CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Saturday, December 25, 2010

Sedia? Mula!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

heyhoo! ramai benar sahabat sahabat dan rakan rakan seperjuangan saya yang mula masuk ke fasa yang lebih tinggi iaitu perkahwinan dan ada juga yang mula kearah itu dengan mengikat tali pertunangan. tahniah untuk mereka. saya bila lagi? eh eh nak jugak..

perkahwinan bagi saya adalah suatu tanggungjawab. ya. bila dah jadi isteri orang, pelbagai tanggungjawab lagi yang perlu saya pikul. buat masa sekarang, bukanlah lagi waktunya untuk saya memikirkan soal itu. 5 tahun lagi untuk saya habiskan pengajian dalam bidang yang saya sendiri pilih, iaitu bidang keguruan. pada saya, bila dah sampai serunya, maka kita dengan sendirinya akan mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab yang seterusnya. ada juga yang mengatakan saya sudah layak untuk mendirikan rumahtangga. mungkin melihat dari sudut saya tidak kekok melayan anak anak kecil tetapi kalau dari sudut kematangan, ia masih lagi boleh dipersoalkan. kalau dulu, saya taknak kawen dengan orang yang lebih tua tapi kalau mengikut keadaan saya sekarang, mungkin jarak umur itu perlu. kadang kadang saya merasakan diri saya sedang menidakkan tahap kematangan itu. hoho.. pemikiran dah matang cuba kadang kadang perangai macam budak budak.


kalau majlis kahwin ke apa, makcik makcik selalu tanya "kamu dah ada ke?" "kamu bila lagi?" "kamu dengan orang mana?" penat. penat nak jawab soalan soalan tu. bukan apa. saya tidak memikirkan hal tersebut buat masa sekarang. apatah lagi calon pun tiada. dan sesungguhnya saya tidak berminat ke arah itu.

pengalaman dua hari menjaga anak saudara bersama sama ibu mertua kakak saya sedikit sebanyak mengajar saya erti kehidupan berkeluarga. secara spesifiknya, mempunyai anak yang masih bayi. sesungguhnya ia sememangnya menuntut satu pengorbanan besar dari si ibu dan juga si ayah. malam yang lepas, dia tidur jam 10. untuk menidurkan si kecil itu pun bukan mudah. perlukan kesabaran kerana saat dia ingin tidur, mulalah dia merengek. ada sahaja yang tidak kena pada dia. tambahan pula dia batuk batuk dan selsema. jam 1 lebih, dia sedar lagi. merengek. tangan saya memang tak berhenti dari menepuk untuk mengulit dia tidur. masih juga merengek. maka tahulah dia lapar. si nenek mula bangkit membuat susu. dengan saya yang masih setia mengulit si kecil itu. di suakan susu, menunggu sampai dia tertidur. dia tidur, maka saya pun tidur. tangan masih lagi menepuk si kecil. entah tak tahu bila tangan terhenti dengan sendirinya. jam 0330, dia tersedar lagi. merengek mahu menyusu. si kecil ni tak suka minum susu yang dah sejuk, jadi terpaksa pergi panaskan dengan alat yang memang tersedia. tidurlah si kecil dengan susunya.. sambunglah tidur makcik dan neneknya... jam 0600, dia mula aktif. aduhai.. bahagian ni yang paling sukar kerana saya masih lagi mengantuk. terpaksa buka mata layan dia main. si nenek sudah mula bersiap siap untuk solat subuh. maka mainlah dia sampai pukul 7 lebih dan mula merengek nak susu untuk tidur.. begitulah pengalaman yang saya tempuh. kalau nak cerita perihal siang hari, memang tak habislah. di mana bahagian susah tidur dan sebagainya. *saat ni baju saya masih lagi bau bayi ^_^*


itulah antara pengalaman saya jaga bayi waktu malam. bukan senang rupanya. malam malam kena check lampin, kalau basah kena tukar. macam macam la. tapi si kecil itu jugalah yang selalu buat kita tersenyum^_^. maka berbaloilah dengan segala pengorbanan yang dilakukan. pagi esoknya mengantuk tak habis habis sebab tak cukup tidur. saya kagum dengan kaum ibu yang malamnya menjaga bayi tapi siang harinya tetap melakukan tugas dengan penuh komitmen. pengorbananmu cukup besar. dan bagi saya, tanpa sokongan para bapa, kaum ibu terpaksa lakukannya secara sendirian dan mungkin akan menjejaskan kesihatan si ibu. eh yeke? bukan apa.. apa salahnya kalau si ayah tolong buatkan susu? atau tolong kemas rumah. atau tolong masak. hehe.. kan bagus kalau macam tu.

sebagai konklusinya, kalau rasa macam dah nak kahwin, kahwin jela. tetapi biarlah mendapat restu dari kedua ibu bapa. dan kepada mereka yang sudah berkahwin, semoga rumahtangga yang dibina sentiasa mekar dengan kasih sayang antara keduanya. kepada mereka yang masih solo, jangan cepat berputus asa. mohonlah dariNya. dan bagi diri saya pula, kena terus fokus pada apa yang ada depan mata. tetapi jangan abaikan yang terkehadapan (n_n).

sekian.

Assalamu'alaikum.

No comments: