CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Sunday, January 31, 2010

hero kami: mohd ali khameini bin ahmad.

ali and ... sory. aku x ingat lak nama die time2 ni. haha...


ok. as stated above, his name is mohd ali khameini bin ahmad. he's from segamat, johor if i'm not mistaken. he's 20. hahaha. cam aku tau je tarikh birthday die. oke. setelah sekian lama, berjaya jugak dapatkan pic die walaupun curi dari orang lain. wakakka. die seorang yang poyo d mata aku. hahaha. sebenarnya d mata orang lain jugak. lol. yang penting, die hero kami. he won d award of best student for chemistry subject. well done to him. actually we thought that he will get d award of presss's best student, unfortunately, ahmad carries d award away. but then, ahmad's still my classmate. cute, easy to communicate, cheerful and a funny person i think. hahahha... kalo ahmad baca mesti berbunga hati die. aku rase xde pon dak cfs yang baca blog aku. especially my classmates n people wh0 recognize me. terima kasih ye. terima kasih.


kenapa tetiba je buat entri ni?? haha... saje2=). nanti dah x jumpa ali. insyaAllah kalo rezeki aku d tempat lain. aku kan dah nak graduate dari cni, so tetiba rase nak meraban buat entri ni. cerita Ali dari sudut pandangan mata aku:

  • mula2 kenal die mase kelas bi group 62 kalo aku x silap. kami terpilih jadi class representative. keje aku kutip duit dalam kalangan dak pompuan pastu kasi kat die. keje die tolong fotostat kertas. terima kasih ali=).

  • sepanjang kat cfs ni, 1 sem je aku x sekelas ngan die iaitu pada sem4. jadi banyak la improvement yang aku nampak pada die especially die nye communication skills. leadership skill?? erm.. x sempat nak usha. hahaha.. masa kelas bi dulu, dak2 ni selalu buli die. adeh.. dulu aku kesian gile kot kat die tapi sekarang, die jadi kebanggaan kami. bravo mr ali!!

  • ape yang aku rase pelik pada ali.. aku x pernah terserempak tengok die beli makanan. hoyahh!! boleh percaya ke??? aku rase sepanjang 2 tahun kat cni, ade la sekali aku nampak die beli makanan. kalo x silap ramadhan tahun lepas. die kurus kot. masa bulan puasa je nampak berisi sikit. weh, bukan aku sorang je yang cakap. orang lain pon cakap jugak tau. hahaha.

  • dalam diam, rupa2nya ramai gile yang minat kat die. he's our hero oke. patut la ramai peminat. i cant deny it. lagipon, die ni jenis yang x bajet hot. makin la ramai yang suke. yang x suka pon ade gak. yang tu, kita diamkan jela...

  • secara jujurnya, aku ske die dari sem1 lagi. tapi suka jela. suka bermakna tiada perasaan ingin mencintai dan menyayangi die oke. biasa la tu suka orang. tambah2 budak nerd macam die. hahaa.. nerdkah?? erk... kan aku dah cakap tadi.. die d pandangan mata aku...

  • die selalu botakkan rambut die masa sem2 lepas tapi sem ni, die simpan rambut. pergh... kami kata" awek die la tu suruh simpan rambut.. ". hahha.. dalam x sedar, die jadi lelaki popular dalam kelas kami. haha...

  • pernah aku jumpa die masa turun bas, die pakai selipar jamban oke. pastu x kena tahan ngan pak guard lak tu. aiseh!! camne la lepas. pakai ayat pe ae?? haha... time tu mungkin baru lepas hantar awek naik bas sebab die cakap jumpa kawan kat pudu. erk??

  • masa dapat tau die ade awek dari dak2 ni, siyes ade 1 perasaan yang muncul dalam diri aku. cemburukah?? hahaha... sebenarnya terkejut je.. dak2 ni x expect pon. rupanya2 dak2 ni lagi tau pasal die dari aku. yang dah ade bf pon ade yang ske die. haila2~ saya yang single ni memang la. hahha... tapi aku tiada niat nak berbaik2 dengan die oke. sekadar kawan sudah...

  • aku selalu nampak die pergi masjid sorang2. sejuk hati tengok.. time die senyum ngan ketawa, nampak manis. die ni, kalo ketawa xde sound. bagos2. haha... alhamdulillah, ali ni masih suci dari benda merepek2 ni jadi kebarangkalian die untuk baca entri ni adalah 0%. mungkin. orang semua dah maju dengan facebook, tapi die xde pon. usahkan facebook, friendster pon xde. harap2 die ade la email... ade baik dan buruknya jugak la. tapi kire ok la sebab aku xleh stalking die. hahahha.. selamat ali.. lol~
rase2nya dah banyak aku merepek pasal ali. semoga ali sukses dalam hidop die. d rahmati dan d jaga Allah setiap masa. semoga die x terpengaruh dengan dakyah2 yahudi dan sekutunya. semoga dia berjaya menjadi pemimpin yang berteraskan Islam. semoga die tetap dalam ajaran agama Islam.

sukses Ali!! cayo2!!

blurred.

bismillahirrahmanirrahim...

dah lama mendiamkan diri. ade perkara yang ingin d kongsi tapi masa membataskan. ah. masa betol2 mencemburui. biarlah afiah. cuti nanti qada la semuanya. d sebabkan aku telah mencuri sedikit waktu ini:waktu siapkan tutor 11. uhuk2. abaikan saje.


aku bukanlah insan yang mampu berkata2 puitis. bukan juga insan yang mahir menyampaikan tazkirah@ceramah. aku adalah aku. insan bergelar Nur Afiah Binti Ab Rahman. x mampu untuk aku jelaskan di sini tentang situasi dunia sekarang cuma aku mengharapkan sangat2 sahabat2 semua tonton video 1 kedatangan yang boleh d download d u-tube. kalo rase malas, bak cni email korang. aku send. rajin2kan diri jenguk blog ustaz rizal. link ade kat page blog aku. semoga kita masih punya waktu.. dan kesedaran. sama2 kita berdoa untuk kesejahteraan bersama. insyaAllah. saya sayang awak kerana awak saudara saya. ingat. kita 1 agama. 1 aqidah. mari kita sama2 pegang konsep ni. bukan sekadar konsep 1 malaysia.


oke. saya menggila d malam agd presss. 1 word je untuk diri aku malam 2:teruk. sangat2. ape nak jadi la afiah ni. balik je agd, aku istighfar banyak2 sebab terkenang dosa yang d buat malam 2. i put on make-up, take pictures. a lot. n d worse 1, take picture with ali. be accompanied with dja. argh!! wat's wrong with me dat nite!! luckily those pictures are blurred, due 2 d camera's technical probs. but then, i realize that Allah's camera is everywhere. record everything. He knows but we know not. i'm a sinful person. sorry Ali for bringing u up in this case. am really sorry. uhuk. a transformation. is ahead.

Saturday, January 23, 2010

Peganglah Api Bila Teringatkan Zina

Ada seorang pemuda soleh yang sangat patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan,sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang gadis jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.


Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang sedang baru dinyalakan untuk menerangi rumah pemuda soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang bernyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri:

''Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah, aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu. Kiranya ia tahu panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.''

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dan dia cuba menahan diri daripada kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu. Lalu dia berteriak:

''Wahai diriku,tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan,padahal api dunia itu tersangatlah sejuk berbanding api neraka. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan,apatah lagi menghadapi api neraka yang panasnya berkali-kali ganda lebih dasyat dari api dunia ini."

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak peristiwa itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.



Surah An-nisa,ayat 31:

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."

Surah Al-Israak,ayat 32:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

huh?? demamkah??

Bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulilllah... at last, i’m brave enough 2 text him. What a relief! Holah! Miss him badly as he always appears in my dream. Nah... its from syaitan afiah. actually it’s not d main reason why i text him. Do you realize dat accident occurs everyday?? Especially accidents that include the motorcyclists. He RIDE a motor oke, so i’m a kind of feel scared for him. Sorry for those who i don’t concern. Hoho.. he has grown matured. Feel good to hear from him after a long silence between us. After d incidence of he accused me of something i didn’t do. Huh. I hate that moment damn much. But be grateful enough for this moment. Lalala~ no matter wat, he’s still my brother. The one who i love. I care. Always. i miss kira also. She’s now a grown up girl. a girl in standard 3 can be cnsdred as grown up oke. Hahhaa... don’t noe whether she can ride a bicycle yet. Hehe.... that kid is cute. Like her bro. Big bro. Both are juz d same=). But plez. Sum1. Remind him dat he owes me a word:SORRY.

I’m going to taman pertanian bukit cahaya tomorrow. Relaxing d mind. Searching for serenity. Hoho.. i’ve got LOTS of assignment to be done. QUIZZES and LAB PRACTICAL to be face. Haila2~ FINAL’s also here. Let’s do d countdown. Less than 30 days to be counted. Haila2~ am really2 need 2 be in my house rite now. For me 2 breath fresh air. See the sunrise every morning. Gaze the trees, flowers. Hear d birds chirping merily in d trees. Wat a moment 2 be missed. I want to be home rite now! Be patient afiah. It’s only less than 1 month away. Juz enjoy yourself tomoro and come back for those things-dat-determine-ur-future. U’ll be graduated soon!! Oyeahh!! Fill in d laz moment in cfs with a good, unforgotten-to-be memories afiah=).

And today, again, some story 2 be shared. It’s about ali. D guy dat i’ve had like before. He got long hair now. It’s messy.Haila2~ i like him more in his bald head. Hahahha...

-Afiah in sengalness mode. Maybe bcoz of d stress. Haila2~ ignore my words and grammar and style of writing that have been used in this post. It makes me feel bad. My English hasn’t improved much. Need 2 work on it more. Cayo2!!-

Tuesday, January 19, 2010

kacau. snp. uhuk2.

pissed off!! mungkin ini tandanya. dia mula bertanya. alahai~~ ingin saya tegaskan lagi d cni. hidup bukan sorang2.. kena jaga gak orang sekeliling.. nnti kat akhirat x pasal2 kena tarik sama. ingat la afiah dan kepada jiwa2 yang aku tujukan secara khassah. bencinya........... nape la x oke ni. aduhai~ dah dua hari, tiap2 kali bangun pagi, mesti aku rase nak marah kat orang2 tu. aduhai... pastu mula r fikir macam2. xnak cakap la. xnak layan la. tapi bile aku dah mula cakap ngan dieorang, marah aku dah hilang. adeh... kelemahan ke kelebihan tu?? adeh... nak marah orang xleh lama2 jadinya. marah sekejap je. adeh... afiah2....

Monday, January 18, 2010

cikgu Nur=)

kenapa aku nak jadi cikgu??

  • kerana itu la cita2 pertama n terakhir aku. Alhamdulillah, pada tahun 1997 yakni masa aku darjah 1, terdetik dalam hati ni ni nak jadi cikgu sebab nak tau macamana perasaan seorang guru kalo anak murid die wat salah. hoho...
  • sebab profession ni adalah antara 7 pekerjaan mulia d dunia=)
  • sebab saya suka berkongsi=). seronok kan tengok anak2 murid ade perasaan ingin belajar
tapi kenapa saya pilih untuk jadi cikgu sekolah rendah??

  • sebab saya sukakan kanak2. oke. salah niat d cni. sangat comel bila tengok dak kecik dalam uniform sekolah. macam2 gaya dan ragam. pernah aku pergi sekolah ummi dulu, aku tersenyum sorang2 time jalan. haha... sangat comel tengok dak2 kecik! pastu time anak murid ummi panggil aku cikgu, berbunga gila hati. senyum memanjang je=). aku borak2 dengan dieorang, sambil2 bagi motivasi dan nasihat.
  • sebab kanak2 mudah d bentuk. pepatah ade mengatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya.. kalo dak besar, dah banyak pengaruhnya. jadi kami sebagai guru yang akan cuba membentuk peribadi mereka d sekolah.
oleh itu.. doa2kanlah aku dapat masuk maktab.. siyes. nak jadi cikgu ni.

mari kita lihat apa kata mereka....
"rugi r ko.. dah 2 tahun kat cni. nanti ambik jela minor edu kat uia"

"ko xnak jadi pensyarah ke?? gaji mahal lagi dari cikgu. sama je konsep die. mengajar gak."

"ko jadi cikgu skolah rendah, ko x takut ke ngan pibg? kang ade parents serang ko sebab anak die x cemerlang. kalo jadi lecturer senang. dieorang faham ke x, bukan salah ko. dieorang xnak belajar, ske ati dieorang. x payah ko cbuk2 ambik pusing."


kata aku

"ummi x kisah aku masuk maktab so xpela.. gaji?? x kisah la. niat saya untuk mengajar,bukan sebab gaji. saya nak didik anak bangsa so memang kena berdepan dengan perkara2 camtu. sama2 kita kaji d mana silapnya. bukan menuduh 1 pihak je"

p/s: perasan x aku cakap macam aku dah jadi cikgu?? hahaha... lqtm=)


soalan dan signifikannya.

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu’alaikum...

Sape yang rase die ni takut gelap???

Xleh tempat gelap sikit, mula la nak terpekik terlolong. Tambah2 kalo masuk umah hantu. Dah tau takut masuk jugak.... pelik kan kita??

Sape yang rase die ni takut ngan orang atau sumthing yang berwajah hodoh??


Ha... ni pun satu... bila masuk umah hantu, x Nampak ape2 dah menjerit. Gaya orang histeria gitu. D tariknya baju kawan sampai nak terkoyak. Ishk2... x payah la masuk umah hantu kalo dah macam gitu rupanya. Kalo sekadar Nampak hantu olok2 xpe, tapi kalo Nampak yang betul?? Yang kita sangka hantu tipu tapi rupanya betol.. jeng3.... nasib baik kita xtau kan?? Pernah ade 1 buah sekolah, sekolah perempuan, tiap2 tahun buat rumah hantu. Ape kejadahnya mereka ini?? Dah la buat lak kat tempat2 yang keras. Ishk3... nak d jadikan cerita, jumlah hantu yang dak2 ni Nampak, x sama dengan jumlah hantu olok2 yang d sediakan. Hoho.... malah, sepanjang program rumah hantu berlangsung, ade lak die panggil sister tolong baca yasin. Adeh... kalo camtu baik x payah buat rumah hantu. Anda sedar ke x ni???? Bila kita meniru atau menyerupai mereka, lagi la dieorang suka. Jadi elakkan la mengusik kawan x tentu hala dengan topeng tengkorak tu... buruk bebenor...


Sape yang x suka bile tiba2 orang datang himpit die masa tidur???


Kat asrama, dah le katil bujang, tiba2 kawan kite yang menumpang bilik kita, mintak tidur kongsi katil. Kalo badan die cam lidi xpe, ni macam tong ape kes... kite buat perumpamaan je kat cni. X melibatkan mana2 pihak ye.kita yang kecik ni tertolak2 sampai muka cium dinding dah. Kita pulak yang jenis baik hati.. tahan jela sampai pagi... walaupun sengsara, dapat pahala gak tumpangkan die tidor. Tapi dengan syarat, hatinya ikhlas. Jangan lak lepas die balik, kita x henti2 mengomen. Gtau rumate. Kan dah jadi mengumpat tu...


Sape yang time kena interview x seram??

Ha.. soalan ni terbalik ckit. Rase2nya semua orang seram kan?? Tapi pasti kita ada cara untuk atasi keseraman kita tu... solat hajat, mintak mak doakan, berlatih depan cermin, dan macam2 lagi kan? Bak kata omputeh, fully prepared.




Ape signifikannya aku tanye soalan2 ni?? Adakah saje2?? Nak bergurau senda?? Nak meraban yang x tentu hala?? Nak menyeramkan anda yang dah sedia seram?? Tidak.tidak.tidak. saya di sini, ade motif penting. Jeng3....
Agak2 kan... nanti kita dalam kubur.... gelap ke cerah ye kubur kite??


Agak2 kan... nanti kita dalam kubur.... amalan2 kita mendatangi kita dengan wajah hodoh ke tampan??


Agak2 kan... nanti kita dalam kubur... kubur kita luas ke sempit??


Agak2 kan... nanti kita dalam kubur.... kita lulus x interview yang d jalankan oleh malaikat??


Anda ada akal, fikir2kanlah. Anda ada hati, insafilah. Anda ada waktu, bertaubatlah. Dunia kata pergi, kubur kata mari....


Sebelum habiskan coretan kali ni, aku nak berkongsi cerita dengan korang. Alhamdulillah, selesai sudah aku menamatkan kerja sebagai committee leadtrain sesi ke3. Malam tu, aku dah beli tiket untuk masuk barzakh hotel. Dayah yang ajak. Hati membuak2 nak tau ape sebenarnya program yang dieorang handle ni??? Untuk pengetahuan korang, program ni d hasilkan melalui kutipan2 idea budak2 cos architecture and environmental design. Hollahh for them. Program anda sukses. Program berlangsung dari pukul 9-11 malam. Untuk masuk hotel tu, kena berkumpulan. Nak masuk sorang pon boleh tapi konpem xde orang yang nak masuk punya.... seram2... dari luar dah seram. Program ni buat kat smawep 3, d mana tempat nya sendiri dah macam seram. Kalo time kelas, xde la seram pun tempat tu tapi bila malam menjelma, xde sape berani ke situ sorang2. D pendekkan cerita, aku masuk dengan klasmate aku merangkap kawan2 aku sendiri. Kami masuk seramai 8 orang. Aku ngan adilah kat belakang sekali. Azie mengepalai dengan mirah. Masuk bilik pertama, kawasan kubur. Dengan adenya props kepala yang berpusing tanpa badan kaler putih. Aku tanye mcmna dieorang buat cmtu, katanya gantung kat kipas. Pergh... semacam real. Ok.. semua orang rilek2 saje.. xde pape yang nak d takutkan. Setakat tengok nisan terpacak xde la ngeri sangat. Untuk masuk bilik ke2, kami kena merangkak. Kalo x memang xleh masuk. Okla... azie mendahului, tiba2!! “azie x boleh la... sape yang nak pergi dulu??” aku yang kat belakang ni terpinga2. Ape yang berlaku?? Lantas azie tarik tangan aku. “piah..piah jadi kepala ya. Piah masuk dulu.” Aku bingung gak. Tapi kira ok la... bersiap2 aku untuk merangkak, sekali pandang belah kanan, mayat yang d kafan terbaring dengan darah. Semangat d kuatkan. Memang kat depan tu, gelap gelita. X Nampak apa2. Nak masuk je, kat sebelah kiri aku, kepala rambut panjang tanpa badan. Lantas aku bangun. “piah x boleh la. Boleh x sape2 masuk dulu??” dieorang lagi la xnak. Terpaksa aku teruskan. Dengan berbekalkan lampu henset, aku teruskan jua. Tapi bile dah masuk tu, x kisah2 henset aku seret ke lantai. Konpem calar. Dah namanya merangkak. Untuk pengetahuan korang gak, kiteorang kena melalui lorong2 yang d buat dengan merangkak. Ade satu bahagian tu, sempit gile. Sampai terpaksa iringkan badan nak lalu. Lepas je lalu bahagian sempit tu, aku Nampak kawasan yang luas. Lorong yang luas dan ade lorong lain tapi dari ekor mata, aku Nampak lorong tu lorong mati dan ade sesuatu kat dalam lorong tu. Aku sebagai ketua, Alhamdulillah Berjaya memilih lorong yang betul. Aku x mampu nak pandang kiri kanan. Hanya kalimah “Allahuakbar” yang mampu terpacul dari bibir ni. Masa tu hanya ingat Allah dan nak cari jalan keluar je. Harus d ingat. Saya pemimpin ketika itu. Penting untuk pupuk semangat dalam diri anak2 buah. Tapi rupa2nya mereka makin takut bila aku sebut kalimah tu. Aduhai dak2 ni.. nak masuk bilik ke3, tiba2 terjatuh mayat yang d kafan berdarah depan mata aku. Alhamdulillah, xde terkejut sangat sebab dah tetapkan dalam hati. Allah tetap ada melindungi kami semua. Alhamdulillah. Masuk bilik ke3, kain rentang hitam memenuhi. Kat dalam tu banyak gile hantu tapi aku x Nampak satu pun. Perasaan hanya nak cari jalan keluar dan Alhamdulillah, jalan keluar dah kami jumpa... Alhamdulillah... ape signifikannya program ni d jalankan?? Rumah hantu ke??? Tidak3. Program ni bertujuan untuk kasi kita rase bagaimana dalam kubur nanti. Tu ramai2, kalo sorang2 camne?? Dan setiap amalan yang kita buat kat dunia ni akan mendatangi kita nanti dalam bentuk pemuda yang berwajah tampan atau sebaliknya... jadi ape berlengah lagi?? Sama2 kita kembali padaNya, mohon belas kasihanNya, mohon rahmatNya semoga kita terpelihara bukan saje d dunia, malah d akhirat sana... wassalam...

Monday, January 11, 2010

hidayah milikNya..

bismillahirrahmanirrahim... alhamdulillah...alhamdulillah.. aalhamdulillah... marilah kita sama2 memanjatkan kesyukuran yang x terhingga d atas hidayah yang kita miliki selama ini. alhamdulillah.. hari ni terima mesej dari kak qilah. she said she's dffrnt now. she's wearing tudung labuh... alhamdulillah... menitis air mata aku bila dapat tau berita ni. alhamdulillah... terasa betapa besarnya kuasa Dia. hanya Dialah yang menentukan siapa yang layak menerima hidayah dariNya. bukan senang nak dapat hidayah. ada syarat2nya. kalo syarat x sempurna, peluang untuk dapat hidayah tu tipis la tapi kalo dengan kehendakNya, maka dapatlah kita merasa nikmat hidayah tu. bersyukur x kita d lahirkan dalam keluarga Islam?? dalam agama Islam?? bersyukur x kita d jamin syurga kalo ikut ajaran Islam yang betol? bersyukur x kita?? tanya diri, tanya iman. sama2 kita nilai diri msing2.

perjalanan dari stesen u ke masjid jamek, satu perkataan je mampu aku ungkapkan:astaghfirullahaladzim.. macam sardin!!! aku xtau la macamana perasaan orang yang hari2 d gauli orang lain. siyes. aku rase 'tercemar'. kepada lelaki2 d luar sana, tolong jangan ambil kesempatan terhadap kaum hawa seperti kami. tolonglah. lihat sahaja kawasan sekelilingku. pelbagai jenis ragam manusia. saat tu, barulah sedar kita sepatutnya bersyukur menerima hidayah. jangan pulak kita tengok orang lain yang x sama dengan kita, kita keji pulak die. biarlah kita doakan mereka mendapat hidayah ... bahkan bile tengok non-muslim, niatlah d hati, semoga mereka mendapat hidayah... ingat, 1 hari nnti, anda bukan d adili hanya berdasarkan diri anda, malahan orang d sekeliling anda gak. fikirkan, macamna nanti kalo d akhirat kelak, bila Allah tanya d non-muslim nape die tetap kafir, dia tarik kita sekali cakap kita x ajak die masuk Islam, x tunjukkan contoh akhlak yang baik, melambangkan Islam sebagai agama yang x oke, kita nak jawab ape???

sekian... Assalamu'alaikum...

Monday, January 4, 2010

sayonara~

bismillahirrahmanirrahim.
assalamu'alaikum.

lalala~ sayonara buat blog ini. maaf ye kalo nanti bersawang labah2. kita jumpa balik dalam beberapa bulan lagi. doakan pemergian aku. doakan aku d cni. doakan kita semua dalam rahmatNya. doakan saudara2 kita. amiin..

say no to L C K!!

azam taon baru: no more L C K!!!
oyeah!!!
yoishhhh!!!
jangan tanya apa itu L C K. Private n confidential. bimbang d gelakkan korang. hahahah. biah kami untuk tahon baru. semoga istikhomah lin!!! maju untuk kaum hawa!! yoish!!!

Sunday, January 3, 2010

mood hilang kena curi dek dia.

bismillahirrahmanirrahim...

assalamu'alaikum..



sebenarnya nak berkongsi sesuatu tapi d sebabkan tiada mood untuk mengarang, tertangguh lagi. haiz. sesungguhnya aku memerlukan suasana yang sunyi untuk mengarang. harus tumpukan perhatian 100%. bila tumpuan lari, maka idea terus berterabur. penulisan x lancar. entri yang bakal d keluarkan nanti bertajuk "dengki sampai mati" dan puasa:1 keajaiban. hampir separuh je yang aku karangkan sebab xde mood. adeh. bukan ape. seronok berkongsi sumthng yang beneficial dengan orang lain. mengharapkan korang dapat gak manfaat membaca blog ni. bukan sekadar bacaan kosong. d harapkan begitulah.... insyaAllah.. sama2 kita cari redhaNya.



ku bahagia bila kau bahagia~






p/s: tolong jangan panggil aku sayang!! gediks tol r dak tu. alasan kenapa panggil sayang: salah ke nak sayang sesama Islam?? pliz la. meluat kot.

Kalau, Kalau dan Kalau

bismillahirrahmanirrahim.
assalamu'alaikum.


Kalaulah Allah lihatkan amalan kita, berapa banyak dosa dan berapa banyak pahala agaknya??

Kalaulah dosa itu macam batu, berapa berat yang perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagaikan duit, berapa banyak yang boleh kita simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri...
Adakah kita akan terus berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa..)

Kalaulah Muhammad hidup bersama kita,
adakah kita akan layan Baginda selayaknya sebagai seorang nabi??
Malu berbuat dosa depan mata yang banyaknya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita bersaudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Padahal sedia maklum harta berlambak sedunia x akan d bawa kemana-mana!!
Padahal dah tahu pegangan kita sama!!
Padahal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!

Kalaulah kita nampak syurga dan neraka,
tempat dan rupanya bagaimana?
Apa ada dalam syurga? Apa isi dalam neraka?
Dan setiap Ahmad,Abdullah dan ar-rijal dicop dia munafiq, kufur, islam atau beriman...
Masihkah aku dan kau lari dari tanggungan amalan..
Masihkah kita berdalih dan beralasan??

Kalaulah Allah menampak kan wajahNya pada kita masihkah kita sanggup syirikkan dia? Agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia!!

Berkalau-kalau tu amalan syaitan.. tapi "kalau" ini bertujuan untuk menyuruh kita sama2 fikir agar kita sentiasa peka dan menginsafi diri dengan dosa2 yang telah kita lakukan. sama2 kita istighfar sebanyak yang mungkin atas dosa2 yang pernah kita lakukan, samada dalam keadaan sedar mahupun tidak. semoga kita sentiasa berada dalam lindunganNya dan bersama rahmatNya selalu. InsyaAllah.

Saturday, January 2, 2010

mine is open 2 public.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamu'alaikum.


okeh. satu jiwa telah secara personal meminta blogku d buka untuk semua. yeah3. ade reason yang masuk akal d kemukakan oleh beliau. so dengan ini saya isytiharkan blog ini untuk semua. cehh... poyo saje aku ni~ terima kasih kepada dia, dia dan dia yang menyokong.=)

petang tadi kol adik sebab rindu die sangat2. x dapat nak tanggung lagi tapi malangnya dia x jawab.. tido barangkali. 2 kali cuba dah putus asa. adeh. apa la afiah ni. gambar dia aku jadikan penghias screen hp aku. budak kecik itu comel sangat2. sayang adik!! lepas isya' tadi, aku terima mesej dari die. "ado gapo kak yah call ore xdi.ore tdo td." tekaan aku betol. aku ckp jela aku saje2 kol die. lantas ku tanyakan pasal sesi persekolahan yang bakal bermula esok."ya.esk ore koloh ptg dl slm smngg,lps t br pg sbb nk knl dl kwsn koloh. g pkl 1 habs pkl 6." dia masuk skolah yang sama aku masuk dulu. na, memori kita berputar kembali!! aku tanya la ade x kawan die yang skolah skali dengan dia, jawapannya "ad.tp xskls la. tu pn mereka dpt 4a je.ad jgk skls tp kls 6d and srg laki2". comel kan cara die jawab? skema habis kot. hahaha... andai die depan mata, pasti dah ku peluk erat. tapi jelas dari jawapannya, ternyata dia masih kecewa sebab x dpt tawaran belajar kat sekolah berasrama penuh. sabar jela adik. insyaAllah kalo ada rezeki adik, ade la=)

mine is private.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamu'alaikum.

this blog's going 2 be private soon. tq.

2.0.1.0

bismillahirrahmanirrahim
assalamu'alaikum.

2009 baru je aku tinggalkan. 2010 menjelmakan diri. ape azam tahun baru?? erk.. ade azam tahun baru ke?? hoho... malangnya tiada. tapi aku patut berbangga kerana tiada azam baru. kenapa??? sebab... azam2 tahun baru yang dah lama tu... belum lagi tercapai.. ha... baik la x payah berazam. biar yang lama tercapai, baru la simpan azam baru semula. tapi semangat kena baru! alhamdulillah.. pagi tadi bangun dengan hati yang bahagia, senyuman terpamer d wajah. semangat 2010 menguasai diri kerana saya dah tua!! adeh.. ada apa pada no?? hoho.. no tu la melambangkan kematangan diri yang d perlukan. melambangkan tanggungjawab yang bakal terpikul nanti. no bukan sebarang no. no membawa makna.

pagi tadi mesej adik. bertanyakan sekolah mane yang die dapat. jawapannya berbunyi hampa.
" x dapat skoloh mano2. ore buat rayuan."
aku cuba memujuk, "xpola. skoloh mano2 pun xpo asalkan adik rajin=)".
" tapi ummi nak ore skoloh jauh2. sene nk gi masjid. ummi xse ore skoloh cni".
aku bertindak sebagai kakak, " hmm... adik smaye hajat la. Mitok ngan Allah. InsyaAllah dpt. kalu adk dok asrma xleh la k.yah main ngan adk time ct nt. huhu.."(berbaur keanak-anakan mesej ini. tett...)
adik x makan pujuk. "ye la tu. luqman dpt faris petra. sumo saing ore hok 5a dapat. ore sore jah xleh."
"rzki msg2 adk. jgn sedih. ade la 2 hkmahnya bakpo adk xleh. kita kena redha..."
"ok. k la. nok make nasik. tgh tngok cito hantu rayo nih"
"k. yah jugok hok xleh tngk tv. adk start skoloh bilo? rjin2 la wt solt hajat, bc al-quran. smaye jgn lmbt2. krm salam ko ummi nga ayah dgn ucapan assalamu'alaikum"
"ok"

kenapa rasa susah sangat nak comfort adik?? kenapa susah sangat nak berinteraksi dengan adik?? faham ke dia apa itu redha?? faham ke dia konsep rezeki? Ya Allah, permudahkanlah untuk aku memahamkan die. die faham ke tazkirah yang abang ih selalu sampaikan?(aku lak x join dgr. nk tolong huraikan pn xleh. adeh.) sesungguhnya baru aku terasa betapa sukarnya menasihati keluarga sendiri. mendorong keluarga sendiri. aku mengharapkan pertolongan dariNya untuk jaga adik. semoga kami semua dalam lindunganNya. dalam rahmatNya. InsyaAllah.

semoga segala pekerjaan berjalan lancar pada tahun ni. semoga rahmat Allah d cc kita selalu. semoga aku menjadi aku yang lebih baik dari segenap segi. sesungguhnya pada tahun ni aku berusaha untuk jadi matang. bersikap matang. percaya atau tidak tapi fakta bahawa orang melihat aku sebagai seorang yang matang. sedara2 sume ingat aku kakak kepada kak nurul. alohai~ tapi pada hakikatnya, aku masih terpengaruh dengan adik. hoho... xpe2. akan ku usahakan nnti! insyaAllah.

selamat berusaha dengan lebih gigih afiah! gambatte-ne afiah! cayo2!!!

monolog.

terasakah dia?? tapi pelik. kenapa perlu terasa? mungkin betol apa yang lin cakap. hmm... maaf la kalo terasa. i've my own reason why i'm doing dat thing. sori kalo ko terasa. harap dapat menerima ye cuma aku x berkesempatan untuk menerangkan dengan lebih jelas kat ko. xpe afiah. anda benar dan bukan melakukan perkara yang sia2 malah sedikit perubahan itu insyaAllah menyumbang kepada perubahan yang lebih besar. InsyaAllah.




mata ke hati. semalam dapat ku rasakan dia melihat aku. mencuri pandang d celah2 kepadatan kawan. dan aku?? gugup. ada sesuatu dalam pandangannya yang membuatkan aku resah. kehadiran aku salahkah d c2? pandangannya penuh tanda tanyakah? ah. biarkan afiah. usah d fikirkan. tapi yang pasti, bukan kerana apa yang tidak membaluti kakiku. entah kenapa terasa x sempurna bila ada yang aku abaikan. Alhamdulillah dengan perubahan perasaan ni.




umur dah naik ke angka 20 tapi perangai masih macam kanak2. haila2~ afiah, anda dah dewasa. cuba untuk bersikap lebih matured. (tapi bagaimana??? demam pon nangis~ adeh. ) kepada anda semua, secara jujurnya, aku x ske orang ambik berat pasal aku sebab aku tends to nak menangis kerana anda care pasal saya. lain la kalo family saya. siyes. aku xske menyusahkan orang sebab tu saya perlu kuat!! afiah, dalam kekuatan yang ada, pasti terselit rasa sedih. ketabahan hati itu perlu!! Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar, hanya pada Engkaulah aku mengadu.. hanya pada Engkaulah aku pinta pertolongan. dan hanya pada Engkaulah jua nanti aku kembali. Astaghfirullah.. mati. mati. mati. bila sebut mati, kadang2 rasa termotivate. kadang2 takut. macam2 rase. tapi aku bersyukur sebab dengan keadaan aku sekarang ni, Allah dah bagi peringatan berterusan. macamana kalo mati sekarang ni?? dengan diri yang x lepas dari melakukan dosa, antara sedar dan tidak. kalo d timbang dosa2 aku, ntah berapa la bacaannya. aku nak jaga ummi dengan ayah. entah sempat ke x. entah2 aku yang pergi dulu. kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan. kita hanya mencuba sedaya upaya tapi Allah jualah yang mengizinkan semuanya berlaku.




pengembaraan bermula. d mulakan dengan exercise yang membantu menyihatkan badan. insyaAllah. hanya Dia yang tahu apa yang tersirat d sebalik exrcise 2. berjalan2 melihat alam. kepenatan. ku lihat wajah dia. dan mereka. dalam hati terselit sesuatu. ku abaikan. lebih merenung kepada diri sendiri. aku x sama macam dieorang. aku adalah aku. x mampu nak jadi orang lain. aku tengok orang senyum tapi aku, senyum dalam kepahitan. senyum kepura-puraan. adakah??? persoalan yang selalu timbul. yang banyak membuatkan air mata menitis. aku x mampu jadi macam mereka. tapi aku x kesal. aku kesal ke?? aku x redha ke?? tidak. aku menerima dengan hati yang terbuka malah bersyukur dengan takdirNya. tapi aku kesiankan wajah2 itu. walaupun tenang sahaja, aku tahu. aku yang buatkan mereka risau. ummi, ayah, yah x pinta semua ni. tapi kita terimanya saje kan?? alhamdulillah.. yah punya ummi ngan ayah=). alhamdulillah jua dengan kurniaanNya. akan ku berjuang sehingga ke tarikh kematianku yang telah d tetapkan.




kenapa diri ini banyak terleka?? leka dengan keduniaan. leka dengan perkara2 lagha. mengikut sahaja nafsu yang x pernah puas. kenapa asyik fikirkan pasal tu?? yes. sebab umur kami pada tahap tu. adeh. entahlah. aku dah cuba abaikan seboleh mungkin. alhamdulillah berjaya atasi tapi kadang2 terfikir gak. sudah nyata wanita tertarik pada lelaki dan begitulah jua sebaliknya. pandangan sebaiknya d jaga. hati sebaiknya d jaga. malah tutur bicara dan garisan senyuman juga d jaga. semuanya perlu d jaga afiah. bukan kerana sesiapa tapi kerana Allah. cukuplah hanya Allah bagiku. aku x perlukan seorang imam untuk membimbing aku kerana aku bakal melukai hati kecilnya. biarlah aku jadi makmum abang ih saje. menumpang kasih seorang abang. yes. dia bakal punya tanggungjawab lain tapi aku pasti. (bagaimana harus sebegitu yakin afiah??) kadang2 bagus untuk berasa yakin dan pada saat ni, aku kena yakin yang Allah itu Maha Adil. Hakku yakin. ku mohon teman sekeliling untuk mengingatkan aku. buat thahar dan ejat, terima kasih kerana memahami aku dan kadang2 memberi harapan palsu pada aku. adeh. jahat tol korang neh!!=). saya gembira dengan kehadiran anda=). d sebalik ujianNya, ada nikmatNya. Alhamdulillah...=)




semak blog ni dan aku banyak terkesan. terkena tempiasnya. mat yang ku kenal, kini bukan calang2 tulisannya. Alhamdulillah. dia dah berubah. walaupun banyak yang mengkritik dia, esp dak pompuan, aku tetap suka dengan cara dia. asalkan benar d cc agama. begitu juga cara "FARID" kamil. ketegasan mereka membuka mataku. andai aku juga mampu setegas itu... hari ni, keluar tanpa "benda" tu. gaya selamba tapi aku sedar. sentiasa waspada bimbang ternampak oleh kaum muslimin. dalam perjalanan pulang, ku lihat seorang muslimah. cantik dengan durinya tapi aku?? ke mana hilangnya duri yang tajam?? kadang2 sahaja berduri. kadang2 d abaikan sahaja. aku terfikir. merenung jauh. saya nak jadi seperti dia. dan sedang terarah ke c2. istikomah la anda afiah. istikomah itu penting. jangan sekadar mencuba sahaja. tapi, aku x dapat lagi mengubah cara aku. walaupun kadang2 nampak innocent, aku ni brutal gak.. xtau la mcmna nak buang perangai aku yang ske buat muka kalo bosan. haila2~ dah la nanti nampak kelakar yang ntah pape. semoga Allah tunjuk jalan yang benar. beri panduan. InsyaAllah.InsyaAllah. InsyaAllah.