CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
tegurlah aku kerana dalam setiap teguranmu itu pasti terselit seribu satu hikmah yang pasti bisa menunjukkan sinar kepadaku...

Waktu Persekolahan

Cuti Cuti Cikgu 2014!


Sunday, June 27, 2010

muhasabah.

baru explore OH!TIDAK! dengan adik semalam. menghabiskan masa begitu saje. buang masa tido. tergamam. x terkata. apa nak jadi dengan kita semua sebenarnya. artis di agungkan, sedangkan mereka punya moral yang rendah. aduhai.

kenapa perlu artis di jadikan role model terbaik? rancangan apa yang kita tengok di rumah? "america's next top model"? ok. saya x tipu. dulu pon saya tengok. zaman2 sekolah asrama. balik rumah, tv bagaikan orang asing. penuh dengan drama bersiri yang mampu menarik ramai penonton. oh kenapalah? pakaian artis2 kita pon... aduhai. entahlah. macamana la dunia ni sekarang. semakin ramai yang mengikut trend berfesyen. aduhai..

ok. saya ingin bercerita.

masa setelkan hal makhlus halus masuk dalam badan diz 1 girl, kami mintak die pakai tudung. masa tu bagi tudung labuh. tapi katanya nak selendang. oh. masa tu saya terfikir pasal mereka yang berselendang. mungkin iblis2 dan para syaitan bersorak riang. aduh. minta di jauhkan dari aku. Ya Allah, sentiasalah beri petunjuk kepadaku..

ada juga dia berkata " manusia ni bodoh. masih mencari2 tanda2 kecil kiamat. padahal dunia dah nak kiamat" OH. saya terkedu. dan terfikir juga. renung2kan perkara tadi.
aku bukanlah baik untuk mengutuk mereka2 semua. aku cuma punya sekelumit hati yang membenci perkara tersebut. aku tahu. ada yang lagi baik akhlaknya dari aku. dan aku, boleh di katakan juga kadang2 terlalai. sama dengan mereka sahaja.

cuma aku mohon, kepada yang baik atau layak di gelar ustazah mahupun ustaz, janganlah mengeji mereka2 yang berakhlak sedikit terpesong dari agama. marilah kita sama2 turut berdoa agar mereka menerima hidayah dariNya. pintu taubat masih terbuka. sujudlah padaNya kembali. bukan dunia yang kita cari. walaupun kita punya seribu sahabat yang sangat akrab, tetapi kalau kita hilang kasih Allah, x bermakna jualah hidup kita. semoga kita semua d rahmati olehNya. jangan biarkan hati kita d pandu oleh warna2 api. kembalilah.. semuanya belom terlambat.

No comments: