Salam.. izinkan aku berbicara sepatah 2 kata. Aku bercakap sekadar pada pandangan aku jadi ko jangan ambik hati ye. Bila aku fikir dalam2, 1 perhubungan ni memang merumitkan. Kita bukan saja nak kecap bahagia, tapi nak laksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin di samping mencari redhaNya. Keperluan berpasangan adalah untuk saling melengkapi dan Allah telah tetapkan jodoh tu. Macam aku, suka bercerita, maka perlu ada pendengarnya. Tapi.. apa yang aku nak tekankan di sini adalah perjalanan ke arah membina hubungan tu. Pertama sekali, aku nak tanye ko la.. sebelum ko rase nak teruskan hubungan tu, ade ko solat istikharah? Aku bukan mempersoalkan diri ko dan aku tau ko sendiri pun tau soal ni tapi yela kan, kita ni manusia.. kadang2 boleh lupa sebab terbuai oleh rasa cinta. Aku rase, sebelum memulakan sesuatu hubungan yang serius, baik di pihak lelaki mahupun wanita perlu buat solat istikharah. Ini la perkara yang paling penting sebagai permulaannya. Yela kan. Kita xtau apa yang bakal jadi masa depan jadi seeloknya kita minta petunjukNya. Pada pendapat aku, dalam membina hubungan istimewa, usahlah di cemari dosa-dosa yang mampu merosakkan kesucian hubungan tersebut. Mungkin ko rase pelik sikit bila aku cakap macam ni sedangkan aku x kisah pun kawan dengan dak laki. Yes. Memang aku x kisah kawan dengan guys, tapi dengan batas-batas yang tertentu. Memang la aku kontek korang.. tapi di sebabkan tiada perasaan yang mampu membuatkan hati aku berbunga, maka xdela aku nak rase pape. Tapi kalo dengan orang yang bakal jadi suami atau isteri kita, pasti ada sesuatu. Apa yang aku beri penekanan adalah perhubungan dengan bakal isteri atau suami. Oh. Aku x layak cakap macam tu sebab sapela aku ni.. bukan budak baik pun berbanding ko dan dia. Tapi aku nak yang terbaik. Yang kuat pegangan agamanya supaya dapat jadi ketua keluarga yang mampu memimpin aku dan putera-puteri kami kelak. Aku bukanlah yang terbaik tapi aku mengharapkan yang terbaik untuk diri aku. Kalau dah sebelum tu pun kita nampak sedikit kepincangan dalam kita mengawal nafsu, maka kelak nanti, macamna plak? Aku bukannya merendah-rendahkan ko. Malah jauh lagi menghina ko. Aku cuma nak ko bukak mata. Fikirkan. Aku xnak la lepas ni dapat mesej cakap ko dengan dia dah putus.. kan namanya menghitung dosa dalam ko berhubung dengan dia dulu. aku sebenarnya xnak masuk campur dah urusan ni tapi aku rase perlu mengigatkan ko. Sori la kalo aku terlebih pulak. Sebagai sahabat, aku nak yang terbaik untuk ko. Aku xnak ko terus alpa. Tapi aku tau ko lebih tau dari aku.. aku percaya yang ko dah buat solat istikharah tapi aku pelik bila tanya dia. Masa dulu, dia jawab dengan yakin yang ko lah jodoh dia, hari ni cakap, entahla. Dia dengan ko boleh jadi kawan je kot. Jadi aku agak keliru. Semoga ko berdua menemui jawapan kepada persoalan yang selama ini terbuku di hati… sukses2 selalu!
p/s: sori aku reply kat cni. Nak reply kat msej, tapi panjang sangat. Lebih dari 10muka. Huhu.. aku tau ko baca. Jadi, jangan marah aku ye! Ngee~
kepada yang lain, aku hanya sekadar memberi pendapat sahaja. Bermakna, ske hati korang la nak setuju ke tak. Mungkin aku agak ekstrem tapi dat’s my way. Semoga aku d kurniakan seorang lelaki yang boleh melengkapi aku dan kalo xde, cukuplah Allah saje bagi aku. Rock2 jugak, iman kena jaga. Kepada yang sedang serius bercinta, atau sedang menuju ke arah itu, aku galakkan korang buat solat istikharah dulu sebelum decide nak serius supaya xde sape akan menyesal di kemudian hari nanti dan semoga korang kecapi bahagia yang hakiki.. di dunia dan di akhirat kelak. insyaAllah.
Doa Memohon Ampun Kepada Allah
2 years ago
No comments:
Post a Comment