CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Thursday, December 24, 2009

lelaki idaman. kih3..

Bismillahirrahmanirrahim...
Apa khabar anda yang berkunjung ke laman blog ni?? Sihat? Ceria? Alhamdulillah... sentiasalah hiasi hari2 anda dengan senyuman yang tak lekang d wajah.. tahukah anda, kita menggunakan otot muka lebih banyak untuk berkerut berbanding untuk senyum. Ha... sebab tu la kalo selalu masam, cepat tua. Hehehehe... x percaya?? kalo macam ni, kena buat eksperimen sendiri la jawabnya=)

Selalu dengar x pasal wanita idaman?? Mesti pernah kan.. selalu pun... tapi, pernah ke dengar pasal lelaki idaman?? Pernah gak?? Hohoho... xpe2. Hari ni kita kupas sikit pasal lelaki idaman... lelaki2 d luar sana, siap sedia! Lol~ kah3..

Lelaki idaman wanita... ciri2nya ialah: buta,bisu, bakhil dan papa. Erk?? Ini ciri2nya?? Jap2. X habis lagi. Jom kita semak kenapa ciri2 yang tersebut jadi pilihan mereka.

BUTA,
Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara maksiat dan lagha
Matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah.

Ha.. bukan sebarang buta tapi “buta”. Masih ade lagi ke lelaki yang “buta” ni?? Aku yakin, masih ade tapi x ramai.. bertuahlah wanita2 yang memiliki lelaki2 yang “buta” ni. Semoga rahmat Allah bersama kita.
Ciri seterusnya?

BISU,
Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Lidahnya tidak pernah lekang membaca Al-Quran
Dia petah membangkang kemungkaran
Lantang menyuarakan kebenaran.

Aku percaya, lebih ramai lelaki yang “bisu” dari “buta”. Tapi kebanyakan lelaki yang aku jumpa, xde kedua-duanya. Hohoho.. kita doakan kita dan mereka berada dalam lindunganNya... InsyaAllah.. jom semak ciri yang berikutnya.

BAKHIL DAN PAPA
Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh di nikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah dalam member nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAAILAAHAILLALLAH kembali megah d muka bumi.

Ciri yang ketiga ni.. ciri yang paling susah untuk aku jumpa kat sorang lelaki. hoho... adakah?? Sape kata xde... aku pernah jumpa. Dan aku respek r lelaki tu. Bila aku tengok sorang dak laki ni menjaga diri dia, dengan sendirinya timbul rasa untuk aku menolong dia menjaga diri dia. Macamana?? Dengan menjaga pergaulan dengan dia. Xdenya aku terhegeh2 bergelak ketawa dengan dia. Aku x senyum pun kat die. Cakap suara tegas. Dan yang pasti, bercakap bila perlu sahaja. Dengan x semenanya aku menjaga diri aku gak time 2. Hoho.. aku lak,siyes, xde ciri2 wanita idaman lelaki. aku sempoi je.. nak kata terlalu menjaga, x jugak. Biase2 je. Sekadar memenuhi ketetapan agama sahaja. Rilek2 sudah.. bukan dunia pun yang aku kejar. Akhirat sana yang utama. Tapi aku x menolak yang dunia jambatan akhirat. Segala perbuatan, percakapan kita d ambil kira. Aku mendoakan diri sendiri dan semua kaum muslimah mendapat keampunan dan keredhaanNya.. carilah peluang untuk mendekatkan diri kepadaNya selagi nyawa d kandung badan. Ingat, tidak d janjikan esok bagimu. Kalau kita x berusaha untuk beramal hari ni, ape la yang akan kita jawab bila d tanya kat akhirat nanti. Biarlah tidak cantik d mata penduduk bumi tetapi nama kita menjadi perbualan penduduk langit. Semoga masih ada waktu untuk kita. Amiin...


Kata2 penyair Iqbal: “semua peristiwa asalnya kerana pandangan. Kebanyakan manusia masuk neraka kerana dosa kecil. Permulaannya adalah pandangan, kemudian berbalas senyum lantas diturut oleh salam, kemudian tergerak berbicara lalu berjanji dan akhirnya sesudah itu mereka bertemu”

Renung2kan dan selamat membaiki diri masing2. Wassalam..

No comments: