CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Monday, December 20, 2010

"Ibu dia ye?"

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

few days off from blogging. eceh. konon la sebelum ni biar blog kosong tanpa entri baru sampai berbulan-bulan. lalala~

saya ada beritahu kan hari tu mahu ke Pahang dan seterusnya ke Putrajaya. hari hari di Pahang dah dilalui dengan jayanya, sekarang sedang menghabiskan sisa sisa cuti di Putrajaya.

wehuu~

17hb Disember, saya dengan jayanya berserta ahli keluarga yang lain termasuk datuk saudara, dan seangkatan dengannya telah selamat sampai di Pahang, lokasi spesifiknya di Muadzam Shah lantas menuju ke Felda Keratong 2 kerana menghadiri jemputan majlis perkahwinan anak kepada datuk saudara saya. seronok rasanya dapat makan angin. melihat keindahan bumi hijau ciptaan Allah SWT.

oh ya faham faham la bila berkumpul sanak saudara ni, ramai la bayi bayi comel yang turut serta. dan kanak kanak riang yang sememangnya keletah mereka amat menghiburkan. rasa macam taknak berhenti senyum sepanjang hari. mood yang hilang pun dapat dikembalikan gara gara melihat mereka. sungguh. rasa seronok dikelilingi anak anak kecil. tak kurang juga dengan pelbagai ragam yang adakala memeningkan kepala. bayangkan ibu ibu terpaksa prihatin dengan botol susu anak mereka kerana bimbang tersalah botol susu anak orang lain. gelagat yang paling unik pernah saya jumpa setakat ni...

Susunan peralatan membuat susu tersimpan rapi di dalam raga diletak di tepi dinding. rasanya anda boleh gelak kalau melihat susunan itu sampai jaraknya lebih dari 1 meter. ada botol susu, balang air panas, tin susu dan macam macam lagi peralatan bayi. ada satu ketika, saya lihat ada seorang kanak kanak lelaki menghampiri raganya. pelik. dia ambil semua botol susu yang saya kira ada enam semuanya untuk lihat isi botol susu tersebut. apa yang dicari? pastilah susu.. oh ya. ibu dia ada isi susu dalam tupperware kecil, bagi memudahkan proses pembancuhan susu. lepas dibeleknya satu persatu botol botol susu tersebut, yang pasti tidak mengandungi susu, dia mula mengambil tupperware kecil yang terisi serbuk susu dan satu botol susu lantas mula terkial kial mencari ibu dia. terjumpa saja ibu dia, lalu dihulurkan apa yang berada di kedua dua belah tangan dia. mahu ibu buatkan susu rupanya... bagus bukan? kalau sesetengah kanak kanak lain, pasti terus merengek rengek dan menangis tak tentu hala minta susu. oh ya umur dia baru dua tahun kalau tak silap.

itu perihal ragam mereka. yang ni pula kes yang memang saya dah biasa terkena. saya ni memang suka layan bayi bayi dan kanak kanak yang berusia antara 1-5 tahun. ada la sorang kanak kanak ni, berumur setahun lebih, hiperaktif boleh dikatakan, peramah yakni memang tak kisah sape sape ambik dia. yang pasti, Aqilah ni memang suka senyum dan sangat comel dengan dua lesung pipitnya di pipi. ah. comel sangat! senyum memanjang je kejenya. sudah dikatakan hiperaktif, maka dia memang tak boleh duduk diam. berjalan ke sana sini, ulang alik cium bayi bayi yang ada. memang comel la dengan keletah dia semua. hari tu saya banyak habiskan masa layan kerenah dia saja. dah penat sangat pergi sana sini, saya mula ambik port baik punya dengan hanya memerhatikan dia sambil mengusik dia yang sibuk berjalan ke sana ke mari. tetiba dia menuju ke arah seorang bayi, lantas diciumnya dahi bayi tersebut. no harm is done there. dia memang cium je. ada la si abang yang mungkin umurnya sama atau tua sedikit dari Aqilah, memukul kepalanya dengan penuh kekerasan. alah. tangan budak budak. apalah sakitnya. tapi Aqilah pun budak budak jugak kan? jadi kadar kesakitan yang dia rasa tu sepadan dengan pukulan budak budak yang dia terima. dah sakit, dia mula menangis. wehuu~ Aqilah ni, kalau dah nangis, memang kuat punya. ibu kepada si abang tadi mula kelam kabut. "mana ibu dia ni..." saya bergegas mendapatkan Aqilah. sampainya di sana, "Ibu dia ye?" sebab fenomena ni dah biasa saya hadapi, maka dengan 'cool'nya membalas, "eh tak. ibu dia ada kat sana." takde la nak tersipu sipu malu kan?

dah banyak kali kot macam ni. selalu sangat saya dianggap ibu kepada bayi bayi atau kanak kanak yang saya jaga. takdela jaga. kadang kadang tolong tengok tengokkan je. yang tu orang lain yang terkeliru. ada juga bayi yang keliru saya ni ibu dia. fuhh.. terpaksa guna 'trick' untuk bagi bayi tersebut nak dengan ibu dia. hoho.. sampai begitu sekali. sekarang, dengan adanya anak saudara, saya dah banyak belajar tentang bayi. dan kak long pun kadang kadang ada tanya juga tentang beberapa perkara. seronok kan layan mereka? comel.

oh ya waktu kenduri tu, ada juga saya perhatikan gelagat gelagat para ibu. memang memenatkan ada anak kecil. mahu susu, tukar lampin dan sebagainya. riuh rendah rumah jadinya. yang situ nangis, yang sana nangis. memang kena banyak bersabar kalau ada anak kecil. pemakanan si ibu juga perlu dijaga. tambahan kalau anak masih minum susu ibu. si ayah pun kena mainkan peranan. ada juga golongan bapa yang lepas tangan dalam menjaga anak kecil ni. penat si ibu. keletihan. tambah tambah kalau ada lebih dari seorang anak dan semuanya masih di bawah usia 3 tahun. wehuu~

semoga kita dapat menjadi ibubapa yang terbaik bagi anak anak kita. walaupun kita masih solo dan belum berumahtangga, tuntutlah ilmu tentang penjagaan bayi ni awal awal. selain tu, ilmu untuk mengekalkan rumahtangga bahagia dan diredhai. tak rugi kalau berilmu. kalau orang kata "kan muda lagi. benda tu nanti dah kahwin baru perlu tahu", buat tak kisah jela. ilmu tu harta. semakin banyak ilmu bermakna semakin kaya la kita.

akhir kalam, kepada mereka yang sudi membaca coretan saya ni, saya ucapkan terima kasih. masa anda terlalu berharga untuk dibazirkan di sini. semoga sedikit tidak banyak, anda mendapat manfaat dari penulisan saya di sini.

Assalamu'alaikum.

2 comments:

Adam said...

Ameen. May Allah bless us. :)

A.F.I.A.H said...

^_^ insyaAllah.