CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Tuesday, June 1, 2010

Allah kan ada ;)

bismillahirrahmanirrahim

assalamu'alaikum


apa khabar semua? d harap sihat2 sahaja... di samping kita di kurniakan nikmat kesihatan ni, jangan pula kita lupa pada yang memerlukan. panjatkanlah doa kepadaNya supaya segala urusan konvoi misi talian hayat ke gaza di permudahkan serta di lindungiNya.. rajin2kan diri untuk solat hajat dan sertakanlah bacaan doa qunut nazilah di dalam doa harian kita supaya mudah-mudahan, Allah menghancurkan israel laknatullah satu ketika nanti. kita sebagai umat Islam, janganlah leka dengan hiburan sahaja sehingga tidak mengendahkan nasib yang menimpa saudara2 kita. namun, aku percaya, sahabat2 semua bukanlah seperti yang aku maksudkan. semuanya bagus2 belaka. prihatin. bertanggungjawab atas nama Islam. semoga rahmat Tuhan sentiasa di sisi kita semua. amin.


bercerita mengenai kesihatan ni, alhamdulillah. hari ni aku sihat. dah x demam rasanya. cuma, kaki ni la. jalan pun x betul lagi. tapi alhamdulillah, beransur pulih. lebih baik dari hari2 yang sebelumnya. aku bersetuju dengan 1 kata2 keramat mungkin iaitu 'semoga hari ini lebih baik dari semalam'. kita sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk hari ini dan hari2 yang seterusnya. begitu juga dengan saudara2 kita di palestin. pengharapan mereka tidak pernah berakhir dan mereka tidak pernah putus asa kerana mereka tahu, mereka ada Dia yang Maha Kuasa. Maha Mendengar rintihan mereka semua. cuba bandingkan kita dengan mereka? kita, kalau di beri ujian yang berat sedikit pun, dah mula rasa lemah. putus asa. tapi kalau mereka, semangat kental tetap bersemadi dalam diri. hatta kanak2 kecil pun sanggup berjuang bersama. jauh sekali jika di bandingkan kita dengan mereka.

aku sendiri mengakui yang aku x sekuat mereka. tapi aku sentiasa belajar untuk jadi tabah. alhamdulillah, setakat ini, aku boleh terima apa segala ujian yang mendatang. semoga hari2 yang mendatang pun begitu juga. hari khamis ni hari keramat bagi abang ngoh. majlis akad nikah akan di adakan di terengganu. ummi cakap, kemungkinan aku x dapat ikut sama sebab kaki sakit. adoi.. kesian betol. sedih jugak la bila ummi cakap macam tu tapi dah nak buat macamana... jalan pun lambat2.. nanti susahkan orang pulak. tapi abang ngoh cakap, ok la tu nanti.. entahla. tengok la macamana nanti. semalam balut dengan bandage, dalam jam berapa ntah tersedar dari tido. sakit yang teramat. padahal dah makan ubat tahan sakit sebelum tidur. terpaksa bukak balik bandage, baru la lega lepas tu. kaki pun masih bengkak. sebab sendi yang x oke, jadi ambik masa la untuk pulih. abang ngoh pun selalu kena, sebab main bola, jadi dia tau la macamana sakitnya. hari tu aku dah pernah jatuh dalam bilik air sekali, lutut lebam, tapi x buat pape pon. juz biarkan die healed sendiri. lagipun bila kita solat, pergerakan dalam solat tu sendiri merupakan gerakan senaman yang mampu menyembuhkan. biasanya kalo aku terseliuh kaki, cukup sahaja dengan gerakan dalam sembahyang tapi yang ni sangat teruk. sampai kena urut n xleh jalan. yela kan. ni pun satu ujian jugak jadi aku kena la tempuhi ujian ni dengan tabah. walau sakit macamana sekalipun, aku tetap kena bersyukur kerana aku adalah antara orang yang di beri ujian. ujian tu pun tanda Allah sayang kita. jadi, kalo d timpa apa2 ujian, janganlah menggelabah.. tempuhinya dengan tenang. Allah kan ada ;).


salam mujahadah dari jauh, assalamu'alaikum.

No comments: