Assalamu'alaikum.
Alahai. selsema. tiba tiba waktu waktu camgini teringat kisah kawan saya yang agak pelik. pelik la sangat. mungkin. kalau dia simpan kuku panjang panjang mesti demam. hohoho.. bukan simpan sangat pun tapi malas nak potong. kan tak elok simpan kuku panjang panjang. kalau kita simpan kuku panjang seumpama kita bela satu kandang babi kat situ. fuhh.. banyak woo virus kat situ.. basuh dengan Shokubutsu pun tak jalan. apatah lagi dengan Dettol. dua dua pun tak boleh pakai. virus tu tak makan saman. hanya dengan satu cara je untuk hapuskan virus tu. potong kuku :).kan kemas dan bersih :). nak makan pun tak payah pakai sudugarfu bagai. lagi dashat kalau pakai tangan dengan kuku panjang kan? euw... kotor kotor kotor. kuku anda panjang tak? kalau panjang cepat cepat potong esok hari. *kenapa esok?* esok kan hari isnin :)
perihal demam ni buat saya teringat juga kisah kawan mak saya. sebelum tu nak tanya, anda peminat setia mee segera? atau mesra juga kalau saya panggil Maggie. eh eh memang la Maggie tu jenama tapi dah sebati dengan kita panggilan camgitu. Ruski pun Maggie. Mamee pun Maggie.
"Kau makan apa?"
"Maggie"
nyum2. sodap :)
"Maggie"
nyum2. sodap :)
padahal dia tengah makan mee segera jenama Ruski. haih. sudah satu kebiasaaan. sama juga dengan Chickendish. kalau kat kelantan, semua jajan panggil Chikendish. rupa rupanya Chickendish tu adalah jenama pertama yang keluar di pasaran. betul ke? saya main agak je.. hehe.. tapi rasanya betul. macam jugak Pampers kan? tak kira jenama apa, mesti asal nak lampin pakai buang tu, sebut 'pampers'. padahal pakai jenama Drypers. haha.. kelakar pula bila fikir. jawapannya, sudah kebiasaan. eh jauh bebenor saya terpelanting dari cerita. ni kisah demam ya. saya ulangi, kisah demam yang bersangkut paut dengan mee segera. oh ya. perihal ibu kawan saya ni, ada la satu hari tu, tengok anak dia yakni kawan saya makan maggie jadi anak dia telah membuat tawaran untuk ibu dia rasa. ibu dia tak pernah makan maggie sebelum ni. nak dijadikan cerita, ibu dia demam dua hari gara gara penangan maggie satu sudu. fuhh.. anda, dah berapa sudu maggie yang masuk ke dalam sistem badan anda? saya... tak terkira. hohoho.. tapi sekarang saya dah mula menjadikan maggie musuh jahat atas faktor kesihatan. ummi saya pun tak makan maggie. katanya tak sedap. tapi kenapa kita makan sedap je rasanya? aduhai.. sebabnya: sudah kebiasaan.
ok dah panjang membebel. tata.
sekian.
nota kaki: hari tu ada terima feedback dari seorang pembaca di sini. katanya macam susah nak baca entri. tulisan kecil mungkin? tapi saya baca ok je. jadi setiap kali tulis entri baru, saya akan besarkan tulisan. tapi kadang kadang lupa jugak. maaf atas segala kesulitan.
ok dah panjang membebel. tata.
sekian.
nota kaki: hari tu ada terima feedback dari seorang pembaca di sini. katanya macam susah nak baca entri. tulisan kecil mungkin? tapi saya baca ok je. jadi setiap kali tulis entri baru, saya akan besarkan tulisan. tapi kadang kadang lupa jugak. maaf atas segala kesulitan.
No comments:
Post a Comment