangan borang tersebut.
5) Siap isi, serah semua borang kepada pegawai tersebut, tunggu sehingga 5-10 hari untuk diproses dan mengetahui sama ada dibenarkan buat pasport baru atau tidak. Borang yang sama juga diisi di Kedutaan Malaysia di Pnom Penh.

Di Putrajaya, pejabat Suruhanjaya Sumpah berada di sebelah sahaja bangunan Pejabat Imigresen, jadi jalan kaki sahajalah. Tapi mau berpeluh juga. Sihat badan. Kekeke. Pejabat ini berada dalam Istana Kehakiman. Fuyohhh. Fuyohhhh. Memang aku jakun sangat. Pertama kali masuk Istana Kehakiman. Dulu pernah lepak buka puasa dengan kelas depan tu je. Hehehe. Nak masuk Istana Kehakiman macam di imigresen lapangan terbang. Kena lalu bawah pintu sekuriti dan masukkan barang-barang kita untuk diperiksa. Memang cantik sangat seni bina dalam Istana Kehakiman tetapi waktu tu suram sahaja. Tak pasang lampu utama. Hanya kawasan yang beroperasi sahaja dipasangkan lampu. Ada tangga besar macam dalam filem Hindustan tu. memang exactly(sebijik) macam ruang tari menari filem Hindustan. keh3. menyempattttt :D Aku macam pesalah lalu bawah pintu sekuriti tu. Siap angkat dua-dua tangan ke sisi. Hehehe. Feeling orang baik yang tak bersalah :P

Apa yang perlu dibuat di pejabat Suruhanjaya Sumpah?

1) Ambil nombor giliran.
2) Bayar RM4 di mesin. ( Terujaaaaaa. macam mesin air. tekan-tekan, masuk duit, keluar resit)
3) Serah borang, resit yang diterima daripada mesin dan kad pengenalan.
4) Pegawai tandatangan, kita tandatangan, beres.

Pejabat Suruhanjaya Sumpah beroperasi sehingga jam 4 petang sahaja pada hari Jumaat. Pesanan yang tidak ditaja: sila bawa bersama orang-orang yang hendak diangkat sumpahnya kalau hal melibatkan rombongan, bukan orang yang menguruskan rombongan sahaja. Maaf la ye ada makcik tu tak dapat nak setelkan hal dia kerana dia tak bawa ahli-ahli yang ada dalam senarai nama yang dibawa. Mungkin anak dia. Tapi tak pasti juga dia nak uruskan pasal apa. Kalau nak tandatangan pegawai Suruhanjaya Sumpah, memang kena bawa orangnya sekali. Proses angkat sumpah perlulah dilakukan di hadapan kitewww ok.

Semua salinan yang diperlukan untuk buat laporan perlulah menggunakan salinan yang asal. Tak boleh fotokopi ye. Salinan-salinan tersebut adalah :

1) Laporan polis asal
2) Salinan kad pengenalan (dia yang akan fotostat kad pengenalan kita)
3) pasport atau pas yang diberikan untuk masuk semula ke negara ini (diberi oleh Kedutaan Malaysia di Pnom Penh)
4) 2 borang yang perlu diisi. (Banyak soalan ditanya. Termasuklah status anda :P Aku dengan yakinnya tulis bujang. Wahahahaha. Weiiii dia takmau tau kotttt. Potong tulis warganegara setelah berfikir secara rasional. haha.)

Waktu dah menghadap pegawai Suruhanjaya Sumpah, dia minta kad pengenalan. Aku kata ada dengan pegawai imigresen. Hadoiiii kena ambil semula kalau tak, tak boleh laksanakan proses angkat sumpah. Jadinya aku bergegas pecut tahap Watson Nyambek (eh?) ke pejabat Imigresen dalam HUJAN memandangkan waktu sudah menunjukkan pukul 3.40petang. lagi 20minit tinggal sebelum pejabat ditutup. boleh sebenarnya borang tersebut dihantar pada lain hari tetapi aku nak juga selesaikan dalam hari yang sama. Taknak menyusahkan kawan untuk datang semula. 2kali aku keluar masuk pintu sekuriti dengan muka orang yang tidak bersalah. Hehehe. Lebih kurang pukul 3.50petang, alhamdulillah aku sudah tiba semula di pejabat Suruhanjaya Sumpah dan urusan selesai. Alhamdulillah.

Sudah selesai, aku kembali semula ke Jabatan Imigresen, serah semua yang patut diserah, dan boleh pulang dengan hati yang gumbira. Alhamdulillah :)