setelah 2 tahun berlalu, inilah dia, rumate saya. hehe.. Nur Amalina Binti Zaharani. soon to be called Dr Amy@Dr Lin. kenapa tulis enti pasal dia? sebab rindu dia lah! hari tu dah tulis entri pasal Dayah, so its her turn now. umur dia sama dengan aku, 20 tahun. Former student of SMK Jalan Tiga, Bangi. rumah die kat B.B.B. Anak ke-2 dari 5 orang adik beradik. semunya perempuan. Peminat setia lagi fanatik Chelsea. dia memang dan sangat teramat sokong Chelsea. ok. broken BM. Sekarang ambik Medical di UIA Kuantan. lahir pada . dia masih solo. seorang yang....
matured, pengemas, rajin, cool, sangat excited pada pelakon yang hensem, suka high heels, suka make-up, suka pada kecantikan, baik, pemurah, kuat makan, berdikari, happy go lucky(bak kata cik lin sendiri), openminded, taat pada suruhan Allah, dan bla3... banyak kot nak cite pasal kebaikan die.
setakat berkawan dengan dia, xde plak aku jumpa keburukan dia. paling aku suka bila dengar dia cite pasal adik2 dia. ternyata dia seorang kakak yang baik, anak yang taat pada ibubapa dan seorang yang penyayang. i sayang u lah!
banyak peristiwa yang berlaku antara kami berdua. macam dalam gambar kat atas tu, takut nak pegang ular. hehe.. sedangkan aku excited kot nak pegang ular. wehuu~ macam pet sendiri dah kan kan? hehe.. antara kenangan yang xleh lupa dengan dia adalah masa makan roti sama-sama. kami memang kuat makan. dan kami memang x kisah keluar duit kalo bab makan. kat bilik, kami kongsi sama-sama makanan yang ada. yang part megi meletop tu, memang xleh lupa. kami makan megi yang dimasak dalam tin milo kepunyaan aku. kalo x silap, semuanya 4 plastik megi. dayah dan coot pun join sekali. tergelak kak fizah tengok gelagat kami. masa tu kak cha'mi dah xde. pastu ade gak part kami tido ramai-ramai kat bawah, usung tilam letak bawah. hehe.. memang kelakar la kalau ingat tapi yang tu la buat hati ni rasa sayu. rindu.
yang paling bermakna, bila tinggal kami berdua je dalam bilik tu. kak fizah pun ikut jejak langkah kak cha'mi, hijrah demi menuntut ilmu. Lin kan budak medik, so memang kena banyak membaca, menghafal. aku yang budak math ni, xde keje la sangat. banyak masa terluang. selalu jugak aku tengok dia study, aku dah nak tidur dia masih kat meja study. tekunnya dia belajar. aku nak jadi macam dia? x mungkin. memang bukan passion aku di situ. aku suka tengok dia belajar. kalau mama tengok, mesti mama terharu kan Lin? tengok anak dia tekun belajar. waktu yang paling best untuk diingati, apabila kami solat jemaah sama-sama. kadang-kadang dia jadi imam, aku makmumnya dan begitulah sebaliknya. saat yang emosi jugak untuk dikenang adalah masa bulan puasa. dia xnak bangun sahur, jadi aku sediakan koko krunch dan susu siap dalam bowl. lepas tu paksa dia bangun dan makan jugak. hehe.. indahnya bila kenang saat kebergantungan pada diri masing pada masa tu. ada yang part sampai aku terbiasa panggil dia 'kakak'. xkan nak panggil adik kot.. lagipon aku suka jugak kadang2 manjakan dia. ke aku yang terlebih manja? hahaha... entahlah.
ada juga satu part di mana kami gila beli nips kalo x silap aku. haha.. entah pape kan? tu semua hasil dari aku yang suka beli. Lin ingat lagi x part yang kita beli ayam golek tu? hehe.. sedap kan? sampai sekarang macam masih terasa kelazatannya. haha.. tipu la tu.. best gila kan makan. mahal pon berbaloi la.. sekali dalam bulan ramadhan. manis kan hidup bersaudara walaupun pada awalnya kita x kenal antara satu sama lain. seingat aku, first tiem tengok die, i said to myself: dak ni mesti budak debat@bahas@pidato@sesuatu yang berkenaan dengannya. wehuu~ dia nampak sophisticated. bila kenal mudah je mesra.
masa masuk Aisyah College, jarang-jarang dah jumpa dia tapi time birthday, aku x lupa la. sempat la g tonton muvi percuma yakni melalui laptop je kat bilik dia. hadiah birthday yang paling bermakna dari dia untuk aku adalah jam loceng. hehe.. comel^_^. bentuk rumah. sampai sekarang jam tu ada lagi. dan kalau boleh, piah nak simpan jam tu sampai bila-bila. tanda ingatan persahabatan kita. dan kalau boleh, wariskan pada anak-anak. nanti cite kat anak-anak: ni aunty Lin yang bagi. dia baik. bla3.. tentu banyak cite yang boleh dikongsi dengan anak-anak piah nanti tentang kehidupan zaman remaja. hehe.. sayang Lin sokmo!
oh oh ya. dulu, aku selalu sebut perkataan 'lucu' which means 'kelakar'. lucu tu dalam bahasa Kelantan. Lin dan Dayah selalu ejek aku. hehe.. tapi sebenarnya benda tu makin jadikan kita serasi. makin lama aku makin improvekan diri. even sekarang, no more LUCU. its KELAKAR. hehe.. x dapat dah kome berdua nak gelakkan piah^_^. kebanyakan orang, bila jumpa aku, akan kata aku orang Selangor. ada jugak yang kata orang Kedah. sebab hidung mungkin? haha.. yang sebetulnya, aku orang Kelantan^_^.
hmm.. rindunya kat kakak sorang nih. semoga aku dapat jumpa dia lagi. how i wish to be at the moment she got married. x sabar nak tunggu! selamat maju jaya Dr Amalina. semoga persahabatan kita tetap utuh dan Semoga persahabatan ini dilimpahi rahmat dan diberkatiNya.
u've inspired me alot. miss u. love u. till eternity.
lots of love, Piah^_^
No comments:
Post a Comment