Bismillahirrahmaanirrahim.
Semester lepas aku selamat menduduki peperiksaan akhir semester 5 dan pulang bercuti di rumah lebih kurang selama sebulan. lama kan ;) hehe. Pada awalnya, keputusan peperiksaan akan diumumkan pada 9 Jun tetapi nampaknya terpaksa ditangguhkan kepada 25 Jun. Alahai kami sudah biasa dengan janji-janji manis ini. Hehehe. Tapi betul juga, tidak boleh kita memaksa pihak IPG untuk keluarkan keputusan awal sekiranya markah masih belum habis diproses. Pasti sukar buat pensyarah menyelesaikan banyak tugas semasa kami bercuti termasuklah menanda kertas peperiksaan. "Awak tak apalah bercuti, sebab itu awak nak tahu cepat keputusan". hmmph. mari bertoleransi ya, jangan marah-marah. kesian mereka yang sedang bertungkus-lumus mahu mengeluarkan keputusan peperiksaan kita semua. Chill, ok. *tak takut pula keputusan amal yang akan dipaparkan nanti. yang itu tak payah tunggu, memang kalau boleh kita pun taknak ditayangkan kan? haaa apa lagi. beramallah!
aku tak pernah beritahu kawan-kawan tentang keputusan peperiksaan aku. aku diamkan sahaja. kecuali pada keluarga aku, aku ada juga beritahu. kepada pensyarah yang bertanya kalau ada. biasanya ada 2-3 orang pensyarah yang akan tanya. Tabiat aku sebelum ini adalah bertanya kepada cikgu tentang gred subjek sebelum keputusan peperiksaan keluar. Untuk subjek Matematik sahajalah memandangkan aku berasa cuak dan ingin tahu. Alhamdulillah, setakat ini aku tidak pernah gagal untuk mendapatkan gred A tak kiralah A- ke, A atau A+. Asalkan A ;).
Kenapa aku tak mahu beritahu keputusan peperiksaan kepada kawan-kawan?
Kenapa aku tak mahu beritahu keputusan peperiksaan kepada kawan-kawan?
sebab utama ialah aku tidak mahu berasa sedih jika keputusan aku rendah daripada mereka dan aku tidak mahu berasa besar atau bangga diri jika keputusan aku lebih baik daripada mereka. bila aku sahaja tahu keputusan peperiksaan aku, aku akan gembira sendirian tidak kira rendah atau tinggi :) jika rendah, aku akan redha dan bersyukur. jika tinggi, aku redha dan bersyukur juga. sekurang-kurangnya tiada siapa tahu aku rendah atau tinggi dan tiada tekanan yang aku rasakan. aku hanya bertanding dengan diri aku sendiri. hati pun tenang ye dak??
kat dalam kelas aku memang berkira nak beritahu orang lain keputusan peperiksaan masing-masing. syarat dia, kau beritahu aku dulu, baru aku beritahu aku punya. hahaha memandangkan aku tidak memberitahu keputusan peperiksaan aku kepada orang lain, maka aku tidak ambil kisah keputusan peperiksaan orang lain. mereka pun tidak beritahu aku. hehe. begitulah keadaan dalam kelas kami. kelas orang lain siap sorang boleh tahu keputusan semua orang. alahai. tak mengapalah tak tahu pun kan. yang utama adalah HATI TENANG. macam yang aku cakapkan di atas :)
kalau nak tahu tinggi rendah pun, melalui majlis Anugerah Jabatan Matematik. masa tu tahu la siapa tinggi siapa rendah, siapa pointer paling tinggi. Hehehe. Setakat ini aku tak pernah dapat pegang anugerah pointer paling tinggi, tapi anugerah A subjek tu ada la :) agak-agak berapa keputusan peperiksaan aku pada kali ini?
pada kali ini, aku tak berniat untuk menyemak keputusan peperiksaan. aku nak biarkan ia jadi satu kejutan buat diri aku juga. Aku hanya akan tahu melalui majlis anugerah Matematik yang diadakan sahaja. sekiranya aku dapat apa-apa anugerah, maka aku tahulah keputusan peperiksaan aku OK. kalau tak, faham-fahamlah. apapun aku akan semak keputusan selepas hari Anugerah Jabatan Matematik. itupun kalau ada lah. hehe mana tau kan tak buat ke apa. kalau tak buat, tak apalah kita semak jelah keputusan nanti-nanti.
jadi, awak bagitau ke keputusan peperiksaan pada orang lain? hehe.
No comments:
Post a Comment