CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Wednesday, December 29, 2010

"Awat Bunyi Lagu Tu?"

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

hoho.. dah berapa hari tak update. *ala kalau kau tak update pun bukannya aku kisah*

wehoo~ tengah syok tengok tv(ni antara kegiatan untuk isi waktu cuti), kak long turun bawa Nuha. katanya tak mau tidur. nak main. jadi saya mula mengambil alih tugas kak long dengan bermain dengannya. dia baring sahaja, pandangannya teralih pada peti televisyen. ceh macam zaman dulu dulu je cakap peti televisyen. matanya sudah terpaku di situ. penat menonton televisyen, dia mula berusaha untuk membalikkan diri, nak meniarap... sudah letih meniarap, merengek pula. lalu saya angkat dia dan mula bercakap cakap dengannya. tips untuk bercakap dengan bayi adalah tak kira awak tengah cakap apa pastikan muka awak sentiasa senyum. nak bagi arahan suruh perlahankan suara peti televisyen pun kena cakap dengan nada senyum tanpa memandang kepada orang yang menerima arahan. memang 'fake' tapi itulah yang buatkan si comel anda tersenyum.

"masukkan dia dalam buaian la. tak tidur kalau tepuk macam tu"

yahoo! dalam buaianlah si kecil itu berada. dia tampak resah. saya henjut perlahan sambil menepuk pahanya di selangi dengan alunan selawat. ke kiri ke kanan dia pusing. lepas tu merengek lagi. lalu saya angkat untuk ibu dia berikan susu. ibu pun dah tertidur. penat benar barangkali dengan kerja seharian di pejabat. entah apa yang tak kena, dia resah lagi. susu pun tak nak minum. waktu tu dah dekat jam 0000. saya angkat lalu masukkan dalam buaian. masih keadaan yang sama, tepukan lembut pada pahanya dengan alunan selawat suara macam dalam kelambu dari saya. eh memang dalam kelambu pun sebab terpaksa tundukkan kepala sedikit mendekatinya maka kepala saya turut berada dalam buaian. eh apa mengarut ni. ok. stop. dia mula diam, hanya memerhatikan saya. sumpah comel waktu tu walaupun muka dia natural look je. lama lama mata dia makin lali, kejap buka kejap pejam dan akhirnya dia tertidur. yes! satu kejayaan buat saya :). ibunya pula dah memang lama tidur. dah tak sedar apa apa.

*apa kaitan cerita kau dengan tajuk kat entri? cekadak je lebih"

eh eh yang tu ni haa.. saya nak cerita. faham faham jela saya ni kan selsema, ada la demam kejap panas kejap reda. haiz. tapi selsema ni memang tak reti nak baik. biasala orang selsema, alat artikulasi tak berapa nak berfungsi dengan baik maka bunyi nasal biasa berlaku. ceh. lepas belajar fonetik fonologi terus asyik nak guna istilah je. bunyi nasal tu bunyi sengau la. mula mula permulaan selawat tu, suara ok lagi. garau macam biasa. eh silap. suara normal la. lepas satu ketika, dia mai dah... dia mai dah! 'mucus' mula memenuhi hidung. eh bukan meleleh apa ya. dia clot dekat hidung membuatkan kita sukar nak bernafas. lenggok alunan selawat pulak panjang, berlagu bagai, suara pulak guna suara yang paling lembut, maka saya memang keputusan nafas. sampai ada part selawat yang terpotong. hohoho.. suara tak keluaq. tak cukup nafas. fuh.. ni belum jadi penyanyi pastu nyanyi tona suara yang paling rendah. *tona? ingat tona warna ke?* ah apa entah orang panggil. dah lupa. tona pun tona la. translate dari "voice tone". betul la kan tona suara? ah apa apa jela. sebenarnya saya takut anak saudara saya tersedar sebab suara dah makin kasaq bunyinya. makin tak boleh nak diperlahankan 'volume'nya. dah takde dah suara dalam kelambu, yang tinggal suara katak panggil hujan. walaupun dalam keadaan begini, anda boleh tengok tak 'effort' saya nak kasi anak saudara saya tidur lena? nampak tak? waktu tu tangan masih lagi menepuk si bayi even dia dah tidur. macam entri yang lepas di mana saya ceritakan tangan tak berhenti tepuk walaupun saya dah tertidur. entah bila la tangan tu berhenti saya pun tak perasan.

bila dah nampak dia memang konpem tak sedar, saya kejutkan ibu dia untuk angkat dia naik tidur atas. buaian tingkat bawah, tadi ibu dia bawa dia turun pun sebab kes dia tak nak tidur. dah elok elok tidur ni, kena la bawa naik atas semula. tugas saya pun dah selesai, maka saya pun masuk bilik juga meneruskan aktiviti melayari internet. spesifikasinya 'blogwalking'. the end.


anda rasa saya seorang pengasuh yang berkaliber? sila emailkan kepada saya jika anda rasa saya layak untuk jadi pengasuh anak anda. eh eh apa membebel ni. cut cut. cut!! banyak la kau~ assignment bertimbun konon nak jadi pengasuh.


"it's 'ton suara' la afiahhh!!!!!!!"

Sunday, December 26, 2010

Kisah Demam dan Sekutunya, Selsema

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.


Alahai. selsema. tiba tiba waktu waktu camgini teringat kisah kawan saya yang agak pelik. pelik la sangat. mungkin. kalau dia simpan kuku panjang panjang mesti demam. hohoho.. bukan simpan sangat pun tapi malas nak potong. kan tak elok simpan kuku panjang panjang. kalau kita simpan kuku panjang seumpama kita bela satu kandang babi kat situ. fuhh.. banyak woo virus kat situ.. basuh dengan Shokubutsu pun tak jalan. apatah lagi dengan Dettol. dua dua pun tak boleh pakai. virus tu tak makan saman. hanya dengan satu cara
je untuk hapuskan virus tu. potong kuku :).kan kemas dan bersih :). nak makan pun tak payah pakai sudugarfu bagai. lagi dashat kalau pakai tangan dengan kuku panjang kan? euw... kotor kotor kotor. kuku anda panjang tak? kalau panjang cepat cepat potong esok hari. *kenapa esok?* esok kan hari isnin :)

perihal demam ni buat saya teringat juga kisah kawan mak saya. sebelum tu nak tanya, anda peminat setia mee segera? atau mesra juga kalau saya panggil Maggie. eh eh memang la Maggie tu jenama tapi dah sebati dengan kita panggilan camgitu. Ruski pun Maggie. Mamee pun Maggie.


"Kau makan apa?"

"Maggie"


nyum2. sodap :)

padahal dia tengah makan mee segera jenama Ruski. haih. sudah satu kebiasaaan. sama juga dengan Chickendish. kalau kat kelantan, semua jajan panggil Chikendish. rupa rupanya Chickendish tu adalah jenama pertama yang keluar di pasaran. betul ke? saya main agak je.. hehe.. tapi rasanya betul. macam jugak Pampers kan? tak kira jenama apa, mesti asal nak lampin pakai buang tu, sebut 'pampers'. padahal pakai jenama Drypers. haha.. kelakar pula bila fikir. jawapannya, sudah kebiasaan. eh jauh bebenor saya terpelanting dari cerita. ni kisah demam ya. saya ulangi, kisah demam yang bersangkut paut dengan mee segera. oh ya. perihal ibu kawan saya ni, ada la satu hari tu, tengok anak dia yakni kawan saya makan maggie jadi anak dia telah membuat tawaran untuk ibu dia rasa. ibu dia tak pernah makan maggie sebelum ni. nak dijadikan cerita, ibu dia demam dua hari gara gara penangan maggie satu sudu. fuhh.. anda, dah berapa sudu maggie yang masuk ke dalam sistem badan anda? saya... tak terkira. hohoho.. tapi sekarang saya dah mula menjadikan maggie musuh jahat atas faktor kesihatan. ummi saya pun tak makan maggie. katanya tak sedap. tapi kenapa kita makan sedap je rasanya? aduhai.. sebabnya: sudah kebiasaan.

ok dah panjang membebel. tata.


sekian.

nota kaki: hari tu ada terima feedback dari seorang pembaca di sini. katanya macam susah nak baca entri. tulisan kecil mungkin? tapi saya baca ok je. jadi setiap kali tulis entri baru, saya akan besarkan tulisan. tapi kadang kadang lupa jugak. maaf atas segala kesulitan.

Mana Letaknya Islam Di Negara Kita?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Saya cuma ingin berkongsi bahan bacaan saya dengan para pembaca. eh eh ada orang ke baca blog saya? ah tak kisahlah. janji benda ni dikongsi untuk kita sama sama fikir.

klik

1) sini

2) sini

3) sini

4) sini

I See Ghost In Mirror!

Assalamu'alaikum.

terpisat pisat Aku bangun menggosok mata. "eh, dah gelap rupanya," kata Aku dalam hati. jam telah menunjukkan jam 1800. kebiasaan Aku setelah bangun tidur, dia akan melihat cermin dahulu. pernah dia terdengar kawannya berborak,

" ala.. perempuan ni, kadang kadang cantik sebab tepek sana tepek sini je. cuba kau tengok muka dia waktu dia bangun tidur. muka cam ape dah."

"rilek la kalau muka cam ape pun. nama pun baru bangun tidur"

"aku pernah terdengar, kecantikan sebenar perempuan ni dapat dilihat sewaktu dia baru bangun tidur. tu pasal aku cakap camtu"

"oh.."

Aku berjalan lesu ke arah bilik air. sudah gaya orang baru bangun tidur, memang begitulah keadaannya. pintu bilik air ditolak perlahan. Aku masuk dengan langkah kaki kiri dahulu diikuti doa masuk tandas di dalam hati. Sinki adalah tempat yang dituju. tanpa melihat cermin dihadapannya, Aku terus mula membasuh muka dengan tiga kali basuhan. rasa segar mula terasa. Aku angkat muka perlahan lahan. "Ya Allah!" bisiknya di dalam hati.

apa yang Aku lihat? kenapa Aku terkejut sedemikian rupa? anda pasti ada jawapannya.

Sekian.

Assalamu'alaikum.


Saturday, December 25, 2010

Sedia? Mula!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

heyhoo! ramai benar sahabat sahabat dan rakan rakan seperjuangan saya yang mula masuk ke fasa yang lebih tinggi iaitu perkahwinan dan ada juga yang mula kearah itu dengan mengikat tali pertunangan. tahniah untuk mereka. saya bila lagi? eh eh nak jugak..

perkahwinan bagi saya adalah suatu tanggungjawab. ya. bila dah jadi isteri orang, pelbagai tanggungjawab lagi yang perlu saya pikul. buat masa sekarang, bukanlah lagi waktunya untuk saya memikirkan soal itu. 5 tahun lagi untuk saya habiskan pengajian dalam bidang yang saya sendiri pilih, iaitu bidang keguruan. pada saya, bila dah sampai serunya, maka kita dengan sendirinya akan mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab yang seterusnya. ada juga yang mengatakan saya sudah layak untuk mendirikan rumahtangga. mungkin melihat dari sudut saya tidak kekok melayan anak anak kecil tetapi kalau dari sudut kematangan, ia masih lagi boleh dipersoalkan. kalau dulu, saya taknak kawen dengan orang yang lebih tua tapi kalau mengikut keadaan saya sekarang, mungkin jarak umur itu perlu. kadang kadang saya merasakan diri saya sedang menidakkan tahap kematangan itu. hoho.. pemikiran dah matang cuba kadang kadang perangai macam budak budak.


kalau majlis kahwin ke apa, makcik makcik selalu tanya "kamu dah ada ke?" "kamu bila lagi?" "kamu dengan orang mana?" penat. penat nak jawab soalan soalan tu. bukan apa. saya tidak memikirkan hal tersebut buat masa sekarang. apatah lagi calon pun tiada. dan sesungguhnya saya tidak berminat ke arah itu.

pengalaman dua hari menjaga anak saudara bersama sama ibu mertua kakak saya sedikit sebanyak mengajar saya erti kehidupan berkeluarga. secara spesifiknya, mempunyai anak yang masih bayi. sesungguhnya ia sememangnya menuntut satu pengorbanan besar dari si ibu dan juga si ayah. malam yang lepas, dia tidur jam 10. untuk menidurkan si kecil itu pun bukan mudah. perlukan kesabaran kerana saat dia ingin tidur, mulalah dia merengek. ada sahaja yang tidak kena pada dia. tambahan pula dia batuk batuk dan selsema. jam 1 lebih, dia sedar lagi. merengek. tangan saya memang tak berhenti dari menepuk untuk mengulit dia tidur. masih juga merengek. maka tahulah dia lapar. si nenek mula bangkit membuat susu. dengan saya yang masih setia mengulit si kecil itu. di suakan susu, menunggu sampai dia tertidur. dia tidur, maka saya pun tidur. tangan masih lagi menepuk si kecil. entah tak tahu bila tangan terhenti dengan sendirinya. jam 0330, dia tersedar lagi. merengek mahu menyusu. si kecil ni tak suka minum susu yang dah sejuk, jadi terpaksa pergi panaskan dengan alat yang memang tersedia. tidurlah si kecil dengan susunya.. sambunglah tidur makcik dan neneknya... jam 0600, dia mula aktif. aduhai.. bahagian ni yang paling sukar kerana saya masih lagi mengantuk. terpaksa buka mata layan dia main. si nenek sudah mula bersiap siap untuk solat subuh. maka mainlah dia sampai pukul 7 lebih dan mula merengek nak susu untuk tidur.. begitulah pengalaman yang saya tempuh. kalau nak cerita perihal siang hari, memang tak habislah. di mana bahagian susah tidur dan sebagainya. *saat ni baju saya masih lagi bau bayi ^_^*


itulah antara pengalaman saya jaga bayi waktu malam. bukan senang rupanya. malam malam kena check lampin, kalau basah kena tukar. macam macam la. tapi si kecil itu jugalah yang selalu buat kita tersenyum^_^. maka berbaloilah dengan segala pengorbanan yang dilakukan. pagi esoknya mengantuk tak habis habis sebab tak cukup tidur. saya kagum dengan kaum ibu yang malamnya menjaga bayi tapi siang harinya tetap melakukan tugas dengan penuh komitmen. pengorbananmu cukup besar. dan bagi saya, tanpa sokongan para bapa, kaum ibu terpaksa lakukannya secara sendirian dan mungkin akan menjejaskan kesihatan si ibu. eh yeke? bukan apa.. apa salahnya kalau si ayah tolong buatkan susu? atau tolong kemas rumah. atau tolong masak. hehe.. kan bagus kalau macam tu.

sebagai konklusinya, kalau rasa macam dah nak kahwin, kahwin jela. tetapi biarlah mendapat restu dari kedua ibu bapa. dan kepada mereka yang sudah berkahwin, semoga rumahtangga yang dibina sentiasa mekar dengan kasih sayang antara keduanya. kepada mereka yang masih solo, jangan cepat berputus asa. mohonlah dariNya. dan bagi diri saya pula, kena terus fokus pada apa yang ada depan mata. tetapi jangan abaikan yang terkehadapan (n_n).

sekian.

Assalamu'alaikum.

Thursday, December 23, 2010

Panduan Untuk Ketua Usrah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. sempat juga saya jalan jalan dalam lappy ni cari sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsi. sebenarnya saya nak 'update'kan dengan kisah saya tapi disebabkan rasa penat yang masih tak hilang, keputusan untuk hanya berkongsi maklumat diambil. semoga dengan sedikit pengisian ini boleh dijadikan panduan kepada anda yang masih mencari cari cara untuk menjalankan sebuah usrah yang mantap. selamat mencuba!

Panduan 1: Kenali Ahli Usrah


Naqib perlu mengenali ahli usrahnya dengan mendalam. Selidiki latar belakang mereka: diri, keluarga, pendidikan, pekerjaan, perkara yang disukai, perkara yang dibenci dan sebagainya. Ikuti perkembangan hidup mereka: kebajikan, kewangan dan seumpamanya. Maklumat-maklumat itu boleh digunakan untuk mentadbir usrah secara lebih berkesan. Berpandukan maklumat itu, naqib boleh bertindak dengan tepat--sesuai dengan peribadi tertentu.

Panduan 2: Rancang Program Pengisian

Naqib mesti merancang program usrahnya sebelum usrah itu bermula. Antaranya, agihkan masa yang sesuai untuk slot bacaan al-Quran dan pentafsirannya, bacaan hadis, perbincangan tajuk khusus, pembersihan hati, dan hal ehwal semasa. Tetapkan terlebih dahulu tajuk yang hendak dibahaskan dan bahan-bahan rujukannya. Senaraikan juga perkara-perkara untuk diumumkan kepada ahli usrah. Naqib juga perlu membaca bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk perbincangan.

Panduan 3: Segarkan Usrah dengan Suasana Perbincangan

Naqib berperanan untuk menyegarkan suasana usrah dengan perbincangan yang sihat dan terkawal. Pastikan perbincangan berfokus pada tajuk yang telah dirancang. Semasa berbincang, ahli digalakkan mengemukakan nas-nas yang sahih dan contoh-contoh dari sirah Rasulullah s.a.w. Usahakan agar perbincangan itu dikaitkan dengan realiti semasa dapat dihayati dalam kehidupan seharian.

Panduan 4: Bertindak sebagai Pemimpin Tempat Bernaung

Naqib perlu menjadi qudwah hasanah kepada ahli-ahlinya dalam segala segi baik perbuatan, percakapan, perbelanjaan, cara bergaul dan berpakaian. Jalinkan ukhuwah sesama mereka, dalam atau luar usrah. Naqib juga perlu bertindak selaku kaunselor. Berbincanglah dengan mereka secara persendirian atau berkumpulan. Tanda awal seseorang naqib itu berjaya ialah apabila para ahli menjadikan dirinya sebagai tempat merujuk.

Panduan 5: Berikan Kerja kepada Ahli

Naqib perlu memberikan tugasan yang sesuai dengan minat dan kemahiran ahlinya. Ahli itu akan berasa dihargai apabila diamanahkan dengan sesuatu tugas untuk kumpulannya. Ahli itu perlu diselia secara wajar dan minimum oleh naqib. Dengan cara ini, ahli usrah akan belajar berkomunikasi dengan lebih banyak orang dan sentiasa membina hubungan dengan naqib.

Panduan 6: Pelbagaikan Kesan Sampingan

Naqib boleh juga mendidik ahli usrah dengan cara-cara lain. Antara cara yang sesuai adalah seperti yang berikut:

6.1 Soalan. Kemukakan soalan kepada ahli-ahli usrah tentang tajuk-tajuk yang telah dibincangkan, termasuk isu semasa.

6.2 Penyelesaian Masalah. Kemukakan masalah yang berkaitan dengan kehidupan seseorang ahli untuk diselesaikan. Contohnya, jika ahli itu pekerja yang sibuk, bincang dan selesaikan masalah agihan masa untuk tugas dan dakwah. Kes spesifik atau cerita boleh juga dikemukakan.

6.3 Permainan. Adakan "permainan" yang dapat menguji kepintaran ahli-ahli usrah. Permainan itu boleh menggunakan komputer, secara bertulis, lisan, mengira dan sebagainya. Pendekatan ini dijangka dapat mengekalkan minat ahli-ahli usrah.

6.4 Berkhemah dan Berkelah. Kegiatan perkhemahan di pinggir hutan atau perkelahan di pantai sangat berkesan dalam membina ikatan persaudaraan sesama ahli usrah. Kegiatan-kegiatan seperti ini memberi peluang untuk mereka berinteraksi, melakukan kerja secara berpasukan dan membina sikap suka tolong-menolong.

Panduan 7: Sediakan Laporan Penilaian

Naqib perlu melakukan penilaian dari semasa ke semasa. Prestasi ahli-ahli usrah dari segi kefahaman, kesungguhan, potensi, minat, kelemahan, kekuatan perlu dinilai dan dilaporkan kepada mereka. Naqib sendiri perlu meminta komen daripada ahli-ahli usrah tentang cara pengendaliannya, tajuk perbincangan dan sumber rujukan. Berdasarkan komen itu, langkah penambahbaikan boleh dirancang dan dilaksanakan.

Catatan
"Tugas mendidik adalah tugas mulia di sisi Allah walaupun rumit dan memerlukan banyak pengorbanan dan persiapan. Ketua usrah hendaklah sentiasa berusaha mempertingkatkan diri sendiri. Kita hendaklah sentiasa menggantungkan setinggi-tinggi harapan kepada Allah agar dibekalkan dengan kekuatan untuk terus bekerja dan berjihad untuk Islam. Janji Allah memang benar. Sesiapa yang menolong Allah, nescaya Allah akan menolongnya dan meninggikan kedudukannya." Ummu Azmi.

Wednesday, December 22, 2010

Kecelakaan Lagi

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

well well. masuk kali ni dah tiga kali jatuh akibat kaki kiri yang entah apa yang tak kena padanya. tiga kali kot terseliuh di tempat yang sama. disebabkan pernah merasai kesakitan yang amat sangat waktu kali pertama jatuh sehingga tak dapat jejakkan kaki kat lantai pun, lalu jatuhan kali kedua dan ketiga hanya memberi kesan tidak seteruk kesan jatuh kali pertama. masih mampu berjalan dan makin lama makin berdenyut kaki. paling kurang boleh jalan sambil tahan sakit. Alhamdulillah hari ni jatuh. kalau jatuh minggu depan ke.. sehari sebelum nak pergi ipis ke.. tak ke naya macam tu. tadi ingat nak letak ais, tapi takde pulak. sapu minyak jela.

sebenarnya saya pelik juga kenapa terseliuh asyik asyik pada tempat yang sama. ok la jatuhan kali kedua tu masa perlawanan persahabatan bola jaring dengan senior. tapi masih lagi kaki yang sama dan cara jatuh yang sama dan memang semuanya sama! itu yang konfius. kenapa la ye? hoho.. bukan nak mempersoalkan cuma datang rasa hairan tu je.. jatuh kali pertama di rumah. dan kali kedua di rumah kak long. alahai. mana la ada tangga apa pun. yang saya tahu, jatuh. haiz. macam tersilap langkah masa nak buat langkahan baru.

masa jatuh dekat rumah hari tu, waktu pergi mengurut, diakata ada elemen lain. tapi.. kali ni? haila2. pening. takkan la 'makhluk' tu nak kacau pulak. apa apa pun, fikir positif. pengajarannya kena ambil langkah berhati hati waktu berjalan. anda juga ye^_^!

Welcome Back and Good Bye Friendster

Bismillah.

Assalamu'alaikum.

sedang saya memperbaik susun atur serta widget widget di blog ni yang tak pernah nak siap siap, tertariklah pandangan mata kasar pada sudut ruangan "Aku Punya". wehuu~ tetiba jugak rasa nak klik pada pautan "SterKawan" yang terdapat dalam sudut tu. mula mula saje lawat lawat camgitu je pastu teringin nak daftar masuk. ah pening betul berada di situ. dah pelik dengan segala bagai dalam tu. kalau dulu, masa tengah aktif fs, terkial kial bila buka akaun fb. sekarang, fb ni memang dah jadi super pro lah! fs pulak la jadi lembap sikit. teknologi. teknologi. makin banyak saingan, makin giat la penambahbaikan yang dilakukan. makin pening jugak la saya.

teka apa yang saya jumpa di sana? tadaa.... ini dia!



ini kenangan masa di bilik Kolej Khadijah waktu sem 4 rasanya. terserlah tulisan yang kononnya nak unik tapi akhirnya jadi serabai. lagipun tulisan saya memang kecil, jadi kalau nak besarkan tulisan tu, mesti ada kelainan yang terjadi. contohnya seperti di atas. kelakar juga bila kenang kembali waktu dulu dulu main fs. banyak koleksi gambar kartun sinchan, spongebob. gambar gambar kenangan pun banyak T_T. maklumlah, dulu jahil lagi pasal letak letak gambar nih.

oh ya. tadi tengah pening pening, cuba buka pautan yang tertulis "Messages(34)". pasti mesej bukan? ada la buka satu mesej ni.. berbunyi... "Anda suka tayang gambar...?
buka blog ni http://hawaymutasawwil.blogspo... dan cari post yang ada gambar kamera dan baca apa kata Islam." fuhh.. terkena batang hidung yang tak berapa nak mancung ni. oleh kerana memikirkan fs sudah tiada guna pada saya, maka saya mengambil keputusan untuk men'delete'nya sahaja. barang yang tak memberi apa apa manfaat jangan disimpan bukan?

welcome back and bye bye Friendster~

Tuesday, December 21, 2010

Jatuh Miskin Dalam Satu Hari!

Bismillahirrahmanirrahim. hehau~

Assalamu'alaikum.

dalam kesedihan. eh eh tidak. dalam kekeliruan. keliru kenapa duit yang banyak banyak dalam purse tinggal sikit. bila tengok pada barang barang yang dibeli, takkan la sampai lebih dari RM300? tapi tu la hakikatnya. barang makanan sahaja dah cecah RM90. termenung sekejap. dakwat printer masih belum dibeli. yang pasti, harganya lebih dari RM140 untuk dakwat hitam dan dakwat berwarna. T_T. mana mau korek duit lagi.... banyak lagi barang yang perlu dibeli. nampaknya kena minta ihsan ummi untuk sumbangkan duit. tadi pun masa ambil barang ummi sibuk tanya, "kamu dah keluarkan duit belum?" T_T. taula duit saya ada dalam bank. dalam purse masa tu ada RM130 je kot. masa nak pegi bayar, ummi tanya lagi sekali. "dah keluarkan duit belum?" dengan selambanya saya jawab belum lalu mula buat muka seposen minta duit dengan ummi. kata mau pinjam dulu tapi sebenarnya nak tuntut hutang dari ummi. guna kelembutan untuk minta hutang. *eceh. iye ke?* masa dalam perjalanan balik tadi pun masih ingatkan hutang ummi yang masih tinggal RM100. bila waktu miskin camgini, semua hutang nak tuntut. wehuu~

pening kepala memikirkan banyak perkara. 2 minggu lagi dah mula kuliah. mungkin saya perlu jadi kedekut sedikit untuk jaga sistem kewangan saya. apapun, kena berhenti di sini dulu. nak gi main dengan anak saudara yang baru pulang dari nursery. babai. Assalamu'alaikum.

Monday, December 20, 2010

"Ibu dia ye?"

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

few days off from blogging. eceh. konon la sebelum ni biar blog kosong tanpa entri baru sampai berbulan-bulan. lalala~

saya ada beritahu kan hari tu mahu ke Pahang dan seterusnya ke Putrajaya. hari hari di Pahang dah dilalui dengan jayanya, sekarang sedang menghabiskan sisa sisa cuti di Putrajaya.

wehuu~

17hb Disember, saya dengan jayanya berserta ahli keluarga yang lain termasuk datuk saudara, dan seangkatan dengannya telah selamat sampai di Pahang, lokasi spesifiknya di Muadzam Shah lantas menuju ke Felda Keratong 2 kerana menghadiri jemputan majlis perkahwinan anak kepada datuk saudara saya. seronok rasanya dapat makan angin. melihat keindahan bumi hijau ciptaan Allah SWT.

oh ya faham faham la bila berkumpul sanak saudara ni, ramai la bayi bayi comel yang turut serta. dan kanak kanak riang yang sememangnya keletah mereka amat menghiburkan. rasa macam taknak berhenti senyum sepanjang hari. mood yang hilang pun dapat dikembalikan gara gara melihat mereka. sungguh. rasa seronok dikelilingi anak anak kecil. tak kurang juga dengan pelbagai ragam yang adakala memeningkan kepala. bayangkan ibu ibu terpaksa prihatin dengan botol susu anak mereka kerana bimbang tersalah botol susu anak orang lain. gelagat yang paling unik pernah saya jumpa setakat ni...

Susunan peralatan membuat susu tersimpan rapi di dalam raga diletak di tepi dinding. rasanya anda boleh gelak kalau melihat susunan itu sampai jaraknya lebih dari 1 meter. ada botol susu, balang air panas, tin susu dan macam macam lagi peralatan bayi. ada satu ketika, saya lihat ada seorang kanak kanak lelaki menghampiri raganya. pelik. dia ambil semua botol susu yang saya kira ada enam semuanya untuk lihat isi botol susu tersebut. apa yang dicari? pastilah susu.. oh ya. ibu dia ada isi susu dalam tupperware kecil, bagi memudahkan proses pembancuhan susu. lepas dibeleknya satu persatu botol botol susu tersebut, yang pasti tidak mengandungi susu, dia mula mengambil tupperware kecil yang terisi serbuk susu dan satu botol susu lantas mula terkial kial mencari ibu dia. terjumpa saja ibu dia, lalu dihulurkan apa yang berada di kedua dua belah tangan dia. mahu ibu buatkan susu rupanya... bagus bukan? kalau sesetengah kanak kanak lain, pasti terus merengek rengek dan menangis tak tentu hala minta susu. oh ya umur dia baru dua tahun kalau tak silap.

itu perihal ragam mereka. yang ni pula kes yang memang saya dah biasa terkena. saya ni memang suka layan bayi bayi dan kanak kanak yang berusia antara 1-5 tahun. ada la sorang kanak kanak ni, berumur setahun lebih, hiperaktif boleh dikatakan, peramah yakni memang tak kisah sape sape ambik dia. yang pasti, Aqilah ni memang suka senyum dan sangat comel dengan dua lesung pipitnya di pipi. ah. comel sangat! senyum memanjang je kejenya. sudah dikatakan hiperaktif, maka dia memang tak boleh duduk diam. berjalan ke sana sini, ulang alik cium bayi bayi yang ada. memang comel la dengan keletah dia semua. hari tu saya banyak habiskan masa layan kerenah dia saja. dah penat sangat pergi sana sini, saya mula ambik port baik punya dengan hanya memerhatikan dia sambil mengusik dia yang sibuk berjalan ke sana ke mari. tetiba dia menuju ke arah seorang bayi, lantas diciumnya dahi bayi tersebut. no harm is done there. dia memang cium je. ada la si abang yang mungkin umurnya sama atau tua sedikit dari Aqilah, memukul kepalanya dengan penuh kekerasan. alah. tangan budak budak. apalah sakitnya. tapi Aqilah pun budak budak jugak kan? jadi kadar kesakitan yang dia rasa tu sepadan dengan pukulan budak budak yang dia terima. dah sakit, dia mula menangis. wehuu~ Aqilah ni, kalau dah nangis, memang kuat punya. ibu kepada si abang tadi mula kelam kabut. "mana ibu dia ni..." saya bergegas mendapatkan Aqilah. sampainya di sana, "Ibu dia ye?" sebab fenomena ni dah biasa saya hadapi, maka dengan 'cool'nya membalas, "eh tak. ibu dia ada kat sana." takde la nak tersipu sipu malu kan?

dah banyak kali kot macam ni. selalu sangat saya dianggap ibu kepada bayi bayi atau kanak kanak yang saya jaga. takdela jaga. kadang kadang tolong tengok tengokkan je. yang tu orang lain yang terkeliru. ada juga bayi yang keliru saya ni ibu dia. fuhh.. terpaksa guna 'trick' untuk bagi bayi tersebut nak dengan ibu dia. hoho.. sampai begitu sekali. sekarang, dengan adanya anak saudara, saya dah banyak belajar tentang bayi. dan kak long pun kadang kadang ada tanya juga tentang beberapa perkara. seronok kan layan mereka? comel.

oh ya waktu kenduri tu, ada juga saya perhatikan gelagat gelagat para ibu. memang memenatkan ada anak kecil. mahu susu, tukar lampin dan sebagainya. riuh rendah rumah jadinya. yang situ nangis, yang sana nangis. memang kena banyak bersabar kalau ada anak kecil. pemakanan si ibu juga perlu dijaga. tambahan kalau anak masih minum susu ibu. si ayah pun kena mainkan peranan. ada juga golongan bapa yang lepas tangan dalam menjaga anak kecil ni. penat si ibu. keletihan. tambah tambah kalau ada lebih dari seorang anak dan semuanya masih di bawah usia 3 tahun. wehuu~

semoga kita dapat menjadi ibubapa yang terbaik bagi anak anak kita. walaupun kita masih solo dan belum berumahtangga, tuntutlah ilmu tentang penjagaan bayi ni awal awal. selain tu, ilmu untuk mengekalkan rumahtangga bahagia dan diredhai. tak rugi kalau berilmu. kalau orang kata "kan muda lagi. benda tu nanti dah kahwin baru perlu tahu", buat tak kisah jela. ilmu tu harta. semakin banyak ilmu bermakna semakin kaya la kita.

akhir kalam, kepada mereka yang sudi membaca coretan saya ni, saya ucapkan terima kasih. masa anda terlalu berharga untuk dibazirkan di sini. semoga sedikit tidak banyak, anda mendapat manfaat dari penulisan saya di sini.

Assalamu'alaikum.

Friday, December 17, 2010

Detik Detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratulmaut

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.




Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.



Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak di kenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.



Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku?, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.