CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Saturday, July 18, 2009

si cantik, hargai diri anda=). anda istimewa.

ketika sedang menghadam fizik semalam, satu perasaan rindu menerpa ke dalam jiwaku. ah. rindu benar akan sahabat2 ku. terasa ingin ku peluk satu2. genggam erat tangan mereka. lantas, ku menekan keypad henponku. mesej d forward kepada semua. ucapan selamat maju jaya untuk mereka dalam ujian pertengahan semester ini. aku terfikir untuk mendail no amirah. ya. sahabatku. aku tahu dia belum tidur lagi. pasti sama sahaja dengan aku. menumpukan diri dan pandangan ke arah buku fizik. aku yakin. khabar d tanya. tiba2 terpacul soalan darinya " birthday piah ke hari ni??" owh. aku terkesima. tidak ku jawab. ku sambung, " xkan la nak tnggu brthdy bru nak kol kawan. hehe... piah saje2 je kol.." . bagiku, sahabat merupakan insan yang aku sayang. jadi, mengapa harus berkira dengan mereka?? setiap apa jua yang d lakukan untuk mereka, aku lakukannya dengan ikhlas hati. sesungguhnya membuat orang rasa gembira menjadikan aku lebih gembira. talian d tamatkan setelah selesai agenda. aku sambung lagi perkara yang tergendala tadi. sedang asyik sahaja, henponku vibrate. satu mesej menerjah ke inboxku. buat pengetahuan semua, aku suka letakkan henpon dalam mode silent. supaya aku tidak terganggu dengan mesej yang kunjung tiba. owh. amirah rupanya. mesej ku buka. mms. canggih sungguh teknologi sekarang. alhamdulillah. bukan pasal teknologi yang ingin aku bicarakan d sini tapi isi mesej tu. sangat menyentuh perasaan. dengan background song yang syahdu, sangat2 terkesan dekat hati ini. sungguh. mesejnya berbunyi...



perempuan yang suci adalah perempuan yang d jaga oleh Allah,
tidak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya, kerana Allah teramat mencintainya.

tetapi,

andai kat bergelumang dengan cinta lelaki,
d mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita pada seorang manusia yang lebih banyak kecewakan kita.
jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,
ini bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk d jagaNya...

mengapa masih ragu2??

kekuatan usah d tunggu tapi harus d cari..
hargailah d atas kesempatan yang Allah berikan.

sebesar2 dosa itu adalah dosa yang d lakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya, (imam ghazali)

saudariku,

aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan,
dari melihatmu gembira dalam kelalaian..

saudariku,

aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbananmu,
dari melihat tawamu dalam pengkhianatn.

aku bangga andai dikau mati dalam kebenaran,
dari hidup dalam kesesatan, kerana jangan lupa saudariku..

muliamu bukan pada pangkat atau harta, tapi kerana ISLAM agamamu...

saudari kesayanganku,

carilah hikmah dalam setiap ketentuan Tuhan,
supaya timbul rasa kesabaran dan kejujuran.

setiap yang payah itu ada kesenangan
dan setiap kesabaran itu ada ganjaran.

jika sesuatu itu d takdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh menghalangnya...

namun,

jika sesuatu itu bukan d takdirkan untuk kita,
pasti tidak dapat d capai walaupon sudah dalam genggaman...

yakin dan percayalah,
Allah telah tuliskan apa yang terbaik untuk hamba2Nya..


kadang2 Allah hilangkan mentari,
kemudian Dia datangkan guruh.
puas kita menangis mencari d mana mentari kita..
rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...

sabarlah duhai insan,
ada kemanisan d sebalik setiap kepahitan...

p/s : sape2 yang nak mesej tu, leh hit balik yep. sy sngt berbesar hati untk share ngan si cantik semua=).

salam ukhwah fillah=).

2 comments:

^_^ said...

salam...nak mintak izin copy bleh?
semoga dirahmati Allah selalu..

A.F.I.A.H said...

wa'alaikumussalam... boleh2.. yg baik tu kite kongsi je.. syukran jazilan=)