kisah sahabat saya.
dia asyik kata kalau nak kawen tunggu dulu dalam 3-4tahun lagi. even pada bulan April yang lalu. dok ulang benda sama je. Tengok-tengok, dah nak kawen selepas raya ni.
alkisahnya, ada seorang muslimah yang nak kenal dengan dia. dalam masa sebulan kenal, dia pergi jumpa mak ayah muslimah tu, bincang tentang urusan nikah.
muslimah tu menyatakan hasratnya bersuamikan sahabat saya melalui orang tengah. Setelah istikharah dalam sebulan lebih, akhirnya dia bersetuju untuk menikah dengan muslimah tersebut.
Semasa orang tengah khabarkan yang ada muslimah yang nak kenal, tidak disangka-sangka bahawa yang nak kenal dengan dia tu adalah orang yang dia dok stalk FB sejak bulan Disember tahun lepas. muslimah itupun rupanya stalk FB dia jugak.
dia kata tak ada duit untuk menikah ini. ayah muslimah tersebut ada menetapkan sedikit wang hantaran. saya yakin Allah akan memudahkan urusan beliau. bila ditanya majlisnya bila? katanya menikah dahulu, majlis itu di kemudian hari.
walaupun dia biasa-biasa sahaja, saya boleh kata dia antara sahabat terbaik yang pernah saya kenal. beruntunglah dia mendapat bakal isteri solehah dan beruntunglah bakal isteri beliau yang mendapat bakal suami seperti sahabat saya : pandai memasak, menghormati orang tua, sentiasa mengutamakan keluarga terutamanya ibu dalam apa jua urusan kehidupan beliau, baik hati, sentiasa mengambil peluang untuk berdakwah mengikut caranya yang termampu, bertanggungjawab dan yang paling penting menghormati kaum hawa selayaknya mereka. hadoi banyak pula nak describe :P
jadi, saya rasa tidak perlulah kita menyusahkan urusan nikah. mantapkan diri dengan keimanan kepada Allah. berdoalah memohon kepada-Nya. nak menikah pun kena minta dengan Allah juga. jaga akhlak kita dengan orang lain. jaga keduanya; hubungan dengan Allah, hubungan dengan makhluk. di samping itu kita juga perlu berusaha menngukuhkan kedudukan kewangan kita. semoga Allah merahmati.
Selamat bernikah, geng!
*sudah diminta izin daripada tuan empunya untuk berkongsi kisah beliau
sekali lagi. post di atas disalin semula daripada FB ke dalam blog ini sekadar untuk tatapan semua bagi dijadikan inspirasi. yang ini juga saya kongsikan dalam group Kami Nak Nikah Awal ;)
No comments:
Post a Comment