CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Saturday, June 14, 2014

Urusan Laporan Kehilangan Pasport di Jabatan Imigresen Putrajaya

Bismillahirrahmaanirrahim.

Sudah lama entri ini tertunda disebabkan peperiksaan akhir semester 5 dan juga diri ini yang tidak mempunyai mood untuk menulis. Hehe.

Urusan pembaharuan pasport sebenarnya tidak begitu penting buat aku pada waktu ini tetapi amat penting ia dilaporkan supaya kita dapat membuat pasport baru di kemudian hari. Bukan senang-senang sahaja mahu buat pasport baharu jika pasport lama hilang; haruslah ke unit siasatan terlebih dahulu.

Memandangkan Jabatan Imigresen di Putrajaya merupakan yang utama di Malaysia, mashaaAllah nombor tak berhenti berdenting sepanjang aku berada di sana! Ada 24kaunter(kalau tak silap) dengan sekurang-kurangnya 16 kaunter yang menguruskan perihal membuat pasport. Terbaik! Memang sesiapa yang pergi ke sini untuk membuat pasport urusannya inshaaAllah mudah dan cepat. Oh ye pesanan yang tidak ditaja: sesiapa yang ingin membuat pasport untuk anak kecil (2-4tahun), silalah bawa gambar mereka bersama kerana dikhuatiri anak kita tidak senang duduk di hadapan kamera. Percayalah. Saya tahu anda tidak mahu menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mendapatkan gambar pasport anak kecil anda.

Laporan kehilangan pasport sebenarnya boleh dibuat di mana-mana pejabat Imigresen berhampiran dengan anda. Ada individu yang ingin membuat laporan kehilangan pasport datang jauh daripada Nilai tetapi urusannya tergendala kerana dia tidak membawa salinan laporan polis yang asal. Pegawai imigresen bahkan menasihatkan beliau supaya buat sahaja di mana-mana pejabat Imigresen berdekatan dengan tempat kerja beliau supaya tidak perlulah beliau mengambil cuti lagi. Sama seperti aku, pegawai tersebut bertanya mahu buat laporan di Putrajaya atau buat sahaja di Kajang. Eh dah saya dah datang sini :P

Kes kehilangan pasport merupakan kes yang serius kerana aku difahamkan pasport Malaysia sangat laris sehingga boleh dijual dengan harga RM80, 000 di pasaran gelap. Atas faktor itulah kawalan ketat diberikan atas pengeluaran pasport baru setelah kehilangan pasport yang lama. Ada dua unit yang berbeza yang menguruskan kes kehilangan pasport iaitu unit dalam negara dan unit luar negara. Sudah pastilah kes aku dirujuk kepada pegawai yang mengendalikan kes luar negara iaitu Pn Linda dan En Somebody. Hik3 tak ingat nama. En. Saiful mungkin.

Kes kehilangan pasport akan dikendalikan di bawah unit Siasatan: Kaunter 5. Untuk pengeluaran pasport baru, sekiranya hujah kehilangan pasport meyakinkan, kebenaran membuat pasport baru akan diberikan oleh Pengarah Jabatan Imigresen sendiri. Bukan sewenang-wenangnya dilakukan oleh individu yang lain. Apa yang perlu dibuat di Jabatan Imigresen tersebut?

1) Ambil nombor. Cakap hilang pasport.
2) Tunggu giliran.
3) Cerita sikit pasal kehilangan pasport dan serahkan dokumen. Tak payah cerita panjang-panjang, nanti ada 2 borang nak kena isi.
4) Pergi kepada Pegawai Suruhanjaya Sumpah untuk tandatangan borang tersebut.
5) Siap isi, serah semua borang kepada pegawai tersebut, tunggu sehingga 5-10 hari untuk diproses dan mengetahui sama ada dibenarkan buat pasport baru atau tidak. Borang yang sama juga diisi di Kedutaan Malaysia di Pnom Penh.

Di Putrajaya, pejabat Suruhanjaya Sumpah berada di sebelah sahaja bangunan Pejabat Imigresen, jadi jalan kaki sahajalah. Tapi mau berpeluh juga. Sihat badan. Kekeke. Pejabat ini berada dalam Istana Kehakiman. Fuyohhh. Fuyohhhh. Memang aku jakun sangat. Pertama kali masuk Istana Kehakiman. Dulu pernah lepak buka puasa dengan kelas depan tu je. Hehehe. Nak masuk Istana Kehakiman macam di imigresen lapangan terbang. Kena lalu bawah pintu sekuriti dan masukkan barang-barang kita untuk diperiksa. Memang cantik sangat seni bina dalam Istana Kehakiman tetapi waktu tu suram sahaja. Tak pasang lampu utama. Hanya kawasan yang beroperasi sahaja dipasangkan lampu. Ada tangga besar macam dalam filem Hindustan tu. memang exactly(sebijik) macam ruang tari menari filem Hindustan. keh3. menyempattttt :D Aku macam pesalah lalu bawah pintu sekuriti tu. Siap angkat dua-dua tangan ke sisi. Hehehe. Feeling orang baik yang tak bersalah :P

Apa yang perlu dibuat di pejabat Suruhanjaya Sumpah?

1) Ambil nombor giliran.
2) Bayar RM4 di mesin. ( Terujaaaaaa. macam mesin air. tekan-tekan, masuk duit, keluar resit)
3) Serah borang, resit yang diterima daripada mesin dan kad pengenalan.
4) Pegawai tandatangan, kita tandatangan, beres.

Pejabat Suruhanjaya Sumpah beroperasi sehingga jam 4 petang sahaja pada hari Jumaat. Pesanan yang tidak ditaja: sila bawa bersama orang-orang yang hendak diangkat sumpahnya kalau hal melibatkan rombongan, bukan orang yang menguruskan rombongan sahaja. Maaf la ye ada makcik tu tak dapat nak setelkan hal dia kerana dia tak bawa ahli-ahli yang ada dalam senarai nama yang dibawa. Mungkin anak dia. Tapi tak pasti juga dia nak uruskan pasal apa. Kalau nak tandatangan pegawai Suruhanjaya Sumpah, memang kena bawa orangnya sekali. Proses angkat sumpah perlulah dilakukan di hadapan kitewww ok.

Semua salinan yang diperlukan untuk buat laporan perlulah menggunakan salinan yang asal. Tak boleh fotokopi ye. Salinan-salinan tersebut adalah :

1) Laporan polis asal
2) Salinan kad pengenalan (dia yang akan fotostat kad pengenalan kita)
3) pasport atau pas yang diberikan untuk masuk semula ke negara ini (diberi oleh Kedutaan Malaysia di Pnom Penh)
4) 2 borang yang perlu diisi. (Banyak soalan ditanya. Termasuklah status anda :P Aku dengan yakinnya tulis bujang. Wahahahaha. Weiiii dia takmau tau kotttt. Potong tulis warganegara setelah berfikir secara rasional. haha.)

Waktu dah menghadap pegawai Suruhanjaya Sumpah, dia minta kad pengenalan. Aku kata ada dengan pegawai imigresen. Hadoiiii kena ambil semula kalau tak, tak boleh laksanakan proses angkat sumpah. Jadinya aku bergegas pecut tahap Watson Nyambek (eh?) ke pejabat Imigresen dalam HUJAN memandangkan waktu sudah menunjukkan pukul 3.40petang. lagi 20minit tinggal sebelum pejabat ditutup. boleh sebenarnya borang tersebut dihantar pada lain hari tetapi aku nak juga selesaikan dalam hari yang sama. Taknak menyusahkan kawan untuk datang semula. 2kali aku keluar masuk pintu sekuriti dengan muka orang yang tidak bersalah. Hehehe. Lebih kurang pukul 3.50petang, alhamdulillah aku sudah tiba semula di pejabat Suruhanjaya Sumpah dan urusan selesai. Alhamdulillah.

Sudah selesai, aku kembali semula ke Jabatan Imigresen, serah semua yang patut diserah, dan boleh pulang dengan hati yang gumbira. Alhamdulillah :)






No comments: