menilai diri sendiri. masih banyak lagi yang perlu di perbaiki. umur dah nak masuk 20. tapi... kadang2 perwatakan masih lagi macam kanak2 riang. adoi.. bila cuba sesuatu yang baru, mesti fikir betol ke apa yang aku buat ni.. padahal umur dah 20 afiah sayang oi. entah bila ajal bakal menjemput. dan aku, entah dah sedia belom. bila tengok orang buat macam2, kadang2 nak buat jugak tapi... minda dan hati cuba menyatu mencari keserasian jawapan. bila minda menguasai, maka aku adalah rasional. *xpe. yang sana lebih utama. jangan terpedaya.*
bila di fikir hal dunia, masih banyak lagi kemahiran yang perlu di kuasai. entah bila la nak belajar menjahit dengan ummi. memasak tu dah lepas.. rupa2nya ragam bakal mak mentua ni pelbagai. tanya boleh masak x.. macam2. tapi aku tengok ummi xde lak camtu. terima menantu seadanya. bagos2 ummi. sayang ummi!! tapi aku respek r kak qilah. memasak boleh, menjahit boleh.. memang superb la! lagipon punya impian yang murni. hmm.. mengagumi dia dalam diam. aku pulak, impian dah mula berubah-ubah di sebabkan sesuatu yang masih x pasti. 14jun ni penentunya. hmm.. sabar jela tunggu. aku mohon yang terbaik buat diriku. semoga semuanya baik2 saje.
x faham la dengan diri aku ni. kadang2 macam tu, kadang2 macam ni. mungkin aku dah banyak berubah di sebabkan dugaan yang telah aku tempuhi. manakan mungkin aku hidup begini kalo aku x kuat. betol la. Allah menguji hanya pada yang mampu. sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. entah la. aku dapat rasakan yang perkara tu mesti terjadi kat aku tapi aku dah cukup bersedia dari sekarang. biarlah. aku redha dengan segalanya yang telah di tentukan. hikmah terselindung di sebalik semuanya. indah nan bertepi. *grin*
sudah. ukirkan senyuman saja. jangan hiasi hati dengan dendam amarah. afiah, anda berjaya! saya sayang saya sangat2! Allah pun sayang saya. semua orang sayang saya. saya pun suka :D *giladalamhati
Doa Memohon Ampun Kepada Allah
2 years ago
2 comments:
alamak wei. aku pun tak reti menjahit wei =_=
hahaha... aku pon sama. nanti kita masuk kelas menjahit. ekekeke.. eh, ko cuti kan sekarang? apa lagi... suruh mak kamu ajar=).
Post a Comment