CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Friday, July 31, 2009

Syaaban, bulan perbaiki diri

bismillahirrahmanirrahim...

sempat sahaja ku berblogging lagi. hahaha. kepuasan itu d sini. dengan meluahkan apa sahaja yang ku rasa. agar kesesakan emosi tidak berlaku. hahhaa. sejak akhir2 ni, aku sedar yang bahasa aku dah mula kebakuan. hahahha. kesengalan itu makin menjauh. alhamdulillah. tapi jangan risau. aku masih aku yang dulu. afiah yang korang kenal. dengan sedikit keotaian. lagak macam dak baik tapi sebenarnya ketua dak2 otai. hahahha. ah. zaman dahulu. rndu sahaja aku pada mereka. semoga kita semua dalam lindunganNYA.. amin. berbalik pd tajuk entri ku kali ni, ku petik satu artikel dari surat khabar. pasti dan yakin, korang de yang dah baca kot. hahahha. xpe.. bukan semua yang baca jadi ape salahnya aku berkongsi d sini..

" ibadat sunat pd bulan Syaaban adalah persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pd bulan Ramadhan"

Saidatina Aishah r.a. ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya, " semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi2 dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus".

bulan yang d nyatakan dalam hadis tersebut adalah antara yang d sebut2 banyak kelebihan sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.

dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut2 itu, ada pihak yang membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban d umpamakan keluarnya bunga dan Ramadhan umpama buahnya

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud, " sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadhan itu bulan umatku." ( riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

ketiga-tiga bulan d sebut Nabi s.a.w itu adlah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.

sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan Ramadhan adlah waktu menyucikan hati dan jiwa.

Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. ia d namakan demikian kerana pd bulan itu masyarakt Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

Ia juga d ertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan bulan Rejab dan Ramadhan.

Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka yang melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh2.

Baginda bertanyakan sahabat, maksudnya, " tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini d namakan Syaaban??" mereka menjawab, " Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui". Baginda menjawab, " kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

dengan keutamaan yang ada pada bulan Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.

Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pd bulan ini. drpd Saidatina Aishah r.a, beliau berkata. maksudnya, " adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka Rasulullah akan berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.

" aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pd Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dlm sebulan yang lebih banyak d bulan Syaaban." ( riwayat Imam Bukhari dan Muslim ). hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan yang sangat d galakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadhan. Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain. sabda Baginda bermaksud, " keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaanku ke atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas bulan yang lain adlah sprti keutamaan Allah ke atas makhluk-Nya."

antara amalan yang d galakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibdat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalhan yang d lakukan. walaupon amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalh berganda.

Syaaban juga adalah bulan d mana setiap doa orang beriman akan d makbulkan Allah, sebagaimana d nyatakan Abdullah Umar dlm riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud, " antara solat lima waktu yang doanya tidak d tolak ialah sewaktu malam jumaat, pd malam 10 Muharam, pd malam pertengahan bulan Syaaban dan pd dua malam raya iaitu malam hari raya aidilfitri dan aidiladha."

Rasulullah s.a.w bersabda, " itulah bulan Syaaban d mana manusia lalai mengenainya iaitu antra bulan Rejab dan Ramadhan, ia adalah bulan d mana segala amalan d angkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. maka aku sngt suka sekiranya amalanku d angkat sedangkan masa itu aku dlm keadaan berpuasa. " ( hadis riwayat Ahmad )

Rasulullah s.a.w bersabda lagi, maksudnya , " sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepadaNYA serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah akan mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pd satu tahun itu drpd bencana dan penyakit"

subhanallah.. banyak sungguh kelebihan bulan Syaaban ni. jadi ape yang kite tnggu2 lg?? selamat beramal!!

No comments: