CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Monday, December 7, 2009

solat berjemaah, jom!!!

Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah.. tergerak gak hati aku untuk menaip entri kali ni. Apa motifnya aku menulis kali ni?? Mungkin sekadar saje2. Apa2 pun, x kisah la ape motifnya. Kepada sape2 yang xske post2 aku, sila menjarakkan diri anda dari blog ini. Terima kasih.

Hari demi hari, aku makin banyak berfikir. Banyak sangat perkara2 d sekeliling aku menyedarkan aku dari kealpaan. Alhamdulillah, tu tandanya Allah masih sayangkan aku.

Alhamdulillah.. aku nak panjatkan rasa syukur kerana d lahirkan dalam family aku yang sekarang ni. Bukan semua family orang lain sama dengan family kita, jadi bersyukurlah kita anak2 d kurniakan ibu bapa yang bertanggungjawab dan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia. Alhamdulillah.

Ape yang aku bebelkan ni?? aku pun x pasti. Ngee~ ok. Aku nak ajak korang berfikir jap. Relaks2 kan minda… korang perasan x dengan fenomena umat islam sekarang ni?? errr… sebetulnya banyak fenemona sebenarnya. Huhuhu~ untuk lebih spesifik, sikap umat islam dalam mengambil mudah hal solat berjemaah. Ha… aku ingat lagi, zaman muda2 dulu, sekolah asrama katakan… memang konpem kena g surau solat jemaah. Tu pun kadang2 ade gak ponteng. Ngee~ dak nakal katakan.. tu yang wajib, nak xnak memang kena pergi, tapi bile dah lepas zaman persekolahan ni, sape lagi yang suruh2 kita pergi surau solat berjemaah?? Kalo bukan kehendak diri sendiri, jangan harap… betol kan?? Sape yang terasa tu… semak2 la diri ye. Si penulis pun kadang2 x terkecuali. Hohoho..

Kenapa lak si penulis timbulkan soal solat berjemaah ni?? ha.. kerana kekuatan islam tu terletak pada kekuatan perpaduan ummatnya. Ada satu nukilan mengatakan “pernah seorang penguasa yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku, yakni apabila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat”*Ala… perpaduan kan de kat mana2…* ok..camni la… korang ingat x yang masa kita sama2 buat demonstrasi membantah keganasan Israel?? Fuh…. Ramai nor orang. Semua bersemangat. Pergh!! Semuanya bukan main, semangat bencikan tentera zionis tahap gaban semuanya membara dalam hati. Tapi… saat tu je orang ramai.. bila waktu solat subuh, ke mana hilangnya orang2 ramai tadi?? Hanya beberapa baris jemaah je memenuhi masjid. Ke mana hilangnya semangat membara tadi?? Kalo setakat cakap kosong je, baik x payah. Cakap mestilah d susuli dengan tindakan… baru betol. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “barangsiapa yang solat Isya’ berjemaah maka seakan-akan die telah solat separuh malam. Dan barangsiapa solat subuh berjemaah (atau dengan solat Isya’ seperti yang tertera dalam hadis Abu daud dan al-Tirmizi) maka seakan-akan die telah melaksanakan solat malam semalam penuh”(riwayat Muslim). Solat subuh berjemaah di jadikan pengukur d kalangan orang yang serius dan tidak serius dalam ibadatnya.
Selain tu, cuba kita renung2kan gak. Nak ajak korang imbas kembali korang berhari raya. X kira la raya aidiladha mahupun aidilfitri. Mesti best kan?? Pakai baju baru… makanan sedap2… pastu dapat duit raya.. (besar pun dapat lagi ye?? Ngee~) mesti sekarang ni dalam fikiran korang terimbau kembali ke saat tu… jap2. Pause jap. Agak2 korang la, dalam gambaran korang tu, korang de perasan x korang pergi solat subuh berjemaah...?? agak2 ade x?? ke bangun subuh pun dah subuh gajah ni?? ha… senario zaman sekarang. Waktu nak solat sunat hari raya aidiladha, yakni waktunya jam 0830, bukan main ramai orang. Perkarangan masjid yang lengang tetiba x muat nak parkir kereta sampai terpaksa parkir jauh, jalan kaki. Fuyoohhhh… ramai nor orangnye! Semua muka berseri2. Bukan setakat parkir, nak solat pun terpaksa berhimpit2. X muat. Sampai terpaksa tempatkan khemah extra. Tapi.. subuh tadi.. ade beberapa baris jemaah je. Erk… mana yang lainnya? Ha… ni la lagi satu yang peliknya tentang orang kita. Yang sunat d besar2kan, yang wajib d ringan2kan. Pelik2. Aku sarankan korang dengar nasyid bertajuk “aku hairan, aku pelik” nyanyian kumpulan Mawaddah. Ishk2..

Fikri2kanlah ye. Ampun maaf di pinta andai tulisan aku de menyakitkan hati sesape. Yang salah, tegurlah ye. Yang baik tu sama2 kita buat pedoman. Jangan cakap belakang, tegur je aku depan2. Dari korang dapat dosa, baik sama2 tolong aku improvekan diri aku. Wallahu’lam bissawab…

cakapdalamhati: pinjam buku banyak2 tapi bacanya tidak. Afiah, what’s wrong with u?? where’s d habit of liking to read books?? Where has it gone?? Afiah, wake up from your daydream. You’ve to spend some of your time by doing beneficial thing. D one that gives advantages to u. do d things dat u like dear. I noe u love books. Plez.. don’t strain urself.

Nota: antara buku2 yang di pinjam.(aku baca semua, tapi x habiskan. Ade yang baca part2 best je.huhuhu)
• Sakaratul Maut: Bersediakah Anda Menghadapinya by Dr ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
• Being Happy! : A Handbook To Greater Confidence and Security by Andrew Matthews
• Get A Better Night’s Sleep by Prof Ian Oswald and Dr Kirstine Adam( pinjam sebab nak tau cara nak dapatkan tidur yang berkualiti, walaupun tidur sekejap.*kualiti ke mcm tu??* apa2pon, Buku ni bagus.
• Eat That Frog! : 21 Great Ways to Stop Procrastinating and Get More Done in Less Time by Brian Tracy
• Celebration Calligraphy by Ruth booth( aku ske design kad. So blaja banyak dari buku ni)

No comments: