Bismillahirrahmaanirrahim.
Assalamu'alaikum :). Sebenarnya entri ini adalah cerita yang dikarang pada status Facebook. Memandangkan ceritanya terlalu panjang, maka eloklah dipindah ke sini. Hehehehe.
[TIDAK DIKETAHUI APA YANG DIHADAPAN]
sambil duduk-duduk semak DSP dan RPT Matematik, boleh pula fikiran mengelamun memikirkan perihal perkara yang kita tak ketahui akan terjadi pada masa bukan sekarang, tetapi selepas daripada masa yang kita lalui sekarang.
Bersahaja sembang-sembang tentang kos hidup, maka aku bercanda dengan gurauan mahu posting mengajar di negeri Sabah. boleh kumpul duit dahulu, kataku. Kak long menegah, katanya payah kalau sakit tak ada siapa boleh tengokkan. benar juga kata beliau, tetapi aku ada Allah, bisik hati kecilku.
tiga negeri yang menjadi pilihan umi adalah Pahang, Perak, Terengganu. semua yang paling hampir dengan negeri Kelantan. mana tahukan kalau berjodoh dengan orang Kelantan yang bekerja di negeri Kelantan juga. cewah~
renung-renung kembali, sebenarnya kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada diri kita. teringat saat program berkayak dahulu, terpaksa kami beramai-ramai melintang arus air sungai yang deras memandangkan di situ tempat memproses pasir kalau tak silap aku. kayak aku dan rakan datang daripada kiri, manakala ada kayak rakan daripada sebelah kanan tiba kerana dia sudah terlanjur ke kawasan lain dan berpatah balik. maka kayak kami berada bersebelahan. alamak tak boleh nak dayung la pulak. padahal waktu ini kami baru sahaja melintang arus. masing-masing angkat pendayung(paddle). sempat senyum kepada mereka dan bushhhhhh!
aku tenggelam. jatuh ke dalam sungai. bila buka sahaja mata, tunggul kayu berada betul-betul di hadapan mata aku. Allah.. aku ingat pesanan instructor, bilang 1,2,3 supaya kita jadi tenang. mula-mula memang aku rasa terkejut tetapi berjaya bertenang selepas itu. aku perasan aku ada berpegang pada satu tali. lagi bertambah perasaan bertenang aku. hahaha.
bila timbul, aku nampak rakan aku, Arif. dia suruh aku naik kayak. dengan arus yang menolak kami, aku cuba. tetapi tak berjaya. 2-3 kali percubaan barulah berjaya. Alhamdulillah. Arif pula tidak dapat naik kerana kakinya kejang. Allah.. aku sungguh-sungguh berterima kasih kepada beliau kerana tanpa desakan beliau, aku rasa aku tak boleh harungi waktu getir itu. bila aku kata tak boleh, dia kata, "Boleh Afi. kau boleh. cuba lagi". Diulangnya berkali-kali. Alhamdulillah. bila dah naik, aku disuruhnya dayung supaya mengurangkan tolakan arus. tapi sehingga ke akhirnya Arif tetap tak dapat naik dan kami ditolak sehingga ke kawasan tong-tong besar. Rupa-rupanya kayak di sebelah kami juga terbalik dan mereka terlebih dahulu ditolak arus. Allah.. Arif melepaskan kayak dan pergi dibawa arus dengan melalui bawah tong. rakan kayak yang tinggal membantu aku naik ke atas tong kerana bimbang kayak ditekan arus dan menyebabkan ia terbalik. Kayak dilalukan di bawah tong-tong itu.
Pasukan bot bomba yang mengiringi kami tidak dapat masuk ke kawasan itu kerana ia berpasir. Sebelum itu pun kami sudah beberapa kali turun dan menolak kayak masing-masing. Ada penduduk tempatan yang berkerja di kawasan itu membantu kami. Kami dibawa menaiki bot ke tempat rakan-rakan berkumpul beserta kayak kami. Pensyarah memberi masa rehat 10-15minit sebelum kami meneruskan perjalanan dengan jayanya semula
pengalaman hebat dalam kehidupan. terbalik kayak sehingga 2kali. sekali lagi itu waktu duduk dalam satu baris panjang. kayak kami berada di tepi sekali. dan apabila ingin membetulkan barisan kami diminta mendayung. masa itu kami di sebelah kanan. entah bagaimana boleh pula terbalik sekali lagi. kata instructor, mungkin sebab ada arus deras di hadapan. ya. memang ada. lepas kami terbalik, instructor suruh berpecah semua. perasaan jatuh buat kali kedua, tiada lagi rasa takut. aku cuma berasa geram dengan diri sendiri kenapa boleh terbalik lagi. haha. Alhamdulillah kali ini aku berjaya naik kayak orang lain dengan mudah memandangkan tiada arus deras dan ada dua buah kayak yang masih tinggal untuk membantu kami.
Panjang bersembang. hahaha. nampak dak, biarpun baru je lepas saling balas-membalas senyum, macam tak ada apa-apa, dua-dua dah terbalik dan kami tak tahu nasib antara satu sama lain. Allah.. kalau bawa kereta, tak diketahui juga perjalanan kita selamat atau tidak. sebab itulah kita perlu sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan. yang paling utama, kita tak tahu bila dan bagaimana cara kita akan meninggal, jadi sentiasalah bersedia. Yang kita pasti adalah kita akan mati juga diakhirnya....
Tamat.
*bertenang semasa situasi tenggelam amat penting pada aku. kitakan sudah berpenat menolak kayak, mendayung dan sebagainya, jadi aku perlu mengelakkan pernafasan yang tidak normal menambahkan penat lagi baby comel itu. konpem lepas ni tak boleh join aktiviti ekstrem lagi, ye dak? hehehe. jomlah berbasikal pulokkkk. berbasikal naik bukit di Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam. nak? riadah bersama pasangan memang best kat sini
No comments:
Post a Comment